Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Apam Tepung Beras

Assalamualaikum..
Dah Ahad kan? Sekejap je rasanya...rasa baru je anak-anak cuti sekolah, esok depa dah tak leh nak bangun lambat lagi..semua kena gi sekolah..Umar pun kena gi skolah juga..sekolah kat umah babysitter..seminggu cuti yang mieza ambil sebab nak balik kampung bersama anak-anak rasanya tak cukup..uhhh tak der mood sungguh untuk kembali ke ofis esok..tambahan ofis tengah renovate...


Bangun solat subuh pagi tadi mieza buka periuk untuk cuci..tengok-tengok ada baki nasi lebihan dinner malam semalam...cukup-cukup je secawan..memula cadang nak masak nasi lemak for breakfast hari ni..tapi suami kata nak makan sandwich je..kesiankan nasi yang lebih secawan tu jadi mieza decide nak buat apam tepung beras..kebetulan semua bahan yang lain memang dah sedia ada di dapur...


Mieza ambil keputusan untuk divide adunan kepada 4 bahagian dan letakkan 4 warna yang berlainan..Wawa lah yang paling seronok bermain dengan food coloring..kalau ikutkan dia nak suruh letak kaler purple, merah, kuning..kalau time malas, mieza cuma letak satu warna je..ataupun biarkan ia dengan warna asalnya...tapi bila colorful macam ni anak-anak jadi teruja!


Nampak acuan kuih lompang tu..dah lama ibu mentua mieza belikan untuk mieza...dok tersimpan je..selalu mieza gina yang plastik yang kaler merah tu...jadi ini kira proses pecah dara acuan seramik tu lah jugak hehehe


Ramai dah yang cuba resepi ni sebenarnya..memang mudah sangat...cuma yang mieza punya tak merekah sebab mieza guna steamer elektrik..steamer elektrik ni kita tak boleh nak adjust api/suhunya...kalau pakai traditional steamer kita boleh besarkan api dan apam akan merekah..kalau merekah lagi cantik apam ni..

APAM TEPUNG BERAS
(mieza buat separuh adunan)

Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan

pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam


Cara-cara :


1. Kisar nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan kisar sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.

Wednesday, November 2, 2011

Tempahan apam Polka Dot - Happy Birthday Luqman



Yuhuuuuu bertemu lagi kita..tapi malam ni tiada entry resepi sebab hari ni mieza tak masak..makan kat restoran je..sebab? Sebab pertama mieza terpaksa ke Shah Alam petang tadi dan balik semula ke rumah pada pukul 7.30 malam..lepas mandi dan solat terpaksa keluar bawa anak ke klinik sebab batuk yang tak baik-baik..dah alang-alang kat luar suami kata kita makan luar je lah..jadi tiada lah entry resepi..

Tapi mieza nak post gambar tempahan apam Polka Dot dari Lin kawan opis mieza sempena besday anak sulungnya..dah 5 tahun usia Luqman..cepatnya masa berlalu...Happy Besday Luqman..dan terima kasih mieza ucapkan pada Lin kerana sudi menempah dengan mieza...tengkiu dear!

Sunday, October 9, 2011

Apam Polka Dot



Salam hari minggu semuaaaaaa....dah petang begini baru ada masa nak menulis kat blog ni..semalam memang tak sempat nak pegang lappy langsung sebab siapkan tempahan kawan..ini pun belum siap lagi..tp dh fenat..jadi nak update blog dulu..

Bila bangun tido hari ni terasa rajin lak nak wat apam polka dot ni..kebetulan kawan sepejabat bercadang nak tempah apam ni untuk besday anak dia..jadi mieza cuba resepi untuk kira satu adunan mieza dapat berapa biji supaya mieza boleh jual dengan harga yang paling rendah..ye lah kan yang menempahnya kawan-kawan..kalau depa suka dan kita jual rendah sikit dari harga pasaran, insyaAllah lain kali orang tempah lagi..itulah pandangan peribadi mieza..kalau di luar, orang jual 4 biji = RM1.50...insyaAllah mieza akan cuba bagi lebih murah dari harga itu..

Sedia untuk di kukus...



