Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, December 12, 2008

Sayur Pisang Lemak


Finally, setelah berbulan post gambar je, dapat gak hari ni post resepinya pulak. Gulai pisang lemak ni memang aku suka makan. My mom pun suka. Kalau masa kecik-kecik dulu, aku suka makan pisang lemak yang dah ranum. Since saiznyer kecik, sebijik cukup sesuap je hehehe. First time makan dish ni masa tu nenek aku yang masak. Sedap. Tapi masa tu nenek hiris pisang tu macam lain. Nenek hiris kecik-kecik dan bulat. Aku pun ikut hiris macam gitu. Then my sis-in-law kupas buat ala ala bunga, dia hiris kulit pisang tanpa putus dan dijadikan macam kelopak bunya. Aku pun ikut la. Dulu aku ingat kulitnya tak boleh dimakan. Then bila adik masak that way, sedap rupa-rupanya kulit pisang lemak ni heheh
SAYUR PISANG LEMAK
10 biji pisang emas - yang belum masak, dicuci dan dikupas kulit berbentuk bunga
1 mangkuk santan - sederhana pekat
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
10-12 ekor udang - dicuci
1 camb rempah kari ikan
1 camb rempah kari daging
sedikit gula melaka
2 camb minyak masak
garam gula to taste
Cara-caranya:
1. Dalam periuk, masak rempah kari dengan sedikit air hingga masak dan garing.
2. Bila rempah kari dah garing, masukkan santan, bawang yang ditumbuk, pisang dan udang. Masak hingga pisang empuk dan udang masak. Kuahnya hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul dan pecah minyak.
3. Bila pisang dah empuk, rasakan garam gula dan boleh ditutup apinya.
4. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang hingga garing. Kemudian tuangkan bawang goreng bersekali dengan minyak yang digunakan ke dalam sayur pisang. Kacau-kacaukan biar bawang goreng sekata dalam kuah. Kuahnya akan berbau harum hasil dari aroma bawang goreng.
5. Aku satu family memang suka ala kampung macam ni, ada pulak ulam, sambal belacan and ikan kembung goreng...emmm itu dah cukup membuka selera kami 1 family...senang bela my family ni...

Thursday, December 11, 2008

Dalca




DALCA

5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 bunga cengkih
1/2 camt jintan putih
1/2 camt jintan manis
2 camb rempah kari daging - aku pakai babas
2 camb rempah kari ikan - aku pakai babas gak. Aku suka campur, rasa dia kick skit
Ayam - bahagian kepak dan tengkuk. Potong kecil2. Nak guna daging pun boleh gak
2 camb kerisik
2 camb air asam jawa
1 mangkuk santan pekat- untuk kuah.
2 batang terung - potong panjang
7-8 batang kacang panjang - potong sepanjang 2 inci
3 potato - belah 4
1 bungkus jagung muda - potong panjang
1 batang carrot - potong panjang 1 1/2 inci
Cili hijau dan cili merah - dibelah 2


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah wangi hinga garing dan wangi. Masukkan rempah kari dan masak hingga rempah masak dan pecah minyak.

2. Masukkan kerisik dan air asam jawa dan dimasak lagi hingga pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam dan kentang dan dikacau2 dan dimasukkan juga santan. Reneh hingga ayam dan kentang empuk.

3. Bila kentang dah empuk masukkan terung, carrot dan jagung muda. Masak hingga pecah minyak dan rasakan garam gula.

4. Akhir sekali baru masukkan kacang panjang dan cili yang telah dibelah. Kacau sekejap je coz nanti kacang benyek. Angkat dan biarkan kacang empuk dengan kuah yang panas je.

5. Dalca ni aku makan dengan nasi pilau, ayam masak merah dan air asam.

Ayam Masak Merah


Ni blogging kat ofis. Actually bz sangat, tapi disebabkan terlalu bz aku tak buat ape2 but blogging. Paper nak mark memang banyak, tapi bila tengok jawapan student yang hampeh, i decided to blog hehehe. I cooked this ayam masak merah masa raya korban that day, to go with nasi pilau beriani. Lama dah tak masak this cooking. The last time aku masak ayam masak merah ni time kat umah sewa kat Keliang, masa tu bulan puasa and i invited a few friends for berbuka. The menu was nasi tomato. It was long time ago, back in year 2002. Those friends don't visit anymore nowadays. Bz kot... entah2 dah lupa...uhuksssss....


AYAM MASAK MERAH

3/4 ayam - hari tu beli sekor, tapi tak abis pun so I guess 3/4 la kot yang aku masak ari tu.
10 tangkai cili kering - blend
2 biji bawang besar - blend
3 ulas bawang putih - mayang
5 ulas bawang merah - mayang
Sedikit air asam jawa
Belacan sebesar ibu jari - blend
Sedikit gula melaka
3 camb sos tiram
3 camb sos cili
3 camb sos tomato
2 biji tomato - belah 4
Daun bawang dan daun sup - hiris halus untuk hiasan
Garam gula to taste
Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis.

Cara-cara:

1. Ayam dipotong kecil, digaul garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.

2. Panaskan 2 camb minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang hingga garing.

3. Masukkan cili kering dan belacan yang diblend dan dimasak hingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan dimasak sebentar.

4. Masukkan bawang besar yang telah dikisar dan dimasak hingga pekat. Tambahkan gula melaka, sos tiram, sos tomato, dan sos cili. Masak hingga pekat dan cantik warna merahnya.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan buah tomato. Gaulkan ke dalam sos masak merah rata-rata. Rasakan garam gula. Jangan ditambah garam dan gula sebelum dimasukkan ayam sebab ayam tu dah ada garam kunyit. Kang masin sesangat lak.

6. Semasa menghidang hiaskan dengan hirisan daun bawang, daun sup dan boleh juga ditabur sedikit roasted badam.

Tuesday, December 9, 2008

Nasi Pilau Beriani



First time beraya at my new house, the feeling was so nice, proud and satisfied. For the first time i ever own a property. Since my mom was not feeling very well to travel and stay in a car for 6 long hours, we decided not to go back to Kelantan for Raya Korban. Besides my husband and i were only given one day leave for raya, and the tiredness from new house moving in was not gone yet, so here we were, celebrating the raya korban at No 88, Taman Wangsa Jaya. After discussing with hubby what to cook for raya, we then came up with the idea of cooking some nasi kerabu, a few friends of ours were visiting, first for raya, second they were interested to see my new yet-so-neat-and-tidy home, and we would be just as delightful as ever to welcome our guests. Some nasi kerabu and ayam bakar would be nice but then we lack a few of the ingredients that we decided to change the menu to nasi pilau beriani. The original recipe was given by my auntie who enjoys cooking very much and i basically like all her cookings. However this very recipe was modified by me by adding some of the beriani and soup paste and i came up with the new modified name of nasi pilau beriani. It goes very well with dalca, ayam masak merah and some air asam. Let's share the recipe....



NASI PILAU BERIANI


7 pot beras basmati - i used the normal white rice. I had a small rice cooker but 7 pots was just enough for the guests coz they were all full for raya.
2 camb minyak sapi
1 biji bawang besar - blend
3 ulas bawang putih - blend
2 inci halia - blend
1 camt saffron - tumbuk lumat
5 biji buah keras - tumbuk lumat
2 kuntum bunga lawang
1 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
1 sup bunjut
2 camb rempah sup - i used adabi
3 camb rempah beriani
2 kiub pati ayam - i used knorr
1 tin susu cair
Air sama banyak dengan beras
Daun pudina
Daun ketumbar
Secubit garam

Hiasan
Bawang goreng, badam roasted dan kismis


Cara-cara:

1. Beras dicuci dan ditoskan.

2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam, buah pelaga, jintan) hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan saffron, buah keras, rempah beriani dan rempah sup. Tumis sampai pecah garing dan remaph pecah minyak.

3. Masukkan air, sup bunjut, kiub pati ayam dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan beras dan susu cair dan sedikit garam dan tanak macam masak nasi macam biasa.

5. Bila nasi dah masak, taburkan daun pudina dan daun ketumbar dan digaul-gaulkan. Semasa menghidang taburkan bawang goreng, kismis dan roasted almond. Boleh dimakan dengan ayam masak merah, dalca dan air asam ataupun makan macam makan nasi minyak. Check out for my ayam masak merah and dalca recipe.

