Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label MINUM PETANG. Show all posts
Showing posts with label MINUM PETANG. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Laksa Penang

Assalamualaikum...
Dah 3 hari berkursus di Kuantan ni..tak sabar nak balik Tg Malim esok...rindunya kat dapur ku yang kecil itu...

Sebelum ke Kuantan tempoh hari sempat mieza sediakan laksa buat keluarga. Suami yang berasal dari utara memang gemarkan laksa penang..buat mieza yang berasal dari Pantai Timur ni memang la akan suka laksa kelantan yang lemak tu... anak mieza yang sulung juga suka laksa ni...


LAKSA PENANG

Bahan-bahan
1 paket laksa kering
1 kg ikan kembung
1 kg ikan sardin

15 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci belacan
1 senduk cili kisar
Asam keping secukupnya
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
Garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan:
Daun salad - hiris
Timun - hiris
2 biji bawang besar - hiris
7 biji cili merah -hiris
10 biji cili api - hiris
5 biji telur rebus - belah 4
limau kasturi - belah 2
Nenas kiub



Cara penyediaan:

1. Rendam laksa selama sejam atau hingga lembut dan kemudian dicelur hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Ikan dicuci dan direbus. Simpan air rebusan ikan untuk kuah. Asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan dengan air rebusan hingga separuh hancur. Ketepikan.
3. Tulang dan kepala ikan boleh dikisar hingga hancur dan tapis untuk diambil airnya.
4. Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan.
5. Masukkan bahan kisar, cili kisar, ikan baki air rebusan ikan, air secukupnya untuk kuah, asam keping, daun kesum dan bunga kantan ke dalam periuk.
6. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Perasakan garam dan gula.
7. Semasa menghidang, tuangkan kuah laksa ke atas laksa dan hiaskan dengan hahan hirisan.

Selamat Mencuba !

Thursday, June 13, 2013

Rice and Prawns Fritters

Asyik makan western je kan..meh kita makan melayu la..eh eh jangan konpius..nama je mat saleh tu..sebenarnya cucur nasi berudang je heheheh. Sayang pula nampak ada nasi dalam 3 cawan lebihan lunch, teruslah membelasahnya jadi fritters..

Ini cucur paling bergaya dan melawa..siap ada reben...reben ni recycle reben kat kotak adiah pemberian student tersayang...sekali sekala food pun nak melawa juga..takkan cook je nak melawa kan..


Kes malas nak buat sos sendiri..pehal entah dia mai angin malas..kita cicah sos thai je la


Ekor udang tu pun habis dibedal..krupppp krapppp ekor udang kena gigit..sedap!


RICE AND PRAWNS FRITTERS

Udang secukupnya ~ di buang kepala, kulit dan tinggalkan ekornya

1 1/2 cwn nasi
1 1/2  cwn air
1 biji bwg besar ~ didadu
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada merah ~  dihiris nipis
Daun sup atau daun bawang ~ dimayang halus
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara penyediaan:
1. Kisar nasi bersama air dan garam hingga halus.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan curahkan nasi yang telah dikisar bersama air tadi. Gaul sebati
3. Campurkan semua bahan-bahan hirisan dan gaul sebati. Jika adunan terlalu lembik tambahkan  sedikit lagi tepung
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Lumurkan atau basakan tangan dengan minyak makan Ambil sedikit adunan dan balutkan pada udang
5. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi. Apabila berwarna keperangan bolehlah diangkat dan ditoskan.
6. Ulang hingga habis adunan.
7. Hidangkan bersama sos kegemaran.


Kalau tak tahu nak masak apa, dan ada nasi lebih boleh lah mencuba cucur ni..jika tak ada udang boleh ganti dengan ikan bili yang direndam di tumbuk pecah. Anda pasti tak akan menyesal.

Thursday, January 31, 2013

Tuna Salmon Puff

Sapa kata kita balik kerja pun tak sempat nak masak untuk tea?
Kalau kreatif semua menjadi...yang penting ada keinginan dan minat...jom mieza share satu resepi senang dan sedap dan diminati ramai..

