Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, January 31, 2013

Tuna Salmon Puff

Sapa kata kita balik kerja pun tak sempat nak masak untuk tea?
Kalau kreatif semua menjadi...yang penting ada keinginan dan minat...jom mieza share satu resepi senang dan sedap dan diminati ramai..

1. Selalu simpan frozen puff pastry  dalam freezer..frozen puff pastry tahan lama..selagi belum expired selagi itulah boleh simpan dalam freezer. Ramai orang dok beli brand kawan, mieza pun. Tapi kali ni mieza jumpa brand lain dalam saiz yang lebih besar.Lupalah pulak brand apa.

2. Selalu ada stok makanan dalam tin seperti sardin, tuna, etc.

3. Susu segar dan telur juga mesti selalu simpan..


Dalam pukul 4.50 sebelum balik mieza akan call anak dara mieza supaya keluarkan puff pastry. Sampai kat umah dalam 5.45 terus boleh mula masak sebab pastry dah lembut. Siap-siap solat asar kat opis sebelum punch out supaya tumpuan kepada memasak boleh diberikan 100% chewaaahhhh

Jom tengok resepinya:


TUNA SALMON PUFF
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Puff pstry secukupnya
1 tin Tuna Salmon
1 biji telur gred E
1 sb susu segar

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180,C. Sapukan dulang pembakar dengan sedikit butter.
2. Ambil sekeping puff pastry. Jika pastry besar bolehlah potong berbentuk segiempat sama ikut saiz yang bersesuaian.
3. Letakkan 1-2 sb isi tuna salmon di tengah-tengah pastry. Lipatkan menjadi bentuk segitiga.
4. Tekan hujung pastry dengan garfu agar tidak terbuka semasa membakar dan juga untuk mendapatkan corak.
5. Dengan menggunapan hujung pisau yang tajam, cucuk-cucuk bahagian atas puff supaya udara boleh keluar dengan senang semasa membakar.
6. Di dalam satu bekas satu dan kocokkkan telur bersama susu segar. Sapukan ke atas puff. Taburkan bijan hitam jika suka (mieza tak der stok)
7. Bakar selama 7-8 minit atau hingga puff keperangan.
8. Hidangkan panas.


Kan senang je tu..anak-anak dan suami pun suka...
Sambil memasak sambil berselawat..insyaallah suami akan jadi penyayang anak-anak pula mendengar kata dan senang menerima teguran.
Wallahu a'lam..

Wednesday, January 30, 2013

Chocolate Mint Pudding

Assalamualaikum...
Sapa suka puding cekelat sila angkat tangan cepat!!!!!
Ni nak kasi free nihhhhh !!!! Heheheh

Bangun pagi disuatu hari cuti terus buka TV..mesti nak tengok Food Network ataupun AFC..sebab itu adalah 2 channel faveret mieza...sekali ternampak Aarti tengah masak choc pudding kat FN fullamakkkkk terliur... suami pun mintak dibuatkan choc pudding...isy! Tak tahan! Dulu-dulu masa mieza belajar di universiti, mieza ambil peluang kerja part time kat cafe univ..nama cafe tu Sandburg Cafe'...cafe ni untuk pelajar hostel..memang ramai pelajar Malaysia kerja kat situ maklumlah duit biasiswa yang gomen kasi tak cukup ahakkkssss...kami ekrja dibayar pada harga USD5.50 sejam..alhamdulillah sebulan dapatlah dalam USD600.00...lepas ;a shopping hahaha

Tapi masa dulu-dulu chef ajar mieza buat choc pudding guna premix..senang giler lah...dan mieza boleh deco ikut suka hati mieza...selalunya choc pudding yang dsiplay dalam fridge kat cafe tu memang sekejap je abis...kalau tak silap mieza ia dijual pada harga USD1.50 sebekas...back in year 1997 la kan hehehe


Terus mieza menggoogle resepinya...baca review and so on..jadi mieza decided to give this recipe a try...cuma next time mieza nak recudekan sugarnya..sweet sangat...dan mieza juga ingat nak tambahkan 1 st gelatin kasi dia pejal skit...hmmmm sedappp!!!


