Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, August 25, 2011

Ikan Geruk-Geruk Masak 3 Rasa



Alhamdulillah dah 25 hari kita berpuasa hari ni kan..sekejap je rasanya Ramadhan dah nak meninggalkan kita...semoga ibadah puasa kita mendapat keberkatan dari Ilahi hendaknya..

Anda semua bila nak balik kampung tu? Mieza dan keluarga insyaAllah akan bertolak balik Kelantan pada hari Sabtu..tapi esok mieza dah bercuti..yahoooo..plannya nak buat kuki sikit untuk bawa balik kampung...tatau la menjadi ke idak kuki mieza tu..kita tunggu je lah nanti..

Dah masuk penghujung ni, perasaan malas nak masak semakin menjadi-jadi...nak top up barang dalam peti ais pun dah malas..kelmarin mieza masak ikan geruk-geruk ni..masak 3 rasa..sedap rasa isi ikan ni..RM20 sekilo di Tanjong Malim..sesekali layan ikan besar best juga kan..



Resepinya akan mieza post malam nanti..sekarang tengah buat kuih cara berlauk..kang malam nanti datang lagi ye...:)

Resumed 26 Aug 2011 @ 6.47 pm
Baru sekarang mieza berkesempatan nak update resepi ni..semalam banyak betul kekangannya..tetiba anak sedara miza yang akan menyambung pelajaran peringkat degree di UK sampai dari KL pukul 6.45 petang..terpaksa mieza ke KTM jemput dia..pastu dia tak inform nak datang...buat surprise la tu..jadi mieza tak banyak masak..semalam lepas maghrib risau kot-kot dia tak cukup makan, suami bawa makan kat KFC..kebetulan anak-anak dok mintak dah lama..tengah-tengah makan kat KFC anak sulung mieza si Adnin ni erengkuk-rengkuk sakit perut..panic wehhhh..cepat-cepat mieza ke klinik berhanpiran..alhamdulillah tak ada apa yang serius cuma doktor kata perut nya kembung sebab berpuasa..siannn dia..jadi sampai umah dah lewat malam kepenatan nak update resepi..


IKAN GERUK_GERUK MASAK 3 RASA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Seekor ikan geruk-geruk yang sederhana besar
2 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - dadu kasar
1 inci halia - mayang
3 biji cili merah - blend
1 biji tomato - dadu
2 kerat nenas - dadu
2 sudu cili kisar
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
2 sb sos plum
1 kiub tomyam knorr
Sedikit daun ketumbar
2 tangkai daun limau purut
3-4 biji limau kasturi - hiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, bawang putih kisar & serbuk perasa
Minyak

Cara-cara:


1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, bwang putih kisar & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga separuh kekuningan.

3. Masukkan cili kering kisar dan lada merah yg telah kisar tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas dan kiub tomyam. Masak hingga pecah minyak

4. Masukkan tomato dadu, sos tiram, sos plum, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.

5. Masukkan juga daun limau purut dan reneh seketika. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Wednesday, August 24, 2011

Nasi Ayam Madu - Fulfilling Adnin's request..again..



Nasi ayam madu lagi...sama menu dengan iftar ke-4..anak dara sulung minta nak makan nasi ayam madu..suka dia dengan nai ayam ni..kesian pula mieza tengok sebab dia demam dah 2 hari...dah 2 hari juga dia tak ke sekolah..tapi tetap berpuasa..katanya bila dia baik demam boleh tak nak berbuka kat kfc..ye lah sayang..tapi bila lepas berbuka je mieza tanya nak ke kfc tak..terus dijawab tak nak sebab dah kenyang...tak ape lah dah berbuka dengan nasi ayam takkan nak makan ayam kfc lagi kan...

ayam madu...sorang 2 ketul belum tentu cukup..



...supnya..dihirup slruppppppp!



..sambal cili dan sos kicap...



Resepi jom jenguk-jenguk kat SINI....

