Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, May 28, 2012

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum...
Dah balik kerja? Tengah drive? Ke sememangnya cuti hari ni?
Alkisah mieza ni babysitter bercuti minggu..sempena cuti sekolah katanya dia nak cuti...jadi tak dapatlah nak hantar anak-anak ke umah pengasuh, kena la bawa ke opis...nasib baik ramai bos bos yang bercuti minggu ni..jadi lengang la skit opis...selesa la skit nak bawa anak-anak...bukannya apa kalau time orang tengah ramai kat opis dan kita bawa anak, takut orang tak suka anak kita bising-bising kat opis tu..

Haaa...petang ni makan apa? Sukatak dengan tiramisu ni? Anak mieza yang sulung tu dah lama sangat mintak dibuatkan tiramisu..merajuk dia sebab mama asyik buat orang lain punya tempahan tapi tak buat 'tempahan' dari dia hahaha...kesian pula mieza..jadi semalam mieza buatkan la untuk minum petang...macam biasa en husband memang tak leh makan kalau food yang associated dengan coffee sebab dia memang tak tahan dengan coffee..sian dia..terpaksa la buat sumthing else for him..
Bila dipost ke fb semalam..aunty mieza dari Kelantan nun bertanyakan resepi..kalau ikutkan hati memang lambat lagi la nak tempek resepi ni kat sini sebab memang malas nak buka lappy kalau sikenit Umar tu tak tido..dia tau nak 'tolong' tekan keyboard je hahaha...jadi untuk Chik Tun tersayang...mieza postkan juga la...nanti chik cuba ye...sesuai sekali untuk dijadikan dessert kalau buat open house atau makan-makan..


TIRAMISU BISCOTTI

Source: Mieza @ WAWMC

1 paket biskut ladyfingers - harga dalam RM12 sepaket
Sedikit serbuk koko - untuk hiasan

Bahan A
250 gm philadelphia cream cheese
3 sb gula kastor
1 sk esen vanilla
2 biji telur gred C
200 ml (1 kotak kecil) whipping cream

Bahan B
1 mangkuk air panas
3 sb gula
2-3 sb nescafe



Cara-cara:

Bahan A
1. Pukul cream cheese dan gula sampai kembang dan tidak berketul. Masukkan Telur dan esen vanilla dan dipukul sebati.
2. Masukkan pula whipping cream dan dipukul lagi sehingga semuanya sebati.

Bahan B
Bancuh semua bahan menjadi air nescafe yang pekat dan kaw. Bahan B hendaklah dalam keadaan panas sewaktu penyediaan tiramisu.


Cara menyediakan tiramisu:
1. Sediakan bekas yang sesuai. Seeloknya sediakan bekas kaca yang transparent barulah cantik sebab boleh nampak layernya dari luar.
2. Ambil sekeping biskut, celup (bukan rendam) dalam  air nescafe panas dan angkat cepat-cepat dan letakkan di dalam bekas. Celup jangan lama sangat sebab nanti buskut akan jadi terlalu lembik.
3. Susun biskut yang dicelup di dalam bekas dan tuangkan cream cheese diatasnya dan ratakan. Kemudian susun lagi biskut menjadi layer kedua dan seterusnya dituang cream cheese lagi.
4. Lebih kurang macam ni:
       Layer 1 : Susun biskut
       Layer 2 : Tuang cream cheese dan ratakan
       Layer 3: Susun biskut lagi
       Layer 4: Tuang cream cheese lagi
5. Ulang hingga habis. Pastikan layer paling atas ialah cream cheese.
6. Sejukkan di dalam peti ais.
7 Sewaktu menghidang, taburkan serbuk koko dan buah strawberry di atasnya.


SELAMAT MENCUBA

Sunday, May 27, 2012

Nasi Goreng Kuning Ikan Masin dan Sotong Bunga Kacang Buncis..

Assalamualaikum...dah selamat sampai ke kampung...waaa jeles nya semua dah balik kampung...mesti ada macam-macam program untuk dibuat di kampung tu kan...yang pastinya tentu banyak jemputan kenduri kawin..student mieza juga ramai yang nak kawin cuti sekolah ni...buat semua bekas pelajar mieza yang menjemput mieza ke kenduri kawin mereka..mieza minta maaf tak dapat hadir kerana terpaksa balik kampung..dah 6 bulan tak jenguk emak di kampung..time cuti sekolah je la yang boleh balik pun memandangkan anak sulung mieza akan menghadapi UPSR dalam bulan 9 nanti...mieza ucapkan selamat pengantin baru..terima kasih atas jemputan..semoga berbahagia sentiasa aminnnnn...


 
Sesekali di hujung minggu terasa malas lak nak masak...bestnye kalau ada bibik hahaha...arah je suruh kupas dan potong apa yang patut..mieza just masak..then kerja cuci mencuci semua bibik buat..fullamaaakkkk heaven! Angan-angan je la...hubby memang tamau ada bibik..jadi secara otomatiknya kerja bibik itu adalah kerja kuuuu...cuba bayangkan..bibik indonesia perlu dibayar RM700 minimum untuk melakukan sejenis kerja je...hmmm banyak tu kita leh kumpul duit kalau kita juga dibayar gaji sebegitu oleh encik suami untuk setiap kerja yang kita lakukan..cuba bayangkan..memasak RM700, cuci pinggan RM700..basuh baju RM700, kemas umah RM700, pergi pasar RM700, hantar dan ambik anak from school RM700...dah berapa ribu tu? waaaa kaya kaya kaya hahahhaah

