Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, March 22, 2009

Nasi Goreng Nenas



Tengkiu tengkiu diucapkan kepada kekawan yang tak jemu-jemu visit blog aku ni walaupun aku mengambil masa yang cukup lama untuk update the recipes. Ini yang termasak nasi goreng nenas ni coz ada nenas yang dok landing best je dalam peti ais, nenas madu lebih masak gulai ikan kering ari tu. Nak buat pajeri nenas, sikit sangat lebih nenasnyer. Nak buat ikan masak sweet sour, tak der ikan cun dalam peti ais tu. Yang ada cuma ikan bilis dengan ikan sadin dalam tin kat dalam pantry. last-last jadi le nasi goreng nenas ni..first time aku makan nasi goreng nenas ni kat Pak Li kopitiam kat Shah Alam. Sedap gak dia masak. So aku try n error la masak kat umah. Sebenarnya prezentation dia, kalau kat hotel-hotel tu, depa akan korek isi nenas dari kulit nenas dan tinggallah kulit nenas berbentuk mangkuk dan nasi goreng nenas ni dihidang dalam kulit nenas tu la..tapi aku masa aku kupas nenas tu tak der lah pulak aku simpan kulit nenas tu hehehe..maka aku hidangkan je la dalam tupperware ni...rasa sama je hheee

NASI GORENG NENAS

3 mangkuk nasi - bagi aku family kecil ni, 3 mangkuk dah cukup
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
4 biji cili api - cincang
2 cawan nenas - dipotong kiub
10 ekor udang - dibuang kulit
1 cawan isi ayam - potong kecil
1 cawan scrambled eggs
2 biji buah tomato - dice kan
2 cam sos tiram
Kicap manis dan masin
hiasan - daun sadri dan bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili api yang telah dicincang.

2. Masukkan isi ayam dan dimasak hingga empuk. Tambahkan udang. Masak sekejap hingga udang masak dan dimasukkan sos tiram.

3. Masukkan nenas, tomato dan scrambled eggs dan dikacau rata. Tambahkan nasi dan dirata-ratakan nasi dan perencahnya.

4. Rasakan masin dan manisnyer dengan menggunakan kicap. Boleh juga digunakan kunyit. Sekiranya nasi goreng nenas ini nak diletak kunyit, maka jangan guna kicap, sebaliknyer gunakan garam dan gula.

5. Hiaskan dengan daun sadri dan bawang goreng semasa menghidang. InsyaAllah family semua suka.

French Toast and baked Beans


Simple breakfast for those who are in hurry..ini bukan resepi untuk org malas tau...tapi org yang in hurry buat anak anak kat umah yang kelaparan. Ini lah yang aku selalu buat. Ye lah..weekdays memang tak sempat nak buat breakfast langsung..every family member akan makan kat luar dengan frens masing masing..along akan makan kat her school with her frens, hubby will enjoy his with his colleague..me? sumtimes i skipped my breakfast due to time constraints..(do not follow this..it's not good..do not skip meal..nanti gastrik macam i). Kalau weekend, both my saturdays and sundays memang full, pagi kerja ngajar students part time, then petang i pulak jadi student part time. Balik ari ahad badan dah penat giler n i'll use all the time i had sleeping...tapi lega coz sekarang tak ngajar part time lagi..and jadi students pun dah final sem...tak sabar nak gradddddddd....helppppp

So disebabkan masa yang terlalu sikit tapi terlalu banyak benda yang nak buat..maka i alwiz keep cans of baked beans in my pantry. Check out my french toast and baked beans..menu hotel muahahahah


FRENCH TOAST AND BAKED BEANS

8 keping roti Gargenia (family of 4, 2 slices each person)
1 biji telur
Secubit garam
Butter
1 tin baked beans - beli la brand best sikit, heinz ke..tapi ayam brand pun will do
Maple syrup

Cara-Cara:

1. Pecahkan telur, letak secubit garam, dan pukul sebati

2. Panaskan non-stick pan dan disapukan sedikit butter. Celup roti dalam telur yang dipukul dan panggangkan di atas non stick pan tadi. Balik-balikkan hingga garing. Angkat dan dipotong ikut bentuk kesukaan.