Ikan Pari Bakar dan Air Asam - Iftar hari ke 23



Assalamualaikum...apa khabar semua? Wahhhh semakin menghampiri raya ni semua orang tengah busy buat kuih raya..bestnyerrrrr jadi orang yang teror buat sekut raya tak macam mieza yang memang sentiasa fail bila masuk bab nak buat sekut mekut ni hihihi tu yang sentiasa membeli je tu...tapi tak per la kan janji bila guests datang umah ada sekut nak dijamu hehehehe..mieza bukan apa nak tolong depa yng buat IKS tu berjaya..(excuse orang yang memang tak reti nak wat kuih raya begitu lah kan...)

Dah dekat-dekat nak raya ni makin malas kan nak masak untuk berbuka..tatau la orang lain tapi itu yang yang mieza rasa..bukan apa, malas nak beli barang dapur sebab sabtu dah nak balik kampung dah...jadi bedal je lahg apa yang adakat dalam pantry dan fridge...jadi semalam mieza masak ikan pari bakar dan air asam untuk berbuka..oleh mieza menghidapi penyakit M yang sangat kronik maka mieza guna perencah segera ni untuk bakar ikan..nak tahu prencah apa yang mieza guna?

taraaaaaa....ini dia perencah nya...segera gitu..buka paket dan perapkan ikan dengannya...pastu bakarrrrr



lepas dah bakar begini lah rupernyer...hihihi jangan terkejut terhangus lak ikan pari ku..tapi tak per sebab hitam itu menawan kan kan kan kan

...dan pencecahnya air asam of coz..sedap gitu...resepi mieza sendiri..tapi semalam kan berpenyakit M, buat air asam simple je hehehehe



Resepi air asam ni mieza main agak-agak jer..

AIR ASAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris nipis
2 biji cili merah - hiris bulat
2 biji cili hijau - hiris bulat
2 sb air asam jawa
1 inci belacan bakar
5-6 biji cili padi - hiris bulat
2-3 sb budu
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Sedikit garam gula
1 sb kerisik - mieza tak letak semalam sebab kehabisan kerisik

Cara-cara:


Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaul sebati. Air asam yang sedap ialah yang cukup kombinasi masam, masin dan manisnya.


...dan teman sekapal ika pari..is...ikan talang...masak dengan nenas..



Mieza ni kan peminat menu kampung..jadi semalam berselra gitu makannya..bertambah-tambah...diet ku ke laut...ke lautttttttttt!!!!!!

Tuesday, August 23, 2011

Ungkep Berkerisik Hati Lembu



Salam semuaaaaaa...apa khabar? Wahhhhh dah bersemangat nak raya kan..lagi 6 days to go..dah siap semua biskut raya..mieza ambil cuti hari Jumaat ni sebab nak buat sedikit cookie dan kek untuk dibawa balik pada hari sabtu..Sabtu nanti lepas solat zohor mieza akan shoot balik ke Kuala Krai ikut Cameron Highlands...sampai kat cameron kita shopping buah strawberry dulu hehhehe...plan nak sampai Gua Musang by maghrib dan berbuka di GM..then baru teruskan perjalanan ke Kuala Krai..dari GM ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam..insyaAllah boleh sampai by midnite..amboiiiiii dah plan perjalanan kan hihihi..besides nephew mieza dari KL akan datang TM pada hari khamis untuk sama-sama balik...yahooooo



Ehhhh bukan main panjang lak cerita pasal nak balik kampung..maklumla aura raya dah terasa...jom beli bungaaaaa apiiiiii!!!!!

Eh jom tengok resepi hati ungkep ni...kat umah yang suka makan bahan dalam cuma mieza dan mak..dan wawa of coz she never reject food haahhaa..hubby dan Adnin memang tak sentuh langsung kalau barang dalaman...resepinya mieza dapat kat sini...


UNGKEP BERKERISIK HATI LEMBU
Source: Anis @ Anis' Diary
Source : Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan:

500 gram hati lembu dipotong ikut suka
3 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 batang serai dikisar
1/2 lengkuas dikisar
1 sudu besar ketumbar dikisar
1/2 sudu kecil jintan kasar dikisar
1/2 sudu kecil jintan halus dikisar
air asam jawa secukupnya
garam dan manisan secukupnya
11/2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut (saya suka-suka letak...mieza pun letak juga)
15 biji cili api sebiji-sebiji

Cara-cara:


1. Gaulkan bahan-bahan yang dikisar, air asam, garam dan manisan pada hirisan hati lembu tadi. Perap selama mana yang diingini.

