Friday, December 23, 2011

We Are On A Vacation - Hurrayyyyyyyy!



Hurrayyyyy we are going on vacation again...well not going oversea lah kan sebab ongkos tak cukup hahahaha..jadi kami akan gi vacation cuti-cuti Malaysia aje...

Setiap tahun kalau cuti sekolah mieza dan suami suka bawa anak-anak jalan-jalan..bukan lah apa tapi nak bagi pendedahan kepada anak-anak tengok tempat orang..kata orang 'go to a place u've never been' nanti banyak yang dapat kita pelajari...hasrat di hati teringin sangat nak bercuti ke luar negara tapi masa belum mengizinkan..insyaAllah suatu hari nanti..

Tahun lepas suami bawa bercuti ke Lumut, Perak..masa tu sarat mengandungkan Umar 8 bulan di dalam perut jadi mieza banyak berehat di dalam bilik je sementara suami membawa anak-anak mandi pantai..kini Umar sudah pun 10 bulan..tak sabar nak 1st vacation dengan Umar..

Jadi dapur mieza ni tak berasaplah ye seminggu ni..kepada yang sudi melawat WAWMC, mieza ucapkan terima kasih dan jangan lupa untuk kembali menziarah..insyaAllah lepas balik dari bercuti nanti mieza akan share pelbagai jenis resepi lain yang mieza cuba...

and boss, i'm out of the office..please do not call tau..unless it is about my bonus hahahaha

Chicken Pasta - dan tempahan kek, Alhamdulillah...

Assalamualaikum...meh tengok chicken pasta ni..tengok gambar dulu ye..sebab mieza busy sesangat...kang malam mieza postkan resepinya dan buat blogwalking ke umah kawan-kawan juga..pastinya kawan-kawan dengan sedap sekali kan...



Resumed @ 5.15 pm 23/12/11

CHICKEN PASTA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

2 cawan pasta - boleh pakai macaroni, elbows, apa je jenis yang kecil..nak pakai spag atau angle hair pun boleh - rebus hingga empuk dan toskan
2 cawan isi ayam yang dihiris nipis - perapkan dengan lemon jus, garam dan lada hitam

2 sb olive oil
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
2 cm halia - cincang
2 biji tomato - dice
1 cawan tomato sup - mieza guna brand heinz
2 sb Parmesan cheese
Oregano leaves dan rosemary
parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 sk black pepper - coarse
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Ayam yang telah diperap di gril di dalam grill pan hingga masak dan perang. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan olive oil di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga perang.

3. Masukkan tomato sup, tomato yang didadu dan renehkan 1-2 minit.

3. Masukkan pasta yang telah direbus dan gaul rata. Masukkan pula Parmesan cheese, parutan kulit lemon, oregano, rosemary dan black pepper. Gaul sebati.

4. Rasakan garamnya. Tutup api

5. Sendukkan pasta ke dalam mangkuk, hiaskan dengan daun pudina, ayam yang telah digrill tadi dan juga boleh ditabur parmesan cheese jika suka lebih cheesy.

Senang dan sedap!

Ini pula tempahan kek dari ex-student mieza yang sekarang ni telah pun bekerja di RHB KL..terima kasih dear Faz ^__^


Thursday, December 22, 2011

Presenting A Paper at A 2-Day International Conference @ PWTC and Small Family Vacation

Haiiiiii Assalamualaikum...wahhhh dah berabuk umah mieza ni banyak hari mieza tinggalkan..hampir seminggu ehhhh...sebenarnya mieza sibuk betul..kalau tengok kat calendar kat atas tu, pada hari Isnin dan Selasa lepas mieza menyertai International Conference dan jadi presenter sekali..2 hari di sana, mieza bawa family sekali...kebetulan abang dari Kelantan juga present paper dalam conference yang sama..dan sorang lagi abang memnag tinggal kat Keramat, jadi kami buat sedikit family gathering walaupun ada sorang lagi abang dan sorang kakak mieza tidak join sama sebab bekerja...di sini mieza nak abadikan gambar-gambar untuk dijadikan kenangan di hari hadapan..tapi macam biasalah kan gambar mieza tak banyak sebab mieza yang jadi cameraman..nasib badan la kan hahahaha

Kami check-in di Seri Pacific Hotel sebelah PWTC on Sunday the 18th...nice room..and comfy!



depan TV ni lah kami hampar toto dan tido..katil yang besh tu bagi kakak dan wawa yang tido..mama dan papa dan umar terpaksa berkorban..



bathroom yang sangat cantik...berkali-kali wawa mandi dalam tub ni..