Owhhhh sayang mama ni tak sabar nak tunggu apam masak..




APAM POLKA DOT
Source: Sheely @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
1 sb esen vanila - mieza tambah)

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan

3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag

4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja

5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan

6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7. Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Anak-anak mieza minta dituliskan nama masing-masing..seronok depa..

Wednesday, June 15, 2011

Apam Mentega Gula Hangus



We meet again! How are u guys doing? Tengah dinner ke tengah baring-baring depan TV tu? I had a very long day..fenat sungguh...ini kes Baby Umar sakit mata...tak mau la hantar umah babysitter sebab babysitter pun diserang sakit mata yang teruk sekali..so i left him with my mum..yang dah tak larat...dan tak berani nak mandikan baby, takut terlepas dari tangan katanya...jadi 730am pegi opis (which located 12 km from my house), send Wawa to tadika, then 930 am balik umah mandikan Umar, 1030 am drive back to the office as i had a class at 11 am...at 12 noon kuar amik wawa kat tadika then sambung balik masuk kelas...1pm kelas abis, drive home to send Wawa to her grandmum..215 pm drive back to the office as i had to attend an academic meeting at 3 pm..meeting ended at 530 pm...drive and reached home at 6pm..fuhhhhh fenat nyer....



Sampai umah at 6 pm aku starving to death! Mula la selongkar pantry nak masak apa..memula nak buat kek gula hangus..tapi kek tu kena perap 3-4 jam dulu before baking..eventually i decided nak buat apam ni which i found earlier at Kongsi Resepi..boleh la kan alas perut till dinner..



Sedap apam ni..tak rugi mencuba..tapi aku buat 1/2 the batter je..coz dah petang and buat for tea..dapat la around 30+ biji apam..kalau buat pagi boleh la buat satu adunan penuh coz boleh makan ulang-ulang sampai petang...tapi anak komplen pula buat 1/2 adunan coz katanya nak bawa bekal pegi school esok...tak per la kakak, len kali mama buat lagi ye apam ni



Resepinya aku songlap dari dapur Sue..selamat berkenalan ye sue..sedap apam ni...terima kasih sudi kongsi resepi...tapi resepinya aku alter sikit tang gulanya..dan aku tambah butter emulco supaya rasa mentega tu lagi ummmphhhhh!




APAM MENTEGA GULA HANGUS

Source: Sue @ Suealeen's Kitchen
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan untuk gula hangus:

1 cawan gula pasir - aku kurangkan jadi 3/4
1/2 cawan air
125 gm mentega


Bahan-bahan untuk apam:

1/2 cawan gula pasir - aku guna gula kastor
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 camt butter emulco - ini aku tambah
*1 1/2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh soda bikarbonat (*diayak bersama)
200 ml susu cair


Cara-cara:

1. Cara membuat gula hangus: Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

2. Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi. Terus memutar tanpa henti.

3. Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

4. Panaskan pengukus dan acuan kuih/kertas cawan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Boleh dituang penuh kerana bila ia masak adunan tidak akan melimpah.

5. Kukus apam ini selama 10-15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.


Sunday, June 12, 2011

Apam Yogurt - versi tak mekar..whyyyyyyy???????

Oleh sebab keterujaan yang tinggi tengok kak nor secubit garam buat, maka aku pun nak membuatnya juga..tapi yang geramnya, kak nor buat mekar setaman gitu, naper aku punya tanak mekar?????? Why?????? Di mana silapnya daku hua hua hua...



Tapi walaupun tak mekar macam kak nor punya, apam yogurt ni tetap habis, licin, bersih...terubat la sikit gundah gulana di hati dek sebab ketidakmekaran apam ini...tak pe tak pe, jangan putus asa len kali mesti mencooobbaaaaa lagi..



Kalau nak tengok versi kembang mekar setaman dan cantik moleh sekali boleh tengok kat sini..kat sini layan gambar yang tak mekar je la ye..uhukkssss



Kukus apam ni petang semalam for tea..instead of letak dot coklat in the middle, aku buat spiral..kids kata "cantiknya mama walaupun tak mekar"...tu puji ikhlas ke puji nak amik hati mama tu? Hahaha


YOGURT STEAMED CUPCAKE

souce : Kak Nor @ Secubit Garam

Ingredients:
1 1/3 cups sugar
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1/2 cup yogurt + 1/2 cup susu cair)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder
1 tsp cocoa powder
1 tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila


Method:

1. Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.

2. Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.

3. Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.


** utk mudahkan meletak adunan dalam papercup, masukkan adunan dalam piping bag atau plastik bag bersih dan gunting bucunya.

Sunday, May 29, 2011

Apam Polka Dot - a.k.a Apam Corak



Selamat Hari Minggu semua...dan selamat bercuti sekolah buat semua adik-adik yang bersekolah dan buat semua cikgu-cikgu sekolah...pensyarah macam aku ni tiada word cuti sekolah dalam dictionary nya..students cuti pun kami kerja huhuhuhuu



Haaaa mari mari tengok apam polka dot yang comel dan kiut miut ni...maklum la anak-anak masih kecil (ages between 3 months to 11 year-old) depa tu suka mendecorate..katanya "mama tak yah la buat dot dot semua, kita buat smiley, love, star, flower etc" mmmmmm mama kata " suka hati u all la" gambar apa pun tak per coz itu decoration je, tak menjejaskan rasanya yang enak itu..sonok la depa dapat piping bag sorang satu :))



Bila dah jadi macam-macam rupa kat atas apam tu encik suami kata tak leh la dipanggil apam polka dot lagi sebab dah lari tema hahahaha..hubby kata ni dah jadi apam corak..emmm betul juga katanya ek?



Memula tengok apam ni blogger kat blog yang buat, masa tu rasa macam alahai susahnya nak buat dot dot tu, rasa macam remehnya mak eh, tapi rasa tercabar sebab ada sorang ofis mate (ekau la nurul! hehehe) buat dan dibawa ke opis untuk aku rasa, katanya dia baru belajar masak, jadi dia bagi aku je rasa supaya aku leh komen..haishhh macam mana eden nak komen kalau eden sendiri belum pernah buat????



Jadi semalam cuba la buat apam ni, suka betul anak-anak bila gambar smiley tu menjadi dan gebu gitu apam nya..aku pakai paper cup kecil saiz dasar 2 cm, senang untuk anak-anak makan..one bite punya saiz..sonang gitu!



Ni la paper cup yang aku guna...



Ehhhh dah 8.45 am..resepinya kejap lagi ye...nak gi market jap..freezer dah kosong untuk masak lunch...

Jangan lupa come back for the recipe ye!


Resumed..at 1.20 pm
Haaaa meh kita tengok resepinya...before that i'd like to thank you for coming back :)
Resepinya i copy dari dapur hana, tapi methodnya aku ubahsuai sikit ye..aku beat telur bagi kembang dulu, hana lak pukul semua bahan serentak...


APAM POLKA DOT
Source: Hana @ Hana's Family
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan


3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - aku letak 200 gm je
150 gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry/strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna kesukaan masing-masing
1 camt esen vanilla


Cara-cara:

1. Pukul telur, ovellete dan gula hingga betul-betul kembang dan putih. Masukkan esen vanila.

2. Kemudian masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan basah (Kecuali filling) dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Aku guna mangkuk kertas ukuran dasar 2 cm.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 5 minit (untuk saiz mangkuk kertas yang aku gunakan, kalau guna mangkuk saiz besar, waktu mengukusnya juga perlu ditambah)dengan menggunakan api sederhana. Jangan gunakan api besar kerana apan akan merekah jadi apam mekar!

Wednesday, May 18, 2011

Apam Coklat



Selamat hari Wesak diucapkan kepada semua pengunjung blog WAWMC yang beragama Buddha..apa yang bestnya wesak ni? Memang la aku tak sambut wesak sebab aku oranng Islam, tapi yang syoknya sebab aku cuti..yahooooo..baru je Isnin masuk kerja, Selasa dah cuti..kalau la this situation happens everyweek..indahnya hidup!