Hehehe berbalik kepada menu kita pagi ni...errr pagi semalam sebenarnya..baru nak tempek kat sini...semalam kebetulan ada nasi lebihan semalamnya yang masih elok..sayang lak kan kalau tak dimasak...kalau boleh memang ler nak ajak encik husband bekpes makan nasi kerabu kat stesen ketapi Tg Malim..tapi bila melihat nasi yang tidak bersalah tu, ku cancel kan niat nak bermalas-malas...keluarkan kuali dan tumbuk juga la apa yang patut untuk goreng nasi ni hehehe

NASI GORENG KUNING IKAN MASIN

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 mangkuk nasi semalan - leraikan
1 cawan isi ikan kurau atau ikan talang..ikan bilis tak aci tau
Sedikit minyak
Garam gula secukup rasa

Bahan tumbuk lumat
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili api
1 inci belacan
1 cm kunyit hidup


Hiasan
Hirisan daun bawang dan daun sup
Hirisan cili merah

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan isi ikan kurau hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Sendukkan keluar minyak jika minyak terlalu banyak. Tinggalkan minyak lebihkurang 3 sudu besar shaja di dalam kuali, Tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
3. Masukkan nasi dan dikacau rata. Tak perlu masukkan kicap sebab ini nasi goreng kuning..tapi kalau suka boleh la juga dimasukkans sedikit.
4. Masukkan ikan kering yang telah digoreng dan kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula..jangan terlalu banyak garam sebab ikan ekring dan belacan sudah masin. Kacau dan goreng seketika di atas dapur.
6. Sebelum diangkat masukkan bahan hiasan dan kacau rata. Angkat dan hidangkan



Peneman setia nasi goreng kuning ikan masin semalam ialah sotong goreng kunyit bersama kacang buncis..Kacang buncis tu dah lama tersedia dalam peti ais selalu tertangguh nak masak..risau takut-takut ia rosak..rasa membazir duit kalau terpaksa dibuang begitu aje..maka mieza gorengkan kacang buncis tersebut dengan sotong yang dipotong bunga...cantik pula bila dibuat bentuk bunga begini..anak-anak pun suka...kata nya cantik sotong mama buat macam ni..zup zap zup sotong hilang dulu...terpaksa la mama makan kacang tu sorang-sorang..pandai depa ni..


Cara nak buat bunga tu senang aje..lupa pula mieza nak ambik gambar step by step..potong sotong kepada 2-3 cm..kemudian potong kepada 5 kelopak tetapi jangan putus..bila goreng sotong berkenaan akan menjadi kelopak bunga...selamat mencuba!


Saturday, May 26, 2012

Nasi Pilaf Tomato

Assalamualaikum...salam hujung minggu...dan juga selamat bercuti sekolah...wahhh seronok sungguh ye bila cuti sekolah bermula...ibubapa seronok..anak-anak lebih lebih lagi..maklumla tak payah bangun pagi hahaha...semua dah balik kampung ke? Buat yang balik kampung tu mieza ucapkan selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan umah juga pastikan sistem sekuritinya mantop ye...risau juga mieza time cuti sekolah bila orang balik kampung ni la banyak berlaku pecah umah..semoga Allah SWT selamat kan kita semua InsyaAllah...

Nampak gayanya mieza je la yang masih berada di umah tak balik kampung lagi..bila anak nak ambil periksa ni cuti sekolah pun mcam tak cuti sebab anak sulung  mieza terpaksa mengikuti kelas tambahan ..hari-hari anak mieza ada kelas tambahan kat sekolahnya..jadi lambat lah sikit mieza balik kampung..dah 6 bulan mieza tak jenguk mak di kampung sejak mieza hantar dia balik bulan 12 hari tu...rindu pula pada wajah tua mak...
Haaaa dah tengok gambar kat atas tu? Itu nasi yang mieza masak for lunch hari ni...kebetulan ada beras basmathi lebihan masak hari tu ada cukup-cukup 3 pot...just enaf for my family...boleh la mencuba resepi baru dari buku masakan favorite mieza Asmah Laili Mintak Ampun Sedapnya tu...memang tak rugi membeli buku tu..berbaloi sebab banyak resepi yang best...resepinya ni juga mieza nampak dah ramai yang mencubanya...Alhamdulillah semua cakap sedap...suami mieza pun cakap sedap sampai bertambah-tambah dia makan...Abang oiiii awak kata nak diet...ke laut lagi diet awak hahahaha


NASI PILAF TOMATO
 
Source :- Mumtaj Begum Omar @Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Source :-Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan :-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya – Mieza Cuma masak 3 pot sahaja
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga
2 helai daun bay
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina
1/4 cawan susu sejat
garam secukupnya – mieza tambah
1 kiub ayam Knorr – mieza tambah
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goring – mieza tak letak sebab taka da..mieza ganti dengan bawang goring dan almond flakes

Cara:-
1.    Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
2.    Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi.
3.    Masukkan hirisan bawang dan lada merah.
4.    Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi.
5.    Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
6.    Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih.
7.    Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

Pilaf tomato ni mieza makan dengan Kari Daging Kerisik kegemaran hubby...dia kalau ada daging kat umah ni mesti nak suruh masak daging...dan selalunya kari daging tu dia akan makan juga dengan roti..memang typical keturunan mamak hahahah...

Bagi pengunjung blog WAWMC yang nakkan resepi Kari Daging Kerisik resepi keluarga mieza turun temurun ni boleh la tengok kat SINI...