Umar tak kisah kat manapun dia, janji mama, papa dan susu nyer available bila Umar lapar heheheh



mak pun ikut sekali..tak nak tinggalkan mak sesorang kat umah..takut anything happen to her while we were away...hope mak enjoy the trip...




wahhhhh...Adnin dah cop tempat dia atas katil empuk!



Wawa said "let's share the bed kakak!'


my two sweet princess and they are priceless!




Umar yang sangat manja dengan neneknya...cayang nenek!



makan malam di Soho, Bangi...Umar with his aunty (wife to my 3rd brother)




my 2nd and 3rd brother



my 3rd brother's family



two of my darlings



people who make my heart glows...



kita mandi kolam duuuuluuuuuu



sebelum check-out kita bergambar dengan x'mas tree dulu yeee



eh eh baru ada gambar sendiri..walaupun kecil hehehehe



Bye bye Seri Pacific...TQ for your warm hospitality..^__^

Friday, December 16, 2011

Gulai Udang Nenas



Masakan minggu lepas..baru teringat nak post..lupa daaaaa..sibuk skit minggu ni..tapi tetap seronok...murah rezeki umah mieza sebab minggu ni dapat kunjungan a few tetamu..kalau hari senin lepas mieza menerima kunjungan kawan lama sekolah menengah dulu..esok mieza akan menerima kunjungan abang mieza dan keluarga dari Kelantan..dan juga kawan blogger yang katanya akan bertandang esok juga..hmmm meriah lah nanti..i likeeee...tapi dalam kepala ni dah mula berpusing ligat nak masak apa..jap lagi nak visit dapur kawan-kawan nak usha resepi lah hehehe

Oleh sebab mieza nak cepat, jadi tak leh sembang banyak-banyak..resepi gulai udang ni mieza jumpa kat majalah Mingguan Wanita..kebetulan semua bahan ada dan kat pasar last week ada jual udang besar ho ho ho 6 ekor RM20..agak berbaloi juga kan...jom kita tengok resepinya

GULAI UDANG NENAS

Resipi: Mingguan Wanita
Source: Mieza @ WAWMC


500 gm udang besar
1/2 biji nenas - dipotong
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

12 tangkai cili kering - mieza letak sikit je sebab anak-anak tak leh makan pedas
12 biji bawang merah
5 cm lengkuas
3 cm kunyit
2 batang serai
1 sb belacan
100 ml susu cair - mieza pakai santan
2 sb jus limau nipis
garam secukupnya



Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata-rata selama 2 minit.

2. Kemudian masukkan susu cair/santan, dan nenas dan renehkan selama 2 minit.

3. Masukkan jus limau nipis dan taburkan garam secukupnya.

4. Hidangkan dengan nasi panas.

Thursday, December 15, 2011

Chicken Pot Pie



Semalam tetiba tekak ni tak terasa nak makan masakan melayu..tapi terasa nak makan makanan omputih gitu..dah lama sebenarnya nak buat chicken pot pie ni..tapi asek tertangguh je sebabnya..last-last ayam tu digoreng dan dibuat lauk makan nasi..then beli ayam lagi..dok simpan dalam peti ais..then tak jadi lagi sebab hubby nak makan nasi...punya lah tangguh dan tangguh akhirnya semalam sampai lah juga hasrat di hati..anak-anak pun suka..mieza buat sikit je sebab ramekin nye cuma ada 4..kebetulan pula kami cuma berempat je sebab umar kecik lagi untuk makan pie..sabar ye sayang, tunggu besar sikit baru mama kasi makan pie ni ye sayang...jadi cukup-cukup je la untuk kami sekali makan...lepas balik kerja je terus mieza merempit...alhamdulillah..mieza suka crustnya..hubby pun kata crustnya kekak rangup walaupun dah sejuk...




CHICKEN POT PIE

Recipe: Elise @ Simply recipes
Source: Mieza @ WAWMC


Ingredients


Chicken and stock ingredients:

1 (3 1/2 pound) frying chicken
1 carrot
1 celery stalk
1 small onion, halved
2 teaspoons salt

Pie crust ingredients:


1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon salt
1/2 cup (1 stick) chilled unsalted butter, diced into 1/2-inch cubes (best to chill cubes in the freezer for at least 15 minutes before using)
1/4 cup vegetable shortening, chilled
3 to 4 Tbsp ice water

Filling ingredients:

