Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, August 26, 2012

Salam Aidil Fitri..Minal Aidil Wal Fa'izin

Tahun ni sambut Aidil Fitri di kampung suami..koleksi gambar raya kenang-kenangan

Udara dingin hening pagi
Tabuh fajar mulanya hari
Aidil fitri menjelma lagi
Semuanya wajah berseri-seri

 Sekembali dari solat sunat aidil fitri
Bersama ibu mertua dan adik-beradik belah suami...

Sehari sebelum raya...menghidupkan api untuk bakar lemang..

Api bukan main lagi padahal lemang cuma 7 batang ^__^

First time buat lemang...dimasterchefkan oleh biras ku..

Wawa, cousins, and frens...kemain lagi posing ala K-Pop

Wawa and her feveret cousins...

Ini je gambar mieza satu family yang paling cantik..yang lain
tak cantik sebab susah betul nak kasi anak laki kesayangan
 tu dok diam..

Suami bersama ibu dan adik-adiknya..

Family adik ipar dari Putrajaya..

Fewiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttt...anak dara sapa la ni?????

Sayang nenek kepada cucunya....

Beratur untuk terima duit raya...

Mieza pun beratur jugak!

Semua suspen nak terima duit raya!

Nangis sebab tak dapat bonus berpuasa...sian cihah...

"Maafkan segala dosa abang ye mak.."

Hero pujaan Malaya!

Dah besar anak dara Mama!

Pengantin lama posing outdoor!

Acara menggemukkan diri di umah uncle di Pokok Sena...

SALAM AIDIL FITRI

Saturday, August 25, 2012

Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Assalamualaikummm...Selamat hari raya aidil fitri..minal aidil wal fa'izin...
tentu meriah sakan hari raya yang disambut sejak seminggu yang lepas..alhmadulillah..seronok sangat balik kampung...dan hari ni dah selamat kembali ke Tanjong Malim...penatnya jangan cakap la kan..rasa nak terus tidooooo je..tapi bila tengok umah tak berkemas dan kain baju bertimbun untuk dikerja kan rasa tak sedap pula nak beristirehat..kot kot sampai tetamu secara mengejut waaaa malu sakan nanti...


Penat-penat pun terpaksa lah masak juga untuk dinner sebab encik suami dah tak larat nak kuar makan..katanya nak lepak depa tv je malam ni...sib bek ada bekalan daging salai yang dibeli sebelum raya hari tu..boleh la dikerja kan untuk hidangan malam ni...esok pagi je la kita ke market...


Mieza tamau pot pet panjang sebab penat huwaaaa...jom belek resepi..sedap banget tauuuuu

MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

300 gm daging salai - hiris nipis
5-6 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
3 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - disiat
1 mangkuk santan
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Satukan semua bahan di dalam periuk
3. Masak hingga kuah mendidih.
4. Rasakan garam gula. Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA
&
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ^__^

Thursday, August 16, 2012

Black Pepper Sliced Beef

Assalamualaikum..wah wahhhh dah berkemas-kemas nak balik kampung ke tu? Ke dah sampai pun ke kampung?Jalan jam tak? Harap-harap perjalanan semua lancar la ye..

InsyaAllah mieza akan balik kampung juga..cuma lambat sikit..hari ni mieza postkan anak mieza yang tengah si Wawa tu balik kampung dulu ikut auntie dia...happy la dia dapat jumpa nenek dia awal...tapi mieza yang kerinduan...esok mieza masih lagi bekerja..lepas kerja baru lah boleh bertolak balik..tak sabar!


Mood nak masak pun tak ada sebab tak cukup ahli keluarga..ini pun may be entry terakhir sebelum raya...suami kata makan je la kat luar...malas pula mieza sebab masih ada lagi bahan dalam freezer tu elok lah dihabiskan sebelum balik kampung...esok ok lah kalau nak ebrbuka kat luar sebab nak cepat balik kampung...black pepper beef ni mieza masak semalam..alhamdulillah sedap sangat!
Tak mau dah bebel banyak-banyak sebab tengah syahdu nak raya hahahha jom tengok resepi..

