
Sabtu lepas jiran mieza jemput mieza menyertai rombongan kawin adik lelakinya ke Rawang..hubby kata ok, kita join je rombongan kawin tu sebab umah pengantin perempuannya depan Tesco Rawang, lepas kenduri kita shopping di Tesco..dah jalan-jalan ke Tesco balik umah dah maghrib..hubby kata perutnya masih kenyang makan nasi beriani kenduri...dia tak mau makan nasi, mieza jenguk-jenguk dalam pantry semua bahan nak buat pizza lengkap..kat umah ni anak-anak suka seafood pizza berbanding dengan pizza lain..hubby lak suka pizza peperoni tapi peperoni lak tak der..yang ada cuma tuna dan 2 ekor sotong...maka terhasillah pizza seafood ni...

mak memang tak makan pizza..hubby adun doh untuk 14" pizza, potong 8.alahai tak sempat nak kedip mata dah habis..hahahah seronok mieza..mieza dapat 1 slice..hubby 2 slice, baki lagi 5 slice 2 orang anak pompuan mieza yang pulun hehehe

TUNA PIZZA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan doh:
250 pizza mix - mieza beli kat Bagus Shah Alam..nak pakai tepung gandum@tepung high protien pun boleh gakkk
5 gm yis
125 gm air
Bahan topping:
1 tin tuna flake in sunflower oil - mieza pakai Ayam Brand
1/2 biji capsicum hijau - dice
1/2 biji capsicum merah - dice, mieza tak letak sebab tak der stock
1/2 tin nenas cube - mieza tak letak sebab tak der stok
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang besar - porong bulat
5-6 biji cendawan butang - mieza guna dalam tin, hiris
Sos thousand island secukupnya
Mayonis secukupnya
Mozzarella Cheese secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan untuk doh di dalam mangkuk penguli. Uli hingga menjadi adunan yang tidak melekat selama 10 minit. Mieza guna mesin. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga cuma mieza tak larat hehehe
2. Tutup doh dengan tuala lembap dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Sementara menunggu doh naik, celur udang dan sotong hingga masak dan toskan airnya.
3. Keluarkan doh, canai nipis. Letakkan doh di atas pizza pan dan bina edge (tebing) di sekeliling doh supaya sos tidak melimpah keluar nanti.
4. Sapukan doh yang telah dicanai dengan mayonis. Ratakan.
5. Tuangkan pula sos thousand island dan ratakan. Mieza suka letak banyak-banyak.
6. Taburkan nenas, bawang, capsicum,tuna, cendawan, tomato, dan paling atas taburkan mozza cheese.
7. Bakar dalam oven, 3rd rack dari bawah, 220'C selama 10 minit dan 5 minit lagi dibakar dengan menggunakan api atas sahaja supaya cheesenya terbakar.
8. Hidang dengan parmesan cheese..jom kita menggemukkan badan kita dan makan pizza!