3. Untuk baked beans, tak payah susah-susah nak buat sendiri, beli je yang dalam tin tu. Buka tin, masuk lam mangkuk and masukkan dalam microwave hehehe

4. Bila nak makan french toast..curahkan maple syrup atas di atasnya. maple syrup ni boleh dibeli dipasaraya. tapi mahal la skit harganya. Well untuk perutsendiri.. reward yer stomach once in a while tak salah kan..

Sotong Goreng Celup Tepung


Ini we all ratah cicah sos je ni hehe..ada a few friends tanya macam mana nak wat sotong celup tepung ni so that bila goreng sotong tu,, baju dia (tepung) tak bercerai dari sotong tu. Coz a few frens komplen dia kata bila goreng je, sotong tu akan telanjang dari tepungnya. Jadi di sini nak share resepinya. Tepung ni boleh tepung aper2 je..kalau rasa malas nak pakai tepung yang dibancuh sendiri boleh beli je tepung yang memang ada dijual kat pasaraya. Tapi kat sini aku pakai tepung ubi. Ada pulak a few frens kata dibancuhnya sotong macam buat jemput-jemput..jgn dibuat begitu sebab itu bukan sotong celup tepung itu jemput jemput sotong hehehehehe...kecuali the mission is memang nak buat jejemput sotong.


SOTONG CELUP TEPUNG

1 kg sotong - cuci, dan dipotong, toskan
1 cawan tepung ubi - kalau tak cukup leh tambah, sukatan is very subjective
2 camb rempah kari - aku pakai kari daging
2 camt jintan manis - tumbuk sikit bagi dia pecah-pecah
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Tepung ubi, rempah kari, dan jintan dicampur bersama. gaul-gaulkan biar rata. Jangan dibancuh tepung ini dengan air. Biarkan ia stay dalam keadaan bertepung begitu.

2. Gaulkan sotong dengan telur rata-rata.

3. Ambik sotong yang berlumuran telur dan digolek-golek ke dalam campuran tepung ubi dan digoreng di dalam minyak yang panas sehingga garing. InsyaAllah kalau ikut resepi ni sotong tak telanjang lagi...

Pita Daging Dan Thousand Island

Nasi Goreng Cendawan


Tak sempat lagi nak tulis resepi coz nak gi main bowling dulu. Dah tensed la buat proposal project sem akhir..

02/06/2009
Finally, ari ni ada lapang skit kat opis..so boleh menaip resepi. Sekarang students semua cuti, 1 modul dah siap, tunggu masa untuk hantar untuk printing je. Ye lah..tensed sebenarnyer kat opis aku yang haru biru ni..ada ke boss aku, dia arahkan staf dia reshuffling tempat duduk pensyarah..alasannya tak mau ada puak2..isy mana la puak2 dah tetua ni..aku sebenarnyer bukan tak nak ikut arahan dia suruh pindah tempat duduk..tapi memikirkan banyaknyer barang2 yang aku nak kena angkat..aku tak larat...buku2 yang bertimbun2, nota2 yang berkoyan2..tak termasuk lagi cenderahati given by the students..PC lagi..makin kurus kering la aku nak angkat semua2 tu. lagi pun aku selesa dok level bawah..tak yah panjat tangga..maklu la..aku ni sempot..heheheh...kekadang aku terpikir2, tak ader lagi ker cara lain yang bos aku leh introduce untuk merapatkan silaturrahim antara staf selain dari reshuffling tempat duduk ni...uhukssss walaubagaimanapun, kita share resepi dulu...


