Wednesday, December 5, 2012

Siakap Sweet Sour

Assalamualaikum...
Minggu kedua bersama MAGGI...sebenarnya mieza bukan menyertai sebagai peserta dalam contest MAGGI Good to Great Campaign ni..tapi sebagai organizer...dan mieza akan share 8 resepi bersama MAGGI selama sebulan campaign iaitu 2 post seminggu...mieza harap kawan-kawan semua sudi menjadi peserta contest ni sebab nanti mieza yang akan pilih pemenang untuk memenangi hadiah percutian ke Legoland tu....jangan lupa yer..masak guna MAGGI dan sertai contest ni...sambil masak sambil berpeluang untuk bercuti ke Legoland ^__^


Kali ni mieza mengambil keputusan untuk memasak Siakap Sweet Sour dengan menggunakan sos dari MAGGI...dah lama benar tak masak siakap, selalu beli Kerapu je sebab siakap ni mieza kena hati-hati sikit masa membelinya..suami mieza sangat sensitif dengan ikan siakap..jika ikan siakap lama sikit je...terus muka suami akan jadi bengkak-bengkak sebab allergic...jadi mieza kena pastikan ikan siakap tu betul-betul fresh semasa membeli...kalau tak memang bengkak macam kena gigit lebah la muka sang suami..orang lain makan ok je...tak der pula bengkak-bengkak muka...kerana kesiankan dia, mieza selalu memilih kerapu over siakap...hari ni Alhamdulillah dapat siakap segar dan suami pun suka...

Mieza menggunakan gabungan sos cili, sos tomato dan sos tiram untuk memasak sos sweet sour...tapi MAGGI juga ada keluarkan Sweet Sour Mix dari keluaran Hari Hari Favorites MAGGI...boleh juga guna mix Sweet Sour yang sudah siap jika tak berkesempatan untuk prepare sos sendiri atau pun terlalu sibuk...insyaAllah tak kecewa..,


SIAKAP SWEET SOUR
Recipe: MAGGI & Mieza @ WAWMC

1 ekor ikan siakap
2 cm kunyit hidup
4 ulas bawang putih
3-4 sb tepung jagung

Bahan Sos:
1 biji bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sb Sos Cili MAGGI
2 sb Sos Tomato MAGGI
1 sb Sos Tiram MAGGI
1 sk MAGGI Cukup Rasa
3 sb air
Nenas - potong kiub
1 biji buah tomato - potong kiub
1/2 batang timun - potong kiub
Cili benggala hijau, kuning, dan merah - potong kiub
Daun dawang - hiring sepanjang 2 sm

Cara:

1. Tumbuk kunyit bersama bawang putih dan garam. Lumurkan pada ikan. Lumurkan juga tepung jagung pada ikan dan goreng ikan dalam minyak hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ketiga-ketiga jenis sos dan juga dan biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran hiasan dan kacau rata. Akhir sekali masukkan MAGGI Cukup Rasa dan tambahkan garam gula jika perlu.
5. Tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng dan taburkan hirisan daun bawang.

15 comments:

  1. mas pun suka masak siakap gini...
    sedappp kan kak...

    ReplyDelete
  2. salam syg mieza
    ank zila pling fav masak camne..separuh dia punya jew lah..sedapp:)

    ReplyDelete
  3. wow! siakap masam manis.. lama tak masak mcm ni, asik stim limau je

    ReplyDelete
  4. Hai Mieza cayanggg...
    Kak Amie baru habis meeting, ingat nak joint juga nak tambah meriahkan suasana...in shaa Allah.

    ReplyDelete
  5. An impressive share! I have just forwarded this onto
    a coworker who has been doing a little research on this.
    And he in fact ordered me lunch due to the fact that
    I found it for him... lol. So let me reword this.
    ... Thanks for the meal!! But yeah, thanks for spending the time to talk about this issue here on your website.
    My web page > GFI Norte

    ReplyDelete