Assalamualaikum...
Wahhh sunyinyer opis mieza nih...ada 3 orang je kat level bawah ni...level atas pun lebih kurang je la tu...mood kerja pun jadi lemau sebab kawan-kawan ramai yang bercuti balik kampung sempena cuti sekolah...tinggal lah kami yang seorang dua ni yang memilih untuk bercuti minggu hadapan...tak pa tak pa next week hangpa masuk opis noooo...eden pulak nak bercuti! Wahhh tak sabar!
Dua hari lepas tekak ni kepingin sangat nak hirup kuah bening betik muda..hmmm sedapnyer..teringat dulu kala arwah nenek suka masak macam ni...lepas tu mak mieza pun suka juga bila ada betik muda yang kami tanam sendiri...semasa ke pasar last sunday ternampak ada orang jual betik muda, terus mieza beli sebiji yang muda...hubby tanya nak celur cecah budu ke? ahakkss tak lah darling...i nak masak bening..heran dia sebab dia tak tahu masak bening tu macam mana..haaaa you wait aaaa...nanti I cook u eat!
BENING BETIK MUDA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
1 biji betik muda - yang kecik je, kupas kulit dan potong serong
2 helai daun kunyit - siat
1 kiub ikan bilis
Garam
1 mangkuk air - atau secukupnya
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
1/2 st lada hitam
Segenggam ikan bilis - rendam terlebih dulu
Belacan sebesar ibu jari
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan tumbuk bersama air dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah mendidih masukkan betik muda dan daun kunyit. Reneh seketika.
3. Rasakan garam. Tak perlu masukkan gula sebab manis dari buah betik sudah mencukupi.
4. Sedap dihirup semasa panas.
Selamat mencuba!
Sedap sayur bening betik muda Mieza... terlebih lagi yang mengkal, manis manis manja rasanya, ni yang tak puas2 nak hirup slurrpppp!
ReplyDeletelauk mcm ni boleh bertambah mkn nasi mieza.. nak plak kalau dilawan dgn ikan goreng & sambal belacan..
ReplyDeletetp suami akak tak reti la mkn betik yg disayurkan.. bg dia jenis buah2an ni mmg dia tak reti nak mkn sebagai lauk.. hehe.. akak ok aje.. semua pun bedal!
Kak Amie..ye kak..yg mengkal manis hmmm tak yah tambah gula memang sedap kak..semangkuk tu dihirup begitu ajer!
ReplyDeleteKak Madihaa..tepat sekali..nasi panas, sayure bening, ikan kembung goreng rangup dan sambal belacan...mau ke laut diet mieza kak hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak...1st time makan bening betik ni, hubby yang buat...he he he he he
ReplyDeleteSedap ne mieza. Zila suka klu ada sambl belacan skali..brtmbh2 mkn nasi ..yummy
ReplyDeletekalau buat jeruk betik pun terangkat jugak ni Mieza..
ReplyDelete