BLACK PEPPER SLICED BEEF
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

300 gm daging patang - potong nipis
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sb sos lada hitam
1 sb kicap manis
1 biji bawangg besar - potong bulat
Sedikit cili benggala merah dan hijau - potong
3 sb minyak utuk menumis
Kacang pea - jika suka

Cara-cara:

1. Cuci daging sampai bersih dan perap dengan garam dan serbuk lada hitam selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga daging masak dan empuk. boleh masukkan sedikit air jika perlu untuk melembutkan daging.
3. Sementara menunggu daging empuk, kisar/tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
4. Bila daging dah empuk, masukkan bahan kisar ke dalam daging dan kacau hingga wangi.
5. Kemudian masukkan  sos lada hitam dan kicap serta sedikit air jika kuah terlalu pekat.
6. Akhir sekali masukkan bawang, cili benggala dan kacang pea. Masak hingga bawang dan cili benggala layu dan kacang empuk.
7. Rasakan masin dan manis. Sedia untuk dihidang



Ini pula kerabu kegemaran encik suami...Kerabu Daun Selom dan Ikan Salmon...sedap katanya...dalam banyak-banyak kerabu, kerabu yang ini yang jadi kegemaran dia hingga kerap sangat suruh buat...resepinya boleh rujuk kat SINI..

Monday, August 13, 2012

Carameled Banana aka Sira Pisang

Dah masuk ke penghujung Ramadhan ni, semakin malas rasanya nak masak untuk berbuka mahupun untuk sahur..tak der mood sebab mood tatkala ini hanyalah nak  balik kampung untuk beraya hehehe..nak berblogging pun tak der mood hahaah...tak sabar rasanya nak tunggu Jumaat datang...anak-anak nak balik kampung dulu tumpang auntie depa yang nak balik awal..malas tunggu mama sebab lambat sangat kata depa..ye la mama kena save cuti sebab nak cuti lama sikit untuk raya..kalau diambil cuti lagi pada hari Jumaat risau pula sebab masih ada lagi 4 bulan hingga akhir tahun dan cuti mieza hanya berbaki lagi 11 hari je...

Oleh sebab mood raya dah datang...mieza cuma berminat untuk buat kek raya je..masak-masak untuk iftar ni main campak-campak je laaaa hehehe...lagipun bahan mentah dalam peti ais tu tak berapa nak meriah sebab tak ke pasar..cuma nak abiskan apa yang ada je..suami kata masak sampai Rabu je..Khamis dan Jumaat kita iftar kat restoran..uhhhh indahnya kata-katamu itu kekanda!


Sabtu lepas jiran mieza kasi pisang awak 1 sikat...oleh kerana elok dah masaknya pisang tersebut maka terpaksalah mieza kerjakan dia..sira pisang ni dessert fames di negeri kelatan nun..sedap..manis-manis..well manis manis tu kan sinonim dengan orang Kelate hehehe..oleh sebab suami mieza tak suka makanan manis...maka mieza cuma kerjakan 3 biji pisang je untuk hari ni...


SIRA PISANG

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
3 biji pisang awak (Pisang Kebatu)
5 sudu besar gula
1/3 cawan air
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara:

1. Pisang dipotong serong. Sebiji pisang dipotong serong kepada 4 bahagian. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan lain di dalam periuk dan masak hingga air gula mendidih.
3. Masukkan pisang dan renehkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, August 8, 2012

Popcorn Chicken

Salam sayangggg semua...wah dah kenyang ye makan masa berbuka...mesti banyak makannya..dan sudah tentu hidangannya sedap-sedap semuanya.. alhamdulillah..syukur ke atas rezeki yang Allah kurniakan..

