Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, May 30, 2013

Moist Fruit Cake

Assalamualaikum...salam sayang..
Hadoi laaaa...hari ni dari pagi lagi dok hakkkcummm hakkkcummmm gara-gara buat 5S kat ofis coz ofis nak kena renovation...habuk banyak sangat..sampai sekarang hidung ni dok runny..huwaaaa...ni yang malas nak mengemas ni..bila hidung berair ni kepala pun mulalah berdenyut nyut nyut huhuhu

Hari ni mieza nak kongsi resepi fruit cake..yang ni versi bakar..masih lagi moist walaupun tak selembab kek buah kukus..ni gara-gara malas nak mengukus..lagipun pengukus mieza ni kecik sangat..tak muat nak masuk loyang saiz 8 inci huhu


Lain kali mieza nak cuba yang kukus pula..tapi buat kek buah kat umah ni tak ramai yang makan...suami memang tak suka kek buah..jadi mieza dan anak yang tengah je lah dok ulang buka peti ais...


MOIST FRUIT CAKE

Bahan-bahan :
380 gram susu pekat manis *
400 gram mixed fruits *
250 gram mentega *
1 cawan air * - 250 ml
2 biji kuning telur

3 cawan tepung gandum ( 380 gram)
1 sudu kecil baking soda ( 5 gram )
1/2 cawan jus pati mangga (boleh juga guna jus orange)


Cara-cara :


1.  Masukkan bahan yang bertanda * dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mentega dan susu larut. Angkat. Bila sudah suam, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 4 jam.
2. Panaskan oven 170' C. Gris loyang 8 x 8 inci dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.
3. Keluarkan adunan susu pekat tadi dari peti sejuk campurkan dengan telur kuning. kacau rata.
4. Masukkan sedikit-sedikit tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam adunan buah berselang seli dengan jus orange dan diakhiri dengan tepung. Kacau rata mengunakan spatula.
5. Bakar lebih kurang 50 - 1 jam.  Jangan overcook nanti kek kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Nota: Lebih lama disimpan, kek buah lebih lembab dan sedap.
 

Kek buah ni akan mieza jadikan salah satu hidangan di meja makan raya tahun ni..tapi mieza nak cuba versi kukus...hmmmm sedapnya kan...nyum nyummm


Tuesday, May 28, 2013

Bening Betik Muda

Assalamualaikum...
Wahhh sunyinyer opis mieza nih...ada 3 orang je kat level bawah ni...level atas  pun lebih kurang je la tu...mood kerja pun jadi lemau sebab kawan-kawan ramai yang bercuti balik kampung sempena cuti sekolah...tinggal lah kami yang seorang dua ni yang memilih untuk bercuti minggu hadapan...tak pa tak pa next week hangpa masuk opis noooo...eden pulak nak bercuti! Wahhh tak sabar!

Dua hari lepas tekak ni kepingin sangat nak hirup kuah bening betik muda..hmmm sedapnyer..teringat dulu kala arwah nenek suka masak macam ni...lepas tu mak mieza pun suka juga bila ada betik muda yang kami tanam sendiri...semasa ke pasar last sunday ternampak ada orang jual betik muda, terus mieza beli sebiji yang muda...hubby tanya nak celur cecah budu ke? ahakkss tak lah darling...i nak masak bening..heran dia sebab dia tak tahu masak bening tu macam mana..haaaa you wait aaaa...nanti I cook u eat!


BENING BETIK MUDA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 biji betik muda - yang kecik je, kupas kulit dan potong serong
2 helai daun kunyit - siat
1 kiub ikan bilis
Garam
1 mangkuk air - atau secukupnya


Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
1/2 st lada hitam
Segenggam ikan bilis - rendam terlebih dulu
Belacan sebesar ibu jari


Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan tumbuk bersama air dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah mendidih masukkan betik muda dan daun kunyit. Reneh seketika.
3. Rasakan garam. Tak perlu masukkan gula sebab manis dari buah betik sudah mencukupi.
4. Sedap dihirup semasa panas.