NASI GORENG CENDAWAN

2 mangkuk nasi - masak nasi untuk buat nasi goreng ni elok 'seroi' sikit kata orang utara
3 ulas bawang putih - ketukkan pecah-pecah
1/2 cawan isi ayam - dipotong kecil-kecil
6-7 ekor udang - nak letak banyak pun tak aper, bergantung kepada bajet dan stok dalam peti ais
1 paket cendawan tiram - siat kecil
1/2 camt serbuk lada hitam
3 biji cili api - ketuk pecah
1 biji telur
2 camb sos tiram
garam gula to taste
minyak untuk menumis
Hiasan - daun sadri, badan panggang, bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Masukkan telur dan dikacau macam nak buat scrambled egg. Angkat telur dan ketepikan. Tumiskan bawang putih hingga kuning dan garing.

2. Masukkan ayam dan udang. Masak hingga ayam dan udang empuk.

3. Tambahkan serbuk lada hitam, cili api, sos tiram dan cendawan. Kacau rata.

4. Masukkan nasi yang telah dihancurkan dan juga telur hancur. Kacau rata-rata. Rasakan garam gula.

5. Semasa menghidang, taburkan bahan-bahan hiasan.

Kalau kat restoran harga nasi goreng cendawan ini ialah RM4.50 heheheheh

Laksa Johor


My boss and neighbors said the laksa was good heheheh :)

First time aku makan laksa Johor ni waktu tu aku tengah further study buat Masters in Education kat Batu pahat dulu. Kawan lama yang perkenalkan. Kebetulan umah dia tepi akunyer Institut so dia bawakan dalam tupperware dengan tangannyer yang berbalut coz baru kena accident motor. Cian dia. Kekadang aku memang ingat dia. Tapi dah lost contact. Penah cuba call no phone umah family dia kat PJ tapi tak dapat connect, agaknyer dah tukar no phone. Pernah gak aku antar kad jemputan kawin masa aku nak kawin dulu, tapi no reply. Aku memang tatau aper2 dah pasal kawan aku ni. Idup lagi ke, sihat ke. Tapi setiap kali makan laksa johor aku memang akan ingat kat dia...

LAKSA JOHOR

Laksa:
1 paket spaghetti - aku pakai san remo, akuk memang kurang percaya dengan brand lain.
1 camt garam
1 liter air

Kuah:
1/2 kg ikan - aku suka campur ikan kembung, ikan sadin dan ikan tenggiri
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 cawan udang kering - kisar
6-7 biji cili kering - ikut suka pedas, nak lagi pedas letak la lagi banyak
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 paket rempah kari ikan - aku guna baba's
3-4 keping asam keping
2 mangkuk santan
2-3 batang serai - ketuk
2-3 camb kerisik

Hiasan
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Telur Rebus
Taugeh
Limau kasturi

Sambal:
Cili kering
Cili Api
Belacan
Limau kasturi
Asir asam jawa
Bawang putih
Secubit garam


Cara-caranya:

1. Spaghetti direbus dengan air dan secubit garam hingga empuk. Bila dah empuk, angkat, tos dan digaul dengan sedikit butter supaya spaghetti tak melekat sesama sendiri.

2. Bahan-bahan hiasan dihiris kecuali telur rebus dihiris nipis. Telur dipotong 4.

3. Ikan direbus hingga masak. Angkat. Ambil isinya dan dikisar. Bahagian tulangnyer jangan dibuang. Kisar dan tapis ambil airnyer sebab air kisar tulang ikan ni manis rasanya dan menambah rasa kepada kuah laksa.

4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis semua bahan kisar dan serai hingga garing dan wangi.

5. Bila dah wangi masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga rempah masak dan ditambah kerisik.

6. Masukkan santan dan isi ikan yang dikisar beserta dengan asam keping. Masak hingga kuah mendidih. Jangan dibiarkan hingga santan pecah minyak, nanti tak sedap. Rasakan garam gula.