Teman sekapal nasi Pilaf Tomato hari ialah Ayam Goreng Rempah Kari...mieza pun dah penat nak masak lagi sebab anak laki kesayangan mieza tu demam dah 2 hari asek merengek je..jadi main masak je la yang simple-simple..ayam ni mieza perapkan dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat, garam, kunyit, dan rempah kari...kemudian digoreng bersama daun kari, hirisan bawang besar dan juga hirisan cili hijau...memnag sedap! Anak-anak suka..diratah begitu saja..


Hari ni mood masak-masak tak berapa nak maksimum..jadi nasi mieza tiada dalca ataupun acar ataupun sambal..hubby kata kalau you buat sambal pedas-pedas sikit lagi best tau...hari ni mieza tak ke pasar..tak der stok cili merah..tapi tak per sebab semua licin hahahah

Sunday, May 20, 2012

Kerang Rebus

Assalamualaikum..
Apa kahabr..salam hujung minggu..mesti tengah berehat sambil tengok TV semua tu ye..ke tengah prepare nak masak apa untuk dinner?  Orang lain dah nak start masak dinner, mieza lak baru terhegeh-hegeh nak tayang menu petang tadi..tarraaaaa kerang rebus cicah sos jeeee hahaha

Niat hati hari minggu nak la masak sedap-sedap sikit kan..tapi apakan daya kepala ni dah 2 hari dia duk nyuttt nyutttt tamau baik..ubat dah berbiji ditelan..kang telan banyak-banyak kang overdose lak kan..semalam 9.30 malam dah masuk bilik untuk tidor lepas telan ubat tahan sakit..bangun hari ni masih gak dok nyutttt nyutttt...hubby kata ehhh BP awak naik kot...tatau la..harap-harap tak ler..nak gi cek kat kinik malas lak..heh mieza kan cukup tak suka dengan doktor!

Bila bangun pagi ni hubby kata tak yah masak kalo dah tak sihat jom kita gi makan tosai kat kedai mamak..apa nak buat weiiiii laki aku keturunan mamak wakakaka..tosai juga yang dia pilih..dah lama dah dia suh mieza blajar wat tosai...mieza je degil tak berapa nak rajin wat tosai..errr tak derhaka kan ngeh neghhhh

Lepas makan tosai anak mieza yang no 2 tu sibuk merengek nakkan selipar baru sebab selipar lamanya dah haus tapak..terus hubby ajak gi Jusco..maka berlunch di Jusco la kami...jadi hari ni tiada menu bekpes or lunch...cuma menu tea yang seberapanya..

Emmm nak resepi ke? Tak yah la kot..kerang rebus tu simple je..mieza cuma rebus dengan 3 batang serai yang diketuk dan 2 inci halia yang mieza hiris nipis..dan garam...pastu cicah je sos cili hehehehe

Salam sayang dari mieza!

Tuesday, May 15, 2012

Red Velvet Cake & Happy Mother's Day To Me ^__^

Assalamualaikum...
Agak lambat pula mieza bersiaran ye hari ni..maklum la keta tua dah semput hahaha..hari ni mieza punya lah tensen kat tempat kerja..bukan la tensen pasal kerja..tapi tensen sebab terpaksa bekerja dalam keadaan panas sebab tak der letrik dari petang semalam..tatau la mana yang tak kena..sampai meeting pun terpaksa dalam keadaan panas..haishhhh peluh meleleh sampai ke betis..hubby kata..ehhh seksi la u kerja kat opis panas-panas mesti baju melekat kat badan....cik abang oiiii..ini bukan seksi dah ni...ini dah jadi seksa tau tak...boss lak banyak celoteh nya tengah-tengah panas nih...tapi mieza terpaksa la cabut tinggal meeting jam 1.15 pm tadi sebab terpaksa amik anak dari sekolah..bila laki outstesen ni kita lah kena jadi supir...waaaa abang oiii awak jangan lupa top-up minyak keta saya ye..jauh tu saya ulang alik dari opis ke sekolah anak...kalau awak tak top-up saya mogok masak seminggu hahahaha

Ehhh banyak lak kita membebel pasal tak dak letrik dan petrok keta..haaa dah tengok kek kat atas tu? Cantik tak? cakap la cantik sebab terkial-kial mieza cuba deko tau...ok ok dah cakap cantik? owhhh terima kasih hihihih

Kek ni sebenarnya mieza bake untuk diri sendiri..hihii...dengan wording yang dipilih oleh anak-anak...kebetulan pada hari tu ada customer dari Ulu Bernam tempah RVC ni jadi mieza terus buatkan 2 biji satu untuk celebrate family...Jadi di sini mieza mengambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu diluar sana terutamanya kepada ibu mieza Puan Nah Binti Hasan dan juga Ibu mertua mieza Puan Salmiah Binti Lebai Ahmad...terima kasih atas segalanya ibu...pengorbananmu mengandung, melahirkan dan membesarkan mieza tiada tandingannya...semoga semua bakti  ibu diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT...mieza sentiasa sayang ibu...

Tapi sayang sangat sebab ibu mieza tak der dengan mieza..jadi kek ni mieza makan bersama jiran mieza cum opis mate...Alhamdulillah dikurniakan Allah jiran yang baik...selalu tolong mieza bila dalam kesusahan..terima kasih Kak Fauzan dan Happy Mother's Day to you too

Ini Aina..anak jiran mieza..tengok muka Aina...comot dengan cream cheese...wahhhh seronok sekali lah bebudak tu dapat kek red velvet..tapi yang lebih seronoknya sebab depa main sapu-sapu cream cheese kat muka masing...makan-makan sambil gelak...seronok sekali tengok depa...Aina tanya..."tak der lilin ke" alaaaa sayang...cik mieza tak letak lilin sebab ini bukan besday kek...Aina kata "kalau makan kek kena ada lilin"...ok ok len kali cik mieza letak lilin ye sayang...