Selamat mencuba!

Sunday, May 26, 2013

Pau Inti Kelapa dan Steamer Phillips

Salam hari minggu...
Budak-budak tu dah sampai ke kampung ke? Selalunya musim cuti sekolah ni ibu-ibu dan bapa-bapa yang bekerja suka menghantar anak-anak balik kampung sementara parents kembali semula untuk bekerja..tentu sunyi umah tu kan...anak-anak mieza pula memang tak boleh berpisah lelama..depa takkan pulang kampung kalau mieza dan suami tiada bersama...minggu ni masih belum mampu untuk pulang ke kampung sebab ada kursus next week..sabar ye anak-anak..


Dah lama mieza tak mengepau...kat umah ni anak-anak tak suka sangat pau inti lauk..depa suka pau inti kelapa je..tak sempat sejuk..angkat je dari steamer zup zap zup licin!

Alhamdulillah kali ni menjadi elok..gebus gebas gitu...satu adunan yang mieza buat ni dapat dapam 30 biji saiz besar..kalau buat comel-comel 3 biji RM1 tu insyaAllah dapat dalam 40-45 biji...

PAU KELAPA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Untuk doh:
500 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 paket mauripan yis (11 gm)
350 ml air suam
2 camb planta/mentega
2 cam gula
Daun pisang atau tracing paper untuk alas pau

 Untuk inti kelapa:
1 biji kelapa parut (pastikan kelapa muda)
2-3 keping gula melaka
Gula pasir jika perlukan lebih manis
1 camt garam
1 mangkuk air
2 helai daun pandan

Cara-caranya:

1. Sediakan intinya. Hancurkan gula melaka dengan memasaknya dgn semangkuk air dan daun pandan di atas api. Tambahkan garam dan gula jika perlukan manis yang lebih. Bila gula melaka dan gula dah hancur, masukkan kelapa parut dan dikacau sebati. Masak hingga air gula menyerap masuk ke dalam kelapa parut dan sedikit kering. Ketepikan.

2. Sediakan doh: Satukan air suam dengan yis.

3. Di dalam bekas penguli, satukan butter dan gula, putar hingga hancur dan sebati. Masukkan bancuhan yis dan tepung dan baking powder secara berselang seli dan diuli selalu hingga menjadi doh yang kental. Perlu diingat, sukatan tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.

4. Biarkan doh yang telah siap dicanai supaya ia agak 'naik'. Ketepikan 15 - 20 minit.

5. Ambil sedikit doh, canaikan di atas tapak tangan berbentuk leper, letakkan inti di tengah-tengah doh dan bungkus berbentuk bulat. Letakkan pau di atas daun pisang yang dipotong 1 inci x 1 inci.

6. Masak air didalam steamer hingga mendidih dan kukus pau selama 7 minit. Jangan dikukus terlalu lama kerana pau ni akan turun semula sekiranya oversteamed.


Gebus gebas kan..Selamat mencuba!


Testing Steamer baru yang mieza menang dalam pertandingan memasak Simplot Hasbrown tu...memang best..cuma saiznya kecil..tapi ok juga sebab dia ada 4 ringkat semuanya..yang paling mieza suka sebab dia transparent..boleh lah nampakpau tu rise kat dalam...

Terima kasih Phillips!

Friday, May 24, 2013

Phillips Airfryer and Simplot Hashbrowns and Chicken Sausage Mini Casserole

Selamat Hari Wesakdan Selamat Cuti Sekolah...wahhhh bercuti ke mana tu? Ke dah lesap balik kampung semua orang tu? Jalan jam tak? Tadi adik ipar mieza balik dari Putrajaya ke Kedah katanya jalan jam teruk...pukul berapa lah agaknya boleh sampai ke kampung...tak per, sabarlah dalam memandu..hati-hati semoga semuanya selamat...chewahhh pesanan macam nak raya posa lak haaha

