Friday, July 19, 2013

Nasi Komok

Eh dah hari Jumaat..yahoooo...kursus dah abis dan dah boleh balik umahhhh yahoooooooo seronoknya..bukanla tak seronok dok kat hotel ni..cuma kat umah lagi seronok hehehe..pukul 10 am nanti majlis penyampaian sijil and then off we go..


Nasi Komok ni mieza masak sebelum mieza tinggalkan umah untuk berkursus Selasa lepas. Oleh kerana bas akan bertolak jam 4 petang maka sepagian mieza abiskan masa di dapur menyediakan juadah berbuka untuk keluarga..sian depa mama tak der..


NASI KOMOK

Rempah komok:
2 st serbuk kari daging
1 st serbuk kunyit
1 st serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan putih
1 st garam
1 sb gula

Satukan semua di atas dengan sedikit air dan gaul rata menjadi pes. Ketepikan.


Nasi Komok

1 ekor ayam - potong 4 dan cuci bersih
5 cawan beras basmathi - rendam sebentar, cuci dan toskan
4 sb minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang serai - dititik
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 batang akar ketumbar - cuci bersih
3 sb rempah komok
200 ml susu cair
8 cawan air
Garam
1 kuib ayam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan bahan hiris dan masak hingga perang. Kemudian masukkan pes rempah komok dan masukkan hingga harum.
3. Sentiasa kacau supaya tidak hangus, kemudian masukkan air dan akar ketumbar. Biarkan rebusan mendidih.
4. Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa. Rebus ayam sehingga ayam separuh masak. Angkat ayam dan toskan.
5. Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk dibuat sos cili.
6. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan dimasukkan air rebusan ayam secukupnya untuk memasak nasi. Perasakan garam dan tanak nasi seperti biasa.



Ayam Goreng Komok

Ayam yang direbus separuh masak
Serbuk kunyit
Serbuk kari ayam
Garam Secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang direbus separuh masak digaul dengan semua bahan di atas.
2 Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya




Sos Cili

1 cawan air rebusan ayam
6 biji cili merah
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar cuka
garam dan gula
sedikit sos cili
sedikit kicap manis

Cara penyediaan:

1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sos agak pekat.
3. Tambahkan sos cili dan kicap manis. Perasakan garam dan gula serta cuka.

Sup Komok

Lebihan sup untuk memasak nasi tadi diperasakan garam, taburkan hirisan daun ketumar dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi komok.

15 comments:

  1. bukak puasa dekat hotel bukan tak sedap kan mieza, tapi nikmatnya tak sama seperti riuh rendah di rumah. cheq sue pun berbuka 4 hari minggu lepas di hotel :)

    ReplyDelete
  2. Cheq sue..betul tu..umah tetap syurga buat kita..:)

    ReplyDelete
  3. Salam...saya silent follower pn mieza...trima kasih atas resepi yg sedap sedap blako dlm blog ni...tp nk tanya ..mana nak dpt rempah komok tu...hehhehe teringin la plak...

    ReplyDelete
  4. shahrizadsharer,
    Terima kasih sudi follow blog saya..silent pun tak per hahaha
    Rempah komok tu memang susah nak dapat sendiri..jadi shah boleh buat sendiri..ia adalah campuran rempah..ada saya tunjukkan resepi untuk penyediaan rempah komok tu dalam entry ini..

    Selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  5. I’ve recently been browsing on-line more than three a long time today, but I by no means discovered virtually any fascinating article such as your own house. It’s beautiful value enough to me. In my view, in case almost all site owners and people built excellent content because you did, the actual internet will probably be a lot more helpful than ever before. “I finally realized that being grateful to my body was key to giving more love to myself.” by Oprah Winfrey.

    ReplyDelete