Dah balik kerja? Tengah drive? Ke sememangnya cuti hari ni?
Alkisah mieza ni babysitter bercuti minggu..sempena cuti sekolah katanya dia nak cuti...jadi tak dapatlah nak hantar anak-anak ke umah pengasuh, kena la bawa ke opis...nasib baik ramai bos bos yang bercuti minggu ni..jadi lengang la skit opis...selesa la skit nak bawa anak-anak...bukannya apa kalau time orang tengah ramai kat opis dan kita bawa anak, takut orang tak suka anak kita bising-bising kat opis tu..
Haaa...petang ni makan apa? Sukatak dengan tiramisu ni? Anak mieza yang sulung tu dah lama sangat mintak dibuatkan tiramisu..merajuk dia sebab mama asyik buat orang lain punya tempahan tapi tak buat 'tempahan' dari dia hahaha...kesian pula mieza..jadi semalam mieza buatkan la untuk minum petang...macam biasa en husband memang tak leh makan kalau food yang associated dengan coffee sebab dia memang tak tahan dengan coffee..sian dia..terpaksa la buat sumthing else for him..
Bila dipost ke fb semalam..aunty mieza dari Kelantan nun bertanyakan resepi..kalau ikutkan hati memang lambat lagi la nak tempek resepi ni kat sini sebab memang malas nak buka lappy kalau sikenit Umar tu tak tido..dia tau nak 'tolong' tekan keyboard je hahaha...jadi untuk Chik Tun tersayang...mieza postkan juga la...nanti chik cuba ye...sesuai sekali untuk dijadikan dessert kalau buat open house atau makan-makan..
TIRAMISU BISCOTTI
Source: Mieza @ WAWMC
1 paket biskut ladyfingers - harga dalam RM12 sepaket
Sedikit serbuk koko - untuk hiasan
Bahan A
250 gm philadelphia cream cheese
3 sb gula kastor
1 sk esen vanilla
2 biji telur gred C
200 ml (1 kotak kecil) whipping cream
Bahan B
1 mangkuk air panas
3 sb gula
2-3 sb nescafe
Cara-cara:
Bahan A
1. Pukul cream cheese dan gula sampai kembang dan tidak berketul. Masukkan Telur dan esen vanilla dan dipukul sebati.
2. Masukkan pula whipping cream dan dipukul lagi sehingga semuanya sebati.
Bahan B
Bancuh semua bahan menjadi air nescafe yang pekat dan kaw. Bahan B hendaklah dalam keadaan panas sewaktu penyediaan tiramisu.
Cara menyediakan tiramisu:
1. Sediakan bekas yang sesuai. Seeloknya sediakan bekas kaca yang transparent barulah cantik sebab boleh nampak layernya dari luar.
2. Ambil sekeping biskut, celup (bukan rendam) dalam air nescafe panas dan angkat cepat-cepat dan letakkan di dalam bekas. Celup jangan lama sangat sebab nanti buskut akan jadi terlalu lembik.
3. Susun biskut yang dicelup di dalam bekas dan tuangkan cream cheese diatasnya dan ratakan. Kemudian susun lagi biskut menjadi layer kedua dan seterusnya dituang cream cheese lagi.
4. Lebih kurang macam ni:
Layer 1 : Susun biskut
Layer 2 : Tuang cream cheese dan ratakan
Layer 3: Susun biskut lagi
Layer 4: Tuang cream cheese lagi
5. Ulang hingga habis. Pastikan layer paling atas ialah cream cheese.
6. Sejukkan di dalam peti ais.
7 Sewaktu menghidang, taburkan serbuk koko dan buah strawberry di atasnya.
SELAMAT MENCUBA