Cantik tak airfryer ni? Teringin sungguh mieza nak memilikinya..airfryer keluaran Phillips ni merupakan hadiah untuk pemenang tempat pertama pertandingan memasak Simplot hari tu...oleh sebab mieza tak dapat tempat pertama maka air fryer ini idaklah menjadi milik mieza...kalau na juga boleh tau..tapi kena beli sendiri la hahaha...hargana RM1199..kena simpan gaji bulanan laaa hahahh

Selain dari figurenya yang cantik dan contemporary, satu kelebihan lain airfryer ini ialah ia tidak menggunakan minyak...wah wahhhh macam mana tu? Macamana nak goreng kalau tak pakai minyak? haaaaa itulah kelebihan...lebih sihat memasak dengan Phillips airfryer ni...kalau hari pertandingan tu, sesapa yang nak goreng hashbrowns tu, masukkan je hashbrown tu kat tempat seperti dalam gambar tu, tolak masuk...set kan masa dan ia akan menggoreng untuk kita...wahhhh mudah kan...mudah itu satu perkara lah kan tapi apa yang lebih penting ialah sihat! Phillips mengeluarkan airfryer ni kerana memahami cunsumer sekarang ni sangat mementingkan kesihatan..jadi untuk mieza yang mempunyai suami yang mengidap darah tinggi memang la sangat sesuai...dan ini mieza aim nak beli satu...waaaa tapi bila? tu kena tanya akauntan mieza hahahah

Apa tunggu lagi tu? Apa kata kita visit the nearest store untuk tengok sendiri airfryer ini..kaler putih pun ada tau..lepas ni tak der lagi masalah terpercik mintak ke tangan dan muka semasa menggoreng kan....wahhhh seronokkkk


Sebagaimana yang mieza janji...mieza nak share resepi mieza yang telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Simplot Award Best Food Blogger Cooking Competition pada 21 May 2013 yang lalu...seperti yang dikehendaki oleh penganjur, main ingredient yang mesti digunakan ialah Simplot hashbrown..

SIMPLOT HASHBROWN AND CHICKEN SAUSAGE MINI CASSEROLE
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan A:
5 keping Simplot Hashbrown - hancurkan dengan tangan
1/2 biji bawang besar - cincang
1 cawan bell pepper dadu - kombinasi bell pepper merah. hijau dan kuning
1 biji tomoto - dadu
1/2 tin Cream of Mushroom
3 batang chicken sausage - parut. mieza guna Ayamas Black Pepper Chicken Sausage
1 cawan shredded mozarella
1/4 cawan shredded cheddar
1 st olive oil

Sos:
Mustard
Pasta Sos Leggo - sebab Leggo taja kena lah pakai Leggo

Hiasan:
English parsely
Tomato cherry - belah 2
Scrambled eggs


Cara penyediaan:

1. Panaskan oven 204'C. Sementara itu sediakan bahan casserole.
2. Di dalam magkuk bersih campurkan kesemua bahan A dan digaul rata.
3. Dengan  menggunakan sudu, sendukkan adunan casserole dan masukkan ke dalam tray muffin. Tak perlu gris dulu tray muffin kerana di dalam hashbrown sudah ada minyak dan ada sedikit olive oil di dalam adunan.
4. Letakkan adunan hingga membukit sebab casserole ini akan turun sedikit setelah dibakar. Taburkan lebihan mozarella cheese di atasnya.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas atasnya perang dan cheese telah cair.
6.Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dulu baru keluarkan dari acuan.
7. Boleh juga dibakar di dalam bekas casserole.
8. Hias dengan bahan hiasan mengikut kreativiti dan juga sos kegemaran.



Senang kan? Mieza pilih resepi ini untuk pertandingan sebab ia senang dan tidak memakan masa yang lama...ini kerana masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ialah 1 jam sahaja.

Resepi ini telah menjadi kegemaran keluarga mieza...sesuai untuk breakfast dan yang penting sedap! Tapi tatau la sedap ke tidak pada tekak judge hari tu hahaha...

