Wednesday, February 13, 2013

Sotong Masala

Tak menang tangan wehhh...bila haripertama masuk kerja setelah cuti panjang..tapi best pula kerja kat opis hari ni bila tak ramai orang. Ramai lagi yanng belum balik dari bercuti di kampung..terasa amannnnnn dan sejahtera tanpa hiruk pikuk students yang sedang bercuti semester..sangat sesuai untuk mengarang research...mari kita mulakan dengan download dan print jurnal...sambil tunggu jurnal tu di donlodkan mesh kita update blog


Dah lama dah masak sotong ni sebenarnya...kebetulan garam masala masih banyak kat dalam peti ais...elok le kita kerjakan cepat-cepat sebelum dia expired. Tak mau cakap banyak sebab sibuk sangat-sangat...jemput tengok resepinya...

SOTONG MASALA
Source: Kak Ummi @ HSH & Mieza @ WAWMC

Bahan A:- (mieza masak half dari bahan)
  • 500 gm sotong (dibersihkan ) -potong bulat
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
  • 2 sb garam masala - mieza tambah
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Sunday, February 10, 2013

Butterfly Rainbow Cupcakes

Inspired by Kak Azlita Aziz yang mana kerja tangannya Masya Allah sungguh mengkagumkan...mieza amat meminatinya...terpanggil untuk mencuba bila ex-student mieza nak bertunang dan order rainbow cupcake dari mieza..mieza lebihkan dalam 12 biji untuk anak-anak makan...sambil-sambil mencuba butterfly cupcake ini..hasilnya alhamdulillah tidak mengecewakan bila ramai yang memuji akan kecantikannya...anak-anak lah yang paling seronon sebab ada bentuk butterfly...


Butterfly rainbow ni bukan saja sesuai untuk dijadikan hantaran tunang atau kahwin tapi sesuai juga majlis harijadi anak-anak...jom kita tengok resepinya..



BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

11/2 cawan tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cawan butter ~ suhu bilik
3/4 cawan gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Cara-cara:

1. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
2. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
3. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
5. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
6. Masukkan esen vanila
7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

8. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata(Mieza cuma guna 4 warna sahaja iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru)
9. Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis (untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek)

10. Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.







Cara membuat rama-rama:

1. Potong permukaan cupcake dengan pisau
2. Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian
3. Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
4. Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
5. Letakkan manik sebagai badan rerama





Kalau nak buat hantaran  elok digunakan buttercream sebab tahan lama..kalau nak makan sendiri dan nak lebih sedap boleh guna whipped cream...hmmmm yummy

BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.




Selamat Mencuba !

Friday, February 8, 2013

Super Moist Chocolate Cake

Wahhh Wahhhh cuti panjang dah bermula...4 hari tu cuti..Happy Chinese New Year to all chinese frens out there...selamat makan besar...orang melayu pun boleh gak makan besar..tapi harus hati-hati takut badan nanti terlalu besar...reminder to myself actually hahaha...i'm getting bigger everyday...huhuhu

Tentu ramai yang balik kampung tu mulai malam ni lagi...sesak lah jalan..tadi pun nampak a few rakan FB dok upload jalan jam...hati-hati memandu...mieza dan suami mengambil keputusan untuk berehat aje di rumah...keonon nak bawa anak-anak jejalan tapi semua hotel dah fully booked gara-gara lambat booking...padan muka eden...jadi kami dok umah je lah...cuti sekolah bulan 3 nanti lah kita balik kampung dan gi jejalan je anak-anak...



Orang kata kek cekelat moist kalau disimpan dalam peti ais semalaman lagi moist...mieza pun try la kan...and yessss...memang moist..sedappppp!!!! Nak buat senang kek ni..tak yah pakai mixer pun..kalau sesiapan yang tak der mixer tu jangan nak buat excuse tak leh nak buat kek ni hahhha..memang senang...mieza songlap resepi ni dari dapur ha sue...kalau nak buat dalam bentuk cupcake..make sure jangan letak banyak sangat sebab kek ni tinggi naiknya...kalau kita nak tahu sesuatu kek tu akan naik banyak atau hanya sikit ajer..tengok pada adunannya..kalau adunan kek pekat, kek hanya akan naik sikit saja..jadi kalau buat cupcake boleh letak 4/5 penuh..ia takkan melimpah...kalau adunan kek cair macam adunan kek ni, letak separuh lebih sikit je..kalau letak banyak habislah kek tu melimpah...


SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE
Resepi : Chef Zubaidah
Source: Ha-Sue & Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

100g Serbuk Koko*
180g Gula pasir*
1 tin Susu sejat*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Soda Bikarbonat
1st Baking Powder





Cara-cara: 

1. Campurkan kesemua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar-benar sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit bergantung pada jenis oven.
4. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja..

kat umah mieza ni memang ramai yang suka cekelat...jadi sekejap je habis dingappppp

Tuesday, February 5, 2013

Gulai Ayam Peranakan Chef Wan

Sukakan menu baba nyonya?
I do! Mieza dan keluarga cukup sukakan masakan cina..may be sebab mieza berketurunan cina..tapi suami yang keturunan mamak tu pun sukakan chinese food juga..tak pe lah kan..kalau perkahwinan itu tidak terbatas kepada kaum, apatah lagi makanan..janji halal dan menepati penyediaan Islam kita boleh makan...mieza sukakan masakan cina kerana kurang pedas...bagi yang tak tahan pedas macam mieza ni memang selalu memilih untuk mencuba masakan cina...

Mieza jumpa resepi ni kat SINI...terpanggil untuk mencuba..Alhamdulillah..tidak menghampakan...tapi mieza ubah suai sikit..ayamnya mieza goreng terlebih dahulu sebab suami mieza tak suka ayam yang tidak digoreng...(psssstttt cik abang mieza tak makan sup ayam, tomyam ayan dan sebagainya...kalau ayam tu kaler putih memang dia tak makan...haishhhh)



GULAI AYAM PERANAKAN CHEF WAN
Source: Wattie's & Iresepi
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
12 keping Ayam Segar Ayamas
6 sudu besar Minyak sayur
½ biji Nenas segar, dipotong dadu - tak letak sebab tak leh makan nenas
½ cawan Jus Asam Jawa - mieza guna asam keping
½ peket Santan Kelapa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes rempah:
6 biji Cili Merah
4 sudu besar Cili Boh
½ batang Bunga Kantan
2 batang Serai
3 keping Daun Limau Purut
1 sm Halia segar
2 biji Bawang Putih
6 biji Bawang Merah
1 sudu kecil Belacan


Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng ke semua bahan – bahan tadi sehingga berbau wangi dan kemudian kecilkan api.
2. Masukkan nenas, asam jawa dan santan. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan ayam segar Ayamas, gula dan garam. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat sedikit selama 45 minit.

Selamat mencuba!

Saturday, February 2, 2013

Croissant Tuna Mayonaise

Sesekali ke Tesco memang setengah ribu habis shopping kan? Tak tahu lah bagi orang lain, bagi mieza memang mencecah angka itu..especially bila banyak stok barang dapur yang dah abis. Susu dan pampers anak pun dah makan berapa ratus kan. Tetiba je rasa macam duit ni semakin kecil nilainya..kalau dulu dengan jumlah gaji bulanan yang mieza dapat mungkin mieza ni orang kaya kampung..tapi pada hari ini alahaiiiii tak seberapa..walau apa pun bersyukur dengan rezeki kurniaan Ilahi..Alhamdulillah


Semasa di Tesco mieza ternampak freshly baked croissant yang dijual..hmmm harum semerbak baunya. Anak-anak mieza memang sukakan croissant. Terpanggil untuk membeli. Dijual pada harga RM1 sebiji. Mieza beli 4. Bila balik umah makan..hmmmm alahaiiii lembutnyaaaa dan anak-anak semua menyukainya..menyesal pula beli cuma 4 biji..sepatutnya beli 1/2 dozen atau lebih..


Bila time malas nak masak untuk breakfast atau dah tatau menu apa nak dimasak, inilah yang jadi penyelamat mieza...dihidang dengan hot milo..insyaAllah kenyang sampai ke tengahari..


CROISSANT TUNA MAYONAISE
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Croissant
1 tin tuna mayonaise
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris
Beberapa helai daun salad
Beberapa keping sliced cheese
Lidi pencucuk
Butter

Cara-cara:

1. Potong croissant kepada 2 keping dan sapukan butter.
2. Letak dan ratakan tuna ke atas salah satu kepingan croissant.
3. Lapiskan dengan salad, hirisan bawang, tomato dan cheese.
4. Letakkan kepingan croissant yang satu lagi dan cucukkan dengan lidi pencucuk agar ia tidak bergerak.
5. Sedia untuk dihidang.

Senangkan? Anak yang darjah 1 pun boleh buat..kuranglah sikit kerja kita :)