Dah 3 hari berkursus di Kuantan ni..tak sabar nak balik Tg Malim esok...rindunya kat dapur ku yang kecil itu...
Sebelum ke Kuantan tempoh hari sempat mieza sediakan laksa buat keluarga. Suami yang berasal dari utara memang gemarkan laksa penang..buat mieza yang berasal dari Pantai Timur ni memang la akan suka laksa kelantan yang lemak tu... anak mieza yang sulung juga suka laksa ni...
LAKSA PENANG
Bahan-bahan
1 paket laksa kering
1 kg ikan kembung
1 kg ikan sardin
15 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci belacan
1 senduk cili kisar
Asam keping secukupnya
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
Garam dan gula secukupnya
Bahan hiasan:
Daun salad - hiris
Timun - hiris
2 biji bawang besar - hiris
7 biji cili merah -hiris
10 biji cili api - hiris
5 biji telur rebus - belah 4
limau kasturi - belah 2
Nenas kiub
Cara penyediaan:
1. Rendam laksa selama sejam atau hingga lembut dan kemudian dicelur hingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Ikan dicuci dan direbus. Simpan air rebusan ikan untuk kuah. Asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan dengan air rebusan hingga separuh hancur. Ketepikan.
3. Tulang dan kepala ikan boleh dikisar hingga hancur dan tapis untuk diambil airnya.
4. Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan.
5. Masukkan bahan kisar, cili kisar, ikan baki air rebusan ikan, air secukupnya untuk kuah, asam keping, daun kesum dan bunga kantan ke dalam periuk.
6. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Perasakan garam dan gula.
7. Semasa menghidang, tuangkan kuah laksa ke atas laksa dan hiaskan dengan hahan hirisan.
Selamat Mencuba !