Selamat mencuba!

Wednesday, May 22, 2013

Simplot Award Best Food Blogger Cooking Competition

Assalamualaikum...
Blog mieza ni isinya tenggelam timbul ye...buat semua visitor WAWMC..jangan serik..insyaallah mieza akan kembali aktif dalam jangkamasa yang terdekat ni..
Hari ni mieza tiada post pasal masakan...tapi nak share satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup mieza..akan mieza ingat saat ini sampai bebila...gembiranya ya Allah..hanya Allah SWT sahaja yang tahu...mieza panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga...

Minggu lepas mieza mendapat satu email dari Simplot..menjemput mieza menyertai cooking competition utnuk Simplot Award Best Fppd Blogger Cooking Competition...katanya dia perlukan 8 orang blogger sebagai participant...pada mulanya mieza ragu-ragu..mampu kah diri ni memasak dengan diperhatikan oleh judges, public, media, etc...masak kat umah boleh la kan....tak confident sebenarnya dengan diri sendiri ni...masa dapat email tu mieza berada di pejabat...2-3 orang rakan sepejabat menyarankan mieza sertai aja sebab yang dapat no 8 pun memang akan dapat hadiah saguhati..bermaksud no 8 memang dalam tangan dah...no 7 dan lagi baik masih dalam perjuangan...entah kenapa diri ini termakan dengan kata-kata kawan-kawan lalu mieza reply email Simplot dengan mengatakan "yes".

Bila balik ke rumah, mieza mula rasa ragu-ragu...ngaper lah pi reply 'yes' kalau tak confident..mieza bagitau suami...suami kata ok lah tu..bedal je..kalah pun tak per...janji dapat experience

Dengan dorongan dari suami dan rakan-rakan baik mieza pun mencuba nasib...dengan penuh debaran..terketaq-ketaq macam nak ambik driving test hahaha

Pertandingan diadakan di Masak-Masak, Ben's Independent Grocer, Solaris Dutamas pada 21 May 2013 bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi dan ditaja oleh Simplot dan Phillips...participant diberikan RM88 untuk membeli keperluan memasak di Ben's dan masa yang diberikan untuk membeli barangan itu ialah 30 minit...nasib baik penganjur benarkan pembantu semasa shopping jadi suami tolong bawakan basket...mieza cuma capai barang dan baling je dalam basket hahaa...memang tak leh nak cheating sebab cameraman follow dengan camera....Peserta dikehendaki memasak 1 dish dengan menggunakan Simplot Hashbrown..

Pada jam 11.10 pagi competition bermula dan peserta diberi masa sejam  untuk menyiapkan masakan. Juri adalah terdiri dari Dr Sydney Kan (mieza dah lupa dia ni president ada ntah) Dato' Dr Fazely pemenang Master Chef Selebriti Musim Pertama dan Chef Poobalan Supiah. Tengok Judge pun dah takut hahha...

Dish yang mieza masak untuk pertandingan semalam ialah Simplot Hashbrown and Chicken Sausage Mini Casserole...nak jadikan cerita Ben's tak jual lak salah satu ingredients dalam recipe tu jadi mieza terpaksa improvised...masa tu jugak lah mieza terlupa sukatan olive oil menyebabkan casserole mieza agak lembik dan susah nak keluar dari acuan...kaedah plating mieza juga agak comot menyebabkan mieza rasa tertekan dan frust..melihat pula participant lain punya hidangan masyaAllah sangat kemas dan cantik menyebabkan mieza rasa mieza yang akan menduduki tempat ke 8!

Apabila tamat sejam masa yang diperuntukkan, mieza menyerahkan masakan mieza kepada judge...terketaq-ketaq tangan bawa pinggan...ala-ala master chef gitu hahaha...chef ambik sudu..scoop masakan mieza...makan...then senyum..lepas tu tolak pinggan mieza ke tepi tanpa berkata apa-apa...ya Allah hancur luluh hati ini sedangkan kepada participant lain chef bagi komen macam-macam...