Sunday, November 23, 2008

Asam Pedas Ikan Keli



Sebenarnya mood nak masak dah tak de coz dok teringat nak masak kat kitchen kat umah baru. Tapi bila perut berdendang sayang mintak diisi, terpaksalah gak masuk dapur. Feel nak masuk umah baru is all over me, tapi memang banyak lagi lah yang pending. Oleh kerana makan ni amat penting dalam idup setiap individu maka, meja makan sememangnya lah menjadi perhatian utama aku and husband. Walau pun bajet dah lari, dan bajet semakin nipis, menyebabkan kami terpaksa postphone niat nak cat umah, terpaksa tidur atas toto coz dah tak de bajet nak beli tilam and katil, tapi meja makan mesti diutamakan hehehe. Dah ada dah satu yang aku and hubby berkenan, alaaahhh kat Leon Yew lah kat mana lagi kalau kat Tanjong Malim ni, bukan ada lorenzo ke, fella design ke harvey norman ke. The table is square, 8 seater, dan warna of coz lah mahagony coz nak bagi sama dengan kitchen cabinet. The price of that dining table is RM2200. Mahal, tapi aku dah suka hehehe. Jadi sebelum meja baru sampai, tak aper lah kita makan nasi dengan asam pedas ikan keli ni kat meja lama je. Kata Along, "Kenyang gak mama", heh memang la kenyang, feel tu yang lain... By the way, aku sebenarnye bukan lah gemar sangat dengan ikan keli ni. The only ikan keli yang aku suka is bila ikan keli tu dibakar garing dan dimakan dengan air asam. Lain dari tu aku tak makan. Tapi hubby suka ikan keli masak asam pedas. So presented here is the asam pedas ikan keli...


ASAM PEDAS IKAN KELI

2 ekor ikan keli - cukup la untuk laki aku sorang makan. Hari ni harga dia 2 ekor ni is RM2.60.
Daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 batang serai - diketuk
2 biji buah tomato - belah 4
4 keping asam keping
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili api
3 biji cili merah
2 cm halia
1 cm kunyit hidup

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.

2. Masukkan serai dan secukupnya air untuk kuah. Masukkan juga buah tomato, bunga kantan, dan asam keping.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan dan juga daun kesum. Masak hingga ikan masak. Rasakan garam, gula dan masamnya.

Thursday, November 20, 2008

Ayam Goreng Berempah



Everyone's favorite fried chicken. Memang sedap ayam goreng rempah ni. Sometimes i prepared this chicken with the chicken rice. Sometimes just makan with the white rice pun sodap. Sum other times tu just goreng untuk meratah je. Kalau out of ideas nak masak ape, just cook this Spicy Fried Chicken, wahhh macam kfc lak...hehehe...

AYAM GORENG BEREMPAH

200 gm ayam - aku suka wings and ribs
2 cm kunyit hidup
1 camt ketumbar
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 camb serbuk kari
Garam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara-caranya:

1. Semua bahan-bahan kecuali ayam di masukkan ke dalam blender dan dikisar hingga lumat.

2. Perapkan ayam yang telah dicuci bersama bahan kisar selama 15 minit.

3. Sediakan kuali, gunakan minyak masak hingga tenggelam ayam, in other words, goreng ayam dalam minyak penuh.

4. Bila dah masak and garing, angkat dan toskan minyak lebihan. Boleh makan dengan nasi putih, dan asam rebus keladi tu. MMMM sedap sungguh!

Cheesy Seafood Macaroni





















(Pic 1: Cheesy Seafood Macaroni; Pic 2: Along, 2nd place in her class for year 2008)
I have been sick for one week. For what reason, i had no idea. The head is throbbing, the nose is runny, bad cough, and bad sore throat. I have been on medical leave for two days now and hoping to be able to return to work tomorrow as i'm very worried about the students who are facing the final exams very very soon. When i woke up this morning, there was not much in my pantry and fridge to cook for my breakfast. Along is not schooling, she kept on telling me that she was hungry and i felt so weak to drive for some food for both of us. Thank God hubby had sent wawa to the babysitter earlier this morning. If both of them (Wawa and Along) were around, they kept on arguing over anything that the house had turn into some niosy place that i can't bear. But if they are not around, i miss the arguments, crying, shouting sound between both of 'em. Huhhh that's the beuty of having kids i guess. When i peeked into my pantry, i saw 2 packets of mac n cheese by san remo we bought from Cold Storage One U last month. There were a few cans of baked beans, and some sardins. These will do, for today....instant pasta will do..for a sick mother...and her lovely daughter...


CHEESY SEAFOOD MACARONI

1 packet of instant mac n cheese by san remo. I haven't tried another brand. I am a san remo's loyal customer.
1 camb of butter
1 cup of fresh milk
2 cups of water
6-7 prawn - peel the skin
3 sticks of crab meat - cut into 2 cm stick
1 tomato - diced
2 camb of fried garlic

Methods:

1. In a non stick pan, heat the butter. Then pour milk, water and mac n cheese. Cook until the macaroni is tender. Add water if necessary.

2. When the pasta is tender, add the seafood and cook for a while until the seafood is cooked. Add in the diced tomatoes. Stir. Do not add more salt as the san remo mac n cheese is salty enough unless you are really a salt-person.

3. When its done, sprinkle some chopped English parsley and fried garlic when serving. Delicious.

Today for breakfast, Along and i had some of this cheesy seafood pasta, some baked bean which i heated in the microwave, some bread and scrambled eggs. Guess these can keep us going until hubby come home in the afternoon for lunch. Sedihhhnyaaaaa...

Asam Rebus Keladi
















(Pic 1: Wawa in her sister's tudung sekolah; Pic 2: Asam Rebus Keladi)
Last couple of weeks, if i'm not mistaken, both of my sisters in law dropped by. They went home in Alor Setar to collect Dik Yah's new BLM. She was very excited about the car, as she waited quite long for it. On their way back to Putrajaya they dropped by and dropped me some of this keladi. Actually this is the first time ever i tried to prepare and cook keladi by myself. Usually, i asked my mom, or my sister or whoever was available at that point in time to be my involuntarily assistant. I didn't dare coz i'm afraid my hand will be itching all over and i guessed i was right. Right after i was done preparing this keladi, my God, my hands were itching all over and i kept on scratching and the hand had turn red and sore. Uhhhh at that time, i regret i ever played with this keladi. I wish i had asked sumone to prepare that for me or better yet, i wish i had bought the prepared ones from the wet market. But i can't go back, can I? What shud i do then? I washed my hands with dettol, it didn't work. I used asam jawa, also it didn't work. I put some minyak panas, it didn't work either, i smear some nivea, it didn't produce any good result anyway. My Godddd, i felt like crying. Uhukkkssss. Then i turned to my mum, and she said i could put some cooking oil all over my hands and put it near the fire, it other words, u smoke your itchy oily hands laaaaa....and Thank God! It finally worked. But I learned a lesson today...if you are working with keladi, make sure wear your glove! Be safe than itchy! Heheheh


ASAM REBUS KELADI

4 batang keladi
2 ubi keladi
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 cili kering
2 cm belacan
Segenggam ikan bilis
5 keping asam keping
1 inci lengkuas - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 cm kunyit hidup
Beberapa tangkai daun kesum
Garam dan gula to taste

Cara-caranya:

1. Batang keladi disiat kulit arinya dan dipotong 1 inci panjang dan direndam air. Ubinya dibuang kulit dan dipotong nipis.

2. Cili kering, bawang putih, bawang merah, kunyit, dan belacan dikisar halus.

3. Rebus ubi keladi sehingga empuk. Bila dah empuk, masukkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan bahan kisar, ikan bilis, halia, lengkuas, asam keping, daun kesum dan batang keladi.