7. Untuk sambalnya, kisar semua bahan kecuali limau kasturi. Limau kasturi dihiris nipis dan digaul bersama sambal.

8. Hidangkan laksa dengan kuah, accessories, dan sambal.

Muffin Nestum


Asal resepi ni bukan untuk buat muffin, asal resepinyer untuk buat kek biasa je. Tapi bila memikirkan yang my girls ni memang suka makan sambil main so i modified jadi muffin. Senang sikit depa nak makan sambil main. Depa ambik 2-3 biji sumbat masuk poket seluar and terus main. Poket seluar tu jangan cerita la penuh dengan habuk muffin dan berminyak-minyak..haiii...First time aku buat muffin ni aku memang tak sempat nak merasa langsung. Dah siap buat kek ni, aku naik tingkat atas umah, mandi dan solat. Bila aku turun aku ternampak anak aku yang sulung tu tengah berkumpul dengan anak2 jiran aku sambil menghadap 1 tupperware muffin ni. Tup-tup licin. Sedap depa kata. Maka malam tu aku terpaksa buat another batch of this muffin. Aku tak kisah depa nak makan sampai abis. Memang masak untuk anak2 pun. And aku lagi suka bila tengok dengan anak jiran aku sekali suka muffin ni. Actually senang jer nak membuatnyer, cuma nak mula membuat tu yang malas sikit heheheh... Kalau ikut adunan yang aku buat, aku dapat 32 muffins.


MUFFIN NESTUM

300 gm butter
230 gm gula kastor
6 biji telur
210 gm tepung gandum - ayak
1 camt baking powder - ayak
200 gm serbuk kacang hazel (hari tu aku tak ada kacang hazel, aku pakai kacang tanah je, serbuk badam pun ok gak)
20 gm susu tepung - ayak
100 gm nestum
1 camt esen vanilla
1/2 camt garam
cawan kertas

Optional - coklat chip, cranberries
Hiasan - manik hiasan, krim mentega pelbagai warna (kalau nak menghias laaa which i did not)


Cara-caranya

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Tambahkan telur satu persatu dan teruskan pukul.

3. Tambahkan esen vanilla. Masukkan tepung yang telah di ayak, susu tepung, baking powder, garam. Pukul sebati.

4. Tambahkan serbuk kacang, coklat chip, cranberries dan nestum. Kacau lagi hingga sebati.

5. Masukkan ke dalam cawan kertas sebanyak separuh penuh dan dibakar 180'C selama 20 minit atau apabila muffin kelihatan perang. Sentiasa cek menggunakan lidi.

6. Bila muffin dah sejuk, boleh dihias dengan krim mentega.

Puding Roti


Puding paling senang untuk disediakan dan disukai oleh seisi keluarga. Selalunyer puding roti ni terjadi kat umah aku bila ada roti gardenia yang berlebihan dan dah nak sampai expiration datenye. Selalunyer roti kat umah tu tak sempat expired, cepat je abis nyer. Hari tu aku makan kat Warongku Proton City, sedap puding rotinyer, well a few frens said it was too sweet, puding roti tu biasa je but dia sediakan juga syrup poured on the pudding..mmm tu yang aku buat aku teringat tu..aku lak memang suka dengan puding yang sweet ni (not good for d health huh). Di sini aku sedikan recipe tanpa the syrup. Kalau nak buat syrup dia senang je..just buat karamel and campurkan dengan susu cair and butter untuk memekatkannyer. Boleh gak pekatkan dengan sesudu bancuhan tepung gandum. Aku suka puding ni


PUDING ROTI

10 keping roti - french loaf ataupun gardenia je. Buang tepinyer yang perang tu (selalunyer aku tak buang coz every family member suka part tepi roti tu but the sake of the prezentation maka kenalah buang tepinyer)
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
1 cawan susu pekat - ikut suka manisnyer
2 camb honey
secubit garam
1 camt vanila
2-3 biji telur
1 camt serbuk nutmeg@all spice@ kulit kayu manis
Butter - potong kiub
Hiasan - coklat chip, cranberries, kismis, cherry

Cara-caranya:

1. Greasekan pan pembakar dengan butter

2. Pukul semua bahan sama-sama kecuali roti dan bahan-bahan hiasan. Susun 1 layer roti ke dalam bekas pembakan.

3. Tuang batter ke dalam bekas yang disusun roti yang disiat. Tuang batter hingga roti tenggelam dan soaked. Taburkan butter yang potong kiub dan bahan-bahan hiasan.

