Tuesday, November 4, 2014

Sosej Bun

Assalamualaikummmmm
Sekejap tenggelam sekejap timbul je blog ni...tuan tanah sibuk sekarang ni...sejak bergelar full time pelajar postgraduate ni memang tak sempat nak berfoodgraphy...memasak pun sekadar perut tak lapar..kesian anak-anak dan suami terpaksa berkorban demi cita-cita si ibu/isteri...sabar ye sayang 3 tahun bukan lama...tamat belajar nanti mama masak sedap-sedap macam biasa...



Weekend lepas sempat juga mieza menguli bun...dek kerana rindu yang mendalam pada blog ini mieza ambil la gambar sikit...ambil gambar pun ala kadar je sebab nak cepat...tapi nak juga kongsi dengan pengunjung blog akan resepi bun yang sangat maveles ni...ya Allah rotinya lembut sangat dan sedappppp sangat..memang mieza akan stick dengan resepi doh yang ini...kalau tak percaya rakan-rakan kena mencubanya sendiri...resepi ni mieza jumpa sewaktu berblog walking the other day...tapi mieza hanya salin bahan-bahannya di atas sehelai kertas dan lupa nak bookmark kan page tersebut...terus tak jumpa dah bila nak cari lagi sekali...




Bahan-bahan
375 gm tepung berprotin tinggi
100 gm tepung gandum
75 gm gula kastor
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 paket yis kering (11 gm)
150 ml air suam
¾ sudu kecil garam
40 gm mentega
Beberapa batang sosej

Bahan untuk hiasan
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu segar
Bijan putih dan bijan hitam




Cara-cara:
1.   Satukan air suam dan sepaket yis di dalam bekas. Kacau hingga larut. Biarkan seketika.
2.     Satukan tepung berprotin tinggi, tepung gandum, susu tepung, gula dan garam di dalam mangkuk pemutar. Gunakan pemutar doh. Boleh juga menggunakan bread maker sekiranya ada.
3.     Kocokkan telur di dalam bekas berasingan dan tuangkan ke dalam mangkuk bahan kering. Putar seketika.
4.     Masukkan pula mentega dan diputar lagi.
5.     Masukkan bancuhan yis sambal diputar perlahan. Sekiranya adunan agak keras boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air.
6.     Putarkan selama lebih kurang 4-5 minit dengan menggunakan kelajuan sederhana. Angkat pemutar dan tutup mangkuk dengan tuala atau plastic pembalut. Biarkan selama 1 hingga 1jam setengah atau sehingga doh naik dua kali ganda.
7.     Keluarkan dan tumbuk-tumbukkan doh seketika. Sapukan tangan dengan tepung jika doh melekat.
8.     Ambil sedikit doh dan uli memanjang seperti tali. Lilitkan pada sosej. Susun bun di atas dulang pemabakr yang disapu sedikit mentega. Biarkan doh rehat selama ½ jam hingga 45 minit.
9.     Sapukan bun dengan bancuhan kuning telur dan susu dan ditaburkan bijan.
10.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 180’C selama 5- 10 minit (bergantung kepada jenis oven).