CHOCOLATE MINT PUDDING
Recipe: David Bonnom @ Myrecipes.com
Source: Mieza @ WAWMC



Ingredients
     
    3 cups fat-free milk

    1/2 cup packed fresh mint leaves (about 1/2 ounce)
    2/3 cup sugar
    1/4 cup cornstarch
    3 tablespoons unsweetened cocoa
    1/8 teaspoon salt
    3 large egg yolks, lightly beate
    1/2 teaspoon vanilla extract
    2 ounces semisweet chocolate, chopped
    Mint sprigs (optional)







Preparation

1. Heat milk over medium-high heat in a small, heavy saucepan to 180° or until tiny bubbles form around edge (do not boil). Remove from heat; add mint. Let stand 15 minutes; strain milk mixture through a sieve into a bowl, reserving milk. Discard solids. 
2. Return milk to pan; stir in sugar, cornstarch, cocoa, and salt. Return pan to medium heat; bring to a boil, stirring constantly with a whisk until mixture thickens.
3. Place egg yolks in a medium bowl; gradually add half of hot milk mixture, stirring constantly with a whisk. 
4. Add egg mixture to pan; bring to a boil, stirring constantly. Cook 1 minute or until thick. 
5. Remove from heat; add vanilla and chocolate, stirring until chocolate melts. 
6. Pour pudding into a bowl; cover surface of pudding with plastic wrap. Chill. Garnish with mint sprigs, if desired.
7. Serve cold

Tuesday, January 29, 2013

Ikan Bawal Goreng Portugis

Setelah 5 hari bercuti..masuk ke opis hari ni dengan penuh kemalasan melanda..post holiday sindrome...petang pula ada meeting...alahaiiiii...

Badan pula seram sejuk...hidung  belah kiri dah tersumbat..tekak pula sakit bila menelan air liur...bersin jangan cakaplah tak henti-henti...sebungkus tisu dah habis...tandanya mieza dah diserang selsema...teringin nak bercuti sakit tapi kerja yang bertimbun di pejabat menyebabkan mieza terpaksa cancel niat di hati selagi larat drive keta...huhuhuhu


Ikan bawal ni mieza masak dah last week...selalunya orang buat ikan bakar portugis...hari tu mieza cukup malas nak idupkan bara api..malas yang amat sangat..selalunya kerja-kerja menghidupkan api ni kerja encik hasben...dia pun malas..akhirnya kami goreng dan buatkan sambal portugis...sedapppppp!!!!





IKAN BAWAL GORENG PORTUGIS
Recipe: Chef Wan

 Bahan-Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
Garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan

 Dikisar Halus
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut






Cara-Cara:

1. Ikan bawal dilumurkan garam yang ditumbuk bersama kunyit dan bawang putih. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
 2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula. Masak hingga sedikit pecah minyak.
3. Tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng. Hidang bersama nasi putih

Kalau rajin nak membakor memang sedap dibakar hehehe...tapi nak jimat masa, kita goreng sajaaaaa....

Selamat mencuba ^__^

Monday, January 28, 2013

Nasi Tomato Berserai dan Ayam Kandar

Assalamualaikum..dan salam sayang...
Seronoknya kan minggu ni cuti hujung minggu yang panjang..bagi yang mengambil cuti tersepit pada hari Jumaat yang lepas memang dapat 5 hari cuti terus..ramai yang balik kampung..memulanya mieza bercadang nak ajak hubby bawa anak-anak jalan-jalan hari ni...tetiba terbaca di FB ramai yang up status mengatakan jalan jammed teruk...jadi kami mengambil keputusan untuk bermalas-malasan di rumah je..tak tau kenapa hari ni mieza tak der mood nak masak-masak..jadi mieza pilih menu tengahari yang cuma memerlukan satu lauk je...begini lah jadinya bila malas hahahah

Sebelum tu sekali lagi mieza nak ucapkan tahniah kepada rakan blogger yang juga mieza anggap macam kakak bagi mieza iaitu Kak Salami Simon kerana telah memenangi MAGGI Contest yang mieza anjurkan..mieza pun join rasa seronok sekali...insyaAllah, semoga MAGGI memilih blog WAWMC lagi untuk menjadi host sebarang contest pada masa yang akan datang...


