Fuhhh fuhhh fuhhh tiup sawang dulu sebab dapur ni dah naik sawang kan...tom yum kelapa ni rasanya adalah dalam sebulan yang lepas mieza masak...tak sempat nak post ke sini...balik kerja memang terus padam lepas solat maghrib..kekadang tu solat Isyak pun pukul 2 pagi...kerja ni memang tak pernah abiskan...rasanya dah buat kerja tetiap ari..tapi tetap gak menimbun...cer explain, awat jadi lagu tu???
Tom yum kelapa! First time dengar namanya memang teruja sangat..seumur hidup mieza (yang baru 17 tahun ni ahaksss) tak pernah denngar nama tom yum kelapa...apa lagi nak memakannya...satu hari semasa berkursus di UUM Kedah, sorang kawan ajak mieza makan tom yum kelapa di Padang Besar...wahhhh terujanya...terus mieza setuju..
Dan memang tak menghampakan! Walaupun travel dari Sintok ke Padang Besar memakan masa +/- sejam namun tidak kukesali kerana tom yum kelapanya memang emppphhhh! Mabelesss! Di Padang Besar, tom yum kelapa ini dihidang dalam buah kelapa muda. Harganya RM20 untuk sebiji tom yum kelapa...memang kami order sebiji tom yum kelapa untuk setiap orang! Hambik ko! Makan tak hengat!
Oleh sebab keterujaan yang melampau, mieza terpanggil untuk
interview tuan kedai tentang resepinya...nak masak kat hubby! Tapi was
was gak memula tu..ye la kan orang berniaga, kalau kita tanya resepinya
mau ke dia share...tapi kalau tak cuba tanya kita tatau kan apa reaksi
dia...maka dengan segan silu mieza pun masuk ke dapur restoran sambil
dalam kepala ni mengatur ayat-ayat manis pembuka bicara...
"Akak, sedapnya kak tom yum kelapa tu" heheheh kita mulakan dengan pujian dulu...
Akak tuan kedai tu senyum...ok dia senyum..macam petanda baik la kan..
"Tak pernah saya makan tom yum kelapa kak...ini lah first time"
Akak tu senyum lagi...opps lupa lak, akak tu orang siam..ke dia tak paham mieza cakap...
"Sedap sangat kak"
Senyum lagi sambil kira duit...huh mesti banyakkan duit dia...heheh
"Suami saya pun tak pernah makan...saya dah ambik gambar dan whats app dia kak...terus dia suruh saya masak untuk dia"
"Senang je masaknya tu" akhirnya dia jawan! Dalam dialek melayu siam!
"Macam mana nak masaknya kak..saya nak balik masak..saya dari KL ni kak" pancing jangann tak pancing
"Masak macam tom yum biasa cuma kuahnya jangan letak air paip tapi letak air kelapa muda"
"ooooo gitu ke kak...senang je ye kak"
"Tapi kena guna sambal cili dia la baru sedap" Ooowhhh ada sambal cili special lak tuuuu
"Sambal cili apa tu kak?"
"aabsnchrstdkslal" dia cakap siam ko...ternganga lah mulut mieza "beli je kat pasar tu ha"
"errr...akak, saya tak paham akak cakap sambal cili apa tadi..saya tk reti cakap siam kak"
Terus dia ambik kertas dan tulis tulisan siam
"Kak, saya tak reti baca siam"
"Tak payah baca..tunjuk je kertas ni kat jurujual tu..nanti bagi sambal cili untuk masak tom yum kelapa"
"Ohhh terima kasih banyak kak"
Hah ambik ko! Sudi pun kak tu kongsi resepi yang mabeles ni...sekarang biar mieza lak yang share dengan you allllllsssss..
TOM YUM KELAPA
(Untuk 4 orang)
Bahan:
6 ekor udang galah saiz besar
5-6 ekor sotong - potong cincin
Ayam bahagian bertulang - potong kecil
Sedikit daging - dihiris
2 biji kelapa muda - ambil air dan sendu isinya
3-4 biji bawang kecil - hiris
3 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 4
1/2 inci halia - ketuk
1 inci halia - ketuk
3 batang serai - ketuk
6-7 biji cili api - ketuk
1 kiub tom yum
4-5 helai daun limau purut
2 biji tomato - belah 4
Sedikit daun ketumbar dan daun bawang - hiris
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sambal cili thai (rujuk gambar)
air limau nipis
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah dan bawang besar hingga perang dan kemudian masukkan sambal cili thai. Kacau rata.
2. Masukkan serai, halia, lengkuas dan kiub tom yum kemudian masukkan air kelapa serta udang dan bahan lauk yang lain.
3. Masak hingga udang dan lauk yang lain masak.
4. Tambahkan cili api, buah tomato dan sayuran kegemaran seperti lobak merah, bunga kubis dan sebagainya.
5. Rasakan masin dengan memasukkan sos ikan dan juga perahan air limau nipis..
6. Akhir sekali masukkan isi kelapa muda, daun limau purut, daun bawang dan daun ketumbar.
Chilli paste yang direkemen kan oleh tukang masak restoran tu..RM6 sebotol..letak dalam nasi goreng pun sodap! Dan ada logo halal Thailand. Suami makan nasi bertambah-tambah...memang sodap katanya!
Cubalah..insyaAllah tak menyesal...
Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Showing posts with label SUP. Show all posts
Showing posts with label SUP. Show all posts
Friday, December 13, 2013
Tuesday, May 28, 2013
Bening Betik Muda
Assalamualaikum...
Wahhh sunyinyer opis mieza nih...ada 3 orang je kat level bawah ni...level atas pun lebih kurang je la tu...mood kerja pun jadi lemau sebab kawan-kawan ramai yang bercuti balik kampung sempena cuti sekolah...tinggal lah kami yang seorang dua ni yang memilih untuk bercuti minggu hadapan...tak pa tak pa next week hangpa masuk opis noooo...eden pulak nak bercuti! Wahhh tak sabar!
Dua hari lepas tekak ni kepingin sangat nak hirup kuah bening betik muda..hmmm sedapnyer..teringat dulu kala arwah nenek suka masak macam ni...lepas tu mak mieza pun suka juga bila ada betik muda yang kami tanam sendiri...semasa ke pasar last sunday ternampak ada orang jual betik muda, terus mieza beli sebiji yang muda...hubby tanya nak celur cecah budu ke? ahakkss tak lah darling...i nak masak bening..heran dia sebab dia tak tahu masak bening tu macam mana..haaaa you wait aaaa...nanti I cook u eat!
BENING BETIK MUDA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
1 biji betik muda - yang kecik je, kupas kulit dan potong serong
2 helai daun kunyit - siat
1 kiub ikan bilis
Garam
1 mangkuk air - atau secukupnya
Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
1/2 st lada hitam
Segenggam ikan bilis - rendam terlebih dulu
Belacan sebesar ibu jari
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan tumbuk bersama air dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah mendidih masukkan betik muda dan daun kunyit. Reneh seketika.
3. Rasakan garam. Tak perlu masukkan gula sebab manis dari buah betik sudah mencukupi.
4. Sedap dihirup semasa panas.
Selamat mencuba!

