Kenapalah tatau..susahnya nak cari mood memasak sekarang ni...rasa malas sangat nak masak...semalam cuma masak nasi 2 pot, setin sardin cap ayam saiz besar dan telur dadar tanpa bawang sebab bawang dah abis..what is happening to me???? sampai barang dapur yang basic pun habis...anak-anak dan hubby yang memang gemar makan sadin telan aje apa yang mieza masak tanpa banyak songeh...berselera je depa ni makan...lalu mieza bertanya "sedap ke sardin tu sampai berselera je telannya?" depa menjawab "apa yang mama masak semua sedap! Lebih-lebih lagi sardin!" Alahaiiii sayu lak hati mieza...siannya...nanti lah, wiken ni mama masak...minggu ni memang mama sibuk sangat di opis..bila sampai aje di umah apa yang mieza nak cuma tido sahaja huhuhu...
Mulalah mieza merancang untuk menu breakfast esok pagi memandangkan esok pagi mieza cuti..tetiba teringat pula kena bawa Wawa ke Arena Square Tanjong Malim sebab ada coloring contest pada jam 10 pagi...hubby kata kita breakfast kat luar then terus bawa Wawa ke tempat pertandingan...Adnin pula ada Ko-K di sekolahnya sehingga noon...kata husband lagi "Lepas wawa abis contest, kita jemput Adnin di school dan lunch aje kat restoran..U mesti dah penat kalau nak masak pulak after that" Hmmmm idea encik suami tu bagai kan orang mengantuk disorongkan bantal lah..."Hmmmm hari Ahad nantilah I masak special for all of you" lalu mieza berfikir apakah untuk di masak Ahad nanti..suami sangat sukakan nasi Arab...cepat ajer suami pintas "No no...Sunday U don't cook...I nak bawa all of you gi Rawang, my fren buat kenduri, rumah dia sebelah je Jusco Anggun Rawang..after kenduri kita shopping"...jadi kesimpulannya minggu ni tak masak lagi...lega pun ada...hahahah
Soup dan garlic bread ni dah lama mieza masak...untuk minum petang...soup tu mieza guna sup dalam tin brand Campbell dan mieza masak ikut instruction kat tin tu...pemalas sungguh kan mieza ni ahahaha
GARLIC BREAD
Recipe: Mieza @ WAWMC
Roti gardenia
3 sb mentega - lembutkan
3 ulas bawang putih
1 sk oregano leaves
Cara-cara:
1. Panaskan oven 180'C
2. Tumbuk bawang putih hingga lumat. Gaulkan bersama mentega dan oregano.
3. Sapukan pada roti dan bakar hingga perang selama 2- 3 minit bergantung kepada jenis oven.
4. Makan sewaktu panas-panas bersama dengan sup.
Friday, April 5, 2013
Tuesday, April 2, 2013
Masak Lemak Cili Api Daging Salai
Assalamualaikum...
Apa khabar semuaaaa...wah wahhh rindu mieza pada blog ni...tapi apa kan daya sibuk bebebor sampai mieza tak dan nak hapdate blog...sob sob sobbbb
Masak pun jarang-jarang sebab memang tak sempat nak masak..tambahan pula sekarang sibuk sangat dekat opis dengan audit MQA...Insha Allah selesai audit MQA nanti mieza akan aktif memasak semula...tapi hari ni mieza nak post gak gambor yang dah lama mieza simpan...
MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
300 gm daging salai - hiris nipis
5-6 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
3 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - disiat
1 mangkuk santan
Garam gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Satukan semua bahan di dalam periuk
3. Masak hingga kuah mendidih.
4. Rasakan garam gula. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!
Apa khabar semuaaaa...wah wahhh rindu mieza pada blog ni...tapi apa kan daya sibuk bebebor sampai mieza tak dan nak hapdate blog...sob sob sobbbb
Masak pun jarang-jarang sebab memang tak sempat nak masak..tambahan pula sekarang sibuk sangat dekat opis dengan audit MQA...Insha Allah selesai audit MQA nanti mieza akan aktif memasak semula...tapi hari ni mieza nak post gak gambor yang dah lama mieza simpan...
MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
300 gm daging salai - hiris nipis
5-6 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
3 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - disiat
1 mangkuk santan
Garam gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Satukan semua bahan di dalam periuk
3. Masak hingga kuah mendidih.
4. Rasakan garam gula. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!