Wednesday, July 17, 2013

Tako Nangka Madu

Pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa..dan inilah kali pertama mieza terpaksa berkursus di bulan puasa. Yang bestnya berkursus di bulan puasa ialah kelas malam dibatalkan untuk memberi kelonggaran kepada peserta kursus mengerjakan solat sunat terawih, dan yang paling best juga ialah bila berkursus di hotel ni tentulah makanannya kan. Berkursus di Hotel Residence, UNITEN, Bangi yang memang terkenal dengan kepelbagaian juadah hidangannya membuatkan diet mieza yang dibela sekian lama ni hanyut ke laut begitu aja...huwaaaaaa!

Tapi yang tak bestnye mieza terpaksa berjauhan dengan family di bulan puasa..kesian memikirkan suami yang hanya berbuka dengan lauk bazar Ramadhan dan entah apa lah yang disediakan untuk dirinya dan anak-anak bersahur...adalah mieza belikan MyChef untuk dimasak ketika bersahur..tapi mana nak sama kan makan pack dengan makanan fresh yang baru disediakan..tak per, sabar lah bukan lama, hanya 4 hari saja mieza di Bangi ni..tak sabar nak balik Jumaat ni

Kuih tako ni mieza sediakan sebelum mieza ke Bangi lagi..semasa ke Tesco di Shah Alam wiken lepas mieza ternampak ada dijual nangka madu pada harga RM5.90 untuk 9 ulas..masyaAllah manisnya nangka ni..sedap sangat..lemak manis memang sesuai sangat nama yang diberikan Nangka Madu..manis..kena makan sendiri bari tahu keenakan nangka madu ini..



Dah lama mieza menyediakan tako nangka ni..tapi nangka tak ada...bila terjumap nangka ni di Tesco tanpa lengah lagi cepat-cepat miez sediakan untuk berbuka pada Ramadhan ke 6 yang lepas..sedap sangat tako ni..dengan aroma nangka madu yang manis manis lemak..

TAKO NANGKA MADU

Lapisan Bawah:

25 gm tepung Hoen Kwe Kuning
25 gm tepung beras
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
6 ulas nangka madu - buang biji dan potong dadu

Lapisan Atas:
25 gm tepung Hoen Kwe Putih
2 cawan santan pekat
Secubit garam


Cara  Penyediaan:

Lapisan bawah:
1. Sediakan kotak tako daripada daun pandan secukupnya. Gunakan daun pandan yang lebar dan panjang. Rujuk tutorial di bawah untuk cara penyediaan bekas tako.
2. Campurkan semua bahan di dalam periuk non-stick. Kacau sehingga semuanya sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul.
4. Tuangkan ke dalam kotak tako sehingga separuh penuh. Biarkan sejuk dan membeku.

Lapisan atas:
1. Campurkan semua bahan di dalam periuk yang lain dan dikacau sebati.
2. Masak di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Tuangkan adunan atas ke atas lapisan nangka tadi sehingga penuh kotak tako.
4. Biarkan mengeras dan sejukkan dalam peti sejuk
5. Hiaskan dengan hirisan nangka madu



Di sini mieza sertakan tutorial untuk penyediaan kotak tako yang mieza dapat dari Pak Cik Google

SELAMAT MENCUBA ^__^

9 comments:

  1. Mieza cayanggg... udah le nangka manis bak madu, ditambah pula tgempatnya di dalam bekas daun pandan, lagilah berganda enak lazat dengan aromanya yang harum!
    Habis kursus jangan pi mana2 lagi, balik je terus... semua sedang tunggu Mieza he hehehh

    ReplyDelete
  2. salam mieza, bila habis kursus kat bangi..Liza mmg selalu sgt g uniten tu sbb anak belajar kat sana..
    sian kan bila bulan pose cmni kena berjauhan dr org tersayang..

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak..tukar dgn cempedak ok kot kan?

    ReplyDelete