Aina dan Wawa...geng bas sekolah la ni...wawa tu dengan imej muslimah..imej terbaru dia...siang malam nak pakai tudung..hatta masa tidur pun kalau boleh nak bertudung....pergi sekolah sekarang ni hari-hari pakai tudung...teringin juga mieza nak tahu apa yang menyebabkan wawa ubah imej rock dia sebelum ni  kepada imej muslimah ni..

mieza: naper sekarang wawa suka pakai tudung?
wawa: sebabnya mama kat sekolah wawa tu ada budak perempuan ada kutu..jadi wawa pakai tudung supaya kutu tak terbang ke kepala wawa..cikgu kata kutu boleh terbang!

Laaaaa itu ke sebab wawa bertudung? Wakakakak..nak elak dari dijangkiti kutu rupanya...mieza biarkan je..elok pun dari kecik-kecik lagi dah bertudung..comel sangat!
Tengok tu...lunyai kek red velvet dikerja kan depa..hahaha...Alhamdulillah...habis licin kek sebiji! Len kali Cik Mieza buat kek lain kita makan sesama lagi ye sayang..mieza tak sempat nak snap kek yang baru dipotong dalam bentuk slice...terus kena ngap hahaha

Ini la dia anak dara mieza yang sangat notty..tapi sangat rajin tolong mieza..agaknya memang anak nombor 2 rajin kot...bila mieza jemur kain dia mesti tolong..bila mieza nak mop lantai..potong sayur, basuh pinggan..pendek kata semua ekrja dia nak tolong...Alhamdulillah..dikurniakan anak yang ringan tulang...sayang wawa!

Ini bukan umar..masa kami ramai-ramai makan kek Umar sedang lena di dalam buai...ini Adib..adik Aina..anak jiran mieza yang sangat cumillllllll....tengok matanya yang bulat..isy! geram! cubit dia!

Owhhh asek bercakap pasal gambar-gambar lupa lak nak cakap pasal kek...dulu mieza pernah buat RVC guna resepi dari Joy Of Baking..kemudian mieza jumpa resepi RVC kat sini...dan mieza rasa, pada tekak mieza this one is better..


RED VELVET CAKE - mieza buat 1/2 adunan *** yang berwarna merah itu ialah sukatan yang mieza guna, yang lain-lain mieza separuhkan sukatan...menghasilkan 800gm RVC mieza guna 7" tin
Source: To Food With Love
Modified: Mieza @ WAWMC

2 1/2 cups sifted cake flour (150g)
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
2 tbsp cocoa powder
1/2 cup unsalted butter, at room temperature (80g)
1 1/2 cups caster sugar (120g)
2 large eggs
1 teaspoon vanilla  extract
1 cup  buttermilk, at room temperature
2 tbsp liquid red food coloring
1 tsp white distilled vinegar
1 tsp baking soda

Cream cheese icing:
2 blocks (16oz/450g) cream cheese, softened (150g)
4 oz (113g) butter, softened (40g)
2 1/2 cups icing sugar, sifted (70g)
1 tsp vanilla extract
Pinch of salt

Method

Preheat oven to 175C (350F). Grease a tall 9 inch round cake pan and line the base with baking paper.

Sift flour, baking powder, salt and cocoa together in a bowl. In a jug, stir the red colouring into the buttermilk. Set aside.

In the bowl of an electric mixer, beat the butter and eggs until light and fluffy. Beat in eggs one at a time, followed by vanilla extract until the mixture is smooth. With the mixer on low speed, alternately add the flour and buttermilk in 3 additions, starting and ending with flour. Mix until evenly combined.

Combine vinegar and baking soda in a small bowl until it fizzes. Quickly add to the batter and fold through briskly until evenly incorporated. Pour into the prepared cake tin and bake in the oven on the middle rack for 50-60 minutes or until a skewer inserted comes out clean. Remove from oven and let it cool in the tin for 10 minutes before turning onto a wire rack to cool completely. Refrigerate for 1-2 hours until it is firm enough to slice into 3 layers. Slice off the top layer and use this to make crumbs for decorating the cake if desired. Ice the cake with cream cheese frosting.

To make frosting, beat the cream cheese and butter until smooth. Add icing sugar, vanilla and salt and beat until light and fluffy.

Monday, May 14, 2012

Ayam Syahjahan

Assalamualaikum...
Nampak nama ayam tu..waa canggih gitu..macam nama pahlawan gitu..memula tengok macam pelik juga..sebab tak diceritakan dari mana datangnya nama ni..tapi resepinya mieza dapat dari buku resepi Asmah Laili - Mintak Ampun Sedapnya..memang tak rugi beli buku ni..banyak resepi baru yang nampak sedap..setakat hari dah 2 resepi mieza cuba dari buku tu dan kedua-dua alhamdulillah mieza suka!..Hubby pun kata ayam ni sedap...kawan-kawan pun boleh la mencubanya..mieza nampak kak ita Masam Manis pun dah buat..

Hari ni mieza tak boleh nak celoteh banyakk..sekarang dah jan 1.20 pm..jap lagi 1.40 kena jemput anak sulung mieza dari sekolah sebab hubby outstesen selama seminggu..waaa jenuh juga mieza bila hubby tak der..lepas ambik anak sekolah, terus nak kena masuk opis jam 2 pm sebab ada banyak benda yang pending..