2. Panaskan minyak dan tumiskan perapan hati. Kacau. Masukkan daun limau purut dan cili api.

3. Kacau lagi dan masukkan kerisik ketika hati hampir masak. Gaul sebati.

4. Angkat dan hidangkan.



Kalau time raya korban..ini la menu masakan hati keluarga mieza...tapi tukang masaknya ialah adik ipar bukan mieza..sebab mieza low profile...ahakksss

Monday, August 22, 2011

Biskut Sarang Semut - Cookie favorite ku



Mieza ni kan tak pandai buat kuki sebenarnya..tetiap kali raya mieza akan tempah atau beli siap yang dijual kat pekan TM..bukan malas tapi tak pandai..selalu turn out tak sedap..hangit..terlalu keras..terlalu lembut..etc etc..pendek kata memang tak sedap lah...bila mieza suarakan niat hati nak buat kuki ni this year..anak sulung mieza tanya "pandai ke mama buat kuki?" amboiiiii anak mama tak sayang mulut! Oleh sebab kuki ni adalah antara favorite kuki mieza maka dicuba lah juga mencubanya..first trial kira ok la kan hihihi..anak-anak dan suami pun puji katanya sedap sekut ni..

BISKUT SARANG SEMUT
Recipe: Chef hanieliza
Source : Maya zakry @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 80 )

250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Chocolate rice/manik untuk hiasan



Cara-cara


1. Pukul kembang butter dan gula

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata

3. Masukkan tepung dan gaul rata. Simpan dalam petia ais selama 20 minit.

4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup

5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)

6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara


'SELAMAT MENCUBA!'

Sunday, August 21, 2011

Rich Chocolate Pudding With Castard Sauce - Iftar day 19

Assalamualaikum semua..waaaa rindunya pada blog ni..3 hari mieza tak berblogging sebab tak larat..anak yang kecil tu demam..sampai tak tido malam..sampai mieza pula yang terlantar..nak on lappy pun tak larat...hari ni baru ada peluang nak berblogging entry yang tertunggak..

Layan gambar dulu ya..sebab nak off ke wet market beli barang dapur untuk masak iftar hari ni..emmm nak masak apa ye? Tengok gambor dulu then keep coming back tau..




Resumed @ 4.00 pm

Salam again everyone..aisehhhh mieza kan lepas balik dari wet market ni mieza baring-baring depan TV sambil tengok filem Back to the Future II dengan anak-anak..sekali mieza terlelap ZZzzzzzzz sebab si kecik tu tertido sebab makan ubat dia high hihihi terus terbabas sampai 3.30 pm baru mieza bangun solat zohor..hubby kata sian lak nak kejut tengok tido aman je..rasa freshhh gitu untuk masuk dapur..menu apa ye? tunggguuuuuu



Berbalik kepada pudding ni..dulu mieza dah post kan resepinya kat sini..tapi masa tu mieza tak letak sos kastad pun..mieza makan dengan susu ideal sejuk je sebab pemalas ahakkksss..cuma hari tu terajin nak wat sos kastad sebab teruja nak makan dengan fruit cocktail..resepi RCP ni mieza songlap dari umah izah si muffin lover tu..sosnya dari umah kak ummi yang selalu mieza buat bersama puding kastad..




RICH CHOCOLATE PUDDING
Source: Izah Muffin Lover
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
1 tin susu cair Ideal


Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. Sejukkan di dalam peti.

4. Semasa menghidang, tuangkan susu caair yang juga telah disejukkan di dalam peti ais.


SOS KASTAD
Source: Kak Ummi @ HSH
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:-

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan


Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.


Bahan lain:
1 tin fruit cocktail - mieza guna tropical fruit this time

Cara menghidang:

Masukkan pudding ke dalam mangkuk,taburkan fruit cocktail dan curahkan sos kastad. Sedap!