Sebenarnya ada menu lain yang mieza nak postkan dulu kat sini...tapi bila mieza share gambar nasi tomato ni kat FB cousin kesayangan mieza yang berada nun di Kuantan minta resepi sebab dia teringin nak cuba...jadi mieza dahulukan entry yang ini demi Kak Long Masturaini...semoga dapat membantu Kak Long dan rajin-rajin masak untuk suami yang tercinta...



Nasi Tomato ni juga mieza masak sebab inspired by Kak Amie yang telah memenangi MAGGI Contestyang mieza dan MAGGI anjurkan...mualllh sedappppp!!!!

NASI TOMATO SERAI
Source: Kak Nor @ Secubit Garam & Kak Amie @ Amie's Little Kitchen
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan A:
 3 mangkuk beras basmathi PUSAGOLD - cuci dan rendam selama 10 minit
4 sudu makan minyak sapi
5 sudu besar puri tomato
2 sudu makan Sos Tomato Maggi - mieza tak letak yang ni
1 cawan  susu cair
2 sudu makan yogurt asli

Bahan B:
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 ulas bawang merah -hiris halus
4cm halia - hiris halus
2 batang serai - dititik
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

Bahan C:
3 mangkuk air - ikut sukatan beras
3 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggi - mieza guna kiub ayam
Garam secukup rasa - mieza tambah

Bahan D:
1/2 cawan kismis
1 cawan kacang gajus goreng - mieza tak letak pun sebab malas nak panggang gajus...inilah jadinya bila aku malas hahahaha

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi. Tumis semua bahan B hingga harum dan layu.
2. Masukkan puri tomato, sos tomato maggi , susu cair dan yogurt.
3. Tambahkan Bahan C dan biarkan mendidih..
4. Masukkan beras dan garam. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Apabila air sudah kering, taburkan kismis di atasnya, kemudian tutup periuk rapat-rapat.
7. Setelah nasi masak, angkat dan taburkan kacang gajus sebelum dihidangkan.



Pasangan kepada nasi tomato pada hari ini ialah Ayam Kandar..masya Allah sedap sungguh ayam ni...sapa yang belum cuba mesti mencuba tau...memang sedap..tak tau dah nak cakap macam mana lagi..kenalah cuba sendiri baru boleh cerita...resepinya mieza jumpa kat dapur Kak Nor Ganu..salah sorang blogger masakan yang mieza kagumi...


AYAM KANDAR
Source: Kak Nor @ Secubit Garam
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa


Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih


Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.
3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
5. Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.




Kalau makan nasi tumis mestilah kena ada acar mentah kan baru lah umphhhhh...heheh

ACAR MENTAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 batang timun
1 batang carrot
3 biji cili merah - hiris serong
2 biji bawang besar - hiris nipis
3 sb cuka makan
1 sb gula
1/2 sb garam

Cara-cara:

1. Timun dikupas kulit, belah, buang empulur tengah dan dipotong seperti di dalam gambar.
2. Carrot dicuci dan juga dipotong memanjang seperti dalam gambar.
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaul rata. Perasakan manis dan masin.


Minumannya ialah air Barbican..beli kat Tesco hari Sabtu lepas...murah pulak..selalunya RM3 sebotol tapi semalam dapat RM2.50..terus angkat 1/2 dozen...malas pulak mieza nak bancuh air sirap hehehe


Jemput makan semua...dan selamat mencuba buat kak Long Masturaini...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...