Jom lah kita tengok resepinya..

AYAM SYAHJAHAN
Source : Buku Masakan Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya....
Tested by; Mieza @ WAWMC

Bahan A
1 ekor ayam ~ mieza guna 1/2 sahaja
5 biji buah pelaga
3 cm kayu manis
5 biji bawang besar ~ didadu kecil
2 batang lada hijau ~ dibelah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia atau bawang putih ~ mieza letak dua-dua sekali
2 sudu makan pes tomato
3 biji tomato ~ didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 gengam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cawan minyak ghee / minyak sapi
1/4 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Bahan B
1/4 cawan tairu
5 biji badam
5 biji gajus
1/4 sudu teh koma-koma
~ semua bahan di atas dikisar halus

Cara-cara:

1. Panaskan minyak jagung dan gorengkan ayam sehingga 3/4  masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambahkan minyak ghee kepada lebihan minyak gorengan ayam dan biarkan panas. Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum
3. Masukkan bawang yang telah didau dan lada hijau. Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu. Kacau setiap masa sebab bawang dadu cepat menguning
4. Masukkan pes halia atau pes bawang putih dan tumis hingga wangi
5. Masukkan pes tomato dan dan tumis selama 2-3 minit
6. Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit
7. Sentiasa dikacau untuk membantu memecahkan tomato

Mieza dah cuba..kawan-kawan bila lagi? ^__^

Saturday, May 12, 2012

Chocolate Cupcake With Cheese Filling

Assalamualaiku..salam hujung minggu..
Buat apa tu di hujung minggu...pagi ni mieza bangun tido pagi-pagi terus masuk dapur sebab nak buat cc ni lepas mieza nampak zila 4ever tu buat...tapi jangan la compare dengan zila punya...miezatak sempat (ke malas? ahakksss) nak wat topping hahahaha..yang terlebih rajin pagi ni sebab anak mieza yang no 2 (5 tahun) tu masuk pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Perak yang diadakan di office papanya di UPSI..pertandingan tu jam 9 pagi..so i thot boleh juga the gal bawa bekal sambil mewarna..

Mieza ada improvise sikit resepinya..memula tu ingat nak buat topping choc ganache..tapi masa lak suntuk..ye la pertandingan mula jam 9 pagi.. disebabkan masa tak sempat untuk buat topping..maka mieza improvise letak cheese filling kat tengahnya..kebetulan dah bancuhan cheese dalam peti ais..tak perlu nak whip dulu bagai...
Mieza isikan cup dengan adunan kek 1/2 cup penuh..then mieza letakkan cheese filling kat tengahnya sebanyak 1 sudu kecil..then cover balik dengan adunan kek sehingga 3/4 penuh..satu adunan ni mieza dapat 30 biji cupcake..jom tengok resepinya..mieza cilop kat umah zila..sedap keknya..lembap dan tak manis sangat..

CHOCOLATE CUPCAKE WITH CREAM CHEESE FILLING
Tested and improvised by: Mieza @ WAWMC

bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate



cara-caranya
  1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak kedalam periuk dan masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut.
  2. Tepung gandum,soda dan baking powder disatukan dan diayak.
  3. Telur dipukul kembang dan masukkan campuran koko tadi
  4. Masukkan tepung dan gaul rata.
  5. Tuang dalam acuan yang digemari. (Cara mieza: Mieza tuang adunan kek ke dalam cup 1/2 penuh, kemudian masukkan cream cheese filling di tengah-tengah sebanyak 1 sudu kecil, kemudian ditutup dengan adunan kek sehingga 3/4 penuh)
  6. Bakar sehingga masak. (Mieza bakar pada 175'C selama 13-15 minit)


    Cream Cheese Filling:
    250 gm cream cheese
    50 gm gula icing - ayak
    1 biji telur

    Cara:

    1. Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula. Pukul lagi hingga sebati dan cheese tidak berketul.
    2. Masukkan telur dan pukul sebati.


    Bila dah dibogelkan dia begini lah rupanya..seksi gitu hahaha

The inside view! Sedap! Jangan pikir pasal berat badan tau...kira halal je la hahhaha

Thursday, May 10, 2012

Banana Loaf

Assalamualaikum...apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat belaka..
Mieza je yang kurang sihat...pagi semalam sewaktu pergi kerja rasa sihat-sihat je..kemudian jam 830 am mieza keluar makan bersama beberapa orang kawan perempuan di pejabat..masa tu dok terasa sakit, senak dan pedih dalam perut sebelah kiri dan sekitar pinggang sebelah kiri..mieza ngadu kat kawan kata tak sedap dalam perut..dan mieza expect hmmm kot period pain kot..tapi lambat lagi sampai waktunya..biasanya period mieza datang dalam 15 hb macam tu...kawan kata may be bulan ni nak datang period awal..

Balik ke pajabat sekitar jam 930 pagi..makin lama makin sakit sampailah mieza tak tahan mieza minta tolong kawan sapukan minyak angin kat belakang..dan mieza baring di bilik solat..tapi tak juga hilang..tak tahan sangat sampai mieza terpaksa meringkuk untuk tahan sakit..dalam jam 10 pagi kawan hantarkan mieza ke hospital..dan call husband..buat urine test dan x-ray..rerupanya mieza kena batu karang dan kencing sangat kotor...huwaaaaa..ya Allah sakitnya batu karang ni rupanya..sakit sampai ke belakang dan pundi kencing...doktor bagi ubat tahan sakit yang sangat kuat dah jadi pening la pulak..sian hubby tolong jaga mieza dalam wad..Alhamdulillah sekarang dah boleh kuar wad dan doktor bekalkan ubat tahan sakit..insyAllah 2 minggu lagi jumpa doktor pakar dan kalau batu karang mieza semakin teruk doktor kata kena operate..waaaa takutnya dengar kena operate ni...sekarang ni mieza makan apa aje orang bagi petua untuk pecahkan batu karang...dan of coz kena disiplinkan diri minum air yang banyak...



