Sunday, January 5, 2014

Laksam Utara

"Huwaaaaa syedapnya laksam nih" hehheeh kemain lagi suami memuji kesedapan laksam ni bila menjamahnya selepas selesai potong rumput kat yard belakang. Sama ada laksam ni betul-betul sedap atau dia kelaparan selepas berpeluh-peluh memotong rumput, membakar sampah dan mengemas laman itu tak dapat nak dikenal pasti. Yang mieza pasti hati ni berbunga-bunga bila yang tersayang memuji masakan kita...terasa penat lelah di dapur dihargai! Terima kasih sayang!


Selalu kita makan laksam kuah putih kan..bezanya ini laksam kuah kuning..atau laksam utara. Suami memang sukalah dia, maklumlah dia orang utara. Sayangnya anak dara sunti yang sulung mencebik bibir tak suka. Katanya "along suka kuah putih, yang Kelantan punya". Hmmmm nampak gayanya lain kali mama kena masak kuah dalam 2 pot yanng berlainan la...

Dan anak dara yang tengah lah yang cukup senang. Laksam Kelantan ke Laksam utara ke semua dia bedal licin..."Hmmmm sedap sangat Mama"...sesungguhnya anak kedua ni memang pandai mengambil hati...


LAKSAM 

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air

 Cara penyediaan:

1. Semua bahan dimasukkan ke dalam pengisar (blender) dan dikisar hingga sebati.
2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
3. Ambil satu tudung periuk, oleskan minyak pada tudung periuk menggunakan daun pandan.
4. Letak tudung periuk di dalam pengukus. Sendukkan adunan laksam ke atas tudung periuk.
5. Kukus selama 4-5 minit atau hingga masak. Angkat dan sejukkan.
6. Bila laksam dah sejuk, gulung laksam. Ulang hingga habis. Potong serong laksam sewaktu menghidang.
7. Hidang laksam bersama kuah lemak, ulam dan sambal cili.



KUAH LEMAK KUNING

3 ekor ikan sardin
2 ekor ikan kembung
1 cm lengkuas
2 keping asam keping


5 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
2 sb rempah kari ikan - jadikan pes
2 keping asam keping
2 liter santan - sederhana pekat
Sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

1. Ikan kembung dan ikan sardin dicuci dan direbus bersama sedikit garam, 2 keping asam keping, lengkuas dan sedikit air. Rebus hingga masak. Biarkan sejuk dan asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan dikisar, ketepikan. Sementara itu tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Tapis dan simpan airnya.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar hingga garing. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan tumis hingga garing.
3. Masukkan isi ikan yang telah dikisar, air rebusan ikan yang telah ditapis dari kisaran tulang ikan, santan, asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
4. Renehkan kuah hingga mendidih sambil sentiasa dikacau. Apabila telah mendidih rasakan garam dan gula.



SAMBAL CILI

4 biji cili merah
5 biji cili api
1 cm belacan
2 sb cuka
Sedikit air dan garam

Kisar semua bahan hingga hancur.


BAHAN ULAM-ULAMAN

Kacang panjang
Kacang botol
Taugeh
Bunga kantan
Bawang besar
Timun

Semua ulam dihirs halus


SEDAP WEIIII SEDAPPPPPPP!!!!

17 comments:

  1. sedapnya!!
    hampir setahun akak tak makan laksam.. tetiba teringin

    ReplyDelete