4. Rebus sehingga batang keladi lembek. Rasakan manis, masin dan masamnya. Boleh dimakan bersama nasi putih. Memang sedap hirup kuah asam pedas ni MMMMm YUmmmmY

Lala Masak Lemak Cili Api


Sesetengah orang panggil siput ni retak seribu. Aku panggil lala. Walau ape pun nama yang dipanggil dia memang kegemaran anak dara aku yang sulung tu. Masak ape pun dia akan belasah sampai licin dengan syarat jangan pedas sangat. Lagipun masak lala ni memang sekejap je. Dia tak perlu rebus lama-lama macam nak buat sup daging etc. Kejap aje dah siap. Lala ni tak dijual everyday kat pasar, tatau la kat pasar lain. Kalau kat pasar Benrang Stesen memang jarang-jarang ada dijual. Kalau ada memang aku jarang miss untuk membeli. Tapi make sure jangan beli yang tertutup rapat coz usually dalamnya penuh dengan lumpur. Kalau kat Tg Malim ni sekilo lala harganya RM5. Cukup la untuk aku 4 beranak. Sekarang ni aku memang tak sempat nak masak. Firstnya sibuk dengan nak pindah umah baru. Umah baru dah siap, kalau diizinkan Allah SWT sebelum raya haji nak pindah masuk. Kira macam raya haji kat umah baru la. So bila tengok dapur kat kuarters tu mood nak masak macam fade je coz teringat kat dapur dan kitchen cabinet baru kat umah baru yang mencecah RM12,000. Memang den bangkrap lepas niiii. Hari ni makan je la lala masak lemak cili api ni...


LALA MASAK LEMAK CILI API

1 kg lala - dicuci, buang lumpur dan tos
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
10 biji cili api - ditumbuk
3 batang serai - diketuk
3-4 keping asam keping
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 mangkuk santan
2 biji tomato buah - belah 4



Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit, dan cili api.

2. Dalam one pot, masukkan semua sekali bahan ie santan, bahan tumbuk, asam keping, jangan lupa the main ingredient which is the lala dan masak hingga santan mendidih dan lala masak.

3. Rasakan garam gula dan juga masamnya. Boleh letak tomato buah yang dibelah 4. Senang dan cepat dan tak pakai banyak bahan menu ni. Untuk orang-orang yang on the go!

Friday, November 14, 2008

Sayur Lemak Labu dan Udang


This is among my favorite sayur. Memang suka dengan sayur labu, tapi hubby tak suka coz he said labu ni berangin sikit nanti dia sakit perut. Bila aku masak this sayur selalunya yang melantak was me, my mum and along. Hubby akan pandang je. Heehhehe rugi dia. Masak dia cukup senang coz main campak and reneh je. Tapi untuk buang angin dia of coz la require banyak accessory nya ie daun kunyit, serai, halba etc. Orang dulu-dulu makan semua benda tapi depa ada cara macam mana nak neutralize kan angin di dalam labu..





SAYUR LEMAK LABU DAN UDANG

1/4 biji labu yang sedang - kupas kulit dan potong kiub
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai - titik
2 helai daun kunyit - siat-siatkan
Segenggam udang kering - rendam dan tumbuk pecah
1 camt halba
100 gm udang basah
1 mangkuk santan pekat
Garam dan gula melaka

Cara-caranya:

1. Masukkan labu yang telah dipotong ke dalam periuk. Masukkan air agak-agak tenggelam semua labu dan rebus labu hingga empuk. (Tak lama masak labu untuk empukkan dia)

2. Bila labu dah empuk, jangan dibuang airnya sebaliknya masukkan santan pekat dan semua bahan-bahan yang lain serta renehkan sehingga santan mendidih sekali saja. Jangan lama-lama khuatiri santan pecah minyak.

3. Sayur labu ni dimasak sedikit manis, jadi lebihkan sikit gula dari biasa. Selalunya aku pakai gula melaka kerana rasanya akan ada kelainan.

4. Sayur labu ni boleh dimakan dengan nasi putih.

Sup Ayam dan Leeks


Susahnya nak cari masa nak blogging. Sekarang ni kelas EMBA kat UITM dah cuti sem tapi busy lak dengan nak pindah umah baru. And sad but true, sekarang ni demam la pulak, but apa-ape pun thank God it wasn't Cikukunya. Bila tengok friends kena serang dengan cikukunya and demam sampai 2 weeks long rasa gayat and takut la pulak. Tapi ni dah seminggu demam, berat badan pun dah susut. That day time demam i cooked this menu..for myself. Ye la nak manja dengan sape lagi, terpaksa la manja dengan diri sendiri. Last week kena sakit mata lak...haii nak buat camna sabar je lah. Hari ni actually dapat mc from the clinic tapi terpaksa gak come to work coz kesian kat students silibus tak finish lagi and the finals is just around the corner. This week and next week, ada course terpaksa lak attend.


SUP AYAM DAN LEEKS

Ayam - bahagian yang bertulang, this parts memang best untuk dibuat sup. Bersihkan.
1 bungkus rempah sup bunjut
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - diketuk
1/2 camt ketumbar - giling lumat
1/2 camt jintan manis - digiling lumat
1/2 camt jintan putih - digiling lumat
2 batang leek - potong 1 inci panjang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 mangkuk air untuk kuah sup
minyak untuk menumis
bawang goreng, daun sup, limau nipis dan hirisan cili api untuk hiasan

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah wangi hinggi garing dan naik bau. Masukkan pula rempah giling dan tumis hingga garing.

2. Bila dah garing masukkan sup bunjut, ayam, leek dan air. Reneh hingga ayam empuk. Rasakan garam gula.

3. Semasa menghidangkan hias dan rasakan dengan bawang goreng, daun sup, limau nipis dan cili api untuk sedikit rasa kepedasan. Kalau demam memang sedap hirup sup ni...

Monday, November 10, 2008

Nasi Dagang




It has been quite some time since my last sign in kat blog ni. My schedule was really packed all October. Sepanjang Oct i have been very busy with the study, assignments and exam. Last week the whole week i was in Perlis for a course. Last weekend baru la ada opputinity nak masak. Besides Zaimi's sisters dropped by and my second big brother from Kelantan visited, so i decided to cook some nasi dagang. Actually this is my favorite. My hubby also kind of like it tho' it is kind of milky coz the rice is cooked using the coconut milk and the chicken, or some prefer ikan tongkol, is milky as well. It's not really good for those who are trying to be on diet. But for me, i hentam je. Eat everything but only a lil. Suka, makan banyak, tak suka, makan sikit. But try everthing. Usually people eat nasi dagang with gulai ikan tongkol. But i don't really like ikan tongkol so i chose gulai ayam. Sometimes I cooked gulai daging to go with the nasi dagang. That will work too. Some eat nasi dagang with gulai telur, but that is not my kind anyway. But the original recipe is nasi dagang and gulai ikan tongkol. What most important here is how to cook nasi dagang. Some people use combination of regular rice and sticky rice, but i use nasi dagang rice which is a lil bit darker than the regular white rice. So presented here is my version of nasi dagang.


NASI DAGANG


1 kg beras nasi dagang
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
1 camb halba
5 inci halia - dimayang
7 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:

1. Beras direndam bersama halba semalaman.

2. Toskan beras yang telah direndam dan dikukus di dalam pengukus sehingga setengah masak.

3. Santan pekat dimasak bersama halia, bawang merah, bawang putih, garam dan gula hingga mendidih sekali sahaja.

4. Apabila nasi sudah setengah masak, angkat dan digaulkan dengan santan cair. Gaul rata-rata hingga santan cair meresap masuk ke dalam beras yang setengah masak.

5. Kukus semula beras tadi sehingga empuk. Bila dah empuk, angkat dan digaul sekali lagi dengan santan pekat yang sudah dimasak.

6. Nasi dagang boleh dimakan dengan gulai ikan, ayam, daging, atau telur serta acar mentah.

Tuesday, October 7, 2008

Tumis Lala Berkicap


Lala ni favorite Along. Banyak dia makan kalau masak lala. Kat Tg Malim ni 1 kg lala costs me RM5. Along memang suka tumis lala. Since first menu was Masak Lemak Cili Api Udang, yang mana Along memang tak makan coz pedas, so I have to come up with something else for her, kalau tak dia tak makan nanti.






TUMIS LALA BERKICAP

1 kg lala - dicuci dan ditoskan
1 biji bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - di ketuk
3 batang serai - diketuk
1 inci halia - dimayang
2 camb sos tiram
2 camb kicap masin
2 camb kicap manis
garam gula to taste
2 camb air asam jawa
Minyak untuk menumis
5-6 biji cili api - diketuk (aku tak letak coz nanti along tak makan)
daun bawang dan daun sup - dihiris sepanjang 1 cm


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga wangi.

2. Masukkan sos tiram, air asam jawa dan kicap, kacau sebati. Air asam jawa boleh digantikan dengan buah tomato kalau suka

3. Masukkan lala dan digaul rata. Letakkan 1/2 cawan air untuk dijadikan kuah (coz Along suka hirup). Gaul lala hingga sebati dan masak. Rasakan garam gula.