Kek ni pun mieza buat 2-3 hari yang lepas sebab ada pisang ranum kat umah takut rosak dan membazir pula...bila nampak FnF buat kek siap letak dalam salji mieza jadi tak tahan..terus buat kek juga tapi hidang atas kain putih je sebab kat Tg Malim tak der salji hahahaha...resepinya mieza cilop umah FnF tapi mieza lebihkan susu...kira derhaka la ni hahaha..dan mieza tambah sedikit nuts dan juga coklat chip...



BANANA LOAF
Source: FnF Simple Life
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan

190g pisang ranum
180g tepung gandum 

180g gula halus - mieza guna brown sugar...i luvvvvv brown sugar!
3 biji telur
120ml minyak masak - mieza guna sunflower oil
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu susu segar - mieza tambah jadi 1/2 cawan



Mieza tambah:
1 cawan kacang campuran (almond, walnut, hazelnut) - dicincang
1 cawan coklat chip (dark and white)



Cara-cara

1. Blend pisang, susu dan sedikit gula.
2. Pukul telur, baki gula, dan ovelet hingga gebu. 
3. Kemudian masukkan pisang blend tadi dan juga minyak. 
4. Masukkan tepung, baking powder dan soda bicarbonat yang telah di ayak. Gaul sebati.
5. Kemudian masukkan kekacang dan coklat chip. Gaul sebati.
6. Bakar 40 minit pada suhu 180degree C.... mieza guna loaf tin ...sonang jaa... Nak kukus dalam cup kecil2 pun boleh...gebus je...


Terima kasih FnF!

Tuesday, May 8, 2012

Kerabu Peria dan Udang

Assalamualaikum...buat apa tu..tengah dinner la tu...jangan makan banyak-banyak tau dah malam ni hehehe..
Sebab tu mieza makan awal hari ni sebab nak makan banyak..boleh ye macam tu..ate macam mana nak kurus?

Malam ni mieza dinner awal sebab anak sulung mieza tu ada tusyen setiap malam Isnin dan Selasa..tu yang makan awal..dan fullamakkk berselera sungguh la mieza petan tadi..alkisahnya semalam hubby belikan kerabu peria kat restoran dan dibungkus bawa balik...bila dah makan tu alamak sedapnya sampai tak cukup la pulak abang beli sikit sangat...oleh sebab dok terasa-rasa je kat tekak ni akan kesedapannya maka mieza suruh la hubby beli lagi hari ni..sekali hari ni tak der lah pulak kerabu ni...mana leh tahan...dah teringin sangat ni..macam orang pegnen la pulak...maka balik kerja petang tadi mieza singgah la juga kat mart dengan tangan kanan memimpin Wawa dan tangan kanan mendukung Umar, untuk beli bahan-bahan nak buat kerabu ni..kes nak makan sesangat la tu ahakkksss

Sampai je umah...terus buka baju kerja dan masuk apron...ketung ketang tumbuk apa yang patut..jam 630 pm dah siap...hulur semangkuk ke umah jiran sebelah umah...terus mieza ngadap dinner..lauk dinner lain hubby dah beli sesiap sebab Adnin terpaksa ke kelas pada pukul 745 malam...kalau nak masak memang dia tak sempat makan...fullamaaakkkk hilang kempunan...nasinya makan sikit je..ratah kerabu yang lebih memang sah jakun!


KERABU PERIA DAN UDANG
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 biji peria yang sederhana besar - potong, buang tengah dan hiris halus. Rendam dalam air garam selama 1/2 jam
300 gm udang - kupas kulit
1/2 cawan dantan pekat
2 sb kerisik
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam dan gula


Bahan hiris:
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
6-7 tangkai daun kesum
3 tangkai daun ketumbar
1 biji buah tomato - dadu


Bahan tumbuk halus:
3 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 inci belacan
2-3 sb udang kering

Cara-cara:

1. Toskan buah peria dan celur dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan toskan airnya.
2. Udang yang telah dikupas kulit dibersihkan dan dicelur hingga masak. Angkat dan toskan airnya.
3. Masukkan peria, udang, bahan hiris,bahan tumbuk dan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan digaul rata. Rasakan masam, masin dan manisnya.
4. Hidangkan dalam mangkuk yang sesuai.
5, Jika suka boleh dicampur dengan sayuran lain seperti tauge, daun selom dan sebagainya..udang juga boleh diganti dengan makanan laut yang lain seperti kerang.

Monday, May 7, 2012

Cheese Pudding With Oreo

Assalamualaikum..Selamat Hari Ibu...ehh mothers' day ujung minggu ni kan...dah cadang-cadang ke apa nak kasi hadiah kat ibu? Adakah sebiji kek? ataupun puding yang sedap ni?

Sebenarnya seorang ibu tak mengharapkan apa-apa hadiah dari anak-anaknya...cukup dengan ucapan kasih sayang dan satu ciuman di pipi....waaa sedih la pulak mak dah tak dok dengan mieza tahun ni...rindunya pada mak...