1. Selalu simpan frozen puff pastry  dalam freezer..frozen puff pastry tahan lama..selagi belum expired selagi itulah boleh simpan dalam freezer. Ramai orang dok beli brand kawan, mieza pun. Tapi kali ni mieza jumpa brand lain dalam saiz yang lebih besar.Lupalah pulak brand apa.

2. Selalu ada stok makanan dalam tin seperti sardin, tuna, etc.

3. Susu segar dan telur juga mesti selalu simpan..


Dalam pukul 4.50 sebelum balik mieza akan call anak dara mieza supaya keluarkan puff pastry. Sampai kat umah dalam 5.45 terus boleh mula masak sebab pastry dah lembut. Siap-siap solat asar kat opis sebelum punch out supaya tumpuan kepada memasak boleh diberikan 100% chewaaahhhh

Jom tengok resepinya:


TUNA SALMON PUFF
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Puff pstry secukupnya
1 tin Tuna Salmon
1 biji telur gred E
1 sb susu segar

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180,C. Sapukan dulang pembakar dengan sedikit butter.
2. Ambil sekeping puff pastry. Jika pastry besar bolehlah potong berbentuk segiempat sama ikut saiz yang bersesuaian.
3. Letakkan 1-2 sb isi tuna salmon di tengah-tengah pastry. Lipatkan menjadi bentuk segitiga.
4. Tekan hujung pastry dengan garfu agar tidak terbuka semasa membakar dan juga untuk mendapatkan corak.
5. Dengan menggunapan hujung pisau yang tajam, cucuk-cucuk bahagian atas puff supaya udara boleh keluar dengan senang semasa membakar.
6. Di dalam satu bekas satu dan kocokkkan telur bersama susu segar. Sapukan ke atas puff. Taburkan bijan hitam jika suka (mieza tak der stok)
7. Bakar selama 7-8 minit atau hingga puff keperangan.
8. Hidangkan panas.


Kan senang je tu..anak-anak dan suami pun suka...
Sambil memasak sambil berselawat..insyaallah suami akan jadi penyayang anak-anak pula mendengar kata dan senang menerima teguran.
Wallahu a'lam..

Tuesday, January 22, 2013

Apam Pisang Bakar (Resepi Kelantan)

Masa mieza kecil-kecil dulu..inilah antara kuih kegemaran mieza..masakan mieza tak gemar, emak selalu memasaknya pagi-pagi sebagai sarapan...kekadang mieza bawa bekal ke sekolah..kekadang jika emak masak lebih, mieza hantarkan ke kedai kopi dekat umah...usahawan muda gitu hahaha

Punyalah mieza teringin nak makan apam ni..bila tanya mak, mak kata dia dah tak ingat resepinya..paling sedih, bukan je dia tak ingat resepinya, dia langsung tak ingat yang dia pernah buat...sedih je hati mieza sebab banyak benda yang dah lupa..sib bek dia belum lupa mieza...esok-esok bila dah tua agaknya mieza pun lupa banyak juga kan..sebab itulah mieza wujudkan blog ini..agar resepi-resepi dalam ni boleh digunapakai oleh putera puteri mieza..


Bila dapat makan apam ni rasa seronok sangat...resepi asal di Kelantan ada dimasukkan tapai beras..tapi oleh kerana suami mieza tak leh makan tapai maka mieza omit that part...

APAM PISANG BAKAR
Source: Mieza @ WAWMC

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 -2 keping gula melaka dicairkan
1/2 st garam
1/2 peket yis mauripan
4 ulas bawang merah - dikisar
1 sudu lada hitam - dikisar
2 inci halia - kisar
2 inci lengkuas - dikisar dengan sedikit air dan ditapis, ambil jusnya.
6 biji pisang emas/pisang kapas masak - dikisar
Sedikit air untuk membancuh




Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mangkuk.
2. Perlahan-lahan masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Kepekatan adunan adalah sama dengan bancuhan adunan penkek. Perapkan 1-2 jam.
3. Panaskan kuali non stick berukuran 4 inci di atas api kecil. Olehkan dengan sedikit mentega.
4. Sendukkan adunan apam sebanyak satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali. Bakar hingga perang dan berlubang. Terbalikkan ke bahagian satu lagi dan bakar lagi hingga perang.
5. Hidangkan bersama kelapa parut yang digauk bersama sedikit garam.


