Thursday, May 30, 2013

Moist Fruit Cake

Assalamualaikum...salam sayang..
Hadoi laaaa...hari ni dari pagi lagi dok hakkkcummm hakkkcummmm gara-gara buat 5S kat ofis coz ofis nak kena renovation...habuk banyak sangat..sampai sekarang hidung ni dok runny..huwaaaa...ni yang malas nak mengemas ni..bila hidung berair ni kepala pun mulalah berdenyut nyut nyut huhuhu

Hari ni mieza nak kongsi resepi fruit cake..yang ni versi bakar..masih lagi moist walaupun tak selembab kek buah kukus..ni gara-gara malas nak mengukus..lagipun pengukus mieza ni kecik sangat..tak muat nak masuk loyang saiz 8 inci huhu


Lain kali mieza nak cuba yang kukus pula..tapi buat kek buah kat umah ni tak ramai yang makan...suami memang tak suka kek buah..jadi mieza dan anak yang tengah je lah dok ulang buka peti ais...


MOIST FRUIT CAKE

Bahan-bahan :
380 gram susu pekat manis *
400 gram mixed fruits *
250 gram mentega *
1 cawan air * - 250 ml
2 biji kuning telur

3 cawan tepung gandum ( 380 gram)
1 sudu kecil baking soda ( 5 gram )
1/2 cawan jus pati mangga (boleh juga guna jus orange)


Cara-cara :


1.  Masukkan bahan yang bertanda * dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mentega dan susu larut. Angkat. Bila sudah suam, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 4 jam.
2. Panaskan oven 170' C. Gris loyang 8 x 8 inci dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.
3. Keluarkan adunan susu pekat tadi dari peti sejuk campurkan dengan telur kuning. kacau rata.
4. Masukkan sedikit-sedikit tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam adunan buah berselang seli dengan jus orange dan diakhiri dengan tepung. Kacau rata mengunakan spatula.
5. Bakar lebih kurang 50 - 1 jam.  Jangan overcook nanti kek kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Nota: Lebih lama disimpan, kek buah lebih lembab dan sedap.
 

Kek buah ni akan mieza jadikan salah satu hidangan di meja makan raya tahun ni..tapi mieza nak cuba versi kukus...hmmmm sedapnya kan...nyum nyummm


19 comments:

  1. Sedap nampak kek tu

    ReplyDelete
  2. Lady Ija..jemput makan hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalam kak..
    sedap kek buah tu..hihi
    tak pernah buat sendiri :)

    ReplyDelete
  4. Kak Gee..meh kita nyum nyum sesama :)

    ReplyDelete
  5. Atie..ni pun mieza pestaim buat haha..sedap tapi tak semoist yg kukus punya :)

    ReplyDelete
  6. tak berapa berahi dgn kek buah :(

    ReplyDelete
  7. yumyum.. sedapnyerr..
    versi bakar pun ada ye? mmg tak pernah cuba lg.. versi kukus pun baru 1st time mencuba.. mujurlah suami & anak2 akak mkn juga.. cuma anak teruna je tak layan.. huhu..

    ReplyDelete
  8. Hai Meiza sayangggg... kakak belum pernah buat kek kukus buah tapi kalau teringat enaknya kek kukus buah semasa makan atas kapal terbang MAS (alahai... dapat sepotong je), teringin juga nak buat...

    ReplyDelete