Mieza kemudian ambik tempat duduk bersama suami sambil bisikkan kepada suami "I'm sorry I disappoint you today, but I'm guessing the last place for me"
Hubby yang kesian tengok mieza kata "It's okay..what more important for us is the experience and now you can tell people how it feels to join a cooking competition, now you know what they are looking for in your performance, next time you know what to prepare..dont give up"
Mieza masa tu rasa lah bersemangat sikit...

Tetiba mieza dengar host umum
"For the second runner up...hmmm lets see who will win the third place...the dish prepared has chicken sausage in it..."

ok...mieza guna chicken sausage..tapi ada participant lain yang guna chicken sausage juga..dah tentu bukan mieza...

"the winner for the third place..goes to..Miss Asliza with her recipe bla bla bla"
mieza dah tak dengar dah ayat host yang belakang tu sebab mieza rasa nak pengsan dan tak percaya...
berkali-kali mieza tanya suami.."betul ke bang? betul ke I dapat no 3?" and husband said "yes darling..its your name they are calling"

Dan mieza masih tak percaya sampai sekarang...Alhamdulillah...syukur kepada yang Esa di atas peluang ini...ini adalah hadiah dari mieza buat keluarga mieza untuk tahun ini..

...dengan trophy yang mieza dapat...Alhamdulillah...

yeyyyyy we all dapat RM88 for shopping


nasib baik ada assistant!

Sebenarnya mieza memang tak pernah sampai ke Ben's Independent Store ni..kalau tak sebab competition ni memang tak datang la kot ke sini sebab selalunya untuk shopping keperluan dapur mieza akan ke Tesco, Giant, Cold Storage atau Mydin..Ben's yang beralamat di:
Publika Solaris Dutamas,
Lot 1A 83-95, Level UG1,
Jalan Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Ben's mula beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 10 malam...pertama kali masuk ke Ben's memang mieza terpegun sebab banyak sangat barangan yang tidak terdapat di grocer lain ada kat sini termasuklah pelbagai ikan import yang membuat air liur mieza meleleh nak mencuba..ye la kan asyik cuba ikan kembung, siakap dan kerapu je hahaha...bahagian frozen adalah salah satu lagi bahagian yang menguji kekuatan iman mieza agar tidak shopping lebih-lebih...tapi sempat juga mieza grap patty burger salmon untuk dibawa pulang...mieza tak pernah lagi jumpa grocer lain yang jual patty ni...susun atur yang kemas dan labeling yang tepat membuatkan customer senang untuk mencari barangan..tengok saja rak tu...penuh dengan pelbagai jenama olive oil...jadi buat mieza yang memang suka memasak menggunakan olive oil memang terkesima kejap hahaha...koleksi bunnya pun pelbagai membuat mieza tak tahu nak beli mana satu..rasanya semua mieza nak beli!
Membeli belah di Ben's juga sangat mudah sebab kat dalam Ben's sendiri ada cafe..jadi kalau lapar boleh stop dulu shopping tanpa perlu check out dulu...makan-makan dan minum-minum dulu di Ben's sebelum kembali meneruskan pembelian...kepada yang belum pernah mengunjungi Ben's mieza sarankan cepat-cepatlah ke Ben's kerana anda pasti puas hati..mieza dan suami juga akan ke sana lagi insyaAllah...


dah memang kaki shopping...perghhhh almost perfect RM87.90!

selepas shopping menggunakan RM88..sedang menyusun bahan-bahan masakan di atas cooking station yang disediakan..sengaja mieza pilih station yang belakang agar jauh dari judge hahaha

the husband's love...alolohhh

Sedang pakai tag nama..Terima kasih Simplot sebab kasi simpan apron dan topi tu buat kenangan...suami mieza suka dengan apron ni..katanya apron yang cantik

posing dulu sebelum mula memasak..

sesuatu yang diperkatakan oleh Elaine, pengarah urusan Simplot yang menggelikan hati mieza...charming sangat Elaine ni..i like her..

time ni berdebar dup dap dup dap jangan cerita la kan hahaha

Ala chef jangan la interbiew saya banyak2...saya panik!


kusyuk memasak..kekonon je hahaha

bila diperhatikan oleh Dato Dr Fazely mieza terus jadi tak keruan sebab dia ni kiut sangat...lagi kiut dari dalam gambar kat majalah dan surat khabar..

the three honorable judges


Alhamdulillah....