Jadi sempena cuti hari wesak ni, aku jadi rajin ler sikit..bangun pun di awal pagi..kiranya lepas solat subuh dah tak tidolah, kalo tak mau aku tarik balikkkk selimut tuh..jadi bila masuk dapur awal maka boleh la prepare 2-3 menu for brekfast..so hari ni aku masak apam coklat dan bihun goreng..resepi apam ni dah lama dok simpan..nak mula buat tu yang lambat..membuatnya cukup senang coz semua masuk blender dan blend sebati..senang sangat! Jadi semasa mengukus apam ni aku prepare la ingredients untuk buat bihun goreng pulak..



Resepinya aku skodeng dapur izzah..anak-anak, hubby dan mak suka..aku kukus guna acuan apam puteri ayu, dapat 21 biji semua sekali..kasi jiran yang tengah mabuk pregnant tu 8 biji, tinggal 13 biji untuk kami..sebab ada bihun goreng jadi bilangan ni macam elok jer untuk family aku..yang paling banyak makan is my husband la..len kali kita wat kek coklat kukus lak untuk dia..dia tu memang suka cekelat!


APAM COKLAT
Recipe: Alma@MyR
Sumber: Izzah@Izzah Muffin Lover


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko


Cara-caranya:

1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.

2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lagi boleh gunakan blender.

3. Masukkan dlm acuan lompang (aku guna acuan puteri ayu) dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.


Sedap dimakan panas2.

Sunday, May 8, 2011

Apam Tepung Beras - Kuih warisan berzaman

Menu breakfast di pagi hari minggu dan hari ibu..hari ni plan nak gi visit kawan baru bersalin..tamau masak gempak-gempak nanti lambat lak nak kuar rumah...ada nasi lebih dinner semalam..hubby kata buat je la nasi goreng..tapi aku tak ler post resepi nasi goreng pagi tadi sebab nasi goreng biasa-biasa aje..kalau semua nak post nanti orang kata nasi goreng bodo macam tu pun nak post hehehe..mak pulak semalam request nak makan apam tepung beras..apam ni kena perap semalaman..jadi aku adun malam sebelum tidur..dan kukus pagi ni...tapi aku masak apam ni sikit je..sebab tepung beras cuma ada 100 gm je balance buat kuih itu hari...dapat la dalam 15 biji apam guna acuan lompang...cukup la untuk breakfast sebab dah ada nasi goreng..

Resepi apam ni aku amik dari MyResepi tapi aku alter tang airnya tu sebab aku rasa bancuhan pekat sangat sampai tak leh nak kacau...jadi aku tambah bagi cun je bancuhan nya sebab setau aku adunan apam ni kena bertali bila diangkat whisk tu...

Apam tepung beras a.k.a apam salju..



adunan aku yang menghasilkan 15 biji apam...



14 biji tak merekah..yang ni je yang merekah elok ahakkksss..



apam tepung beras ni sepatutnya merekah..tapi aku buat tak merekah...yang ni pun merekah sikit je...huhuhu..




APAM TEPUNG BERAS A.K.A APAM ENO
Resepi : Zara @ MyR

Bahan-bahan
(15 biji )

100g tepung beras
3 camb gula pasir
1 camt yeast
360ml air
1 camt eno

Kelapa parut putih dicampur dengan sedikit garam

Cara-caranya:

1. Tepung dibancuh dgn air sedikit demi sedikit. Kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.

2. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi). Boleh letak pewarna jika suka, tapi aku biarkan adunan dengan original color..sebab namanya apam salju...putih gitu..

3. Masukkan 1 sudu kecil eno. Jangan banyak nanti pahit. Kacau biar berbuih.

4. Smentera itu panaskan periuk kukus. Bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. Dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.

5. Bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sedikit garam. (Seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi).

Friday, May 6, 2011

Apam Pisang Coklat

Kat sini aku nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat jiran aku sebab sudi hulurkan sesikat pisang kat aku..memula aku ingat pagi ni nak buat apam coklat..tanpa pisang..untuk bekpes aku mak n wawa pagi ni...tapi masa tengah dok kuarkan bahan tu tetiba muncul jiran aku hulurkan pisang, terus menu bekpes aku bertukar kepada apam pisang cekelat. Resepi asalnya chef hanieliza punya tapi aku copy dari dapur izzahdaut..tapi tang pisang tu aku lebihkan sebab chef hanieliza hanya guna 1/2 cawan pisang..aku rasa sikit sangat pisang tu jadi aku cukupkan secawan dari 2 biji pisang awak. Aku guna paper cup saiz 2 inci aku rasa besor benor apam aku bila dia 'naik'..len kali aku nak pakai paper cup mini je la..tak la gabak benor...yang besor-besor ni umah dan keta je yang lawo..yang lain-lain tu kecik baru lawo ahakkkssss


Apam pisang coklat ku yang cantik merekah...