Friday, April 5, 2013
Mushroom Soup and Garlic Bread
Kenapalah tatau..susahnya nak cari mood memasak sekarang ni...rasa malas sangat nak masak...semalam cuma masak nasi 2 pot, setin sardin cap ayam saiz besar dan telur dadar tanpa bawang sebab bawang dah abis..what is happening to me???? sampai barang dapur yang basic pun habis...anak-anak dan hubby yang memang gemar makan sadin telan aje apa yang mieza masak tanpa banyak songeh...berselera je depa ni makan...lalu mieza bertanya "sedap ke sardin tu sampai berselera je telannya?" depa menjawab "apa yang mama masak semua sedap! Lebih-lebih lagi sardin!" Alahaiiii sayu lak hati mieza...siannya...nanti lah, wiken ni mama masak...minggu ni memang mama sibuk sangat di opis..bila sampai aje di umah apa yang mieza nak cuma tido sahaja huhuhu...
Mulalah mieza merancang untuk menu breakfast esok pagi memandangkan esok pagi mieza cuti..tetiba teringat pula kena bawa Wawa ke Arena Square Tanjong Malim sebab ada coloring contest pada jam 10 pagi...hubby kata kita breakfast kat luar then terus bawa Wawa ke tempat pertandingan...Adnin pula ada Ko-K di sekolahnya sehingga noon...kata husband lagi "Lepas wawa abis contest, kita jemput Adnin di school dan lunch aje kat restoran..U mesti dah penat kalau nak masak pulak after that" Hmmmm idea encik suami tu bagai kan orang mengantuk disorongkan bantal lah..."Hmmmm hari Ahad nantilah I masak special for all of you" lalu mieza berfikir apakah untuk di masak Ahad nanti..suami sangat sukakan nasi Arab...cepat ajer suami pintas "No no...Sunday U don't cook...I nak bawa all of you gi Rawang, my fren buat kenduri, rumah dia sebelah je Jusco Anggun Rawang..after kenduri kita shopping"...jadi kesimpulannya minggu ni tak masak lagi...lega pun ada...hahahah
Soup dan garlic bread ni dah lama mieza masak...untuk minum petang...soup tu mieza guna sup dalam tin brand Campbell dan mieza masak ikut instruction kat tin tu...pemalas sungguh kan mieza ni ahahaha
GARLIC BREAD
Recipe: Mieza @ WAWMC
Roti gardenia
3 sb mentega - lembutkan
3 ulas bawang putih
1 sk oregano leaves
Cara-cara:
1. Panaskan oven 180'C
2. Tumbuk bawang putih hingga lumat. Gaulkan bersama mentega dan oregano.
3. Sapukan pada roti dan bakar hingga perang selama 2- 3 minit bergantung kepada jenis oven.
4. Makan sewaktu panas-panas bersama dengan sup.