Thursday, August 18, 2011

Garoupa With Sweet Thai Sauce - Iftar hari ke 18



Malam ni kan mieza tamau story pepanjang sebab anak-anak ajak tengok Back to the Future 1 cerita lama lakonan Micheal J Fox..jadi mieza nak tunjuk rgambar ikan kerapu yang sedap dan simple sangat dan senang untuk disediakan ini..hubby memang suka sesangat..Adnin yang jarang nak muji masakan mamanya ni pun kata 10/10 yeyyyyyyy suka sangat sebab semua ahli keluarga suka..sekor kerapu tak cukup! Len kali kena beli ikan saiz besaw sikit la kan..




GAROUPA WITH SWEET THAI SAUCE
Recipe & Sauce: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu - cuci, belah rama-rama dan tos
3 sb tepung jagung
Minyak penuh untuk menggoreng

Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
3 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
Sedikit garam

Bahan sos:

1/2 cawan sos sweet thai
2 sb sos cili thai
2 sb sos tiram
3 sb sos pencicah - yang selalu orang guna untuk cicah keropok tu
1/4 cawan air
1 inci halia - mayang
1 biji bawang besar - hiris bulat

Bahan hiasan: Mieza tak letak sebab dah masuk azan..tak sempat wehhhhh
Timun - disagat halus
Carrot - juga disagat halus
Cili merah - hiris memanjang jejari halus
Daun ketumbar - hiris kasar



Cara-cara:

1. Ikan diperap dengan bahan tumbuk selama 1/2 jam. Kemudian lumurkan tepung jagung ke seluruh badan ikan dan goreng dalam minyak penuh hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Di dalam non-stick pan satukan semua bahan sos dan reneh hingga pekat. Kacau rata.

3. Angkat sos dan tuang ke atas ikan. Taburkan bahan hiasan.


Simple yet very very delicious recipe! A must-try!


..dan teman sekapalnya malam ni..Sambal Tempe...juga mabeles



Udang Goreng Jimbaran



Dah masuk dapur ke tu? Tengah fikir-fikir apa nak masak untuk iftar? Dah kering idea? Meh la cuba resepi ni..sedap sangat tau..ignore the color okay..hehehe kalernya hitam sikit ye..may be mieza terlebih letak kicap dan kuahnya agak kering..resepinya lagi sekali mieza selongkar dapur kak diana..kalau tengok kak diana masak kuah nya agak cair..



Tak leh nak story pepanjang la petang ni.. jom tengok resepi..


UDANG GORENG JIMBARAN
Source: Kak Diana @ SKB
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan
1 kg udang yang telah d bersihkan dan d belah belakangnya
6 tbsp kicap pekat ABC
2 tbsp gula merah
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan A
150 gm cili merah ( yang nie Diana campurkan 2 biji cili hijau juga, mieza juga ) _ potong kasar
7 biji cili padi
10 ulas bawang merah _ hiris kasar
5 ulas bawang putih _ d hiris kasar
6 biji buah keras
1/2 tbsp belacan
1/4 tbsp serbuk ketumbar

Bahan B
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih


Cara-cara:


1. Gaulkan udang bersama bahan B dan perap selama 20 minit.

2. Goreng udang d dalam minyak yang banyak sehingga masak ( Kalu nak d bakar biarkan ianya separuh masak yer ).. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali... Masukkan bahan A dan tumis sehingga layu.

4. Keluarkan bahan A tadi dari kuali dan kisar sederhana halus.

5. Masukkan bahan kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa.. Tumis sehingga kuahnya pekat.

6. Kemudian masukkan udang goreng tadi dan gaul rata.. Biarkan kuahnya betul-betul sebati dengan udang tadi.

7. Angkat dan hidang.

8. Sekiranya hendak membakar udang tadi... Boleh ler d masukkan ke dalam oven dan bakar seketika. Angkat dan hidang.

Cik Mek Molek - Kuih bajet ayu..