Dah keluar dari acuan..



Ambik gambar sebelum buka baju..ahakksss censored gitu...



Ready to go into my mouth!





APAM PISANG COKLAT
Resepi: Chef Hanieliza
Source: izzahdaut


Bahan A

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam


***semua bahan A diayak dan digaul sebati

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan yang dilecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur pukul sikit dengan garfu
1 camt vanilla

***Semua bahan B dicampurkan dan digaul rata.


Cara-caranya :

1. Ayak bahan A ke dalam mangkuk.

2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan jangan menggaulnya terlalu lama cukup sekadar sebati.

3. Letakkan paper cup ke dalam acuan pengukus atau gunakan loyang kecil atau besar. Jika cup muffin kukus selama 15 minit. Loyang yang agak besar kukus selama 30 minit.

Tuesday, May 3, 2011

Apam Sari Ayu - Yahooooo gebu sangat!

Second time buat apam ni..kali pertama bantat ahakkkssss...aku rasa sebab aku tak beat telur sampai betul-betul gebu..peringatan untuk aku len kali kena betul-betul gebu telur tu baru masuk tepung...sonok sangat apam naik dan gebu..sedap sangat..macam kek chiffon gitu kat dalam nya...(hmm entah bila nak wat kek chiffon)...satu adunan yang aku buat ni dapat 28 biji saiz acuan aku..Wawa suka sangat! Sedap katanya! Cuma yang malas tang nak penyetkan kelapa parut dalam mould..huh malas tul sebab lambat...kalau leh rasa macam nak kukus bater jer..pastu kelapa tu tabur je macam apam lain...kakakaka tu versi orang pemalas tahap gaban la tu...

Resepinya aku ambik dari dapur Kak Nor Secubit Garam...resepi asal dari buku apam kak anymz. Tapi aku dah cut down content ingredient to 1/2. Tamau la buat banyak-banyak sebab family aku kecil je..resepi yang kompom jadi! Sangat puas hati!

Apam Puteri Ayu dan segelas kopi for breakfast..




The bater that produce 28 apams..(my mould)




Apam puteri Ayu yang sungguh ayu!



Sehidang boleh habis sekali ngap! (Kes buruk lantak ke??? Ahakkksss)




APAM PUTERI AYU
(for 28 apams..depends on the mould size)

Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
125 gm tepung gandum
135 gm gula kastor
1 camt ovalette
1 camt baking powder
125 ml santan pekat
1/2 camt pewarna hijau
1 camt jus pandan

1 mangkuk kelapa muda parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
2 camb tepung ubi

Cara-caranya:

1. Didihkan air dalam pengukus.

2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.

3. Kelapa parut digaul dengan tepung ubi dan garam. Ketepikan.

4. Dengan menggunakan mixer pukul telur, gula dan ovallete hingga betul-betul kembang dan gebu dan warnanya bertukar menjadi putih.

5. Masukkan tepung dan baking powder ke dalam adunan telur secara berselang seli dengan santan. Pukul sebati. Tak payah pukul lama-lama sangat.

6. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau dan kacau sebati. Matikan mixer.

