Wednesday, June 26, 2013

Ayam Percik Madu bersama 'Leggo's Cooking Inititaive

Terliur tak? Terliur tak? Terliur tak? heheheh sila baca dengan nada Chef Ammar kat Tv Alhijrah tau...suka tak suka tak suka tak???

Memang mieza suka!!! Sebab kami seisi rumah memang menggemari makanan yang dipanggang..menu ini mieza sediakan apabila mieza menyertai Leggo's Cooking Initiative last few weeks..tapi sebab sibuk sangat baru hari ni boleh nak post..tu pun lepas organizer hantar email suruh postkan menu ni kat blog sebab itu memang syarat-syarat penyertaan... Camilla dear...sorryyyyyy sesangat...akak bsuy sangat dear..and thank you for reminding me about this...muah muahhhh muahhhh hehehe

Leggo's cooking initiative mengkehendaki mieza menyediakan satu masakan dengan menggunakan Leggo's Tomato Puree juga santan Kara...hmmm senangla kan..tak payah susah-susah nak ke wet market beli santan..santan Kara tersedia di Billion sebelah umah je..selalunya masak percik ni diletakkan asam keping untuk memasamkan kuah, tapi kali ini mieza gantikan dengan Leggo's tomato puree...jadi kalau kat tempat yang susah nak dapat asam keping tu jangan jadikan alasan tak leh masak ayam percik...old excuse! Tak terima! Produk Leggo ni senang je nak dapat kat Jusco, Tesco, Giant semua ada..malam ni pun boleh masaka ayam percik...tapi errrr ayam ada tak? Kalau tak der ayam, daging dan ikan pun boleh..sama methodnya..



AYAM PERCIK MADU
Resepi: Mieza @ WAWMC


Bahan perap:
½ ekor ayam – potong  2
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
                         ½ inci halia                          
2 batang serai




½ sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar madu
Garam 





Bahan sos percik:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci halia
½ inci lengkuas
                       3 biji buah keras                     
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
10-15 tangkai cili kering
1 cawan santan KARA
3 sudu teh tomato puree Leggo’s 
3 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa





Cara penyediaan:
1.    Ayam dipotong 2 dan dicuci bersih. 



Kemudian perapkan ayam dengan bahan perap yang dikisar dan semua bahan perapan yang lain selama sejam.


2.    Masukkan bahan B ke dalam pengisar dan dikisar lumat.

3.    Panaskan kuali di atas api, masukkan  minyak masak dan tumiskan bahan kisar B hingga wangi.


4.    Masukkan tomato puree  Leggo’s dan tumis lagi hingga pecah minyak.


5.    Kemudian masukkan santan Kara bersama sedikit air dan dikacau rata. Renehkan seketika hingga sos percik pecah minyak. Kacau sos sentiasa.


6.    Apabila sos sudah pecah minyak, rasakan garam dan gula. Padamkan api.


7.    Panaskan oven 200’C selama 10 minit. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil dan panggang ayam hingga masak. Sekali sekala buka pintu oven dan renjiskan sos percik dengan menggunakan sebatang serai yang diketuk pangkalnya.
8.    Apabila ayam masak, terbalikkan ayam dan ulangi proses merenjis sos ke atas ayam.



9.    Hidangkan bersama nasi putih ataupun nasi ayam.

Mudah kan memasak bersama Leggo's dan Kara..bahan-bahannya pun tahan lama dan boleh dibeli awal..bila terigan nak makan ayam percik, keluarkan saja dari pantry terus keatas dapur..

Selamat mencuba ^__^

5 comments:

  1. Hamboooooiii... chef Mieza sayangggg... step by step dia tunjuk haa.... senang je rupanya nak buat ye Mieza, tapi memang nampak sungguh menyeleraklan!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....
    Nampak sedapnya..:)

    ReplyDelete
  3. sukanya sukanyaa sukanyaaa..... hehehe... akak takde rezeki nak join.. ada gak ms. C jemput aritu.. sbb nk blk kg.. kelam kabut.. jd terpaksa tolak.. lagipun sedih sbb kita takde kamera canggih lorrr.. nnt gambor tak cun camner nak join... huhu..

    ReplyDelete
  4. Kak amie..sbnrnya mmg leceh nak ambik step by step ada step yang terpaksa minta hubby snapkan..tapi dah itu requirement kena buat juga..bila dah siap rasa seronok pula tgk gambor step by step sebab ia banyak membantu pembaca :)

    Cik Cek..terima kasih..nnt cik cek kena cuba tau

    Kak Madihaa
    Owhhh akak dijuemput juga..alahai kalau tak boleh kita share resepi...insyaallah next time ada rezeki boleh masuk...mieza ni pun kebetulan je..

    ReplyDelete
  5. eeiii..suker..suker..suker..sukerr!!!
    nk minta sure dh abisskan mieza cayang??

    ReplyDelete