Salam semuaaaaa..apa khabar..semoga baik-baik saja kita di hari ke 18 kita berpuasa ni ya..semalam mieza tak masak sebab academic advisee mieza organize kan majlis berbuka puasa bersama academic advisor nya (mieza la tu) dan depa jemput juga a few other lecturers untuk join..depa organize kat Restoran Briyani Gam di Tg Malim ni..jadi semalam mieza off main masak-masak..petangnya mieza ke bazar Ramadhan depan umah ni beli sedikit pajeri terung dan gulai kawah untuk bersahur..bila balik dari majlis tu semalam dah kepenatan dan kemengantukan sebab makan nasi briyani dengan banyak terus tak larat nak update blog..



Jadi tayangan hari ni bukanlah masakan semalam..ni masakan petang bila entah lupa dah..bagi memenuhi permintaan mak yang sangat suka dengan kuih cik mek molek ni maka mieza buat kan la..dulu-dulu sebelum suami mieza tu jadi suami mieza..maka idak la dia tu orang kelantan kan..dia tak pernah makan kuih ni..bila dah kawin dan mieza introduce kan kat dia..eh eh dia tersuka pula..kalau balik kampung di kelantan dia akan suruh mieza beli for breakfast..anak-anak pun suka kuih ni..kekadang gula kat dalam tu tak sempat sejuk lagi depa dah nak ngap..

Bila ada kawan tanya berapa sukatan tepung dan ubi...alahai mieza tak pernah timbang..sebab kalau nak kira ketul ubi ada yang ketul kecik besar kan..insya Allah lain kali mieza akan berusaha untuk menyukat tepung dan ubinya...yang penting tepung jangan banyak sangat nanti keras dan uli atau gaul hingga tidak melekat di tangan (melekat sikit-sikit boleh la)..




CIK MEK MOLEK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

4-5 biji ubi keledek - saiz biasa
1 cawan tepung gandum (sebenarnya sukatan ni subjective..kalau ubi tu besar-besar may be 1 cawan tepung tak cukup..pendek kata sukatan ni bergantung kepada saiz keledek..)
1 sk garam
Gula pasir secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan air hingga empuk. Bila dah empuk, angkat tos, kupas kulitnye dan dileyek.

2. Ulikan bersama tepung gandum hingga menjadi doh yang sesuai, tak melekat ditangan. Tapi harus diingat terlalu banyak tepung akan menyebabkan kuih menjadi keras dan boleh di baling ke dinding hahahahaha.

3. Ambik sedikit doh tadi dan dibuat bentuk bulat dan dileperkan (macam gaya nak buat kuih karipap gitu) dan diletak 1 camt gula pasir. Bentuk kan kuih menjadi bujur (macam karipap, cuma tepinya tidak dikelepet macam karipap). Buat hingga habis.

4. Goreng dalam minyak yang penuh hingga garing. Biarkan sejuk dulu baru di makan sebab takut gula yang panas memedihkan mulut.

Kuih teradisi yang sedap sangat

Wednesday, August 17, 2011

Green Apple Bread Butter Pudding - Iftar hari ke 16



Selamat pagi dan selamat hari nuzul Quran..seronok sungguh rasanya hari ni cuti..kalau la hari rabu ni cuti tetiap minggu kan hehehe...sebenarnya dari semalam mieza cuti..EL sebab Umar demam campak..tak sampai hati nak hantar ke umah babysitter..jadi mieza ambil EL..sewaktu siap-siap nak bawa Umar ke klinik mieza tertonton rancangan masak-masak bersama chef wan kat AFC..dan ternampak dia buat puding ni..nampak sungguh menggiurkan..jadi cepat-cepat mieza ambil camera dan snapkan bahan-bahan yang dipaparkan kat skrin TV..masa keluar bawa Umar ke klinik terus stop kat mart and get the things..jadi semalam tak berat kepala nak fikir nak masak dessert apa untuk berbuka...jom mieza share resepinya..