Tuesday, October 2, 2012
Moi Sup
Semasa dok kat hotel seminggu last week, mieza punya lah tak puas hati dengan bubur nasi yang sediakan..hotelnya besar...bersambung dengan mall...biliknya selesa tapi foodnya tak berapa best hahaha...pekerja hotel tu tak top up pun apa yang dah habis..may be depa sibuk lah kot tak sempat nak tengok apa yang dah licin...bila mieza nak ambik bubur tu condiment yang tinggal cuma bawang goreng. Ikan bilis, telur masin, kacang goreng dan sawi asin semua dah tak der...frust je sebab memang teringin nak makan moi (bagi yang tak pernah dengar perkataan 'moi'..ia bermaksud bubur...panggilan orang utara)..tak puas ati punya pasal terpaksa lah dimasak sendiri....
Anak-anak lah yang paling syok bila dimasakkan bubur nasi...banyak Wawa makan...dia memang suka moi sup...
Masa kecik-kecik dulu bila demam mesti mak buatkan bubur nasi dan makan dengan ikan kering bakar...sedappppppppp
MOI SUP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Nasi yang ditanak bersama hirisan halia hingga menjadi bubur
Bahan sup:
300 gm daging - dihiris nipis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas - ketuk
2 sb rempah sup
1 sk serbuk ketumbar
1 bungkus sup bunjut
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah sup
Garam dan gula
Bahan tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan hiasan:
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cili api yang dipotong
Sambal kicap
Telur rebus
Limau nipis - hiris
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga wangi dan perang.
2. Masukkan rempah sup dan serbuk ketumbah. Kacau seketika hingga wangi.
3. Masukkan daging dah kacau hingga sebati dengan rempah. Tambahkan air, sup bunjut, serai, lengkuas. Renehkan hingga daging empuk.
4. Rasakan garam dan gula.
5. Sendukkan bubur nasi ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan sepotong telur rebus. Sendukkan kuah sup dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi bubur. Perahkan jus limau nipis.
6. Sambal kicap disediakan dengan menumbukkan bawang putih dan cili padi hingga lumat dan dimasukkan kicap masin dan kicap manis. Gaul rata.
Dan mesti lah diminum dengan secawan kopi panas....sedapnya breakfast macam ni kan...hmmmm
Wednesday, August 8, 2012
Sup Tofu Telur Bersama Chicken Popcorn
Assalamualaikum...
Mieza ni dalam course 5S sebenarnya..tapi alahai sleepy yang amat..maklum la bulan posa..kalau tak bulan posa leh gak mamam sweets kan..or sipping some plain water...sebenarnya ini kali kedua mieza dihantar ke kursus 5S tapi tempat kerja mieza kat opis tu tak gak kemas ahahhaa...agaknya sebab tak kemas la mieza kena gi course ni lagi...kat umah tu lagi tak sempat nak wat 5S sebab baru je sisih, belum lagi susun terus sepah balik heheheh...
Oleh sebab boring dan ngantuk meh ler mieza update blog jap..
Kat bawah tu sup tofu telur..ni bukan apa..kes terliur nengok zila masak..engkau talh berjaya menggoda daku zila...wawa memang suka sup tofu..katanya "tahu lembut-lembut tu nama apa dah ma?"
Oleh sebab suami mieza tak suka tofu telur..maka mieza masukkan chicken popcorn..bila ada chicken popcorn tu dia makan le juga sebab dia suka chicken popcorn tu kegemaran dia..alhamdulillah..resepinya mieza ubahsuai dari resepi zila..
SUP TOFU TELUR BERSAMA CHICKEN POPCORN
Adapted from: Zila
Source: Mieza @ WAWMC
Mieza tambah:
Bell pepper merah dan hijau - dadu
Sedikit chicken popcorn
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong sepanjang 1/2 inci
Untuk resepi chicken popcorn mieza akan kongsikan di dalam entry yang akan datang...insyaAllah..