Resepi ni mieza cuba sebab tergoda tengok kat fb mieza tu kawan-kawan dok tayang puding ni...huwaaa tak tahan weehhhh...sebenarnya dah lama nak try puding ni tapi biasalah kan...asek tertunda-tunda macam kapal terbang Air Asia hahahah asek delay je hik hik..kalau ke mart memang la beli sekut cheese ni tapi bila balik umah simpan dalam pantry kekonon nak wat puding pastu bila buka pantry tengok-tengok sekut tu dah abis anak-anak belasah makan sambil tengok tv...waaa tertunda lagi...tu yang lambat sampai tuh..

Puding memang rasa lemak-lemak dan lagi sedap bila diletak oreo kat dalamnya...kebetulan pula mieza baru beli silicone mould yang baru...wahhh ni proses pecah dara la ni...hihihi...Terima kasih kepada Kak Azlita for sharing the recipe...


CHEESE PUDING WITH OREO
Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By: Along Roz
Source: Kak Azlita @ Masam Manis & Mieza @ WAWMC


13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus (Mieza pakai brand Ritz)
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah, mieza follow

Cara-cara:

1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
2. Masukkan gula dan kacau sebati
3. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad.
4. Masukkan susu dan kacau sebati.
5. Tuang ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
6. Masukkan mentega dan kacau sebati
7. Tuang ke dalam loyang atau acuan. Layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapir. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
8. Sejukkan sebelum dihidangkan.



Sunday, May 6, 2012

Khoa Mok Kai aka Nasi Komok aka Nasi Beriani Thai

Assalamualaikum...salam hujung minggu..

Hujung minggu ni masak mesti asedap-sedap semuanya kan..semalam anak sedara mieza yang dipanggil Achik (belajar di MPIK Bangi) datang ziarah..dia bawa housemate dia sekali...wahhhh seronok lah mieza sebab ada assistant kat dapur..anak sedara mieza ni ringan tulang..rajin dia nolong Su (mieza dipanggil Su oleh anak sedara) dia..suka sangat dia datang...kain baju semua berlipat..pinggan mangkuk semua bercuci dan bilik Adnin siap dikemas, vacuum dan mop...waaaaaa suka nya ada anak sedara ringan tulang macam ni...sukerrrrr..sayang Acik..terima kasih sayang..su memang tak sempat nak buat semua tu...terima kasih!

Bila acik datang semalam, mieza mengambil kesempatan nak cuba nasi yang sedap ni..bukan apa..mieza geram tengok Kak Ayu Singapore dan Cheq Sue Cameron Highlands buat..waaaa aku tergoda...mieza setuju dengan pendapat Kak Ayu..katanya nasi ni macam nasi beriani sebab pakai rempah semua tu..tapi macam nasi ayam pun ada sebab ada sambal cili tu..tapi memang sedap..hubby makan bertambah-tambah..sambalnya memang sedap..ayam goreng yang diperap rempah komok tu pun sedap bangat! Nasi ni sudah dimasukkan ke dalam feveret list family hehehe


Nasi Komok ni memang dimakan dengan ayam dan sambalnya..tapi suami mieza minta dibuatkan juga kuah sebab katanya tak berapa pandai pula nak makan nasi tak berkuah, takut lekat katanya...jadi mieza masak sedikit dalca ayam untuk suami..resepi asal tak ada dalca..



KHAO MOK KAI @ NASI KOMOK @ NASI MINYAK THAI

Bahan-bahan utk nasi :- 
4 cawan beras basmathi (rendam dulu lebih kurang 1/2 jam)
2 sb rempah khao mok

REMPAH KOMOK
2 sb  rempah kari - mieza guna kari daging cap 'O'
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1 sk garam
1 sb guma


Gaulkan rata. Rempah ni agak banyak..kalau ada lebih boleh disimpan di dalam peti ais..untuk resepi ni tak pakai semua sekali..cuma pakai 2 sb untuk masak nasi dan sedikit untuk perap ayam. 

 

Bahan Tumis :
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia* (*tumbuk halus)
1/2 biji bawang holland ,potong kecik2.*optional..saya suka sbb ada rasa manis2 pada masakan.
rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang,cengkih & buah pelaga)
lada hitam,sikit je..(tumbuk halus)

Bahan Lain :
susu cair 1/2 cawan
kiub ayam *x letak pun takpe
daun ketumbar / akar ketumbar *ketuk2 sikit
garam
bawang goreng
minyak sapi..sikit je,campur dgn minyak biasa.*Ana guna butter, mieza guna minyak sapi
daun bay 2 helai ( x de pun xpe)
bawang putih jeruk ( xde pun xpe). - mieza tak letak sebab tak ada
* ulam/sayur -timun,salad & tomato
                                      
Cara-cara :                                        
1. Tumis rempah 4 sekawan,lepas tu masuk bahan2 tumbuk tadi..
2. Tumis sampai wangi,masuk bawang besar pulak.
3. Dah agak layu..masuk rempah 'kaw mok' & lada hitam,daun bay..agak2 macam nak garing masukkan air, & susu cair.
4. Sukatan air mengikut pada sukatan beras,kalau 4 cawan boleh la letak 4 1/2 cawan air.
5. Lepas tu terus masukkan beras  & bahan2 lain ..garam,kiub & daun/akar ketumbar.
6. Dah masak tabur bawang goreng..


***Cara mieza
Lepas mieza masukkan air, mieza masukkan sekali ayam dan masak hingga air mendidih..biar ayam separuh masak dan mieza angkat ayam...kemudian baru mieza masukkan beras ke dalam periuk dan tanak macam memasak nasi biasa..Ayam yang sudah separuh masak kemudian mieza perap dengan rempah komok...