6 Tbsp unsalted butter
1 large onion, diced (about 1 1/4 cups)
3 carrots, thinly sliced on the diagonal
3 celery stalks, thinly sliced on the diagonal
1/2 cup all-purpose flour
1 1/2 cups milk
1 teaspoon chopped fresh thyme leaves
1/4 cup dry sherry
3/4 cup green peas, frozen or fresh
2 Tbsp minced fresh parsley
2 teaspoons salt
1/2 teaspoon freshly ground black pepper

Egg wash:


1 egg whisked with 1 Tbsp water

Special equipment needed:

6 10-ounce ramekins





Method



1 Cook the chicken and make the chicken stock. Combine the chicken, carrot, celery, onion and salt into a large stock pot. Add cold water until just covered and bring to a boil over high heat. Reduce the heat to a simmer and cook for 45 minutes. Remove the chicken from the pot and let cool for 15 minutes. While the chicken is cooling, continue to boil the remaining water and vegetables in the pot. When the chicken has cooled enough to touch, strip away as much of the meat as you can. Place the meat on a dish, set aside. Return the chicken bones to the stockpot and continue to boil, on high heat, until the stock has reduced to a quart or quart and a half. Set aside 2 1/2 cups of the stock for this recipe. The remaining stock you can refrigerate and store for another purpose.



2 Prepare the pie crust dough. Combine the flour and salt in a food processor. Add the chilled butter cubes and pulse 5 times to combine. And the shortening and pulse a few more times, until the dough resembles a coarse cornmeal, with some pea-sized pieces of butter. Slowly stream in ice water, a tablespoon at a time, pulsing after each addition, until the dough sticks together when you press some between your fingers. Empty the food processor, placing the dough on a clean surface. Use your hands to mold into a ball, then flatten the ball into a disk. Sprinkle with a little flour, wrap with plastic wrap, and refrigerate for at least 30 minutes, or up to 2 days, before rolling.


3 Prepare the filling. Preheat oven to 400°F. In a large skillet, melt butter on medium heat. Add the onions, carrots, and celery, and cook until the onions are translucent, about 10 minutes. Add the flour and cook, stirring, one minute more. Whisk in 2 1/2 cups of the chicken stock. Whisk in the milk. Decrease the heat to low and simmer for 10 minutes, stirring often. Add the chicken meat, thyme, sherry, peas, parsley, salt and pepper and stir well. Taste and adjust seasoning if necessary. Divide the warm filling among six 10-ounce ramekins.


4 Prepare the crust. Roll out dough on a lightly flour surface to a little less than a quarter-inch thick. Cut into 6 rounds, slightly larger than the circumference of the ramekins. Lay a dough round on each pot pie filling. Fold the excess dough under itself and use the tines of a fork to press the dough against the edge of the ramekins. Cut a 1-inch vent into each individual pie. Use a pastry brush to apply an egg wash to each pie. Line a baking sheet with foil, place the pies on the baking sheet. Bake at 400°F for 25 minutes, or until the pastry is golden and the filling is bubbling. Let cool for at least 5 minutes before serving.

Yield: Serves 6.



InsyaAllah next time nak cuba buat Seafood Pot Pie lak..

Wednesday, December 14, 2011

Kerabu Daging dan Pegaga

Assalamualaikum..sihat semuanya? Semoga sihat selalu...musim-musim hujan begini senang nak dapat penyakit/demam jika tak jaga makan minum dengan baik..elakkan minum ais banyak ye nanti sakit tekak ewahhhh macam puan doktor lak...heheh..kalau kat TM ni pagi hingga tengaharinya panassss tapi lepas zohor hujan lebat...sib bek la TM ni tak banjir, kalau banjir risau juga kan..semoga semua mangsa banjir selamat hendaknya..risau juga nak balik kelantan Xmas ni takut banjir..Kuala Krai tu kawasan banjir lak tu..haishhhh! susah hati!!

Tak per tak per, kita doa moga-moga dekat x'mas nanti banjir dah habis..insyaAllah...malam ni mieza nak share resepi kerabu ni..semasa kawan mieza berkunjung hari isnin lepas, mieza hidangkan kerabu ni sebagai salah satu hidangan untuk beliau dan suami..turn out suaminya suka sangat dengan kerabu mieza dan minta resepi..jadi malam ni dipostkan resepi kerabu ni khas untuk sahabat baik mieza yang tersayang...jangan lupa cuba tau..suami suka tu..moga kasih sayang di antara suami isteri akan berpanjangan..insyaAllah..



