Monday, July 15, 2013

Kuih Bakar Jagung

Ada setengah tin jagung krim manis lebihan buat air jagung kelmarin..kalau tak dikerjakan nanti rosak pulak kan..teringat pula dah dua tida hari hubby nak makan kuih bakar aka bingka..tapi hubby request bingka roti..baru last week mieza buatkan puding roti..nanti anak-anak kata roti lagi...last-last jadi lah kuih bakar ni..


Sangat sedap..lemak berkrim..mieza kontemporarikan dgn membakar dalam ramekin kecil senang untuk dimakan...mieza cuma buat separuh dari adunan resepi di bawah..bulan puasa ni siang hari je teringin lebih..dah masuk nasi sepinggan kuih ni sentuhnya sedikit saja..


KUIH BAKAR JAGUNG

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu ideal
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung krim manis
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan putih dan hitam




Cara-Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (blender) kecuali jagung dan bijan dan dikisar sebati.
2. Masukkan jagung dan dikisar sebentar sekadar bercampur sahaja.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160'C selama 1 jam ( atau lebihkan 15 minit lagi jika suka bahagian atas kuih yang berkerak).



Senang aja kan? Selamat mencuba dan selamat berbuka ^__^

17 comments:

  1. terliurnya..mesti sedap..nanti nk cuba la..

    ReplyDelete