4. Sebelum diangkat, masukkan daun bawang dan daun sup dan digaul rata. Bila dah masak, boleh diangkat dan dimakan dengan nasi putih.

Masak Lemak Cili Api Udang dan Timun


Early today I planned to cook some laksa Sarawak since the laksa paste berlambak dalam my fridge. This laksa sarawak susah nak cari kat Semenanjung ni melainkan dimasak sendiri. But then when I went to the market the chicken dah habis. It was my fault actually coz I reached the market quite late (around 10.30am). So I pusing2 dalam market tu then I bought some prawns and 1 cucumber. Dalam kepala nak masak this recipe. Resepi paling mudah, coz dia cuma campak semua dalam periuk and then msak sampai didih. Resepi untuk orang sibuk dan malas heheeh. But then terpikir lak dekat aku punya anak dara sunti yang tak makan pedas, mmm then I have to cook sumthing mild for her. Ape ye?



MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN TIMUN


200 gm udang - dicuci dan tos
1 batang cucumber - buang kulit dan dipotong panjang 2 cm
1 mangkuk santan
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
5-7 biji cili api - ditumbuk
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
3 keping asam
garam gula to taste
Daun bawang - potong 1 cm
1 buah tomato - belah 4


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali daun bawang dan tomato, dan dimasak hingga mendidih.

2. Bila dah mendidih, rasakan garam gula dan masukkan tomato buah dan daun bawang. Jangan didihkan lama sangat nanti santan pecah minyak tak sedap.

3. Ini la menu untuk lunch tengah hari ni...cepat dan sedap :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN



ZAIMIE, ASLIZA, ADNIN & IBTISAM

Chunk Dates Chocolate Cake







(Pic 1 : Sliced cakes - see the dates, moist and sweet; Pic 2 : The cake before the ganache was smeared; Pic 3 : Topped with choc ganache and sprinkled with chunk nuts- consist of grilled walnut, hazelnut and almond)

Bulan puasa hari tu hubby dapat banyak free dates dari vendor. Kami lak bukan lah makan dates betul betul. Kalau time berbuka tu sebiji date aku kongsi 2 orang. So banyak la dates yang berlebihan. Dah masuk bulan syawal ni mana la makan dates lagi. Finally dapat la idea letak chunk dates dalam choc cake. Tapi dates ni dah manis, jadi aku kurangkan gula dalam adunan kek, nanti terover manis kang kena kencing manis lak. Adunan ni pulak aku buat 1/2 je sebab bila jenguk peti ais telur ayam cuma ada 3 biji. Kalau full adunan terlur kena pakai 4 biji. 1/2 adunan ni actually good enough untuk aku satu familily, terus kek ni habis dalam masa 1 hari. Yang paling seronok memasak ni, kira ultimate lah, ialah bila orang yang disayangi makan my cooking sampai licin....masa tu rasa..ummmmphhhh PUASNYA!!!!!!


CHUNK DATES CHOCOLATE CAKE

(Sukatan ni untuk 1/2 adunan - kalau nak 1 adunan darab 2 lah ye!)
1 cawan chunk dates
135 gm butter
150 gm gula kastor
110 gm tepung - diayak
1 camt baking powder - diayak
Secubit garam
30 gm serbuk koko - diayak
2 biji telur
1 camt vanilla
1/2 cawan air panas
1 camt nescafe

Cara-caranya

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan garam, vanilla dan telur satu persatu. Pukul lagi dengan menggunakan speed yang paling rendah.

2. Serbuk koko dan nescafe dibancuh dengan air panas hingga sebati dan ketepikan.

3. Masukkan tepung dan baking powder yang ditelah diayak ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dengan diselang seli dengan bancuhan koko dan digaul dengan menggunakan senduk hingga sebati.

4. Akhir sekali masukkan chunk dates dan digaul sebati.

5. Grease kan acuan dengan butter. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan dibakar pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau hingga masak.

6. Bila kek dah masak dan sejuk, tuangkan chocolate ganache (sila refer resepi sebelum ini untuk cara-cara membuat ganache) dan ditabur chunk nuts. Boleh juga ditabur chunk dates, cherry, dan sebagainya mengikut citarasa. Kek ni sesuai untuk rumah terbuka. Mesti cepat habis.

Wednesday, September 3, 2008

Ayam Masak Oren Bermadu


After more than one month tak sign in, finally hari ni aku berpeluang nak menulis kat blog ni. Rindu lah pulak. Sepanjang bulan posa memang tak sempat langsung nak menulis. Jenguk blog pun tak, sampai ada kekawan yang bertanya ngape lama tak blogging. Almaklumlah sepanjang posa hari tu banyak exam, then penat jangan cakap laaaa... balik kerja masak, kalau tak masak visit bazar ramadhan..then malam, hehehe bila perut dah kenyang mata pun makin layu. Sumtimes tu study pun idakkkk. So dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang selalu visit blog aku ni. Nampak gaya semenjak posa hari tu counter kat atas tu jalannya makin slow...macam la counter tu pun posa gak hahahaha. Alhamdulillah, kelas mba pun belum teruk sangat lagi seminggu dua ni, cuti raya pun ada lagi seminggu, maka cadang-cadang tu nak masak and invite friends datang, Insya Allah. Tapi apa-apa pun hari ni aku tulis dulu resepi ayam ni yang mana gambarnya aku post kan sebulan yang lepas...hehehe buat Lin yang selalu visit blog aku...sorry ye Lin lambat tulis resepi...hang masak la menu lain dulu ye!


AYAM MASAK OREN MADU

200 gm isi ayam tanpa tulang - dipotong kecil
2 camt serbuk pati ayam - aku pakai serbuk knorr
1 camt lada sulah
1 biji telur
1 cawan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
2 biji bawang putih - dicincang

Bahan A:
1 cawan jus oren - aku pakai sunkist
1 camt serbuk pati ayam
1 camt gula
1 camt minyak bijan - kalau tak de guna je minyak cap buruh tu hehehe
2 camt tepung jagung - tambah dengan 2 camb air
1 biji oren - potong bulat
1 biji tomato - potong dadu
parsely dan cili merah - dihiris
1 camb madu
garam

Cara-caranya:

1. Isi ayam yang telah dicuci diperap dengan serbuk pati ayam, bawang putih dan lada sulah selama lebih kurang sepuluh minit.

2. Celupkan isi ayam ke dalam telur dan golekkan di atas tepung dan digoreng di dalam minyak yang panas hingga masak. Bila dah masak, angkat dan toskan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang dan bawang besar yang telah dihiris hingga garing.

4. Bila dah garing, masukkan semua bahan A dan dimasak hingga mendidih. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.

5. Tuangkan kuah oren ke atas ayam yang telah digoreng dan hiaskan dengan cili merah, hirisan oren dan daun bawang.

Ayam masak oren ni dimakan dengan nasi ayam pun sedap. Jadilah nasik ayam oren. Kalau tak suka oren boleh diganti dengan lemon. Pun sodappppp.

Tuesday, September 2, 2008

Sambal Tauhu


First day puasa. Betul2 tak tahu nak masak ape. Pagi2 lagi pegi pasar, ramai betul orang kat pasar this morning, cari parking pun susah. Agaknya semua nak beli things untuk masak time berbuka. Aku pun blur nak masak apa hari ni, last last aku ternampak tauhu. Buat sambal tauhu sedap gak kot. then I grabbed a few ikan kembung, sotong and a lil sayur. Susah jadi orang pompuan ni. Kalau susah sangat kita visit je bazar ramadhan heheheh. Tapi hari ni ada mood nak masak coz hari ni cuti. Rugi pulak rasanya kalau cuti pun nak visit bazar. Kalau hari kerja ok lah jugak kan? So hari ni terhasil lah sambal tauhu. Along and Wawa cuma makan isi tauhu je, sambal depa tak berani nak sentuh, takut pedas......



SAMBAL TAUHU


3 keping tauhu
3 ulas bawang merah -dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dimesin
7-8 biji cili kering - dimesin
Belacan sebesar ibu jari - dimesin dengan cili kering
Minyak untuk menumis
Garam dan gula to taste
Sedikit air asam jawa

Cara-cara:

1. Tauhu digoreng garing. Angkat dan tuskan. Bila dah sejuk belah empat.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dimayang hingga wangi dan garing. Masukkan cili dan belacan yang dimesin dan masak hingga cili masak dan pecah minyak.

3. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan dimasak lagi seketika.

4. Masukkan pula bawang besar yang dimesin dan dimasak hingga agak kering. Rasakan garam gula (kalau bulan puasa jangan lah pula dirasa ye, agak-agak la).

5. Bila dah cukup masak, tuangkan ke atas tauhu goreng yang sudah dibelah 4 tadi. Sedap ni makan dengan nasi time berbuka.

Mac N Cheese


Selalunya makan benda alah ni kat Kenny Rodgers. Sedap, pekat creamy cheesy. Ini version yang dibuat sendiri. Actually kalau masa tak sempat dan nak cepat just beli je yang instant brand San Remo tu. Then masak follow je instruction dia which is add milk, water and butter. But kalau rajin and have plenty of time boleh try sendiri. Kids memang suka, and of coz dia memang menggemukkan so kepada sesiapa yang cuba untuk menguruskan badan jangan masak mac n cheese ni. Coz cheese tu memang sedap tapi leh buat gemuk. Aku kalau dah suka aku kira ape menggemukkan ke tak. But surprisingly yesterday aku brought Wawa to the clinic, inject untuk umur 18 months so aku ambik kesempatan nak timbang my weight and I was sooooo surprised that I lost 2 kg! HEheheheh so the weight now is 48kg. Boleh la makan cheese banyak-banyak, and chocolate tooooo damn,,, bestnya Chocolate Indulgence kat Secret Recipe kan kan kan.....

MACARONI AND CHEESE

2 cawan macaroni - rebus hingga empuk, angkat dan toskan

2 cawan cheddar cheese
3 camb butter
1 cawan susu segar
1 bawang besar - cincang
Secubit garam
1/2 cawan parmesan cheese
40 gm tepung gandum


Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali. Then masukkan tepung dan dikacau hingga sebati.

2. Then masukkan cheese. Kacau selalu sampai cheese tu melting, then masukkan susu. Mesti kacau selalu hingga cheese sebati dengan susu.

3. Boleh masukkan sliced mushroom and diced tomatoes kalau suka.

4. Masukkan macaroni yang telah di rebus dan gaul rata rata.

5. Mac n cheese ni kena makan panas-panas. Sedap!

Singgang Daging - The Kelantan Version


Haaaa resepi ni memang kegemaran turun temurun keluarga aku kat Kelantan. Singgang ni masak tulang pun sedap. Kalau time raya haji, aku memang masak ni. Hirup kuahnya yang masam-masam manis pedas berempah ketumbar memang sedap terasa kat tekak ni. Dah lah ari ni puasa. Tadi aku dah mintak tolong my friend yang tinggal kat Bukit Beruntung tu belikan tulang, emmmm esok boleh lah masak singgang tulang. SedapNYA! Resepi ni memang semua orang Kelantan tau buat kot. Tapi tak pe lah, nak gak publish kat sini......



SINGGANG DAGING - The Kelantan Version

300 gm daging batang pinang - sedap part ni, tender je...buat steak pon best ni
3-4 keping asam keping
Garam gula to taste
Air secukupnya untuk kuah

Bahan dimayang:
2 inci halia
2 inci lengkuas

Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
1 camb ketumbar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili kering - yang ni kisar lumat

Cara-cara:

1. Cukup senang, campakkan semua ingredients yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.

2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.

3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!

Friday, August 29, 2008

Tiramisu



(Picture was posted on 2nd September 2008, 5.26am, after sahur)

Since next week dah puasa so last night I forced myself to prepare this dessert for my officemate who had helped me completing a lot of my not-yet-done office work. I have been very busy lately as I have an exam this coming Sunday. Those two recipes (which pictures I posted before) will be posted very very soon next week. Last nite I forgot to snap the picture of my Tiramisu but the look is not much more important than the taste, isn't it? I didn't say that the look is not important at all, of course it is. If it isn't then women won't spend much money on make ups. Will they? We women spend a lot on apparel and make ups for the beauty, isn't it? (I hope men out there and husbands can understand this, coz my hubby always said "U bought new clothes? And u have a lot in your closet!" )This Tiramisu, the look was gorgeous, tempting, mouth-watering, sexy, etc (thou' I can't prove it here coz no picture prezented), and the taste....I don't have to explain as one my office friends said "This is much much better than the 'King's' (kings Confectionery) and the dessert was gone within less than 10 minutes! Am I proud? Damn correct I AM! I AM proud of my cooking!


TIRAMISU (It means 'pick-me-up')

2 biji telur
3 camb gula castor
1 bar cream cheese - i used 'philadelphia', very expensive RM11.90/ bar
1 kotak whipping cream - kotak kecil je, lupa lak berapa ml, nanti kang aku check
1 camt esen vanilla
1 mangkuk air nescafe' - bancuh pekat-pekat, panas-panas.
1 paket biskut lady fingers - boleh cari kat pasaraya - aku beli kat Kedai Kek Sayang Alor Setar masa balik kampung hari tu
Sedikit serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara:

1. Dapatkan dan sediakan mangkuk transparent, coz nanti nampak layer dia from outside. Kalau tak ada pakai mangkuk tak transparent pun tak apa. No harm.

2. Dalam mangkuk yang lain, pukul gula dan telur hingga kembang. Bila dah kembang masukkan esen vanilla.

3. Masukkan cream cheese dan pukul lagi. Kemudian masukkan pula whipping cream. Pukul lagi hingga semua cream cheese dan whipping cream sebati.

4. Lapisan 1 : Ambik biskut lady finger, celup ke dalam air nescafe' yang panas dan susun di dalam mangkuk yang transparent tadi.

5. Lapisan 2: Tuangkan adunan cream cheese ke atas lapisan biskut.

6. Ulang lapisan 1 dan 2 sehingga adunan cream cheese habis. Lapisan atas sekali mesti lapisan cream cheese. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko ke atas lapisan cheese.

7. Tiramisu hendaklah disimpan di dalam peti ais dan dimakan ketika sejuk.

Dessert ni menjadi kegemaran my family and apparently, it has become my officemates' fav as well.

Monday, August 25, 2008

Ayam Masak Kicap Berempah


Recipe ni actually masak masa balik kampung hari tu. My mom in law masa tu tak sihat, cuaca kat Alor Setar time tu teruk skit, so my mom ni sakit-sakit. Because of that I had the kitchen all to myself. Tapi orang tua biasalah kan, walaupun tak sihat she still masuk kitchen, kukur kelapa, buat kerepek pisang etc. That is my mom in law yang tak penah dok diam. Sumtimes aku pun penat tengok dia yang ada ada je benda yang dia nak buat. Kalau dia dok diam tu meaning dia betul-betul tak sihat la tu. But pity her lah, lately dia selalu sakit-sakit, so 1 week aku and family balik kampung, at least happy lah sikit orang tua tu. So that day I cooked this chicken for my two girls. Actually aku pun suka ayam masak kicap berempah ni. Rasanya memang lain dari ayam masak kicap biasa tu. Ini memang favorite Along.


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

200gm ayam - aku suka ambik part yang bertulang. But for Wawa aku ambik gak part isi skit.
2 bawang putih - mayang
3 bawang merah - mayang
2 cm halia - mayang
1 bawang besar - hiris bulat
2 cam kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 cili merah - hiris serong
Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
Garam gula to taste
2 camb kicap pekat
2 camb kicap manis
Kicap masin secukupnya
2 camb sos tiram
Sedikit air asam jawa
Buah tomato - belah 4
Daun bawang dan daun sup

Bahan dikisar lumat:
1 camt ketumbar
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
sedikit lada hitam


Cara-cara:

1. Ayam dicuci diperap dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk, sedikit garam dan kunyit. Gorengkan ayam hingga masak dan sedikit garing. Jangan garing sangat nanti keras. Dah masak, angkat dan toskan.

2. Dalam kuali yang lain, tumiskan bahan-bahan yang dimayang dan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc) hingga wangi dan dimasukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.

3. Then masukkan air asam jawa, sos, kicap dan secukup air untuk kuahnya. Biarkan hingga kuah mendidih.

4. Masukkan ayam yang telah di goreng dan rasakan garam gulanya (Jangan letak banyak sangat kicap masin sebab ayam dah diperap dengan sedikit garam).

