Monday, June 20, 2011
Nasi Goreng Udang Kering
Selamat pagi semuaaaaa...dah breakfast belum? Belum lagi? Dah ada ke menu untuk breakfast? Kalau belum ada meh la cuba nasi goreng udang kering ni..tapi nasi ni bukanla aku masak pagi ni..ni masak pagi Sabtu lepas..baru hari ni leh curi masa nak update kat ofis jap sebelum jaga exam..minggu exam untuk summer classes minggu ni..busy lah skit nak mark paper students..
Kesedapan nasi goreng udang kering ni sebenarnya bergantung pada kesegaran udang kering yang dibeli..jangan lokek untuk membeli udang kering yang mahal..sebab rasanya lebih sedap..yang ini aku guna udang kering yang RM5/100 gm..sedap sangat rasa udang kering tu bila ditumbuk dan digoreng garing sebelum dimasukkan ke dalam nasi goreng..tambah pula dengan potongan cili api..bertambah makan nasi..berat badan pun bertambah juga la..huhuhuhuu
NASI GORENG UDANG KERING
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi - kalau boleh nasi semalam yang dah sejuk
1 cawan udang kering - direndam air panas dan ditumbuk tidak terlalu lumat
1 camt serbuk lada sulah
1 camb sos ikan
Kicap masin dan manis secukupnya
Sayur pilihan seperti kangkung @ kailan - aku tak letak sebab anak tak makan sayur
Minyak untuk menumis
Bahan tumbuk:
2 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 biji cili api - kalau suka pedas boleh tambah lagi
1 inci belacan
Bahan hiasan:
Daun bawang dan daun sup - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Bawang goreng secukupnya
Tomato dan timun- dihiris - aku tak letak sebab tak ada stok hehehe
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan udang kering dan ditumis lagi hingga udang kering garing.
2. Masukkan sayuran, kecuali bahagian daun, dan dimasak seketika hingga empuk.
3. Masukkan nasi yang telah direlaikan dan dikacau sebati. Tambahkan kicap, sos ikan, serbuk lada hitam dan garam gula jika perlu. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan sayuran yang lembut. Kacau hingga layu sahaja.
4. Sendukkan nasi ke dalam pinggan dan taburkan bahan hiasan. Hiaskan juga dengan tomato dan timun hiris.
nasi goreng klu letak udang kering....
ReplyDeletememang bestkan kak...
best sgt mas..especially bila digoreng garing skit...sedapnya..terus diet akak terbang entah ke mana..
ReplyDelete