3 tiub egg tofu
3 ulas bawang putih - didadukan - mieza potong batang mancis
1/2 inci halia - didadukan - mieza potong batang mancis
1 biji bawang besar - hiris - mieza tambah
Sedikit serbuk lada putih - mieza guna serbuk lada hitam
1 kiub ayam
3 biji cili padi hijau - diketuk - mieza potong dadu
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jaggung/tepung gandum -dibancuh bersama 1/2 cawan air
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 biji putih telur
Sayur campur yang digemari seperti -baby corn/kacang peas/brokoli - mieza letak kacang peas, carrot dan baby corn
Mieza tambah:
Bell pepper merah dan hijau - dadu
Sedikit chicken popcorn
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong sepanjang 1/2 inci
Cara-caranya
1. Celur sayur-sayuran yang digunakan. Mieza skip this part.
2. Potong egg tofu dengan plastik pembungkusnya kepada 2 bahagian kemudian digoreng hingga nampak sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak ke dalam bekas yang sesuai tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan cili api hingga berbau harum.
4. Masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan sedikit air, kiub ayam dan bancuhan tepung jagung dan suaikan kepekatan yang anda kehendaki. Masukkan sedikit lagi air bancuhan tepung jagung jika perlukan kepekatan lebih. Juga masukkan lada hitam dan dikacau rata.
6. Kemudian masukkan putih telur, tak perlu dikacau. Buat seperti 2-3 lorekkan menggunakan garfu. Kemudian masukkan sayuran, dan bell pepper dan biarkan hingga sayuran agak empuk.
7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
8. Tuangkan ke atas tofu yang telah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. taburkan chicken popcorn.
Untuk resepi chicken popcorn mieza akan kongsikan di dalam entry yang akan datang...insyaAllah..
SELAMAT BERBUKA ^__^
Friday, December 2, 2011
Macaroni Soup
Assalamualaikum dan salam hari Jumaat..wahhh beshnyer hari ni dah hari Jumaat..esok cuti lagi yahooo..tapi namanya je la cuti kerja kat umah tu kemain lagi banyak nya..umah tu jangan cakap la bersepah-sepah lagi teruk dari tongkang pecah hahahah, tapi yang paling besh ialah esok cuti dan tak payah datang kerja...dan hari ni juga hari terakhir mieza berkursus fotografi..ekceli kan ni pun menulis dalam kelas kursus hehheeh sementara tunggu cikgu ni setting lappy dia...hari ni mieza kena bentangkan gambar-gambar yang dicapture kat cameron semalam...huhuhu apalah komen cikgu kat gambar-gambar yang mieza snap tu...

Mac Soup ni sebenarnya mieza masak 2 hari lepas for dinner..oleh sebab mieza dah makan banyak kat kursus jadi mieza tamau makan nasi lagi..nak jaga berat badan la katakan ahakkksss..tapi pagi ni meza cuma tayang gambar dulu ye..petang kang bila dah balik umah dan dah abis kursus baru mieza tuliskan resepi nya...nanti datang balik tau petang kang...dan buat kawan-kawan yang tinggalkan komen pada entry sebelum ni pun mieza akan balas malam nanti ye..dan juga bawa pinggan mangkuk ke dapur kawan-kawan untuk tapau apa yang kawan-kawan masak...mieza yakin semuanya sedap-sedap belaka :)

Resumed @ 9.06 pm
Salam again...baru mieza ada kesempatan nak tulis resepinya..jom kita tengok mac soup cara mieza ya :)
MACARONI SOUP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
1 cawan makaroni - rebus hingga empuk, toskan dangaul dengan sedikit olive oil
1 biji bawang besar - dadu
3 biji bawang putih - cincang
1/2 inci halia - cincang
2 sb mentega
1/2 cawan carrot dadu
1 biji kentang - dadu
1 batang celeri - potong kecil
1/2 tin tomato soup - jika suka masam yang lebih boleh tambah
1 cawan daging cincang - mieza guna brand Ramly
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk cajun
2 helai daun bay
1/2 sk oregano leaves
Garam Secukupnya
1 kiub tulang/lembu - mieza guna Knorr
Tepung jagung secukupnya - untuk pekatkan sup
Air secukupnya untuk jadikan kuah sup
Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan masak hingga garing.
3. Bila dah garing masukkan air, kentang, carrot, celeri, daun bay dan stok tulang/lembu. Renehkan hingga kentang dan sayuran empuk.
4. Masukkan pula tomato sup, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah sup. Biarkan kembali mendidih.
5. Akhir sekali masukkan tomato buah yang didadu.Kacau rata. Tutup api.
6. Sendukkan makaroni ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup ke atasnya.
Selamat mencuba :)

Thursday, July 7, 2011
Old-Fashioned Beef Stew

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..alhamdulillah dapat mengupdate blog lagi pagi ni sebelum mula kerja kat ofis..tapi mieza sedikit susah hati hari ni sebab anak yang tengah Wawa tu kena asthma hari ni..semalaman tak tidor semalam...pagi ni dia tak ke sekolah pun..siannya kat dia..berombak-omabk dadanya bila bernafas...kesnya petang semalam dia minum air nutrigen sejuk dalam peti ais...haishhhhh susah hati mama, nak ambil EL tak leh lak hari ni sebab pendaftaran pelajar hingga pukul 11..petang pula kena bawa Umar cucuk 4 bulan yang dah overdue...kul 11 ni mieza la gak lari bawa Wawa pergi hospital kejap...please get well soon dear...mama always prayed for you to be constantly healthy..amin..