Jika tak ada stok pisang di rumah boleh diganti dengan 1 cawan nasi dan 1 cawan tapai ubi/tapai beras. Memang sedap sangat. Suami dan anak-anak pun suka sangat walaupun pertama kali makan. Terubat kempunan mieza nak makan...dappppp!

Monday, January 21, 2013

Sausage and Egg Pie

Assalamualaikum...
Buka peti ais..tenung-tenung nak masak apa..hmmm buntu juga jadi orang fomfuan ni ye...
Ternampak pulak puff pastry ada segulung..lama dia dok bertapa dalam peti ais..

Jalan-jalan di alam maya ternampak resepi ni..tapi mieza lupa nak bookmarkan pagenya..terus tak tahu manadah source asal resepi ni...resepi asal ialah Bacon and Egg Pie..mat mat saleh nun masak untuk breakfast...tak per lah kan mieza buat minum petang..hehehe orang malaysia kan unik-unik semuanya..


SAUSAGE AND EGG PIE
Source: Mieza @ WAWMC

(loyang pie ukuran 8")

2 helai puff pastry - Cukup untuk loyang sebesar 8", kalau pakai pastry saiz kecil kena susun bagi tutup loyang..may be require a few sheets
3 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang besar - cincang
3 batang sausage - hiris nipis (mieza guna sosej Ayamas Blackpepper)
3 biji telur - kocok dan asingkan 2-3 sb untuk sapu atas pie
1 cawan susu segar
1 st serbuk lada hitam
1 sb parmesan cheese
Hirisan daun bawang
1 biji tomato - didadu
1/2 biji bell pepper hijau - dadu
1/2 biji bell pepper merah - dadu
1 st oregano leaves
2 sb olive oil


Cara-caranya:

1. Ambil sekeping puff pastry dan alaskan di dalam loyang pie (loyang yang boleh tanggal dasarnya)
2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan perang.
3. Kemudian masukkan sosej yang telah dipotong dan goreng seketika hingga soseh kelihatan garing dan masak.
4. Susunkan sosej yang telah masak di atas loyang pie yang telah dialas puff pastry. Taburkan juga daun bawang, bell pepper, dan  tomato. Ketepikan.
5. Di dalam bekas yang lain. Kocokkan telur bersama susu segar dan  parmesan cheese hingga hancur. Keluarkan 2 sb untuk tujuan menyapu atas pie nanti.
6. Teruskan mengocok telur bersama lada hitam, garam, daun bawang dan oregano. Kocok rata.
7. Tuangkan adunan telur ke atas pie. Tutup pie dengan sehelai lagi puff pastry. Cucuk permukaan pastry dengan pisau dan sapukan lebihan telur tadi.
8. Bakar dalam oven 180'C selama 15-20 minit atau hingga permukaan pie keperangan.
9. Hidangkan ketika masih suam..


Sebenarnya membuat pie ni bergantung kepada kreativiti masing-masing...boleh juga dimasukkan sayur jika suka seperti kacang peas, jagung, carrot...kalau tak der susu segar boleh juga guna double cream...memang sedap!


SELAMAT MENCUBA!

Friday, January 18, 2013

Popia Udang dan Carrot

Salam hari Jumaat...penghulu segala har..dan hari yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang bekerja macam mieza...bila datang Jumaat moodnya jadi lain macam...jadi mood rajin ahakksss..mood bersemangat gitewwwww...


Suka tak makan benda alah ni? Ehmmmmm crunchy kruppp krapppp kan..dappppp..cicah lak dengan dipping masam manis tu perghhhh lepas sebatang, sebatang masuk mulut...


Mieza suka jika spring roll ni di stuff kan dengan sayuran macam tauge, sengkuang, kucai etc...tapi encik suami mieza tu dia alahan dengan sayuran yang sejuk dan berangin...oleh sebab sayangkan encik suami, kang sakit kang mieza gak yang susah ahakkksss..maka mieza stuff kan je dengan prawn dan carrot dan daun bawang...



Nampak popia tu..ada yang kemas dan ada yang tak kemas...yang kemas tu mieza la yang buat (ye lah tu kan hahahah)..yang kurang kemas tu anak dara mieza si Wawa yang berusia 6 tahun tu yang tolong gulungkan...Wawa memang sangat suka membantu di dapur..seronok juga mieza bila ada pembantu...