5. Last sekali masukkan bawang besar, tomato dan cili merah. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

Dadih Susu Tepung



Gambar dulu. Malam kang baru letak resepi. Very busy lately. Last week cuti sekolah was at kampung. This week dah masuk kerja and biasalah lots and lots of work to be finished. And schooling, my God, got an exam this weekend, Managerial Finance. Kena study coz this lecturer tak bagi open book test. So kena hafal all those formulas, let alone nak kena ingat those steps in calculating financial decision. Tak sempat nak blogging. Nope, bukan je tak sempat nak blogging, tak sempat nak masak pun actually. Cian my kids, terpaksa makan nasi kedai.....

2nd Sept 2008. 5.45 am
Lepas sahur today, baru lah berkesempatan nak write down the recipe. Alhamdulillah. Today dah masuk second day puasa. Friends lak mintak dipublishkan menu untuk berbuka. This week schedule is not too pack. This weekend tak de exam, just 1 assignment due which aku dah pun siap. So I have all the week to myself. Boleh la update blog and do my office work as the audit day is just around the corner. Kang tak pasal2 pulak kena NCR because of me hehehe (thou' I actually do not really care NCR ke tak hahahah) . Dadih susu tepung ni actually my mom in law punya recipe, kalau aku balik kampung dia memang selalu suruh aku buat dadih untuk my kids where she bought all the ingredients. So aku jadi tukang masak je lah. Sedap dadih ni, senang and not only the kids love it but also everyone in the house. Boleh dijadikan macam2 flavor ie strawberry ke, orrange ke, coffee ke etc but I just love the original flavor of it!

DADIH SUSU TEPUNG

2 cawan susu tepung - aku pakai susu everyday
1 cawan coffemate
3 cawan air suam
7 gm agar-agar
1 liter air
100 gm gula pasir
cup plastik secukupnya

Cara-cara:

1. Masak agar-agar dengan 1 liter air hingga agar-agar hancur.

2. Kemudian masukkan gula dan masak lagi hingga gula hancur.

3. Bancuhkan susu tepung dan coffeemate dengan 3 cawan air suam hingga sebati. Tuangkan kedalam agar-agar. Kacau sampai sebati.

4. Tapiskan agar-agar dan tuangkan ke dalam cawan plastik. Bekukan dalam di dalam peti ais.

Friday, August 15, 2008

Kerabu Kacang Botol dan Isi Ketam


Hari ni untuk lunch aku habiskan stok mana yang ada dalam peti ais. Tomorrow I have classes in Shah Alam. Coming home on Sunday. On Monday dah nak balik kampung. Memula ingat nak gi pasar this morning, boleh beli ayam coz cadang2 nak buat roti jala and kuzi ayam. Tapi malas nak kuar coz jap lagi at 3 pm dah janji dengan this one Chinese guy nak datang umah ukur grill and cabinet dapur. Malas nak kuar umah sampai a few times in a day. So belasah je la ape yang ada dalam peti ais. Lunch hari ni aku masak kari isi tenggiri since ada 2 ketul beli last time pergi pasar. Then daging goreng tandoori yang hubby goreng last nite ada balance lagi so panaskan je benda alah tu. Untuk Wawa macam biasa buat sup. MMMMmm kacang botol ni, sesetengah tempat panggil kacang kelisa, ni selain dibuat ulam, kerabu pun sodap. Ingredients semua ada, so jadilah kerabu hari ni, except aku improvise letak isi ketam. Lain la sikit dari yang dijual kat medan selera tu....


KERABU KACANG BOTOL DAN ISI KETAM

RM1 kacang botol
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
Beberapa tangkai daun kesum
1 bunga kantan
1/2 cawan santan pekat
garam gula to taste
Sedikit belacan
Sedikit kerisik
6 biji cili api
2 ekor ikan kembung
3 batang isi ketam
1 biji limau nipis - ambil jusnya


Cara-cara:

1. Kacang botol dicelur dan dihiris nipis.

2. Serai dihiris nipis dan ditumbuk bersama lengkuas, halia, cili api, bawang merah, belacan dan kerisik.

3. Ikan kembung direbus dan diambil isinya lalu ditumbuk lumat.

4. Isi ketam dicelur 1 minit dan dihiris halus.

5. Daun kesum dan bunga kantan dihiris halus.

6. Campurkan kesemua bahan tadi termasuk santan, jus limau nipis, garam dan gula, dan semua bahan tumbuk bersama hirisan kacang botol dan digaul sebati. Rasakan masin, manis dan masamnya.

7. Hidangkan bersama nasi putih. MMMmmm sedap sangat sampai meratah-ratah lagi!

Thursday, August 14, 2008

Sup Bayam Campur


This one is for my lovely Wawa yang demam campak. Tapi lauk pauk dalam sup ni terhad, takut nanti gatal campak dia. Selalunya aku letak udang, sotong, isi ketam, fish ball, etc. Tapi hari ni ketak ikan bilis je. Untuk my Wawa. Tapi cian dia, bila sup ni masak, dia dah tertidur. Tak sempat dia makan nasi malam ni. Hari ni demam dia teruk sikit. A few times hari ni dia muntah. Petang tadi aku suap dia some cereal dengan susu je. Tu pun dia muntah juga. Bila dia dah tido her mummy and daddy la yang habiskan sup ni. Aku suka bayam, tapi bayam ni sejuk sikit untuk orang-orang yang ada sedikit penyakit semput macam aku ni. Along suka part jagung muda tu, habis dia kutip jagung tu dari mangkuk sup :)


SUP BAYAM CAMPUR

1 ikat bayam - dipotong
Sedikit bunga kubis
2 jagung muda
1/2 batang carrot
Sedikit sohon
Sedikit ikan bilis
1 cili merah - dihiris serong atau panjang
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dihiris
1 kiub ikan bilis - aku pakai knorr
1 mangkuk air
Garam gula
Daun bawang dan daun sup - dihiris 1/2 inci panjang

Cara-cara:

1. Tumis bawang dalam periuk hingga garing. Masukkan ikan bilis, goreng sikit bagi ikan bilis garing sikit.

2. Masukkan air, kuib ikan bilis, cili, sayur-sayuran yang keras ie carrot dan jagung. Masak seketika hingga carrot empuk.

3. Masukkan pula sohon, bunga kubis dan bayam. Masak sekejap je sebab bayam cepat empuk. Rasakan garam gula. Taburkan daun bawang dan daun sup.

4. Dah siap sup untuk Wawa......

Daging Goreng Tandoori


This one was cooked by my husband. I let him have the kitchen all by himself while I was preparing for the banana cake. Actually he is a fine cook, except that kena ketuk baru dia masak. That's normal I guess. But he enjoys helping me in the kitchen, and I do enjoy having him butting me around too. That's why I spend a lot for my kitchen cabinet, the hub and hood, the oven and microwave etc for my new home. I can't wait to cook in my new kitchen huhuhuhu. And the dining table too. My God, I really like this one dining table, round, 6 seater, displayed at Leon Yew and the price is RM2400. A few of my friends said it is too much to spend for a dining table. I guess I must agree with that too. Normal dining tables usually cost less than RM2K. But I really like that one. And I guess I'd still go for it eventhou the price is quite expensive, dah suka sangatttttttt....helpppppp!!!!!


DAGING GORENG TANDOORI

200 gm daging batang pinang - slice
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
4 camb tairu
2 camb rempah tandoori - aku pakai brand shan
2 camb rempah kari
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Daun sup dan daun bawang - dihiris sepanjang 1/2 inci
1 biji tomato - dice
1/2 camt lada hitam - coarse
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Daging dicuci dan diperap dengan sedikit garam, kunyit, tairu, rempah tandoori, dan rempah kari selama lebih kurang 30 minit.

2. Panaskan minyak. tumis bawang hingga garing, masukkan daging dan goreng hingga garing dan turn golden.

3. Masukkan tomato, lada hitam, daun bawang dan daun sup. Rasakan garam gula.

Resepi ni memang senang dimasak dan sedap dimakan.