Tak boleh nak pot pet banyak pagi ni..let us look at the recipe..
OLD-FASHIONED BEEF STEW
Recipe : Healthy Meals in Minutes
Source : Mieza @ WAWMC
Serves 6
1 pound lean beef chuck, trimmed and cut into 1-inch cubes
2 tbs all-purpose flour
2 tsp vegetable oil
2 large yellow onions, thinly sliced (about 3 cups)
2 cups sliced mushrooms
2 cloves garlic, minced
2 tsp reduced-sodium tomato paste
2 cups reduced-sodium beef broth
4 cups sliced carrots
2 medium russet potatoes, thinly sliced (about 2 cups)
1 cup 1-inch green bean pieces
1 tbs cornstarch
1 tbs cold water
1/4 cup chopped fresh parsley
Method:
1. Coat beef with flour, shaking off excess. in a large nonstick pot, heat oil over medium-high heat. Add beef; saute until browned, about 6 minutes. Place on plate.
2.Add onions and mushrooms to pot, saute for 6 minutes. Add garlic, saute, stirring for 1 minute. Pour off fat. Return beef to pot, stir in tomato paste, then broth. Add enough water to just cover; bring to boil. Reduce heat to low; simmer until beef is tender, about 1 1/4 hours. Skim off any foam.
3. Add carrots, potatoes, and green beans. Cover partially; simmer for 15 minutes.
4. In a small bowl, mix corn-starch with cold water; stir into stew. Increase heat and boil uncovered for 1 minute. Sprinkle with parsley and serve.

Thursday, May 5, 2011
Sup Ekor Berempah
Sup ekor ni aku masak semalam untuk lunch semalam..tapi tak sempat nak post..hari ni baru ada peluang nak menaip kat blog ni..sebenarnya dah lama ekor ni dok bertapa dalam freezer kat dapur aku tu...my MIL yang kirim dari Alor Setar masa my BIL balik kampung dulu...nak masak asyik tak menjadi je...lagipun yang gemar ekor kat umah ni aku dan anak-anak je..suami dan mak tu makan tapi tak bersungguh...tu yang lama ekor ni diperam dalam freezer..lagipun aku baru beli pressure cooker dari opismate aku..meh kita test sup ekor dalam pressure cooker baru..

SUP EKOR BEREMPAH
Resepi: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
6 ketul ekor lembu - dipotong dan dicuci dengan tepung gandum dan limau nipis
2 biji tomato - belah 4
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar - belah 8
Garam gula
Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
Bahan hiasan:
5 biji cili padi - hiris halus
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - hiris
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Cara-caranya:
1. Rebus ekor yang telah dicuci di dalam pressure cooker hingga empuk.
2. Dalam periuk yang lain panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ekor yang telah empuk dan air rebusannya sekali ke dalam periuk yang mengandungi bahan tumis. Renehkan.
4. Masukkan tomato, bawang besar, dan daun limau purut. Rasakan garam gula.
5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang sambil diperahkan air limau nipis.

Tuesday, May 3, 2011
Sup Kaki Ayam dan Sayuran - Untuk penggemar kecik di rumahku
Huk alaaaa ada penggemar kaki ayam kat umah aku rupanya...masa aku cuci ayam hari tu Wawa siap request "mama kaki ayam tu jangan buang tau, wawa nak makan" setahu aku tak ada saper dalam family aku atau my hubby yang gemar kaki ayam...ni macam mana si kecik ni leh suka aku pun tatau...tapi tak per lah, dah dia suka, aku masak je la...nak bagi budak-budak lagi suka aku letak sayuran yang didadu...so all the chicken feet belong to wawa...sonok la dia!

Tengok la wawa makan kaki ayam...comot betul!

SUP KAKI AYAM DAN SAYURAN
Bahan-bahan:
4 ketul kaki ayam - bersih dan potong kukunya
1 kiub pati ayam
Air secukupnya untuk kuah
Daun sup dan daun bawang - hiris
1 biji buah tomato - belah 8
1 camt lada sulah
Bawang goreng untuk hiasan
Bahan kisar:
3 biji bawng putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Bahan dadu:
Carrot
Celeri
Jagung muda
Kentang
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan kaki ayam dan air. Masak hingga mendidih dan biarkan ia mereneh pada api sederhana. Aku biar ia mereneh hingga 1/2 jam.
3. Masukkan kiub pati ayam, lada sulah, dan sayuran dadu. Masak hingga sayuran empuk.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan garam gula. Hiaskan dengan taburan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
5. Sedia dimakan dengan nasi panas.

Wednesday, April 27, 2011
Sup Kepala Ikan Merah
Masakan dalam pantang aku..tapi hari ni dah abis pantang pun cuma teringin pulak nak makan sup kepala ikan merah lagi..selalu masak menu ni tapi lupa nak ambik gambar...hari ni baru ada gambarnya..

SUP KEPALA IKAN MERAH
Bahan-bahan:
1 kepala ikan merah - dibelah 4
1 paket sup ikan - aku guna brand adabi
2 cm halia *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 batang seleri - potong serong
1 biji tomato - belah 4
Sedikit air asam jawa
2 batang serai - diketuk
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Garam gula
Cara-caranya:
1. Bahan yanng bertnda * dikisar hingga hancur.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan di dalam rempah sup (selain dari sup bunjutnya) hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga garing.
3. Masukkan air dan ikan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan seleri dan tomato, daun bawang yang dipotong sepanjang 2 cm dan air asam jawa. Tidak ketinggalan garam gula.
5. Semasa menghidang taburkan daun sup dan bawang goreng.

