Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, November 4, 2014

Sosej Bun

Assalamualaikummmmm
Sekejap tenggelam sekejap timbul je blog ni...tuan tanah sibuk sekarang ni...sejak bergelar full time pelajar postgraduate ni memang tak sempat nak berfoodgraphy...memasak pun sekadar perut tak lapar..kesian anak-anak dan suami terpaksa berkorban demi cita-cita si ibu/isteri...sabar ye sayang 3 tahun bukan lama...tamat belajar nanti mama masak sedap-sedap macam biasa...



Weekend lepas sempat juga mieza menguli bun...dek kerana rindu yang mendalam pada blog ini mieza ambil la gambar sikit...ambil gambar pun ala kadar je sebab nak cepat...tapi nak juga kongsi dengan pengunjung blog akan resepi bun yang sangat maveles ni...ya Allah rotinya lembut sangat dan sedappppp sangat..memang mieza akan stick dengan resepi doh yang ini...kalau tak percaya rakan-rakan kena mencubanya sendiri...resepi ni mieza jumpa sewaktu berblog walking the other day...tapi mieza hanya salin bahan-bahannya di atas sehelai kertas dan lupa nak bookmark kan page tersebut...terus tak jumpa dah bila nak cari lagi sekali...




Bahan-bahan
375 gm tepung berprotin tinggi
100 gm tepung gandum
75 gm gula kastor
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 paket yis kering (11 gm)
150 ml air suam
¾ sudu kecil garam
40 gm mentega
Beberapa batang sosej

Bahan untuk hiasan
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu segar
Bijan putih dan bijan hitam




Cara-cara:
1.   Satukan air suam dan sepaket yis di dalam bekas. Kacau hingga larut. Biarkan seketika.
2.     Satukan tepung berprotin tinggi, tepung gandum, susu tepung, gula dan garam di dalam mangkuk pemutar. Gunakan pemutar doh. Boleh juga menggunakan bread maker sekiranya ada.
3.     Kocokkan telur di dalam bekas berasingan dan tuangkan ke dalam mangkuk bahan kering. Putar seketika.
4.     Masukkan pula mentega dan diputar lagi.
5.     Masukkan bancuhan yis sambal diputar perlahan. Sekiranya adunan agak keras boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air.
6.     Putarkan selama lebih kurang 4-5 minit dengan menggunakan kelajuan sederhana. Angkat pemutar dan tutup mangkuk dengan tuala atau plastic pembalut. Biarkan selama 1 hingga 1jam setengah atau sehingga doh naik dua kali ganda.
7.     Keluarkan dan tumbuk-tumbukkan doh seketika. Sapukan tangan dengan tepung jika doh melekat.
8.     Ambil sedikit doh dan uli memanjang seperti tali. Lilitkan pada sosej. Susun bun di atas dulang pemabakr yang disapu sedikit mentega. Biarkan doh rehat selama ½ jam hingga 45 minit.
9.     Sapukan bun dengan bancuhan kuning telur dan susu dan ditaburkan bijan.
10.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 180’C selama 5- 10 minit (bergantung kepada jenis oven).

 

Tuesday, September 30, 2014

Save a Child Every Minute

Assalamualaikum...
Lain pula tajuk post mieza kali ni ye? Udah la lama tak online..tetiba keluar pulak post macam ni...
Buat yang selalu follow post blog WAWMC mieza memang busy sikit dengan study sekarang ni..masak pun ala kadar saja..kalau masak beriya pun lupa nak snap gambar...

Jadi kali ni bukan nak cerita pasal masakan dan resepi tapi nak cerita tentang kempen "Save a Child Every Minute" bersama  RB (dulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser). Dua hari lepas mieza dihubungi oleh event manager kempen dan memohon untuk publish post ini di laman blog mieza..mendengar kempen yang sangat menarik dan merujuk kepada golongon comel yang kita kekadang lupa akan kewujudannya dek kesibukan harian membuat mieza tidak berfikir dua kali untuk menerima pelawaan tersebut. Apatah lagi kehidupan mieza sendiri yang disinari tiga anak membuatkan mieza terpanggil untuk korbankan sedikit masa yang sangat berharga ini untuk menulis post ini.


Kempen Save a Child Every Minute digerakkan oleh RB  sebuah syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna. Kempen ini dilancarkan di seluruh negara dengan tujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.


Mungkin ramai yang tidak maklum bahawa 800,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mati setiap tahun akibat cirit-birit. Mungkin ramai juga yang sedar akan bahaya wabak cirit-birit ini tetapi berapa ramaikah yang telah mengambil langkah untuk membenterasnya dengan menjaga ciri-ciri kesihatan yang kesihatan yang baik? Berapa ramaikah yang mencuci bilik air di rumah kita sekurang-kurangnya sekali dalam sehari? Dan berapa ramaikah di antara kita yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mencuci tangan setiap kali ke tandas? Mungkin langkah-langkah ini nampak remeh tetapi ia adalah langkah awal pencegahan cirit-birit.



Kerana prihatin akan masalah kesihatan yang melanda kanak-kanak di seluruh dunia ini, RB dengan bakat-bakat baharu yang merangkum sempurna dari segi intelektual dan komitmen sehingga kepada standard kualiti tertinggi, bersedia untuk mencorak semula dunia kesihatan dan kebersihan pengguna. Dengan kerjasama bersama Save the Children yang juga berkhidmat di lebih 120 buah negara, dengan tujuan "Save a Child Every Minute" dijalankan menerusi pendekatan holistik dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula sejak Ogos tahun ini RB menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma sebanyak 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic sepanjang Ogos hingga September 2014.

K

 Marilah kita sama-sama menyumbang kepada kempen ini dan sekali gus "menderma sambil memakai". Mungkin tanpa kita sedari peratusan yang kecil dari pembelian produk Dettol dan Harpic telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang diserang wabak merbahaya ini. Mieza sendiri adalah pengguna kedua-dua produk ini. Suami dan anak-anak mieza memang gemarkan rasa segar cecair mandian Dettol sejak bertahun lamanya. 3 bilik air di rumah kami sentiasa dilengkapi mandian ini. Dettol handwash pula sentiasa menemani tepi sinki di bilik air mahupun sinki dapur. Bukankah kebersihan itu berpunca dari kebersihan tangan? Jadi kami selalu mengamalkan mencuci tangan setiap kali keluar dari bilik air dan juga sebelum dan selepas makan.
Ini pula Harpic pencuci tandas. Tentu kita ingat iklan Harpic bersama Afdlin Shauki kan? Mieza suka menggunakan produk ini untuk mencuci tandas bukan sahaja disebabkan oleh bentuknya yang sangat praktikal tetapi juga kesegarannya yang sukar ditandingi pencuci tandas yang lain.

Jadi apa tunggu lagi..ayuh lah membeli produk Dettol dan Harpic keluaran RB di pasaraya berhampiran sekarang juga. Marilah kita menggunakan produk ini sambil menderma. Semoga amalan abik kita akan diterima Allah SWT.

SAVE A CHILD EVERY MINUTE

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...