GREEN APPLE BREAD BUTTER PUDDING
Recipe: Chef Wan @ Astro Food Channel
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan: (mieza buat 1/2 adunan)

750 gm apple hijau
1/4 cawan mentega
2 sb gula
1/4 sk serbuk kulit kayu manis
500 gm roti perancis - mieza guna roti gardenia wheatmeal
1/4 cawan mentega lembut
1/4 cawan kacang walnut
4 biji telur
1.3 liter susu segar
2/3 cawan gula
2 sk esen vanila
2 kotak whipped cream - kotak kecil tu..mieza lupa la berapa ml..
1/4 cawan sliced almond - mieza tambah
1/4 cawan cerry cincang dan kismis - ni pun mieza tambah


Cara-cara:

1. Apple dikupas kulit, buang empulur tengah dan di slice. Mieza belah 8 untuk sebiji epal.



2. Panaskan 1/4 cawan mentega dalam kuali hingga cair. Masukkan epal yang telah dipotong, serbuk kulit kayu manis dan 2 sb gula. Masak hingga epal perang dan lembut. Angkat dan ketepikan.


3. Potong roti kepada 4 segi kecil macam dalam gambar. Mieza tak buang pun tepinya sebab anak-anak suka makan.


4. Susun roti yang telah dipotong ke dalam loyang pembakar..seeloknya gunakan casserole yang transparent supaya senang untuk melihat texture puding sewaktu membakar..tapi mieza guna loyang sebab tak ader casserole yang sedemikian huhuhu balik raya nanti kena visit rantau panjang beli malinex lah..


5. Taburkan walnut, almond, kismis dan cherry..ulang hingga habis roti. Simpam sedikit kekacang untuk ditabur di lapisan paling atas


6. Susun epal yang telah dimasak tadi di atas roti. Tuangkan sekali jus mentega dan cinnamon yang berada di dalam kuali tadi.


7. Sementara itu sediakan kastad. Dalam bekas yang berlainan, pukul telur bersama 2/3 cawan gula dengan menggunakan whisk tangan hingga gula larut. Masukkan esen vanilla, susu dan whipped cream. Pukul sebati.

8. Tuangkan kastad ke dalam loyang/casserole yang mengandungi roti. Taburkan dengan kekacang dan cherry serta kismis.


9. Letakkan sedikit butter di permukaan puding untuk mendapatkan moist apabila membakar


10. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit atau hingga puding masak. Puding masak bila kastadnya sudah tidak kelihatan berair lagi dan permukaan puding keperang-perangan. Keluarkan dari oven dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.


11. Boleh di sprinkle sedikit gula kaster dan serbuk kayu manis sebelum memotong jika suka. Mieza skip this part sebab terlupa..


12. Potong mengikut kesukaan.




13. Sudukan..


14. ...dan suap!


SELAMAT MENCUBA


Tuesday, August 16, 2011

Siakap Sambal Daun Kari - Iftar hari ke 15

Dah ready untuk berbuka semua? Banyak ke hidangan atas meja tu? Mesti meriah je kan..kawan-kawan kat Malaysia Timur tu mesti dah kekenyangan kan..kami di semenanjung ni baru nak mencedok nasi ke dalam pinggan...apa-apa pun mieza ucapkan selamat berbuka kepada semua pengunjung blog WAWMC..

Petang ni sementara menunggu azan kedengaran..dan anak dara mieza yang darjah 5 tu punya turn untuk menghidang jadi mieza ambik peluang untuk update blog jap..tapi mieza tayang gambar lah dulu ye..kang lepas isyak mieza postkan resepinya...jom tengok apa mieza masak semalam..


Siakan Sambal Daun Kari..resepi skodeng umah Kak Diana...



..view from another angle...



Resumed @ 9.10 pm

Bertemu lagi kita..dah kekenyangan ke semua tu? Alhamdulillah apa yang kita makan hari ni adalah rezeki dari yang Maha kuasa Allh SWT..