Resepi kerabu ni asalnya mieza adapt dari kerabu daging baba's yang mieza tonton kat TV1 iaitu rancangan Citarasa 1001 Baba's pada hari Ahad yang lepas jam 7.00 malam...resepi asal menggunakan daging dan pucuk paku tapi sebab hubby tak makan pucuk paku maka mieza tukar dengan pucuk pegaga yang mieza tanam sendiri di yard belakang..yok tengok resepinya..khas untuk Nik Zahrinawati Nik Zahari...


KERABU DAGING DAN PEGAGA

Resepi: Citarasa 1001 Baba's @ TV1, 11 Dec 2011, 7.00 pm
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan daging:
400 gm daging batang pinang
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
1 sk serbuk sambar Baba's - mieza tak ada jadi mieza ganti dengan rempah kari Baba's
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

Kerabu:
4 keping daun salad - mieza tak letak sebab tak der stok
200 gm taugeh - disiram air panas - pun mieza tak letak sebab tak der stok
100 gm pucuk paku - hiris dan siram air panas - mieza ganti dengan pegaga
1 biji bawang besar
1/2 bunga kantan - hiris
1 sk sos tiram
2 sb jus limau
1 sb beras goreng - ditumbuk
1 sk serbuk ketumbar
1 sb kerisik
4 biji cili padi - hiris
2 tangkai daun limau purut - hiris
1 sb gula
1 sb santan
2 helai daun kunyit - hiris
3 bji cili merah hiris

Cara-cara:

1. Perap daging bersama bahan perapan selama 1/2 jam kemudian gril di dalam grill pan yang digris dengan sedikit minyak zaitun sehingga separuh masak.

2. Angkat dan masak di dalam microvawe selama 1 minit.

3. Hiris daging nipis memanjang. Ketepikan.

4. Masukkan daging ke dalam semua bahan kerabu dan gaul sebati. Hidangkan mengikut kreativiti..



Dear Nik Tie..a very good luck trying this recipe out..i'm glad u and hubby liked it..it makes me happy looking at both of you enjoying ur dinner that nite..do visit again!

Tuesday, December 13, 2011

A Visit by An Old Good Friend

Assalamualaikum...busy ke tu..mieza ni schedule very tight lately..sebabnya tengah prepare untuk menghadiri conference hari Isnin depan..jadi seharian hari ni mieza bersengkang mata depan lappy siapkan slide PPT untuk presentation nanti..itu yang hari ni agak lewat jenguk blog ni..nak blogwalking pun tak sempat..insyaAllah esok mieza akan mengunjungi blog kawan-kawan ye..

Malam ni tak der post resepi tapi topiknya masih lagi moving around food..semalam mieza menerima kunjungan sahabat lama mieza dari sekolah menengah dulu...18 tahun mieza tak jumpa..seronoknya tidak terkata..terima kasih dear sudi bertandang ke umah mieza yang tak seberapa ni..jadi balik je kerja kul 6 petang semalam mieza terus menyingsing lengan baju dan merempit di dapur..kalau boleh mieza nak jamu tetamu mieza makan sekenyang-kenyangnya...dengan masa yang sangat terhad mieza hanya mampu menyediakan meal menu yang simple saja..insyaAllah lain kali datang hujung minggu atau hari cuti pula ye Tie supaya mieza boleh masak macam-macam dan kita juga boleh bersembang panjang..jom tengok apa yang mieza hidangkan buat depa berdua (anak perempuan kesayangan pasangan kawan mieza ni tak datang sebab sedang bercuti ke umah neneknya di Pasir Puteh, Kelantan)

sebelum makan kita pose dulu..say cheeseeeeeee!



ini je la yang sempat mieza rempitkan semalam..enjoy ur dinner babeh!



Nasi Kabsa



Dalca Ayam



Siakap 3 Rasa



Kerabu Daging dan Pegaga



Sambal Cili Limau Kasturi dan Marbled Banana Cake



Semasa makan kita pose lagi sekali...makan kenyang-kenyang ye



Tuan umah yang encem hik hik hik



Harap guest istimewa mieza ini tak serik untuk datang lagi..