Fruity Nutty Banana Cake




Ada sesikat pisang yang my mom in law kasi the day I balik Sg Bakap hari tu. Dah a few days pisang tu rest elokkkkk je kat tepi kabinet dapur. Nak goreng dah terlambat, nak buat cekodok macam tak nak makan je cekodok hari ni. Buat kek best gak tu. Tapi aku nak kek pisang yang lain sikit, so aku tambah some almond kasi ada nutty taste sikit, aku nak letak walnut, tak da lah pulak aku cari walnut kat kedai kat Tg Malim tadi, lagi sedap kalau letak macam2 jenis nut i.e. macadamia, pistachio, hazelnut etc....Nak kasi ada merah merah sikit aku letak chopped red cherry. Nak kasi ada a few black dots, aku letak sikit chocolate chips. Kekonon nak kasi macam black forrest punya banana cake la, tapi tak cukup ingredients. Nak gi pasaraya kesian pulak nak tinggalkan Wawa dengan Memek dia kat rumah since dia demam campak. (pic 1: Wawa kena demam campak. Merah muka dia naik campak, tu tengah meragam sambil nangis...) Along tak sabar2 nunggu kek ni masak. Along kata tomorrow dia nak bring a few slices for her friends, her daddy requested a few for his officemate too. Last-last tinggal untuk aku cuma a few slices.....


FRUITY NUTTY BANANA CAKE


250 gm butter

1 1/2 cawan gula castor
1/2 camt garam
1 sudu teh vanilla
1/2 cawan susu cair
3 cawan pisang yg dilecek
2 cawan tepung - ayak
1 camt soda bicarbonat
1 camt baking powder

Pelbagai kacang - hari ni aku pakai almond panggang je
Red and green cherry - chop
Chocolate chips

Cara-cara:

1. Panaskan oven. Grease kan dulang pembakar.

2. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu. Gunakan speed ni 1 je.

3. Masukkan vanilla, garam, susu dan pisang. Kacau rata.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan senduk. Akhir sekali masukkan semua jenis kacang yang telah dipanggang terlebih dahulu, cherry dan juga chocolate chips.

5. Bakar dalam oven pada 180'C selama 50 minit atau sehingga kek masak.

Sotong Keturma



Dah buntu dah kepala nak masak apa hari ni. Apa yang ada dalam freezer cuma sotong, 2 keping tenggiri dan a few ikan kembung. And daging, tapi tak rasa nak makan daging la pulak hari ni. So aku defrost kan sotong. Nak masak apa aku pun tatau. Last-last aku belasah resepi ni. Main campak-campak je. Tapi rasa kelainannya. Aku reka nama sendiri, Keturma, lawak la pulak. Combination 'ketumbar' dan 'kurma'. Kalau Chef Wan baca blog aku ni mesti dia gelak gila. Tak kisah lah, aku punya masakan, lantak aku la nak letak nama ape pun janji sedap heheheh. Selalunya sotong ni aku masak sambal, or tomyam, or lemak, or kerabu. Pengkritik masakan aku (my hubby) tak balik lunch so aku kena tunggu sampai petang untuk dengar apa komen dia tentang resepi baru aku ni. Aku suka dia kritik my cooking so that aku tau apa yang kurang. Next time masak leh improve.


SOTONG KETURMA

5 ekor sotong besar - kalau guna kecil kenalah banyak sikit, dicuci dan dipotong bulat, nak kelar petak-petak pun boleh. Kuantiti ni bergantung pada saiz keluarga. Kalau small family like mine, 5 ekor yang besar ni dah cukup dah.

2 ulas bawang putih - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 cm halia - kisar
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji cili merah - potong panjang
Daun ketumbar - hiris halus
3 camb sos cili
2 camb sos tomato
2 camb serbuk ketumbar - jadikan pes
2 camb serbuk kurma - jadikan pes
2 batang serai - diketuk
6 helai daun limau purut
1/2 camt lada hitam - coarse
garam gula to taste
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, kalau non-stick pan lagi bagus, rempah tak melekat dan hangit kat kuali.

2. Tumiskan bahan kisar dan juga serai hingga bawang garing dan wangi.

3. Masukkan pes kurma dan ketumbar dan masak lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.

4. Masukkan sos tomato, sos cili, dan lada hitam. Kacau sebati.

5. Masukkan sotong, bawang besar, cili merah, dan daun limau purut. Masak hingga sotong masak. Rasakan garam gula. Jika suka berkuah boleh diletak sedikit air.

6. Hiaskan dengan daun ketumbar semasa menghidang.

Wednesday, August 13, 2008

Sup Daging


Wawa kena demam campak. Kesian sangat kat dia. Habis merah-merah badannya naik campak. Patutlah last 2 days dia demam. Hairan jugak aku coz tak kena hujan, and tak ada pulak family member yang demam, tetiba dia pulak yang demam. Rupa-rupanya demam nak naik campak. Dari pagi dia asyik mintak nasi. Nak suap ikan bawal goreng kicap risau pulak takut dia makin sakit. Mak kata bagi minum air kelapa, nampak nya petangni terpaksalah aku mencari air kelapa. Pastu mak suruh masak sup ayam kampung. Manalah aku nak cari ayam kampung kat sini. Ayam pekan ada lah. Tapi Wawa dok mintak-mintak nasi nasi pagi. Last-last aku masak sup daging je kat dia. Ni pun tak tumis coz orang tua-tua kata kalau kena campak tak boleh makan tumis-tumis. Tatau la aku betul ke tak. So aku main rebus je. Campak semua bahan dan rebus. Dah masak aku suap Wawa, banyak juga dia makan. Sekarang dia tengah tidur kat depan TV dengan Memek dia. Cian sangat kat dia, menggerutu je badan dia naik campak......


SUP DAGING
(Cukup semangkuk untuk Wawa, tapi Along menumpang sama)

150 gm daging batang pinang
2 biji potato - belah 4
1 biji bawang besar - belah 6
2 biji bawang putih - mayang
1 cm halia - ketuk
1 batang serai - diketuk
Semangkuk air - untuk kuah
garam gula

Cara-cara:

1. Semua bahan-bahan tu aku masukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga daging masak dan kentang empuk. Jangan lupa garam dan gula to taste.

Menu ni sesuai untuk orang sakit and kids. Hopefully Wawa will get better soon..... :(

Masak Lemak Pucuk Ubi


Sayur hari ni ala-ala kampung. Pucuk ubi tu my mom in law kasi yesterday masa aku balik kampung jenguk jenazah Pak Long. Tak lah banyak mak kasi but enough for one meal for me one family. Yang makan cuma aku and hubby, the kids tak makan pucuk ubi. Dapat semangkuk jadilah. Aku memang suka masak lemak pucuk ubi ni. Nak pulak kalau letak udang segar lagi sedap. Tapi hari ni tak ada stok udang dalam freezer so aku ganti dengan udang kering. Udang kering tu rendam dalam air panas, and then tumbuk-tumbuk sikit bagi dia pecah-pecah.


MASAK LEMAK PUCUK UBI

Pucuk ubi kayu - celur dan hiris nipis-nipis
Semangkuk santan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 cm kunyit hidup
7-8 ekor udang - boleh ganti udang kering atau ikan bilis kalau kehabisan udang macam aku hari ni


Cara-Cara:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit hidup hingga lumat.

2. Di dalam periuk, masukkan pucuk ubi yang telah dicelur, bahan tumbuk, serai, santan, asam dan udang. Masak hingga santan mendidih. Rasakan garam gulanya.

Kalau balik kampung, makan masak lemak pucuk ubi dan ikan bakar air asam, pastu makan pulak bawah pokok kat luar rumah, mmmmm memang sedap!

Ikab Bawal Goreng Kicap


Dah 3 hari this ikan bawal stayed in my freezer. Next week we are balik kampung for the school break. I guessed elok aku finishkan whatever yang ada dalam freezer, kang rosak pula nanti. Along can't wait to balik kampung to see her grandmom. Usually ikan bawal ni I'd choose to masak kari. But I don't feel like having some curry today. I had a few choices actually, Bawal Masak Taucu, Bawal Steam, Bawal 3 Rasa, or paling sempoi Bawal Goreng Biasa. I asked along to choose. By the way, Along didn't go to school today. Yesterday my husband's uncle passed away at 3pm. So we rushed home (Sg Bakap) at 7pm and we managed to reach there by 9.30pm. Meet all the relatives, read some Quran, recite some doa and we left at 1 am. Hubby was so tired and sleepy so he stopped a few times at a few R&R to get some nap. And we finally reached home at 4.30 in the morning. I thot I could be able to wake up at 6 am, but we only can open our eyes at 7.45am. And that was the reason why Along ponteng school today. Back to the Bawal choices, Along then had chosen Bawal Goreng Kicap. Kids, they always choose something with kicap. Sometimes I wonder, why kids like soy sause so much huh? Tak der lauk lain pun tak per just ikan goreng and soy sos would do for her. Easier for me tasty for her.....kan senang!


IKAN BAWAL GORENG KICAP

Untuk ikan:
1 ekor ikan bawal - cuci
1 cm halia - tumbuk
1 cm kunyit hidup - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng


Untuk Sos:
2 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - potong bulat
1 cm halia - dimayang
2 camb sos tiram
2 camb kicap pekat
2 camb kicap masin
2 camb kicap manis
1 biji buah tomato - belah 4, hari ni aku kehabisan tomato so aku ganti dengan air asam jawa
Minyak untuk menumis
1/2 cawan air


Hiasan
Daun sup - hiris
Daun bawang - hiris
Cili merah - hiris serong

Cara-cara:

1. Tumbuk halia, kunyit, bawang putih dan garam. Lumurkan pada ikan dan digoreng dalam minyak penuh hingga ikan garing. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi dan perang. Masukkan semua jenis sos dan kicap dan sedikit air. Masak hingga mendidih. Rasakan manis masinnya dan dimasukkan buah tomato. Sos jangan masin sangat sebab ikan sudah dilumurkan dengan garam.

3. Angkat kuah kicap dan tuangkan ke atas ikan. Hiaskan dengan daun salad, daun sup, daun bawang dan cili merah.

4. Boleh dimakan dengan nasi. Kalau hari malas atau sibuk sangat, lauk ni dah cukup coz dia dah berkuah. Senang dan practical :)

Caramelized Almond Coffee Cake



Last Monday I had a seminar at Casuarina Hotel, Ipoh. That was the first time I ever stepped into that hotel, all this while I just passed by it on my way to Ipoh. I didn't know about the room condition as the seminar was a half-a-day seminar, the package didn't require me to rent a room, but thank God it included the lunch!. (Government has cut the budget by introducing 'Belanja Berhemah' campaign hahahah) But I was given an opportunity to savor delicious lunch buffet that afternoon. In my personal opinion, it still can't compete the food at Ancasa Hotel, Pudu, but it was better than what average hotels have to offer. The lamb tandoori was really good, so was the sushi and chicken salad. But what had caught my eyes, (and my tounge as well of course) was the desserts. It didn't label the name but the bottom was butter cake, layered by creamy caramelized almond. I had two pieces of it, I'd like to have some more, but shyness had stopped me from doing the action. So I must say that I have to be satisfied with just two pieces. When I came home later that day, I searched in the internet on how to prepare the caramelized almond and I came across this recipe. I improvised the original recipe of the cake and came up with my version of coffee cake (the one I ate at the hotel was butter cake). It taste delicious except a lil too sweet, so I reduce the amount of sugar in the following recipe as the caramel is sweet as well. The recipe is enough for my family of four. For big family perhaps double the amount will just satisfy every family member.


CARAMELIZED ALMOND COFFEE CAKE


For the cake:
110 gm tepung gandum - ayak
80 gm gula castor
40 gm brown sugar
1 camt baking powder - ayak
secubit garam
2 camb nescafe'
90 gm butter - Aku pakai farmcows hari ni
2 biji telur gred C
1 camt ovellete
1 camt vanilla
115 ml cream


For the caramel:

Strips almond - secukupnya, pakai sliced almond pun ok jugak
60 gm brown sugar
2 camb butter
60 ml cream
1 camt vanilla

Cara-cara:

1. Cake: Pukul butter yang dicairkan bersama gula hingga kembang. Bila dah kembang masukkan telur. Pikul lagi sampai telur sebati then masukkan nescafe', vanilla, ovellete dan cream. Pukul lagi dengan menggunakan speed no 1 je.

2. Teruskan beat dengan speed no 1 dan dimasukkan tepung dan baking powder sikit demi sikit hingga habis. Off kan mixer bila adunan dah sebati.

3. Greasekan acuan, aku pakai acuan kecil je sebab resepi ni aku improvised untuk family yang kecil macam family aku. Bakar adunan kek di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu) pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga kek masak.

4. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven, sejukkan, dan ketepikan. Prepare pula caramelnya.

5. Caramel: Almond digoreng tanpa minyak hingga golden. Cairkan butter dalam periuk kecik dan masukkan gula perang dan vanilla. Masak hingga gula perang jadi caramel.

6. Bila gula dah jadi caramel, tutup api dan tuangkan cream. Kacau hingga brown sugar sebati dalam cream dan masukkan almond. Kacau rata-rata.

7. Tuangkan caramel ke atas kek. Tunggu hingga caramel sedikit keras baru dipotong. Elok disimpan di dalam peti ais.

Almond tu boleh juga diganti dengan macadamia nuts, walnuts, atau apa-apa jenis nuts lagi. memang sedap sebagai desserts!

Monday, August 11, 2008

Black Pepper Sirloin Steak



Last weekend I went to Giant, Rawang. I came across some sirloin, quite expensive huh, RM39.90 per kg. I didn't go for the whole kg of course, I bought just 4 slices of it, one for each member in my family, and that has cost me about RM20++. I thot of making some black pepper steak. Usually we had the steak at Mama Chops Papa Grills, since MCPG in Tg Malim closed down about 2 years ago, we had stopped eating westerns until Easy Cafe' opened its business opposite to Petronas early this year. I had some steak there once, quite good, do not mention about the price lah, if I'm not mistaken it was RM19.90. So today I decided to prepare this at home. Besides, I bought a new pan today, guessed I could give it a try huh? I had a seminar in Casuarina, Ipoh early this morning. After the seminar, at 12.30pm somewhere around that time, I went shopping at Jusco. And I came across this Maxim non-stick cooking ware sold at 50% off. Heh, I've been watching for its price since a year ago, the cheapest it has gone was at 20% off, today was at 50% , so I didn't think twice. I grabbed one pan, kinda bowly (is it a correct word? whateverlah), 28 cm diameter, hmmm okay lah kot. The original price was RM209, less 50% so I paid RM104.50 for it. Good bargain I guess. I also got myself this small non-stick pan for telur mata kerbau, also at 50% off, it was RM32, and after discount, I just paid RM16. Actually, I like this one pot, also non-stick, La Gourmet, sold at 20% off, mmmmm may be I can seduce my husband to allow me to buy this one, I really like that La Gourmet pot.... uhhhhh.....since coming home from Jusco this evening, I have been visualizing myself cooking using that pot....hehehe
(Pic 1: The plate-before dinner; Pic 2 : The plate- after dinner)


BLACK PEPPER SIRLOIN STEAK

Untuk marinade:
4 slice sirloin - atau mana part yang lembut dagingnya, diketuk dengan hammer steak untuk tenderkan daging.
8-10 biji lada hitam - coarse
3 camb BBQ sos - boleh pakai HP, Heinz, etc
3 camb worshertire sos - aku pakai heinz
3 camb sos lada hitam - ini aku beli kat Sarawak
3 camb sos steak - lupa pulak brand ape, malas la pulak aku nak gi jenguk dalam peti ais.
2 camb sos tiram
garam

Untuk Sos:
1 biji bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - cincang
2 camb butter - untuk menumis
1 camt lada hitam - coarse
1 paket sos lada hitam - aku pakai 'yamie'
1 camt honey
2 camb BBQ sos
Garam
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara-cara:

1. Daging dimarinade dengan semua bahan marinade selama 1-2 jam.

2. Dalam grill pan, ataupun non-stick pan boleh gak, cairkan sedikit butter dan grill daging yang telah dimarinade hingga masak. Aku suka medium rare. Bila dah masak angkat dan letak dalam pinggan. Simpan lebihan marinade untuk buat sos.

3. Untuk sos, cairkan butter dan tumis bawang besar dan putih yang telah dicincang hingga garing.

4. Bila dah garing masukkan lebihan marinade tadi dan juga semua bahan-bahan untuk buat sos. Tambahkan sedikit air. Untuk memekatkan kuah boleh diletakkan sedikit bancuhan tepung jagung.

5. Hidangkan steak bersama sayur-sayuran seperti jagung rebus, brocolli dan carrot yang dicelur ataupun baked potato.

****Potato dalam gambar aku rebus 3/4 masak. Then potong wedges, pastu marinade dengan olive oil, garam, oregano dan rosemary. Lepas tu grill dalam non-stick pan. Sedap sangat. Actually kerja grill menggrill ni kerja hubby. Kerja aku marinade, and bagi arahan :))))

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...