Wednesday, October 12, 2011
Ketupat Serunding
Haaaa mari mari hari ni mieza tayang kuih tradisional ni..ketupat serunding...mieza ni memang penggemar ketupat..lebih-lebih lagi ketupat yang ada serunding daging kat dalamnya...selalunya ketupat jenis ini hanya dijual di Kelantan..oleh sebab mieza tak pandai nak bungkus dengan daun palas..maka mieza bungkus je dengan daun pisang macam pulut dakap...
Oleh sebab ketupat ni memang digemari ramai dalam keluarga mieza maka tak sempat mieza nak snap gambar isinya yang telah dipotong..jadi tak nampak keratan rentasnya..sekejap je dah abis..mak mieza makan time ketupat ni panas-panas lagi dia dah ngap hahahaha...
KETUPAT SERUNDING
Resipi & Source: Mieza @ WAWMC
1 kg beras pulut
1/2 kg pati santan
Air secukupnya untuk memasak pulut
3 cawan gula
2 helai daun pandan
1 sk garam
Serunding daging secukupnya
Daun pisang - boleh guna daun palas..mieza tak pandai pakai daun palas
Tali rafia untuk mengikat
Cara-cara
1. Beras pulut dicuci dan ditanak bersama santan, air, gula, garam dan daun pandan hingga 3/4 masak. Sejukkan.
2. Bila pulut agak sejuk dan boleh dikepal mulakan membungkus. Kepal sedikit pulut. Leperkan dan letak inti serunding di tengah-tengah dan balut inti serunding tersebut dengan pulut.
3. Letakkan ketupat di tengah-tengah daun pisang yang telah dipotong dan balut kemas.
4. Ikan ketupat secara berpasangan dengan menggunakan tali rafia dengan kemas.
5. Masukkan ketupat yang siap diikat ke dalam periuk dan isikan air 3/4 penuh. Rebus hingga kering airnya.
6. Sejukkan sebelum memotong ketupat. Sesuai sebagai kuih muih minum petang.
Selamat petang Mieza cayangggg...
ReplyDeletenampaknya kak Amie langkah kanan ke rumah Mieza...sebab dah ada hidangan yang lazat untuk minum petang....rajin Mieza buatnya walaupun sibuk mengejar masa, rupanya kalau 1/2 kilo pulut santannya pn 1/2 kilo jugak ye...
ucu datang ni...pagi tadi dah sarapan mee keras...
ReplyDeletepetang ni dapat lah pulak makan ketupat serunding..mcam nk raya haji jer..
Salam Kak mieza..baru hari ni saya dengar ada pulut berintikanserunding tapi direbus..Biasa yang dipanggang je..mesti sedap ni
ReplyDeletesekali pandang macam pulut dakap, tapi setakat ni x pernah jumpe lagi hk ada inti serunding...
ReplyDeletepertama kali tgk ketupat serunding ni.. tentu sedap macam pulut panggang ke rasanya
ReplyDelete@kak amie..mieza mmg suka pulut..jemput la kak amie datang sini huwaaa rindunya kat kak amiee....
ReplyDelete@Ucu..mieza suka ketupat ni..insyaAllah raya haji nanti mieza nak wat lagi kebetulan serunding ada banyak lagi stok hehe
ReplyDelete@Sue..kalau panggang pun sedap sue..tapi namanya bukan ketupat tapi pulut panggang..pulut inti serunding memang mabeles kan sue..
@ Cheq sue..hihihi ini lah habuannya kalu tk reti bungkus pakai daun palas dah jadi rupa pulut dakap..nanti kena belajar gak cara nak bungkus pakai daun palas...helppppp
ReplyDelete@Ita..seakan2 pulut panggang cuma direbus mcm ketupat...akak memang peminat setia pulut huhuh..tu yang lembappppp je nak bergerak sebab badan dah jadi sticky mcm pulut ngehhh ngehhh
af1
ReplyDeletetimberland boots
adidas nmd
ferragamo belts
yeezy boost
michael kors outlet online
nike air zoom
yeezy boost
air jordan shoes
yeezy shoes
502