Monday, June 20, 2011
Sambal Mempelam Epal - Memang ada Ummmmmphhhhhh!
Semasa sembang-sembang dengan kawan kat opis siang tadi, mula lah perbualan bertukar kepada topik masakan..jadi tanyala dia apa dia masak untuk sambutan father's day semalam..kawan ni tengah pregnant 4 bulan, jadi masih mabuk-mabuk..nak masak pun tak larat sebab tak leh bau masakan..sian dia..aku dah pun merasanya tahun lepas..memang tak larat..selalu suaminya yang masak..tapi si suami pula terseliuh buku lali tak leh berdiri lelama..jadi katanya dia masak simple-simple aje..katanya buat sambal pelam..fullamakkkkk lamanya tak makan..kebetulan jiran ada bagikan mempelam epal dalam 7-8 biji..jadi lah tu untuk berbuka puasa petang tadi..
Sampai je umah kul 530pm..terus pakai apron (baju kerja pun tak buka...masak dengan baju kurung gitu hahaha) terus kupas pelam..rebus ikan dan mula menumbuk...uhhhhh hasilnya memang mabeles! Berselera sungguh berbuka tadi..mak kata sedapnya sambal pelam ni.. ehheeheh selera kampung gitu petang tadi..ni kalau ada ulam petai celur lagi sedap nih..
SAMBAL MEMPELAM EPAL
Recipe & Source ; Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
3 biji mempelam epal - pilih yang belum masak
1 ekor ikan kembung - direbus @ dibakar - aku rebus je sebab nak cepat
4-5 biji cili api - kalau nak pedas tambah lagi
3 camb kelapa parut putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan - dibakar
Garam gula secukupnya
Cara-caranya:
1. Cuci buah mempelam, kupas kulit dan diracik halus.
2. Di dalam lesung, tumbuk cili api, bawang dan belacan hingga lumat. Masukkan kelapa dan tumbuk lagi.
3. Asingkan isi ikan yang direbus dari tulangnya. Masukkan isi ke dalam lesung dan tumbuk lumat.
4, Akhir sekali masukkan buah mempelam yang diracik halus dan tumbuk sekadar pecah pecah saja. Rasakan garam gulanya.
5. Sedap dimakan bersama ulaman kegemaran..
assalam,
ReplyDeleteadeehhhh...kita tgk mati selera ni...tetiba nampak sambal mangga epal..ya Allah..macam mengidampulak dah!
kecur dah membaca tajuk nyer.. ala sedapnyerr
ReplyDeleteAmie
ReplyDeleteMengidam betul pun tak pe hahaha...sedap sambal ni Amie..memula nak wat kerabu lps tu malas lak terus jadi sambal :)
Izah
ReplyDeleteMakan tanpa ulam pun sedap Izah..kalau ada ulam mmg laa makan tak hengat! Org kg mcm akak ni mmg suka yg mcm2 gini :))