Saturday, July 2, 2011

Dried Coconut Caramel Pudding - from French Food @ Home



Selamat petang Sabtu...apa bikin hujung-hujung minggu begini? Petang tadi mieza ke Tesco Bukit Beruntung yang baru 2 hari dibuka..seronok pula bila ada hypermarket macam tu dekat dengan Tg Malim..senang lah sikit nak mencari barang dapur yang susah nak cari kat Tg Malim ni..selalu mieza akan ke Tesco Rawang, atau ke Shah Alam..jauh la juga kan..itu yang sekali shopping penuh peti ais...harap-harap jadi la Mydin hypermarket nak buka kat Tg Malim ya..



Jom kita story pasal caramel puddding ni..resepi ni mieza dapat masa tengok French Food At Home kat Astro Food Channel..jadi mula la mieza nak mencuba sebab lain dari yang selalu dimakan...masak puding ni untuk berbuka puasa semalam...komen mieza, sedap coz ada rasa kelapa kering macam ala-ala biskut kelapa gitu..dan parutan kulit lemon tu telah eliminate rasa telur..tapi anak-anak tak suka, depa suka caramel puding yang biasa lagi...apa-apa pun this pudding worth trying!


DRIED COCONUT CARAMEL PUDDING

Recipe: French Food At Home @ Astro Food Channel
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
4 biji telur
400 ml susu segar/santan - mieza guna susu cair Brand Ideal
5 sb gula
1 sk vanilla essence
1 biji lemon - parut kulitnya
1/2 cawan kelapa parut kering
1/2 cawan gula +1/2 cawan air - untuk caramel

Cara-cara:


1. Sediakan karamel. Tuangkan karamel ke dalam loyang/acuan. Ketepikan.

2. Pukul telur dan gula hingga kembang sedikit dengan menggunakan hand whisk, campurkan susu, dan vanila. Kacau sebati dan tapis.

3. Masukkan kelapa parut dan parutan kulit lemon. Kacau sebati. Tuangkan adunan telur ke dalam loyang berisi karamel.

4. Bakar secara steam bath di dalam oven 180'C selama 15 minit atau hingga masak.

9 comments:

  1. assalamualaikum kak mieza..sempat ye akak salin resepi drp french food at home tu..sy suke jugak tgk AFC channel. lebih2 lagi kalau ada anna olson. hmm..1st time tengok puding telur yg ada kelapa ni. selalunya kelebihan ada kelapa ni tang aromanya la. mesti wangi2 gitu.

    ReplyDelete
  2. @nuwairani
    resepi ni senang sebb tu sempat salin..mmg betul tu..kelapa tu tambah aroma to this pudding..yesss anna olson tu mmg idola akak, tp dia masak manis2 kan..kena kurangkan sugar..jaga kesihatan heheheh

    ReplyDelete
  3. Assalam Mieza,
    rajin sungguh cuba pelbagai resepi ye...
    Kak Amie pun suka buat puding karamel (entah apa2 yang dimasukkan), biasanya belum sempat hias & tangkap gambar, anak2 dah makan dulu....

    ReplyDelete
  4. @ Kak Amie
    Mieza ni mmg suka mencuba..kalau sedap semua org makan..kalo tk sedap mieza kena habiskan sendiri..takkan nak buang kan..sayang..tu yg mieza dah demukkksss huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. this contact formyou could look here see herefind more information find more infoRelated Site

    ReplyDelete