7. Ambil acuan, oleskan dengan sedikit minyak. Ambil kelapa parut dan penyetkan ke dasar acuan.

8. Sendukkan adunan apam dan tuang ke dalam acuan. Kukus selama 5-7 minit dengan api sederhana.

9. Semasa mengukus alaskan tutup pengukus dengan kain kasa supaya wap tidak menitik ke atas apam.

10. Sesuai untuk breakfast ataupun minum petang. Gebu sangat!

Sunday, May 1, 2011

Apam Lenggang - From Mergong With Love

Breakfast di pagi minggu dengan Apam Lenggang the mergong style...yahoooo first time buat nih...sib bik menjadi...cuma tang kuali tak cukup lengkuk...kena beli kuali yang tul-tul lengkuk baru cantekkkkk crispy edge dia tuh...hubby asek merengek-rengek teringat kat apam lenggang kampung dia nun...first time aku makan kuih ni selepas kawin dengan my hasben...my MIL bawa gi Mergong (dekat pasar besar tu) makan apam lenggang...masa tu arwah FIL ada lagi (teringat lak dia dok panggil aku "maria" sebab dia dah lupa nama betul aku) tapi kuih ni kena makan panas-panas..kalau dah sejuk dan tepi nya tak rangup kurang la skit ummmph nya...then a few days ago adik ipar aku lak dok up status kat fb kata dia makan apam lenggang....haishhhh aku kena try nih...depa tu ingat aku ni tadak perasaan kot dok citer citer makan kuih ni huh..

Kuih ni sepatutnya menggelembung di tengah dan nipis (the very thin lah) dan crunchy on the edge..jadi memang kena lenggang dalam kuali melengkung...kalau pakai non stick pan yang leper tak akan jadi gelembung kat tengah tu...meh kita lenggang ewahhhhhh!


Taraaaaa mempersembahkan apam lenggang aku yang first batch..




Masa menghidang sepatutnya apam ni dilipat...



Nampak tu..nipis kat tepi gelembung kat tengah :)




Top view




Uhhhhh crunchy sangat edgenya!





And...the inside look!





APAM LENGGANG

Bahan-bahan:

300 gm tepung beras
400 ml santan sederhana pekat
1 1/2 camt yis
1 camt garam
3/4 cawan nasi
60 gm gula


Cara-caranya:

1. Masukkan garam ke dalam santan. Kacau sebati.

2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, yis dan gula. Gaul rata.

3. Kisar nasi dengan sedikit santan hingga lumat.

3. Masukkan nasi dan santan ke dalam mangkuk tepung. Kacau dengan menggunakan hand whisk hingga sebati. Rehatkan selama sejam.

4. Panaskan kuali di atas api yang kecil. Leserkan dengan sedikit minyak.

5. Sendukkan adunan apam dan tuangkan ke tengah kuali. Pengang telinga kuali dan lenggangkan supaya tepinya nipis. Tutup kuali dengan tudung periuk. Biarkan selama 2-3 minit.

6. Jika tepinya garing dan tengah menggelembung naik dan masak (tak nampak putih tepung) maksudnya apam dah masak. Angkat dan lipat.

7. Apam ini di makan begitu saja tanpa apa-apa sos atau sambal.

Sedap dan traditional gitu!

Thursday, April 28, 2011

Apam Gula Hangus

Apam lagi hari ni untuk breakfast hari ni..My mum mintak buatkan apam lagi...jadi hari ni aku buat apam gula hangus lak..apam yang sama kerap sangat bosan pulak...aku memang suka kuih apam..apam ni memang senang nak buat...humban je bahan masuk blender..tak payah pakai mixer pun..tapi kalau nak pakai mixer pun boleh gak..no issue..ikut suka masing-masing...resepi asal aku dapat dari hazz@MyR...memang sedap dan senang dan gebu...rugi kalau sesiapa tak cuba..aku buat apam pakai acuan kuih lompang je..senang sebab kecik-kecik sekali masuk mulut je..tapi kalau sesapa yang tak der acuan lompang leh le pakai loyang biasa then potong la masa nak makan tu...cuma leceh skit la..


Dah kena potong..to show the visitors the inside look of the apam..




3 biji apam untuk RM1..mahal ke? Boleh berniaga ni..




Kalau isi bater penuh acuan lompang..tinggi ni la apam ni 'naik'..




Untuk santapan ahli keluarga ku..




Close up lagi..






APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan:


2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara:

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air. Kemudian sejukkan.

2. Di dalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.

3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikisar lagi sehingga sebati.

5. Kukus adunan tadi di dalam acuan lompang atau acuan kegemaran yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (aku kukus 35 minit je)

6. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.





Selamat Mencuba visotors yang disayangi <3

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...