Monday, June 14, 2010
Sup Cendawan
Baru berkesempatan nak tulis resepinya...mintak maaf banyak-bantak kepada pengunjung yang dah masuk berkali-kali tapi resepi ni tak der pun kat sini...sebebnarnya aku dah lupa yang aku belum update sup cendawan ni...ampun kan daku! Resepi ni simple tapi anak-anak dan suami cukup suka hirup...slrupppp!

SUP CENDAWAN
Bahan-bahan:
1 paket cendawan tiram - RM2 sepaket, siat-siatkan
1 paket cendawan butang - belah 4
1 paket cendawan halus tinggi (ahakksss aku tatau nama dia tapi bentuknya tinggi dan kurus warna putih) - cuma potong akarnya
1 batang celeri - hiris serong
1 biji tomato - belah 8
1 biji bawang besar - belah 8
3 biji bawang putih - ketuk
1/2 camt serbuk lada sulah
1/2 kiub pati ikan bilis
6-7 ekor udang - buang kulit
6 biji fishball - belah 2
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong 2 cm panjang
Garam gula
1 mangkuk air untuk kuah
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga perang kemudian dimasukkan air. Biarkan hingga air mendidih.
2. Masukkan udang, fishball, kiub bilis,bawang besar celeri dan lada sulah. Biarkan seketika.
3. Akhir sekali masukkan cendawan, tomato dan rasakan garam gula. Masak sekejap sahaja sebab cendawan cepat lembut. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum diangkat.

