Friday, June 7, 2013

Ayam Percik Bara

Cuti sekolah tinggal 2 hari lagi??? Huwaaaa!!! Cepatnya masa berlalu..tak puas bercuti di kampung! Seminggu di kampung, tenetnya macam ciput tak dapat nak jenguk dapur mieza ni...sampai aje di rumah petang ni terus on lappy..wahhh rinduuuuu....seminggu bercuti di kampung tak terasa sebab banyak sangat keluarga nak diziarah..tu pun tak abis ziarah semua...sesekali berjumpa, aduh aduhhhhh bermacam-macam topik yang dipersembangkan...tak terasa jam di tangan menunjukkan hari dah hampir senja...itu lah the beauty of balik kampung...


Balik kampung hari tu macam mana mieza boleh terlupa bawa balik kamera..alahaiii banyak special moments yang tak dapat diabadikan secara visual..hanya segar dalam ingatan aje lah huhuhu..

Ayam percik bara ni mieza masak sebelum mieza balik kampung...kekonon nak post entry ni kat kampung..tapi tak leh nak upload gambor..slow bebenor tenetnya..resepinya mieza jumpa dalam Majalag Rasa keluaran Jun 2013..oleh kerana nak abiskan stok barang dalam freezer sebelum pulang kampung, mieza mencuba resepi ni bersama nasi ayam.. tapi encik suami terlupa beli daun salad...tak cukup korum lah nasi ayam mieza..

Apa yang lainnya resepi ayam percik ni? Ayam percik selalunya dibakar, tetapi resepi ini menggoreng ayam terlebih dahulu dan menjadikan penyediaannya unik..bagi yang nak cepat, ataupun yang tak ada tempat nak bakar ayam, memang sesuai sangat lah resepi ni tau...


AYAM PERCIK BARA
Recipe: Majalah Rasa Jun 2013, page 61
Source: Mieza @ WAWMC

1/2 ekor ayam - belah 2
Santan secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
5 tangkai cili padi
4 batang serai
2.5 cm lengkuas
2.5 cm kunyit hidup
3-4 biji cili kering (mieza tambah)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga naik minyak.
3. Perasakan garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
4. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
5. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga masak sempurna. Angkat dan tos.
6. Akhir sekali siramkan sambal percik ke atas ayam. Sedia untuk dimakan.


Mieza memilih untuk makan ayam percik bara bersama nasi ayam..masa ni mood nak balik kampung dah menebal..tak mo masak beriya bagai heheh


Yang ni yang paling best! Penyegar anak tekak...Kordial Ribena :)

9 comments:

  1. Wah! Versi goreng ye Miea.. memang unik, nanti nak buat versi kukus pulak.. he hehehh sungguh menderhaka terhadap ayam percik!

    ReplyDelete
  2. Versi kukus tak pernah jumpa..kak amie cuba dulu..nanti mieza test hahaha

    ReplyDelete
  3. Bila masa lak ko kuat makan pedas ni Mieza. Dah le cili padinya 5 biji, ko tambah lg cili kering. Memang 'membara' betul le utk aku ni. Aku kena guna cili kering je le. Aku 'bara' atas api je. He, he..!!

    ReplyDelete
  4. Mus..ni cili kering kelantan tu besar je lebih tapi tak fedas pun hahaha

    ReplyDelete