Sunday, May 1, 2011

Apam Lenggang - From Mergong With Love

Breakfast di pagi minggu dengan Apam Lenggang the mergong style...yahoooo first time buat nih...sib bik menjadi...cuma tang kuali tak cukup lengkuk...kena beli kuali yang tul-tul lengkuk baru cantekkkkk crispy edge dia tuh...hubby asek merengek-rengek teringat kat apam lenggang kampung dia nun...first time aku makan kuih ni selepas kawin dengan my hasben...my MIL bawa gi Mergong (dekat pasar besar tu) makan apam lenggang...masa tu arwah FIL ada lagi (teringat lak dia dok panggil aku "maria" sebab dia dah lupa nama betul aku) tapi kuih ni kena makan panas-panas..kalau dah sejuk dan tepi nya tak rangup kurang la skit ummmph nya...then a few days ago adik ipar aku lak dok up status kat fb kata dia makan apam lenggang....haishhhh aku kena try nih...depa tu ingat aku ni tadak perasaan kot dok citer citer makan kuih ni huh..

Kuih ni sepatutnya menggelembung di tengah dan nipis (the very thin lah) dan crunchy on the edge..jadi memang kena lenggang dalam kuali melengkung...kalau pakai non stick pan yang leper tak akan jadi gelembung kat tengah tu...meh kita lenggang ewahhhhhh!


Taraaaaa mempersembahkan apam lenggang aku yang first batch..




Masa menghidang sepatutnya apam ni dilipat...



Nampak tu..nipis kat tepi gelembung kat tengah :)




Top view




Uhhhhh crunchy sangat edgenya!





And...the inside look!





APAM LENGGANG

Bahan-bahan:

300 gm tepung beras
400 ml santan sederhana pekat
1 1/2 camt yis
1 camt garam
3/4 cawan nasi
60 gm gula


Cara-caranya:

1. Masukkan garam ke dalam santan. Kacau sebati.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, yis dan gula. Gaul rata.

3. Kisar nasi dengan sedikit santan hingga lumat.

3. Masukkan nasi dan santan ke dalam mangkuk tepung. Kacau dengan menggunakan hand whisk hingga sebati. Rehatkan selama sejam.

4. Panaskan kuali di atas api yang kecil. Leserkan dengan sedikit minyak.

5. Sendukkan adunan apam dan tuangkan ke tengah kuali. Pengang telinga kuali dan lenggangkan supaya tepinya nipis. Tutup kuali dengan tudung periuk. Biarkan selama 2-3 minit.

6. Jika tepinya garing dan tengah menggelembung naik dan masak (tak nampak putih tepung) maksudnya apam dah masak. Angkat dan lipat.

7. Apam ini di makan begitu saja tanpa apa-apa sos atau sambal.

Sedap dan traditional gitu!

1 comment: