
Entry Mieza pagi ni bukan pasal masakan...tapi masih bertopikkan makanan..semalam mieza sedih, geram, sakit hati semua ada..semuanya gara-gara makanan semalam..
Hari selasa lepas mieza tak masak..bila balik jer dari kerja hubby ajak pergi pasar malam sebab dia teringin nak mkn nasi lemak kukus kat pasar malam tu..kami beli 3 bungkus..satunya untuk mieza..oleh sebab terlalu penat mieza tidur tanpa makan nasi lemak tersebut..bila bangun tido di pagi rabu(semalam) mieza tengok nasi tu belum basi..maka mieza cakap kat suami nak bawa ke opis untuk breakfast..nasi lemak kukus tu lauknya ayam goreng rempah dan sambal kerangnya mieza bungkus dalam plastik asing..
Bila sampai dipejabat mieza makan bersama seorang rakan sekerja..perbualannya begini..
Dia: Beli kat mana tu nasi lemak tu? (beliau makan nasi lemak bungkus yg dibeli dikantin dan makan menggunakan sudu, mieza makan pakai tangan)
Mieza: Beli semalam kat pasar malam tp tk sempat nak makan, pg ni tgk elok lg tu yg bawa ke sini..nak buang sayang sebab elok lagi
Dia: (dengan angkuh) Saya kalau food semalam sy tk makan..saya buang aje.lebihan yg saya masak pun sy buang inikan pula kalau yang beli kat pasar malam macam ni..
MIeza terkedu..
Mieza: Habis tu kalau masak kat umah dan tak habis tak panaskan dan simpan untuk esok ke?
Dia: Tak..saya buang je..saya dan suami dan anak2 tk boleh makan makanan semalam..tak der selera..
Mieza: Saya bedal je janji tak basi (sambil gelak menahan sakit hati)
Tetiba mieza nak cedok sambal dan mieza tak der sudu..jadi mieza pinjam la sudu dia..
Dia: tu sambal semalam juga ke?
Mieza: Ye
Dia: (dengan tak suka) Hmmm tak per lah ambil je la sudu..saya pakai sudu lain..saya tak boleh nak makan dah kalau sudu tu dah terkena makanan semalam..
Ya Allahhhhhh..angkuhnya orang ni...mieza tak tahan sangat..lepas dia belah mieza menangis kat sorang kawan yang lain sebab mieza rasa macam terhina sangat makan nasi lemak semalam...dan mieza sedih sangat sebab wujudnya orang-orang yan g sombong sebegini di dalam dunia ini..Ya Allahh..mieza tak terkata dan hanya nangis jer..dan mieza janji tak nak makan semeja dengan dia lagi..
Yang mieza heran dia makan nasi lemak yang dia beli kat kantin..tidak kah dia terfikir bahawa sambal ikan bilis tu kemungkinan besar penjual tu masak malam semalam lagi? Peniaga, of coz la dia dah prepare apa yang tahan lama macam sambal tu dari malam lagi...
Lalu mieza terfikir, sekarang dia masih sihat dan berduit..boleh la buang begitu aja makanan lebihan semlam dan sanggup memandang jijik pada orang yang makan makanan semalam..seolah2 mieza ni makan makanan basi, atau makan makanan haram sampai sudu yang digunakan untuk mencedok sambal pun dia dah tak boleh nak pegang..tidak kah dia sedar bahawa semua yang kita ada pada hari ini adalah pemberian Allah SWT..sekiranya Allah nak bagi kita sakit dan tak lalu makan, maka masa itu kita akan rasa Ya Allah nikmatnya makan sekalipun food itu adalah lebihan semalam..Wallahu a'lam...semoga Allah menjaga hati mieza dari bersifat takbur dan angkuh...:((
kalau tengok gambar-gambar dibawah ni..mungkin kita akan rasa..beruntungnya aku..ada makanan walaupun lebihan semalam..







Lama mieza berfikir...dan mieza sangat sedih, kecil hati, marah, geram...tak tahu nak cakap apa...semoga Allah memberi petunjuk kepadanya..insyaAllah