AYAM GORENG 'Khao Mok'
Ayam
Garam
sedikit rempah khao mok 
Sedikit serbuk pati ayam
Perap semua bahan diatas bersama ayam,  Kemudian goreng sampai masak.

SAMBAL / SOS NASI KHAO MOK
6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan - mieza letak dalam 2 sb
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.

Cara-Cara :
1. Blender bahan bertanda (*).
2. Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
3. Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
4. Masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
5. Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
6. Rasa sambal..biar ada rasa masam-masam manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..


Kepada sesiapa yang belum cuba mesti cuba tau..sebab nasi ni sedap! Tak nyesal! :)

Thursday, May 3, 2012

Bendi Goreng Belacan

Salam malam Jumaat...bestnya kan esok hari Jumaat..pastu cuti 2 hari..yahooooo...
Kalau hari-hari cuti pun tak per...tapi tak der  lah gaji ek hehhee...dinner makan apa tadi? waaahhh mesti sedap sedap semuanya...mieza je yang tak masak malam ni...malassssss...boleh ye cakap malas macam tu...malas sebab malam ni mieza nak kena siapkan 100 biji cistat tempahan dan sebiji Red Velvet Cake..tu yang malas nak masak tu..kalau mieza masak dinner pukul berapa baru leh nak start buat tempahan...jadi masa balik kerja tadi terus mieza belikan nasi ayam untuk family...

Ini bendi semalam sebenarnya...anak mieza yang no 2 tu suka sangat dengan bendi...kalau ke pasar mesti dia suruh beli bendi..kalau letak bendi dalam gulai ikan dialah yang tukang makan bendi tu semua...berbeza benar dia dengan kakak nya, kakaknya langsung tak suka makan sayur hijau....

Bendi ni kiriman ibu mentua mieza dari Alor Setar..kebetulan adik ipar mieza yang tinggal kat Putrajaya tu balik kampung wiken lepas..jadi otw balik semua ke Putrajaya mak kimkan dengan dia bendi ni sebab dia tahu cucunya tu suka makan bendi..teima kasih ye mak...len kali kim lagi kat menantu mak ni hehehe



BENDI GORENG BELACAN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 ikat bendi - biasanya dijual pada harga RM1
1/2 sb kicap masin - boleh tambah kalau tak cukup masin..tapi jangan terlebih sebab belacan dah masin
1 sk kicap manis
3 keping asam gelugur
Sedikit ikan bilis kecil
Minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk lumat:
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci belacan
4 biji cili api
2 biji cili merah

Cara-cara:

1. Bendi dibersihkan dan diotong serong.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing dan masukkan ikan bilis. Goreng seketika hingga ikan bilis masak.
3. Kemudian masukkan bendi dan asam keping (Fungsi asam keping ialah untuk mengurangkan lendir kacang bendi). Kacau sebati. Boleh dimasukkan 1 sb air jika mahu bendi sedikit lembut..mieza suka bendi yang crunchy jadi mieza tak masukkan air.
4. Masukkan pula kicap dan rasakan masin manis.


Wednesday, May 2, 2012

Ikan Bawal Aroma Bersantan

Hiiiii selamat malamm..'
Eh dah tido ke kome? Isy takkan awal sangat kome tido...jeles la mieza kalau kome dah tido...mieza ni kalau diizinkan memang nak sesangat tido awal..fullamak nikmatnya tido awal...psssstttt kekadangkan mieza pura-pura tak sihat kalau nak tido awal..jadi encik hasben dengan otomatik akan jaga anak so mieza leh la tido..errr jangan la lak laki mieza baca entry mieza malam ni..sah dia tak caya mieza dah lepas ni ahakkksss..

Ekceli malam ni takleh nak tido awal sebab menyiapkan tart shell sebanyak 100 biji...hari Jumaat ni ada tempahan cistat..maklumla musim orang kenduri ni banyak tempahan cistat mieza dapat..tu yang tak tido lagi...sementara tunggu shell tu masak dalam oven mieza hapdate la blog sat..

Malam ni mieza nak kongsi resepi ikan yang sedap ni..jangan tak caya encik hasben makan bertambah-tambah malam ni...katanya.."isy kalau makan dengan nasi tumis sedap nih"..bila mieza tanya dia nak makan nasi tak malam ni jawabnya nak makan sikit je...tak der nya sikit..bertambah-tambah dia makan hahahaha

Bercerita pasal resepi ni..mieza nampak jauh resepi ni..di umah nieza di Finland nun..waaaa jauh tu..rupa-rupanya orang Finland pun makan macam orang Mesia hahaha..bila tengok je resepinya (Nieza pakai ikan siakap) terus mieza jatuh cinta..punya lah lama mieza peram resepi ni..hari ni tak leh jadi kena wat gak...bila sampai je umah (hujan lebat hari ni dari kul 11 pagi tak renti-renti sampai malam ni) mieza minta hubby berenti kat mart depan simpang umah beli ikan...dengan hati yang berat sebab hujan lebat hubby mieza berenti la gak sebab sayang bini kot hahahaha...jadi malam ni mieza cuba resepi ni..memang sedap...TQ nieza..tapi biasa la kan mesti mau derhaka..ampunnnnnn

IKAN BAWAL AROMA BERSANTAN
Source: Nieza @ Our Journey Begins
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan -
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi , mieza letak cili merah je
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah, mieza follow
4 helai daun limau purut - ini mieza gedik tambah ahakksss

Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yg ni takder stok
1 pokok daun sup - dihiris

 Cara menyediakan:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

SELAMAT MENCUBA!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...