4. Ulang layer hingga habis. Atas sekali tuangkan batter dan hiasan

5. Bakar 170' C selama 20-30 minit atau hingga adunan tak melekat pada lidi bila dicucuk.

Dried Chilli Chicken


Ramai pulak frens tanya macam mana nak masak ayam dried chilli ni. Terus terang lah aku cakap masa masak menu aku main campak jer..selalu makan menu ni kat Garden Seafood. Tapi tak der nanya tukang masaknyer cam mana nak masak, malu lah pulak, tapi bila balik umah belasah jer lah try and error. Agak2 jer, masa makan tu cubalah rasa dengan lidah aper bahan-bahan yang diletak. Bila balik cuba la. Aku memang suka test recipe and improvised hehehe..Jom share the recipe:




DRIED CHILLI CHICKEN

200 gm ayam - potong kecil-kecil, perap dengan halia, bawang putih dan sedikit garam
6-8 biji cili kering - potong panjang-panjang
3 biji bawang putih - mayang
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - mayang
shitake mushroom - potong serong, kecil-kecil
2 camb sos tiram
2 camb kicap pekat
1 camb kicap manis
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara-caranya

1. Ayam yang telah diperap digoreng hingga masak dan kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, pakai minyak gorengan ayam pun tak aper, tumiskan bawang, halia dan cili kering yang dihiris hingga wangi dan perang.

3. Masukkan semua sos dan juga cendawan. Kacau sebati. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati. Rasakan manis dan masinnya. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun ketumbar.

Cik Mek Molek


Rerupanya selepas 5 bulan tinggal kat umah baru, tanaman aku kat bakang umah tu memberikan hasil hehehe walaupun aku mengamalkan sistem 3T (tanam, tinggal, tuai).
ubi keledek yang aku tanam atas batas yang hanya panjang sedepa tu dah berisi dan isinya memang besar-besar..punyalah aku seronok tak terhingga. Semangat berkobar-kobar lah pulak nak menanam benda lain such as ubi kayu (pucuk boleh masak lemak, ubi boleh buat lepat), pisang, betik..kangkung, sawi..isy best lah..the girls memang suka kuih ni..along memang suka tolong gentelkan kuih ni sekali..tapi biasalah bebudak yang gentel..intinya mesti keluar..tapi tak kisahlah janji dia ada gak keinginan nak nolong kat dapur..heh..orang pompuan..mengaji setinggi mana sekalipun, tetap fail jadi pompuan kalau tak reti masak..tapikan..kat US kan..yang masak memasak untuk keluarga ni orang laki tau...


CIK MEK MOLEK

4-5 biji ubi keledek
1 cawan tepung gandum (sebenarnya sukatan ni subjective..kalau ubi tu besar-besar may be 1 cawan tepung tak cukup..pendek kata sukatan ni bergantung kepada tangan orang yang menguli)
gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan air hingga empuk. Bila dah empuk, angkat tos, kupas kulitnye dan dileyek.

2. Ulikan bersama tepung gandum hingga menjadi doh yang sesuai, tak melekat ditangan. Tapi harus diingat terlalu banyak tepung akan menyebabkan kuih menjadi keras dan boleh buat baling ke dinding hahahahaha.

3. Ambik sedikit doh tadi dan dibuat bentuk bulat dan dileperkan (macam gaya nak buat kuih karipap gitu) dan diletak 1 camt gula pasir. Bentuk kan kuih menjadi bujur (macam karipap, cuma tepinya tidak dikelepet macam karipap). Buat hingga habis.

