Sunday, December 16, 2012

Ayam Masak Merah bersama MAGGI

Assalamualaikum...

Masih lagi bersama MAGGI hingga akhir bulan ini..dah join MAGGI Good to Great Campaign? Kalau belum cepat-cepat join tau masa ada lagi lebih kurang lagi seminggu..campaign MAGGI dari blog WAWMC ini akan ditutup hari hari Chirstmas nanti...memasak dengan MAGGI tentunya cepat dan yang penting sedap!


Mieza juga masih lagi perlu post 4 lagi entry masakan bersama MAGGI sebagai host kepada campaign tersebut...seminggu mieza menghilangkan diri kerana mengalami sedikit masalah...bagi rakan-rakan yang ada FB dengan mieza tentunya mengetahui kes mieza lalui...alhamdulillah hal tersebut telah menjadi semakin baik bagi pihak mieza...agak berat masalah yang mieza hadapi namun mieza yakin ia merupakan ujian Allah SWT ke atas diri mieza dan mieza redha...

Maka seminggu jugalah dapur mieza tak berasap...tak boleh nak masak sebab tertekan...suami pun Alahamdulillah memahami...hinggalah hari ini barulah mieza boleh menyambung semula campaign ini...anak-anak pun dah bising seminggu asyik makan di luar..maka hari ini mieza gagahkan diri memasak menggunakan barangan MAGGI...



Mieza memilih untuk memasak Ayam Masak Merah atas permintaan anak sulung mieza yang begitu sukakan ayam masak merah...seronok sungguh melihat si anak dara makan nasi berlaukkan ayam ini...berbekalkan MAGGI Hari-hari Favorites Masak Merah masakan mieza menjadi sungguh cepat...tak perlu lama-lama kat dapur...semua telah MAGGI sediakan...hanya tambah ayam sahaja...siapa kata ibu yang busy bekerja dan tak punya banyak masa tak boleh memasak?


AYAM MASAK MERAH BERSAMA MAGGI
Recipe & Source: MAGGI & Mieza @ WAWMC

1/2 ekor ayam - potong kecil
2 cm kunyit hidup - tumbuk lumat
1 sk garam

3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
1 biji bawang besar - kisar
5-6 tangkai cili hijau - jika suka pedas, juga dikisar
1 paket Perencah Masak Merah MAGGI
3 sb sos Cili MAGGI
Garam
Hirisan daun bawang dan cili merah untuk hiasan

Cara-cara:

1. Ayam dipotong kecil dan dilumurkan dengan garam kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan 1 paket Perencah Masak Merah MAGGI dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos cili MAGGI dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan digaul rata. Biarkan seketika. Rasakan garam gula. Jangan masukkan garam terlalu banyak kerana ayam telahpun digoreng dengan garam kunyit terlebih dahulu.
5. Angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah.
6. Sesuai juga dimakan dengan nasi tumis.

Bersama MAGGI menjadikan suasana kerja di dapur menjadi mudah dan tidak stres...selamat mencuba!

16 comments:

  1. senang memasak bila ada bahan yg dah tersedia ni kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... selesai gak masalah Mieza tu, Kak Amie dapat bayangkan betapa tertekannya Mieza masa tu, tapi sebenarnya dalaman Mieza kuat, jadi Mieza dapat harungi cabaran itu.
    Sedap nampaknya ayam masak merah tu Mieza....

    ReplyDelete
  3. mieza ni kalau masak apa pun nampak sedap... moga kemenangan berpihak pada awak, Amin.

    ReplyDelete