Friday, November 30, 2012

Sotong Kam Heong

Salam hari Jumaat..
wah wah wahhhh beshnyer dah hari Jumaat...dah masak-masak menggunakan produk MAGGI dan join MAGGI Good to Great Campaign? Jangan lepaskan peluang untuk memenangi percutian ke Legoland Malaysia jadi joinlah sekarang..



Resepi kedua mieza bersama MAGGI minggu ni ialah Sotong Kam Heong...memang senang dan sedap resepinya..dengan wujudnya barangan MAGGI proses memasak menjadi senang dan tidak lagi merupakan bebanan malah merupakan satu terapi...dengan menggunakan MAGGI Cukup Rasa masakan menjadi semakin enak sebab kelainan pada MAGGI Cukup Rasa terselit di dalam bawang gorengnya...enak dan harummmm...


SOTONG KAM HEONG
Recipe: MAGGI & Mieza @ WAWMC

400 gm sotong - cuci dan potong cincin
4 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - cincang
1 inci halia - cincang
3-4 biji cili api - potong kecil
3-4 tangkai daun kari
3-4 sb rempah kari ikan - jadikan pes
2 sb sos tiram MAGGI
2 sb kicap pekat
1 sk MAGGI Cukup Rasa
1/2 cawan udang kering - rendam dan cincang
Minyak untuk menumis



Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga garing dan wangi.
2. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga udang kering wangi.
3. Masukkan rempah kari dan kacau seketika.
4. Kemudian masukkan sos tiram MAGGI dan kicap pekat. Biarkan hingga sos pekat.
5. Masukkan sotong dan masak hingga sotong masak.
6. Akhir sekali perasakan dengan MAGGI Cukup Rasa. Gaul sebati. Reneh hingga pekat.
7. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun kari.

17 comments:

  1. Mmmmmm.... harumnya sotong kam heong! Patutlah terbau sampai ke LD... happy cooking Mieza cayangggg....

    ReplyDelete
  2. alamak...kena cuba ni nnt...jemu gak asyik sotong masak sambal, tomyam, goreng tepung kan... tp sy takde laaa maggy cukup rasa tu kat jepun...

    ReplyDelete
  3. hi mieza
    sedapnya..ramai dh buat masak kam heong kan..zila jew x tercuba lagi:)

    ReplyDelete
  4. nampak sedap masakan mieza tu... memang kreatiflah..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak..Emmm sedapnya...nak simpan dululah resipinya...

    ReplyDelete
  6. Please let me know if you're looking for a article writer for your site. You have some really good posts and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love to write
    some content for your blog in exchange for a link back to mine.
    Please shoot me an email if interested. Thanks!
    Also visit my site : GFI Norte

    ReplyDelete