Wednesday, March 3, 2010
Goulash Tulang Rusuk
Goulash ni tak cukup bahan sebenarnyer..tu yang warnanya macam pucat skit..sebab serbuk paprika ku kehabisan..pastu biasak la aku mesti improvise dr resepi asal mengikut tekak kemelayuan sejati aku hehehe dan banyak ingredients yang terpaksa di skip mengikut tahap kesihatan suami seperti kentang..dia tk boleh makan kentang..coz nanti dia kembung..walau apa pun my cooking never fails hehehe..suka sangat tengok hubby makan garlic bread cicah goulash ni..kids pun suka sebab tak pedas..
Jadi di sini dikongsi resepi dengan visitors..
GOULASH TULANG RUSUK
Bahan A:
2 batang tulang rusuk - dipotong 2- 3 inci
2 camb tepung jagung
1 camt serbuk lada hitam
Bahan B:
2 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
1 inci halia - dimayang
2 biji buah tomato - dipotong dadu
2 camb mentega
1/2 camb serbuk paprika
2 camb serbuk sup
garam gula
1 mangkuk air
Bahan C:
2 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong 4
1 batang celeri - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong jejari sepanjang 1 inci
1 biji capsicum hijau - potong jejari
Cara-caranya:
1. Bahan A digaul bersama dan diperap sekejap.
2. Panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.
3. Masukkan tulang rusuk yang diperap dan digoreng sekejap hingga kekuningan.
4. Masukkan buah tomato yang dikiubkan, air, serbuk rempah sup dan serbuk paprika dan renehkan sehingga daging empuk.
5. Bila daging dah empuk, masukkan Bahan C dan renehkan sehingga sayuran 1/2 masak@empuk. Rasakan garam gula.
6. Sedap dimakan bersama garlic bread, toast atau pun dengan nasi putih biasa.
Friday, July 31, 2009
Sup Tulang Rusuk
Sup yang senang dan tak banyak kerenah. Just reneh jer atas dapur sampai daging empuk..but the result emmmmm delicious! I love tulang rusuk very very much, well if compared to other tulang of course such as tulang belakang or tulang leher. I like tulang rusuk more. Kalau time raya korban memang i akan bedal tulang rusuk ni bebanyak, either masak sup, or masak singgang kelantan, or masak gulai darat..mmm memang sedap. Kat Tg Malim ni 1 kg of tulang rusuk cost me RM18, i dont know about other places, but in Kelantan it is selling at much cheaper price. When it comes to daging..mmmm i miss my home town very very much. Daging batang pinang only cost RM15 over there but it is RM25 here. Well i got it for RM22 from Hub Halal Tg Malim. Perhaps because of the inconsistency in supply level had pushed the price higher here. Cheeeewah im talking like an economist pulak. However, regardless of the price level, if an eater has to eat, an eater has to eat it anyway, at any price affordable to one's pocket..as i mentioned in my earlier writings, i hardly think twice when it comes to stuffing my stomach. Call me bad spender, but hahhaha i am...
SUP TULANG RUSUK
1 batang tulang rusuk - make sure to ask the seller to chop it for u unless u have sharp axe at home. Cuci dan toskan.
1 paket rempah sup tulang - i alwiz chose adabi or mak siti
4 biji bawang putih - ketuk
2 biji bawang besar - belah 6
halia - thumb size, ketuk
daun sup, limau nipis, cili api, bawang goreng
ubi kentang - kupas kulit, belah 4
Minyak untuk menumis
1 liter air
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang puith, rempah sup dan halia hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan tulang rusuk yang telah dicuci dan juga air. Renehkan hingga tulang empuk. Tambah air jika daging belum empuk. Kalau ada pressure cooker will make the cooking process easier and faster.
3. Masukkan kentang dan bawang besar dan dimasak lagi hingga kentang empuk. Rasakan garam gula.
4. Semasa menghidang, taburkan daun sup yang dipotong halus, cili api potong, dan bawang goreng serta perahkan air limau nipis.
5. Boleh dimakan dengan nasi putih. For my family, sup tulang rusuk and telur dadar will just do...mmmmm sedap! Sup ini boleh gak dimakan dgn macaroni, bihun or mee.
Friday, November 14, 2008
Sup Ayam dan Leeks
Susahnya nak cari masa nak blogging. Sekarang ni kelas EMBA kat UITM dah cuti sem tapi busy lak dengan nak pindah umah baru. And sad but true, sekarang ni demam la pulak, but apa-ape pun thank God it wasn't Cikukunya. Bila tengok friends kena serang dengan cikukunya and demam sampai 2 weeks long rasa gayat and takut la pulak. Tapi ni dah seminggu demam, berat badan pun dah susut. That day time demam i cooked this menu..for myself. Ye la nak manja dengan sape lagi, terpaksa la manja dengan diri sendiri. Last week kena sakit mata lak...haii nak buat camna sabar je lah. Hari ni actually dapat mc from the clinic tapi terpaksa gak come to work coz kesian kat students silibus tak finish lagi and the finals is just around the corner. This week and next week, ada course terpaksa lak attend.
SUP AYAM DAN LEEKS
Ayam - bahagian yang bertulang, this parts memang best untuk dibuat sup. Bersihkan.
1 bungkus rempah sup bunjut
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - diketuk
1/2 camt ketumbar - giling lumat
1/2 camt jintan manis - digiling lumat
1/2 camt jintan putih - digiling lumat
2 batang leek - potong 1 inci panjang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 mangkuk air untuk kuah sup
minyak untuk menumis
bawang goreng, daun sup, limau nipis dan hirisan cili api untuk hiasan
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah wangi hinggi garing dan naik bau. Masukkan pula rempah giling dan tumis hingga garing.
2. Bila dah garing masukkan sup bunjut, ayam, leek dan air. Reneh hingga ayam empuk. Rasakan garam gula.
3. Semasa menghidangkan hias dan rasakan dengan bawang goreng, daun sup, limau nipis dan cili api untuk sedikit rasa kepedasan. Kalau demam memang sedap hirup sup ni...
Thursday, August 14, 2008
Sup Bayam Campur