POPIA UDANG DAN CARROT
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 paket kulit popia - nyahbekukan
1/2 batang carrot - hilis halus batang mancis
300 gm udang - kupas kulit dan cincang
1 biji bawang besar - dadu
2-3 ulas bawang putig - cincang
1/2 inci halia - cincang
Daun bawang yang dihiris halus
2-3 biji cili merah - hiris atau cincang
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula
1 sb tepung gandum dibancuh dengan 2 sb air


Cara-cara menyediakan inti:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot. Masak seketika hingga udang masak.
3. Rasakan garam gula. Akhir sekali masukkan daun bawang dan cili merah. Gaul rata.


Cara menyediakan popia:

1. Ambil sekeping kulit popia.
2. Letakkan 1 sb inti udang dan digulung seperti menggulung kuih ketapap.
3. Sapukan bancuhan tepung gandum pada hujungnya agar tidak terbuka semasa menggoreng. Bancuhan tepung gandum berfungsi sebagai gam.
4. Goreng popia di dalam minyak yang panas hingga keperangan.
5. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Monday, December 31, 2012

Cempedak Goreng - Hidangan akhir tahun

Assalamualaikummmmm..
Masak apa tu di hari terakhir tahun 2012? Sekejap je rasanya setahun datang dan pergi...2013 dah menjelang...semoga 2013 membawa 1001 kejayaan dalam hidup mieza...dan kawan-kawan juga...amin...

Hari ni tamau tulis panjang...cuma nak jamu mata kawan-kawan yang berkunjung dengan hidangan Cempedak Goreng kegemaran puteri sulung mieza....

Masih panas-panas baru angkat dari kuali...

Seronok sungguh seminggu bercuti...rasa sempurna sangat jadi isteri dan ibu bila boleh hari-hari masak...walaupun hanyalah cempedak goreng untuk minum petang keluarga..

Cempedak yang dijual pada harga RM3.50 sekilo...dibeli 2 biji dan isinya masyaAllah sungguh manis...sedap sangat...insyaAllah esok lusa boleh beli lagi...

CEMPEDAK GORENG
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1-2 biji cempedak - bergantung pada size..ambil isi dalamnya
5 sb tepung beras
3 sb tepung gandum
1 sk kapur makan dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya
1 sk garam
1/2 sk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan kecuali cempedak dan minyak hingga sebati. Bancuhan seperti bancuhan tepung goreng pisang.
2. Celupkan isi buah cempedah ke dalam bancuhan tepung dan digoreng di dalam minyak yang panas hingga keperangn.
3. Angkat dan toskan minyak. Biarkan sedikit sejuk sebelum dimakan.


Ayuh kita makan...usah malu-malu dehhhh

Crunchy on the outside...kruppp krapppp...

Satu-satu masuk mulut si puteri sulung...tengok-tengok dah abisssssss...

Bersama secawan white coffe...hmmmmm

SELAMAT TAHUN BARU KAWAN-KAWAN ^__^

Friday, November 16, 2012

Pulut Panggang Serunding

Assalamualaikum...
Salam petang Jumaat...waaahhhh mest semuanya bersemangat waja sebab cuti dua hari..atau pun mungkin juga ada yang bercuti seminggu minggu ni sebab banyak cuti tersepit?

Yang kerja sebagai cikgu tu mesti syok sesangat kan..waaaaa mieza jeles! Mieza ni esok pun kena kerja coz terpaksa invigilate final exam students...Ahad pun kena kerja tau huwaaaaa....walaupun kerja tu dapat cuti ganti tapi tu wiken yang mieza ada untuk spend dengan family huhuhu

Dan jantung ni juga berdebar-debar tau..sebab next week result UPSR kuar kan? Apa lah yang akan anak dara mieza dapat ....dup dap dup dap dup dappppp


Haaaa mieza masih lagi dalam mood nak makan pulut hihiii...last time mieza tayang seri muka jagung..kali ni pulut panggang lak..pulut dan pulut sebab stok pulut banyak la pulak heheheh

PULUT PANGGANG SERUNDING
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut - direndam selama 4 jam ( mieza rendam pagi semasa nak pergi kerja, bila balik petangnya terus boleh masak)
1 cawan santan
1 sk garam
2 sb gula

Daun pisang secukupnya
Lidi satay secukupnya
Serunding daging

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
2. Satukan beras pulut, santan, garam dan gula di dalam bekas dan kukus hingga masak.
3. Bila sudah masak gaul sebatikan agar garam dan gula rata ke seluruh pulut. Biarkan sejuk.
4. Potong daun pisang lebih kurang  3/4 kaki lebar. Lap bersih.
5. Ambil segenggam pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan inti serunding dan gulung pulut bersama daun pisang. Cucukkan lidi hujungnya agar tidak terbuka. (Mieza fail sebab guna stapler hahahha) Ulang hingga habis.
6. Panaskan pan pemanggang. Panggang pulut yang telah dibalut dengan daun pisang hingga perang. Boleh juga dipanggang di atas bara api.
7. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Wednesday, November 7, 2012

Seri Muka Jagung

A few visitors asked "naper post tenggelam timbul?'
Ahakksssss...kesiannya kat kawan-kawan yang berkunjung...mieza mohon maaf sebab tak sempat nak update blog everyday...terlalu sibuk dengan kerja di pejabat hinggakan bila dah balik umah tu terasa sangat penat dan kalau boleh nak tido je terus...dulu-dulu masa muda tak der lah pulak rasa letih sebegini..agaknya bila umur semakin meningkat fizikal kita pun semakin lemah hahahaha

Bila dah balik kerja tu kan...terus je masuk dapur..masak ala kadar je untuk dinner family..ada ketikanya hubby ajak dine kat luar..cuma hujung minggu je mieza masak..tu pun kalau tak der program office yang terpaksa participate..hmmmm kena tunggu jadi surirumah sepenuh masa dulu la baru leh masak hari-hari...(excuse tuh hahahah)

Sekarang ni pula musim final exams student mieza...bertambah lagi la kerja...memang tak pernah habis...

Semalam si anak dara mintak dimasakkan serimuka...dia sukakan topping yang kaler coklat katanya..(topping gula merah) tapi stok gula merah tak der kat umah..jenuh juga mieza memujuk untuk tukar kepada seri muka pandan (kaler ijau) tetap gak si anak dara tak mau...lepas 1/2 jam memujuk akhirnya dia bersetuju untuk dijadikan serimuka jagung...kebetulan ada jagung manis 1 tin dalam pantry yang belum berusik...


Percaya tak kalau mieza katakan mieza balik umah waktu lunch semata-mata nak masakkan kuih ni supata bila anak dara balik dari tadikanya pada pukul 530 petang kuih ni dah sejuk dan boleh dipotong dan terus makan for tea? Kasih ibu memang begitu kan..semoga anak-anak ni tahu yang kita sayangkan mereka... (cehhhh mood touching lak hahahah)


setelah dibelek-belek resepi kat tenet, mieza terpikat dengan resepi kat blog Arah...mieza kopipeskan di sini...  

SERI MUKA JAGUNG
Source: Ika @ Arah
Source: Mieza @ WAWMC 

Bahagian bawah (pulut)
  • 1 1/2 cwn beras pulut direndam selama 4 jam kemudian ditoskan -
  • 1 1/2 cwn santan
  • sedikit garam dan gula- mieza letak 3 sb gula dan 1/2 st garam
  • 1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih 
kurang 20 minit.


Bahagian atas (puding)

  • 2 biji telur 
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1/3 cwn susu cair
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung custard
  • sedikit garam dan vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sb jagung cream- mieza lebihkan


 1. Di dalam mangkuk, pukul telur dengan gula dengan menggunakan hand whisk hingga gula larut.
2. Kisar jagung bersama susu cair hingga jagung hancur. Kemudian masukkan ke dalam mahkuk telur. Kacau rata.
3. Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk telur dan kacau hingga tidak berketul.
4. Tuangkan ke dalam periuk dan masak di atas pai sederhana hingga naik wap sahaja. Sentiasa kacau agar tidak berketul.
5. Tuangkan ke atas pulut dan kukus selama 20 minit. Mieza alas tutup kukus dengan tuala bersih supaya wap air tidak menitik ke atas kuih.