4. Goreng dalam minyak yang penuh hingga garing. Biarkan sejuk dulu baru di makan sebab takut gula yang panas memedihkan mulut.

Sambal Tempe


Masakan kegemaran hubby. Menu berasaskan kacang soya, bagus ni untuk kesihatan. Di samping menjaga kehalusan kulit. (Halus ke kulit aku? tak ponnnnnn hahahahah)










SAMBAL TEMPE

Seikat tempe - biasanyer kalau kat area Tanjong Malim ni seikat tempe consists of 3 bungkus tempe yang dibungkus berasingan. Make sure beli tempe yang dibalut dengan daun pisang..coz taste dia lain hehehe. Tempe digaul garam kunyit dan digoreng garing.
3 ulas bawang putih - mayang
4 ulas bawang merah - mayang
1 labu bawang besar - kisar
3-4 biji cili kering - kisar
sedikit belacan - kisar
1 cawan ikan bilis - digoreng
1 cawan kacang tanah - digoreng
Sedikit air asam jawa

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah yang dimayang hingga wangi.

2. Masukkan cili kering yang dikisar dan dimasak dengan air sehingga cili kering masak. Kalau cili kering tak masak boleh menyebabkan sakit perut.

3. Bila cili kering kering dah masak dan pecah minyak, masukkan air asam jawa dan dibiarkan sekejap.

4. Masukkan pula bahan-bahan kisar yang lain (bawang besar, belacan) Masak lagi hingga pekat. Bila kuah dah pekat masukkan tempe yang dah digoreng garing, ikan bilis goreng dan juga kacang tanah goreng.

5. Kacau rata-rata dan dirasakan garam gulanya.

YUMMYYYY!!!!

Monday, March 16, 2009

Nasi Kebuli


Picture first. Recipe will be posted later. Very busy with my final sem project. At the moment, i'm preparing the proposal for my case study. In fact, i haven't identified the advisor yet. Just got the topic yesterday, after many many nites of insufficient sleep due to unorganized nerve in my brain caused by lots and lots of thinking about the topic. At fisrt I thot getting the topic is easier than doing the case study itself. But after going through it myself, then i came to realize that thinking about the topic is much much more difficult than carrying out the project itself. No wonder lah those who work in the area that job specification requires the use of cognitive ability is paid higher than those that requires the use of physical ability. Coz once you get the topic, the overall picture is easily and clearly displayed... hehehehe.... Very lucky coz hubby's friend is very helpful and agreed to let me do a case study on his organization. hope the viewers will enjoy looking at the picture, please keep on coming back for the recipe...

Here's the recipe....(28 May 2009)

NASI KEBULI

2 pot beras basmathi
300 gm daging cincang
1/2 cawan minyak sapi
2 camb rempah beriani
6 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
2 cawan susu cair
pewarna hijau (bila dah bercampur semua sekali nasi kebuli ni tak nampak warna ijau pun heheh)
garam dan air secukupnya
saffron - tumbuk halus
badam panggang, daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan yang dimayang dan rempah wangi hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan daging kisar dan dimasak daging hingga empuk dan garing. Kemudian dimasukkan pula rempah beriani. Kacau hingga naik bau.

3. Tambahkan air, susu, garam, beras, daun pandan, saffron, dan pewarna hijau. Tanak macam masak nasi biasa. Hias kan dengan daun ketumbar, daun pudina, badam dan bawang goreng.

4. Boleh dimakan bersama dalca dan lauk-lauk yang biasa dimakan dengan nasi minyak...

Resepi ni untuk Kak Kasmani..cian dia..visit my blog but the recipe still tak der walaupun berkali kali visit ye? Sekarang dah boleh cuba..and don't forget to tell me how it taste..

Esok i'll update yang lain-lain..

Skg nak teman anak kecik i tengok Keliwon heheheh

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...