Bersama pemenang tempat pertama Jen dan pemenang tempat kedua Kelly...congratulations to both of you....

moments i will treasure...

hope to see you all again in the future..

tengah ready untuk sesi bergambar bersama reporter..mieza lupa dah reporter ni dari mana...antara media yang hadir semalam ialah MHI, The Star, Utusan, Jelita, Kuali.com, Kosmo, Metro...dan ramai lagi dah lupa

Dish pemenang pertama..Smoke Salmon Quiche

ni yang mieza masak...comot hua hua huaaaa

bersama Chef Poobalan...banyak guide mieza masa competition..terima kasih chef..banyak yang mieza nak belajar dari chef sebenarnya..

Antara hadiah yang mieza dapat selain dari tunai sebanyak RM2000 ialah Phillips Grill dan Phillips Steamer dan juga hamper barangan Simplot...suami lah yang paling excited nak menggunakan gril..semalam juga dia grill burger di atas grill baru hadiah dari phillip..

Di sini mieza ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Sharon Kuan dari Vibes.com kerana sudi melayan soalan mieza tentang pertandingan ini, terima kasih buat Simplot dan Phillips kerana sudi menganjurkan pertandingan ini...terima kasih buat suami kerana sanggup apply cuti untuk bagi sokongan moral kepada mieza..buat anak-anak yang menjadi kekuatan mieza..kawan-kawan baik yang bagi semangat...Alhamdulillah..mieza amat menghargainya..
Insya Allah mieza akan share resepi yang mieza masak untuk pertandingan ini dalam entry yang akan datang.

Sunday, May 5, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Assalamualaikum..
Lamakan mieza tak jenguk dapur nih..memang tak sempat...mohon maaf kepada yang sudi mengunjungi WAWMC walaupun tuan umah asek tak der kat umah je..jangan merajuk tau..meh mieza pujuk dengan HCCC yang sedap banget nih...apa nak buat mieza memang tak sempat nak upload blog...masak pun ala kadar je lately nih...ke dapur kekawan pun mieza hanya jelajah tapi tak sempat nak tinggalkan komen...huhuhu

Opppps lupa lak nak tanya....dah ngundi? Undi sapa tu?? hehehe eh mana leh cakap kan..undi adalah rahsia....semoga parti yang memang nanti adalah yang berhak..InshaaAllah..

Hari ni mieza nak kongsi resepi HCCC yang sangat sedap ini...waaaaa masih terasa kat tekak ni akan kesedapan dan kelembutan kek cipon nih...nak buat pun senang yang amat...

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
(mieza buat 1 1/2 adunan dapat 45 biji HCCC saiz M souffle cup)

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ atau minyak sayuran
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

1. Panaskan oven pada suhu 170. Sediakan mangkuk kertas cup cake yang keras. Atau boleh juga gunakan cawan muffin
2. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
3. Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk.Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
4. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

5. Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering. Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
6. Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks). Mieza juga tambah 1 st cream of tartar.

7. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
8. Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh. Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

9. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. (Mieza bakar menggunakan api bawah sahaja selama 5 minit dan kemudian ditukar kepada api atas dan bawah selama 10 minit lagi untuk oven mieza menggunakan fan assisted mode)
10. Keluarkan dari oven bila kek masak. Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila 
1/2 st pewarna kuning telur - mieza tambah
 
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul. Masukkan telur dan kacau lagi. 
3. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
4. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 





SELAMAT MENCUBA!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...