SELAMAT MENCUBA  

Monday, July 2, 2012

Corn Fritters with Prawns

Assalamualaikum..bersiaran awal mieza hari ni..free la tu ahakksss..ekceli bukan free pun..tapi sedang berada di dalam dewan besar sempena majlis perhimpunan bulanan..ada function...sempena nunggu vip ni berucap meh kita update blog...


Pertamanya mieza nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat jiran mieza sebab sudi menghadiahkan mieza beberapa ketul jagung, 1 paket ubi keledek, 1 box strawberry and a few candies for my kids sempena beliau bercuti bersama keluarga ke Cameron Highlands minggu lepas..jagung kat cameron nun memang sedap dan manis...alhamdulillah dikurniakan Allah SWT jiran yang balik kiri dan kanan umah mieza...itu pun rezeki dari Allah juga...dah lama tak makan corn fritters ni..memang feveret kami sekeluarga...


Corn fritters ni memang sedap jika dimakan dengan kuah kacang..tapi semalam mieza malas ahakksss..penyakit M ku datang lagi..selalunya ada jer 1 paket kuah kacang ready made dalam pantry tapi minggu banyak lak barang dapur yang abis..jadi kita cicah sos cili je la ye anak-anak..tapi cicah sos pun memang zup zap zup licinnnn...alhamdulillah...


CORN FRITTERS WITH PRAWNS
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

2 ketul jagung madu - diracik halus
1 biji bawang besar - hiris
200 gm udang kecil- buang kepala dan ekornya
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
1 sk garam
4-5 sb gula
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan dikacau menggunakan whisk sehingga adunan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kepekatan adunan adalah seperti adunan cekodok pisang.
3. Jemputkan adunan dengann menggunakan tangan dan goreng didalan minyak panas sehingga perang.
4. Angkat dan toskan.
5. Dihidangkan bersama sos kegemaran. Paling sedap dimakan bersama kuah kacangf.


Jemput makan semua....


Terima kasih sudi bertandang....sayang u all!

Friday, November 4, 2011

Keropok Lekor dan Kopi O - dan tempahan Marble Cheese Brownie lagi...

Malam ni kita cuti masak-masak...hubby kata dia lapar sangat tak tahan nak tunggu mieza masak..jadi kul 6 petang tadi dia ajak mieza gi makan kat restoran je...yahooo leh cuti masak...tapi mieza nak tayang keropok lekor pemberian kawan ofis suami..boleh la wat minum petang sambil minum air kopi o panas-panas...talking about keropol lekor..mieza suka yang jenis kecil sikit tu..kalau dapat kopok lekor ganu ouhhhh beshnyer...mieza suka! Mieza ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan suami yang sudi hadiahkan kami kopok lekor ini...semoga rezeki anda kian bertambah...amin.





Ini pula tempahan Marble Cheese brownie sebanyak 3 biji (gambar cuma amik 1 je) yang ditempah rakan sepejabat mieza...mieza ucapkan ribuan terima kasih kepada Azie, Eda dan Sofea kerana sudi menempah dengan mieza...dan mieza ucapkan selamat hari raya aidil adha...terima kasih kerana support mieza jadi usahawan :)

Friday, October 21, 2011

Chicken Wrap

Salam hari Jumaat semuaaa...pekabar? Mesti sihat-sihat dan baik-baik aja kan..maklumla hari Jumaat..esok cuti..tapi mieza memang tak leh cuti minggu ni..esok mieza kena bawa anak ke school tadikanya sebab ada sukaneka..ahad lak kena bawa dia ke pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam sempena pesta konvo politeknik pulak..pada masa yang sama mieza kena hadiri raptai konvo coz kali ni mieza terpaksa jadi pembaca nama graduan..jadi terpaksala tinggalkan anak-anak mengaler dengan papanya dan mamanya lari ke raptai...sebelah malamnya pula mieza kena siapkan tempahan makanan VIP sempena konvo pada hari seninnya..selesai je konvo terpaksa lak menumpukan perhatian kepada kerja-kerja audit MQA..moga-moga mieza bertambah kurus ahakkksss

Apa-apa pun kita makan dulu lah kan..wrap ni hidangan dinner semalam..hahahaha jangan tak caya dah 3 hari mieza tak makan nasi tau coz sedang dalam misi 'nasiless' untuk menguruskan badan mieza yang dah demuk ni..menci tau bila semua orang kritik kata mieza semakin demuk..TIDAKKKKKKKKKK! hehehe jadi sebab tanak makan nasi maka mieza makan wrap ni je..tapi kan kekonon makan wrap coz tanak makan nasi takut demuk..tapu makan sampai 2 wrap..macam mana nak kurus??? haaaa sila beri pandangan..