Monday, December 12, 2011

Ikan Gerut-Gerut Masak 3 Rasa



Assalamualaikum..aduhaiiii fenatnya mieza..tapi fenat pun tak per sebab rasa seronok mengatasi rasa fenat..minggu ni ramai betul orang yang bercuti kat pejabat mieza termasuk la my boss..yang tinggal cuma mieza dan 3 orang kawan lain (4 of us)..kunci opis pun mieza yang kena pegang..hmmm mieza tak suka sebenarnya pegang kunci opis..oleh sebab kawan mieza nak datang petang ni jadi mieza off for lunch awal skit...balik umah dan kemas umah skit..hahahah bila ada tamu baru nak kemas umah..ampunnnnn..mieza tak menang tangan..harap-harap kawan mieza tak kutuk umah mieza yang bersepah tu hihihihi



Mieza tak leh nak story pepanjang..tapi hari ni mieza nak share resepi ikan ni yang mieza masak semalam dan makan bersama nasi limau purut..licinnnn ikan ni dikerjakan oleh anak dara bam bam mieza tu..jom tengok resepi yang mieza cuba dari MyR..

IKAN MASAK 3 RASA
Source: Sunkist @ My Resipi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 5 orang )

Seekor ikan kerapu - mieza guna ikan gerut-gerut..ikan apa pun ok jangan ikan bilis udah la hahahah
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak



Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.

5. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.

6. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.



owhhhh look at her..sucking and licking the fish head..my bam bam wawa that she is!

Sunday, December 11, 2011

Nasi Limau Purut



Assalamualaikum...salam ceria..hari ni mieza cukup happy..nak tau kenapa mieza happy? Mieza happy sebab esok kawan baik mieza, sama satu sekolah, (tinggal satu bilik di asrama, pernah mengunjungi rumah beliau sewaktu sekolah dulu, selalu bergelak ketawa, menghadiri tusyen sesama) akan mengunjungi mieza esok setelah 17 tahun tidak berjumpa..ya Allah excited nyer mieza tidak terkata..bagaikan tak sabar untuk menerima kunjungan beliau dan keluarga esok..setelah tamat SPM mieza ke USA dan beliau ke UIA..sejak 2 tahun yang lepas mieza bertemu semua beliau di FB..sejak itulah kami bertukar-tukar berita..baru kini berpeluang untuk bersemuka semula...TQ FB for connecting two old lost friends...tadi kawan mieza message kat FB katanya nak makan masakan mieza...hmmmm ini yang mieza tengah fikir-fikir dan berbincang dengan hubby juadah apa nak disediakan untuk tetamu yang sangat mieza hargai itu esok..



Nasi ni bukan untuk esok tau..heheh nasi ini mieza masak untuk lunch tadi..setelah mieza terlihat kat dapur Kak Ita Masam Manis..tapi mieza terlebih air, jadi nasi mieza agak lembik ahakkkssss...sib baik suami mieza suka nasi yang agak lembik maka licin juga dikerjakan suami hahahaha..


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
Source: Kak Ita @ Masam Manis
Source: Mieza @ WAWMC



2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau



Cara-cara:

1. Panaskan Margerin di dalam periuk

2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi

3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar

4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering

5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.



Nasi Limau Purut ni mieza makan dengan Gulai Udang dan Nenas dan juga Ikan Gerut-Gerut 3 Rasa...sedap!

Pulut Kelapa Ikan Kurau dan Gelama Masam - Simple breakfast on a lazy Sunday...



Selamat pagi..dan apa khabar..mieza pagi ni terasa malas la pulak sebab dari semalam hujan turun tak berenti..dah rasa macam kat obersea lak hahaha...bila hujan mula la terasa malas nak masak..ingat nak ajak hubby gi makan capati kat kedai mamak je..tapi dia kata sejuk dia malas nak bangun awal..katanya nak peram tido sampai lewat sikit..hmmm anak-anak lak nak makan chicken pot pie tapi susu lak abis..nak goreng bihun hmmm tauge pun tak der..nak goreng nasi, nasi semalam semua dah abis..heheh last last ternampak beras pulut, kebetulan kelapa parut pun ada lagi, dan juga ikan kurau dan ikan gelama masam...hmmmm sedap juga kan menu breakfast orang dulu-dulu time musim tengkujuh..



Arwah nenek memang suka masak pulut gaul kelapa ni kalau tiba musim hujan dan dia tak menoreh getah..orang dulu-dulu makan pulut tapi lepas tu kerja kuat di kebun getah atau pun di sawah...orang zaman sekarang breakfast dengan pulut pas tu lepak tengok TV..tu yang badan dapat macam-macam penyakit hahahaha...errr orang zaman sekarang tu termasuk la tuan punya blog ni..makan pulut dan mengantuk dan ZZzzzzzzz ahakkksssss...

ini pula ikan gelama masam..mieza beli kat pekan lumut..sedap ikan ni...



Walaupun simple dan menu orang lama tapi yang ini lah yang menambat hati mieza ^__^