Sunday, July 3, 2011

Pulut Pagi



Selamat pagi minggu...dah bangun tido ke belum tu? mieza hari ni terlajak la pulak tido sampai bangun lewat sebab semalam tak boleh lena..anak yang kecik (4 bulan) tu selsema hidungnya tersumbat, jadi dia marah-marah dalam tidur sebab tak leh nafas..terpaksa la jaga dia sambil letak minyak angin apa yang patut...pagi ni hubby ambik turn jaga jadi mieza sambung tido...itu yang terlajak tu...



Pagi ni mieza nak share resepi pulut pagi...bukan masak pagi ni tapi pagi semalam...pagi ni mieza tak masak...bakar roti dan makan dengan butter dan jem je sebab kefenatan...pulut pagi ni hanya ada kat kelantan...may be certain are kat KL ada kot...pulutnya sangat ringkas dan dimakan dengan kelapa parut..rasanya tidak begitu manis...dan diminum dengan air kopi...sedap sungguhhhhhh!


PULUT PAGI
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
1/2 sk pewarna coklat
1 cawan santan cair
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam

Bahan untuk sirap gula melaka:

1 keping gula melaka - keping besar size 5 inci (diameter)
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Cuci beras pulut dan rendam beras pulut dengan pewarna coklat semalaman.

2. Panaskan pengukus. Sementara itu sediakan sirap gula melaka. Panaskan semua bahan sirap di dalam periuk dan masak hingga sirap pekat. Bila dah masak sejukkan dan keluarkan daun pandan. Ketepikan.

3. Masukkan beras pulut yang telah direndam, sirap gula melaka dan santan cair ke dalam loyang. Kukus hingga pulut masak.

4. Bila pulut dah masak, kepalkan pulut menjadi bebola dan penyet leper. Gaulkan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Makan di waktu pagi bersama air kopi panas..

15 comments:

  1. Assalam Mieza,
    kadang2 bila anak sakit, kita pula yang terlebih sakit....memang kesian sungguh kalau baby dpt selsema,
    plut pagi tu nampak mudah & ringkas penyediaannya, biasanya yang beginilah yg lebih sedapkan.

    ReplyDelete
  2. @ Kak Amie
    W'salam kak..begitulah kita as a mother kan kak..dia ni selsema je..tersumbat idung..mulut nak minum susu lg, nak nafas lg..tu yg dia ngamuk je..org kelantan ni dekat dgn siam kak..tu yg depa suka mkn pulut..tp pulut ni tak leh mkn byk..mengikut kajian pulut yg byk leh melemahkan otak..chewaaahhhh hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya pulut pagi...lebih2 lagi kalau dibungkus dalam daun kelapa...jelas bau aroma wanginya tu...

    ReplyDelete
  4. @nuwairani
    ohhh bungkus dlm daun kelapa lg sedap ye..boleh cuba tu..bungkus sebelum kukus ke, bungkus semasa menghidang? TQ share idea..leh try nnt kan..:)

    ReplyDelete