CHICKEN WRAP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
1 paket tortilla - ada 10 keping..ni mieza beli kat cold storage, RM9.90 sepaket..

Inti:
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
2 cm halia - cincang
1 biji ccapsicum merah - dadu
1 biji tomato buah - dadu
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk jintan manis
Sedikit daun sup
3/4 cawan carrot parut
1 cawan kubis - parut
Olive oil untuk menumis
5-6 ketul nugget ayam - slice. Boleh guna ayam bahagian dada yang dislice kan isinya..mieza kehabisan stok ayam, jadi mieza bedal je pakai nugget hehehe
mayonis secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Cili sos
Garam gula

Cara-cara:

1. Siapkan inti. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga perang.

2. Tambahkan serbuk lada hitam dan serbuk jintan manis. Kacau rata.

3. Masukkan nugget yang telah dihiris nipis dan masak hingga nugget masak.

4. Bila nugget dah masak,masukkan sayuran. Mieza tak masukkan kubis ke dalam inti sebab anak-anak tak suka kubis..

5. Akhir sekali masukkan mayonis, thousand island dan garam gula. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.

6. Ambil sekeping tortilla. Letakkan inti ayam diataskannya seperti membuat ketayap.



7. Gulung tortilla.



8. Potong 2 jika suka..jika tak suka bedal je la makan tanpa potong..cepat sikit kenyang hehehehe



9. Susun dalam piring dan hidang..


Ini la tortilla yang masih dalam wrapper in case kawan-kawan nak membelinya nanti..ada pelbagai brand..mieza sengaja pilih yang ini :)


SELAMAT MENCUBA

Friday, August 12, 2011

Roti Jala dan Kari Daging Kerisik - Iftar hari ke 12

Hari ni tekak ni tak rasa nak makan nasi lak..tapi kena gak masak nasi sebab hubby tak leh tak makan nasi..hari ni tekak ni rasa macam nak makan roti jala..kebetulan kari daging semalam ada lagi balance..balik je umah kul 6 tadi terus mieza menjala..sambil hubby dan anak-abak tolong tumbuk dan hiris apa yang patut untuk buat nasi goreng kerabu..time gini lah kalau nak tengok semua ahli rumah masuk dapur...sebab semua takut mama tak sempat masak untuk berbuka jadi semua rajin membantu..kalau time tak puasa, mama sorang je kat dapur..yang lain dengan aktiviti masing-masing..kalau macam ni baik puasa tetiap hari kan..ringan sikit tulang depa menolong hehehe



Ampunnnnnn...mieza tak pandai gulung roti jala..tak kemas hihihi...


Dulu mieza dah post dah resepi roti jala kat sini ..tapi mieza tak letak sukatan sebab main agak-agak jer..kali ni mieza sukat untuk tatapan pengunjung WAWMC yang mieza sayang semuanya..


ROTI JALA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sk serbuk kunyit
1 biji telur
Secubit garam
1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu


Cara-caranya:


1. Masukkan semua bahan dalam blender dan diblend sebati. Kalau nak kacau pakai tangan pun boleh. Tapi aku nak cepat dan senang heheh.

2. Panaskan ceper atas dapur dan dileserkan minyak menggunakan daun pandan.

3. Tuangkan adunan roti jala ke dalam acuan dan dikiraikan di atas ceper panas tadi.

4. Bila sudah masak, gulungkan roti jala dan ketepikan. (mieza tak pandai gulung..tak cantik gitu ahakkksss) Ulang hingga adunan habis. Roti jala sedap dimakan bersama kari ayam atau daging atau kuzi ayam


Mieza makan dengan kari daging kerisik..resepi boleh rujuk sini..




Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...