Resepi asal mieza dapat dari umah kak diana..tapi kak diana masak ikan tenggiri..mieza tak der ikan tenggiri..yang ada cuma ikan siakap..dua keping..jadi la kan..TQ kak diana sudi kongsi resepi


SIAKAP SAMBAL DAUN KARI

Source: Kak Diana @ SBK
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri - mieza guna ikan siakap
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah _ d hiris
2 ulas bawang putih _ d hiris
1 biji bawang besar _ d hiris bulat
6 tbsp cili sos maggi - mieza guna sos cili thai brand Life
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 tsp kicap manis Adabi - mieza guna cap kipas udang
Garam
Gula


Bahan-bahan Perap

Garam secukup rasa ( i bubuh 2 tsp )
1 tsp serbuk pati ayam
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk cili
1 sb rempah tandoori - mieza tambah


Bahan-bahan Kisar
1/2 tsp serbuk kunyit
11 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam udang kering _ d rendam dan toskan
8 tangkai cili kering
2 tsp belacan ( kalau tak suka boleh kurangkan )
3 batang serai
1 biji bawang besar ( kalau tak suka boleh bubuh 1/2 biji pun boleh yer )


Cara-cara:

1. Perapkan ikan dengan bhn perap selama 10 minit. Goreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing yer.. angkat dan toskan.. ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak.. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga bangkit aromanya. Masukkan daun kari dan tumis seketika lagi.

3. Masukkan pula bhn kisar dan gula secukup rasa. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Bubuh sos cili, kicap manis dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air.

5. Kemudian.. masukkan bawang besar dan gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah d goreng tadi. Gaul sebati dan biarkan seketika.

7. Angkat dan hidang.

Pasangan lain petang semalam ialah....

..Udang Masak Lemak Cili Api bersama Belimbing Buluh...



..dan dessertnya kuih control ayu ni..Kuih Cik Mek Molek..



Enjoy your blogwalking here ^__^

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum semua...apa khabar...hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa..tinggal lagi 14 hari aka 2 minggu Ramadhan akan meninggalkan kita..sedih pun ada sebab belum tentu tahun depan kita akan bertemu lagi..happy pun ada sebab dah nak raya..heehehe

Bila hari ke 16 ni kan idea nak memasak pun kekadang dah lupus..tatau dah nak masak apa kan..sesekali kalo berbuka kat luar seronok juga..hubby tak kisah berbuka posa kat restoran tapi mak mieza tinggal dengan mieza..dia memang tak nak berbuka kat luar..jadi kesian juga kalau kami semua berbuka kat luar dia berbuka sesorang kat umah..kalau opis buat majlis berbuka terpaksa la juga tinggalkan mak berbuka sorang-sorang kat umah..dia tamau ikut...katanya 'mak ni orang tua..makan pun terkial-kial.takut nanti rosak majlis orang' alahai mak pedulikan je orang..suatu hari nanti depa pun tua juga..tapi mak tetap tanak ikut..jadi kalau ada majlis berbuka tu rasa serba salah je..esok pun sama..my students buat majlis berbuka kat restoran..they paid for my family...kalau tak pergi sian juga depa dah organize...tapi terpaksa tinggal mak kat umah berbuka sesorang..:(



Oleh dah dah tepu idea nak masak dessert apa for iftar..maka mieza masak le kuih cara ni...hubby kurang suka..dia suka kuih cara berlauk..tapi Wawa suka sangat..dia dan baby Umar je yang tak posa dalam umah ni..asal siap je 1 batch dia makan..time gula tengah panas tu..kita punyalah risau takut melecur mulut..suka tengok dia makan..lupa nak snap picture..

KUIH CARA MANIS
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
2 cawan tepung
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan pati daun pandan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau jika perlu (kalau warna hijau pandan tak cukup ijau)
Gula secukupnya untuk inti


Cara -cara:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali gula ke dalam blender dan dikisar sebati.

2. Panaskan acuan kuih cara. Leserkan dengan sedikit minyak.

3. Tuang adunan kuih cara ke dalam acuan hingga penuh. Letakkan 1/2 sk gula ditengah-tengahnya. Tutup acuan dengan tudung periuk. Masak selama 5 minit atau hingga masak.

4. Bila kuih dah masak, cungkil kuih dengan menggunakan garfu atau hujung pisau. Ketepikan. Ulang hingga habis adunan.


Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...