This one is for my lovely Wawa yang demam campak. Tapi lauk pauk dalam sup ni terhad, takut nanti gatal campak dia. Selalunya aku letak udang, sotong, isi ketam, fish ball, etc. Tapi hari ni ketak ikan bilis je. Untuk my Wawa. Tapi cian dia, bila sup ni masak, dia dah tertidur. Tak sempat dia makan nasi malam ni. Hari ni demam dia teruk sikit. A few times hari ni dia muntah. Petang tadi aku suap dia some cereal dengan susu je. Tu pun dia muntah juga. Bila dia dah tido her mummy and daddy la yang habiskan sup ni. Aku suka bayam, tapi bayam ni sejuk sikit untuk orang-orang yang ada sedikit penyakit semput macam aku ni. Along suka part jagung muda tu, habis dia kutip jagung tu dari mangkuk sup :)
SUP BAYAM CAMPUR
1 ikat bayam - dipotong
Sedikit bunga kubis
2 jagung muda
1/2 batang carrot
Sedikit sohon
Sedikit ikan bilis
1 cili merah - dihiris serong atau panjang
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris
1 kiub ikan bilis - aku pakai knorr
1 mangkuk air
Garam gula
Daun bawang dan daun sup - dihiris 1/2 inci panjang
Cara-cara:
1. Tumis bawang dalam periuk hingga garing. Masukkan ikan bilis, goreng sikit bagi ikan bilis garing sikit.
2. Masukkan air, kuib ikan bilis, cili, sayur-sayuran yang keras ie carrot dan jagung. Masak seketika hingga carrot empuk.
3. Masukkan pula sohon, bunga kubis dan bayam. Masak sekejap je sebab bayam cepat empuk. Rasakan garam gula. Taburkan daun bawang dan daun sup.
4. Dah siap sup untuk Wawa......
Wednesday, August 13, 2008
Sup Daging
Wawa kena demam campak. Kesian sangat kat dia. Habis merah-merah badannya naik campak. Patutlah last 2 days dia demam. Hairan jugak aku coz tak kena hujan, and tak ada pulak family member yang demam, tetiba dia pulak yang demam. Rupa-rupanya demam nak naik campak. Dari pagi dia asyik mintak nasi. Nak suap ikan bawal goreng kicap risau pulak takut dia makin sakit. Mak kata bagi minum air kelapa, nampak nya petangni terpaksalah aku mencari air kelapa. Pastu mak suruh masak sup ayam kampung. Manalah aku nak cari ayam kampung kat sini. Ayam pekan ada lah. Tapi Wawa dok mintak-mintak nasi nasi pagi. Last-last aku masak sup daging je kat dia. Ni pun tak tumis coz orang tua-tua kata kalau kena campak tak boleh makan tumis-tumis. Tatau la aku betul ke tak. So aku main rebus je. Campak semua bahan dan rebus. Dah masak aku suap Wawa, banyak juga dia makan. Sekarang dia tengah tidur kat depan TV dengan Memek dia. Cian sangat kat dia, menggerutu je badan dia naik campak......
SUP DAGING
(Cukup semangkuk untuk Wawa, tapi Along menumpang sama)
150 gm daging batang pinang
2 biji potato - belah 4
1 biji bawang besar - belah 6
2 biji bawang putih - mayang
1 cm halia - ketuk
1 batang serai - diketuk
Semangkuk air - untuk kuah
garam gula
Cara-cara:
1. Semua bahan-bahan tu aku masukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga daging masak dan kentang empuk. Jangan lupa garam dan gula to taste.
Menu ni sesuai untuk orang sakit and kids. Hopefully Wawa will get better soon..... :(
Monday, July 28, 2008
Sup Ayam Berempah
SUP AYAM BEREMPAH
Ayam - ambik bahagian yang bertulang - potong dan bersihkan
1 paket sup bunjut
1/2 camt jintan manis - digiling
1/2 camt jintan putih - digiling
1/2 camt ketumbar - digiling
2 cm halia - diketuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 biji bawang besar - dibelah 6
2 biji kentang - belah 4
1 biji tomato - belah 4
Sedikit bunga kubis
Sedikit carrot
2 mangkuk air
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - dihiris kecil
Air limau nipis
4 biji cili api - dipotong kecil
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang yang ditumbuk hingga perang dan wangi. Bila bawang dah garing masukkan pula rempah yang telah digiling dan juga halia. Masak lagi hingga rempah garing.
2. Masukkan ayam, kentang, air, sup bunjut dan bawang besar. Masak hingga ayam dan tomato empuk.
3. Masukkan pula tomato, carrot dan bunga kubis. Biarkan sebentar coz sayur ni tak memerlukan merebus yang lama. Rasakan garam dan gula.
4. Bila menghidangkan taburkan sedikit bawang goreng, daun bawang dan daun sup, cili api dan perahan air limau nipis.
Wawa dan along malam ni banyak makan nasi coz ada sup ayam. Sup ayam ni memang along punya favorite. Wawa pun tak kurang hebatnya. Lepas makan nasi sup ayam, dia meratah lak ikan bakar :)
Wednesday, July 23, 2008
Beef Stew
Bila berpuasa nampak makanan semua sedap aje. Tengahari tadi kat ofis dokkkk teringat nak masak apa la untuk berbuka. Last-last dapat idea buat beef stew. Husband yang cadangkan. Beef stew ni sedap kalau ditabur dengan parmesan cheese and dimakan dengan garlic bread. Tapi garlic spread dah habis, malas la pulak nak buat spread sendiri. Finally, we all makan je stew ni dengan nasi. Biasalah, mat saleh makan dengan bread, aku orang Malaya makan stew dengan nasi.
BEEF STEW
200gm daging - potong kiub
2 camt tepung
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
4 camb tomato paste
1/2 cawan tomato sup - pakai heinz
5 cendawan butang - dihiris
1/2 batang carrot - dipotong bulat
5 kacang pea/buncis -dipotong sepanjang 1 1/2 inci
1/2 biji bell pepper merah - potong panjang
1/2 biji bell pepper hijau - potong panjang
1 biji tomato - potong wedges
sedikit bunga kobis
1 biji kentang - dihiris bulat setebal 1/2 cm dan digrill hingga perang
1 mangkuk air rebusan daging (boleh ganti dengan kiub daging kalau terdesak)
Daun parsley - dihiris
2 camb olive oil
Cara-cara:
1. Daging digaul dengan tepung.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daging dan masak hingga daging perang.
3. Kemudian masukkan bawang dan dikacau-kacau hingga bawang keperangan. Then masukkan tomato paste dan tomato sup. Renehkan sekejap hingga kuah tomato meresap ke dalam daging.
4. Masukkan pula sayur-sayuran, kentang yang telah digrill dan air rebusan daging (beef broth) dan direneh lagi. Resepi asal kata sup ni direneh selama 30 minit. Tapi aku tak suka sayur tu benyek. So aku reneh kejap je dalam 5-8 minit. (Resepi asal beef stew mat saleh memang sayur jadi benyek, tapi sedap)
5. Rasakan garam gula. Semasa menghidang boleh taburkan daun parsley, tyme dan bay leaf kalau ada. Kat Malaya ni susah nak cari daun tu fresh, so aku tabur daun parsley je.
Labels:
SUP
Subscribe to:
Posts (Atom)