Mieza hari ni rasa malas pula nak masak..penat rasanya seharian berkursus..depa ni pun kan dalam bulan posa la depa nak buat kursus..tu nak save bajet makan la tu huwaaaa...sampai ati kan hehehe...hari ni mieza dikursuskan..esok lak kena bagi kursus pula...seharian lagi la di dalam bilik kursus...jadi malam ni mieza belek-belek slide untuk dipresent esok...dan juga fikirkan dan google game yang sesuai...kang audience boring lak kan..wish me luck friends :)



Dalam entry sebelum ni mieza janji nak share resepi chicken popcorn...tapi ini chicken popcorn versi simple..hehehe untuk isteri-isteri dan ibu-ibu berkerjaya macam mieza yang balik umah pun dah pukul 6 pm huhu..ini pun ambik gambar cepat-cepat sebab dah pukul 7pm..lagi 1/2 jam nak berbuka..resepi ni cukup simple tapi  sedap dan rangup..


CHICKEN POPCORN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan perapan ayam:
2 keping dada ayam - hiris nipis atau didadukan
1 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam
1 biji putih telur

Bahan tepung salutan:
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung goreng ayam -  mieza guna brand Pak Long...brand apa pun OK
2-3 sb serbuk kari ayam
3-4 sb nestum - mieza guna nestum madu




Cara-cara:

1. Ayam diperap dengan bahan perapan selama 1/2 jam.
2. Di dalam mangkuk, gaulkan semua bahan tepung salutan sehingga rata.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil satu kepingan ayam yang telah diperap. Golekkan didalam adunan tepung dan goreng hingga keemasan.
4. Angkat dan toskan minyak. Ulang hingga habis.
5. Hidangkan bersama sos pilihan..boleh juga dimakan dengan nasi putih.


Mieza berbuka tak makan nasi pun hari ni..makan sedikit mee sup kemudian terus makan chicken popcorn cicah sos cili...

Senangkan...dan digemari anak-anak...

Malam ni mieza nak tido awal...esok pukul 830 am kena bagi ceramah pendaftaran perniagaan/syarikat....tapi sebelum tido kena niat puasa dulu hehehe

Salam Ramadhan ^__^

Sup Tofu Telur Bersama Chicken Popcorn

Assalamualaikum...
Mieza ni dalam course 5S sebenarnya..tapi alahai sleepy yang amat..maklum la bulan posa..kalau tak bulan posa leh gak mamam sweets kan..or sipping some plain water...sebenarnya ini kali kedua mieza dihantar ke kursus 5S tapi tempat kerja mieza kat opis tu tak gak kemas ahahhaa...agaknya sebab tak kemas la mieza kena gi course ni lagi...kat umah tu lagi tak sempat nak wat 5S sebab baru je sisih, belum lagi susun terus sepah balik heheheh...

Oleh sebab boring dan ngantuk meh ler mieza update blog jap..
Kat bawah tu sup tofu telur..ni bukan apa..kes terliur nengok zila masak..engkau talh berjaya menggoda daku zila...wawa memang suka sup tofu..katanya "tahu lembut-lembut tu nama apa dah ma?"


Oleh sebab suami mieza tak suka tofu telur..maka mieza masukkan chicken popcorn..bila ada chicken popcorn tu dia makan le juga sebab dia suka chicken popcorn tu kegemaran dia..alhamdulillah..resepinya mieza ubahsuai dari resepi zila..

SUP TOFU TELUR BERSAMA CHICKEN POPCORN
Adapted from: Zila
Source: Mieza @ WAWMC

3 tiub egg tofu
3 ulas bawang putih - didadukan - mieza potong batang mancis
1/2 inci halia - didadukan - mieza potong batang mancis
1 biji bawang besar - hiris - mieza tambah
Sedikit serbuk lada putih - mieza guna serbuk lada hitam
1 kiub ayam
3 biji cili padi hijau - diketuk - mieza potong dadu
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jaggung/tepung gandum -dibancuh bersama 1/2 cawan air
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 biji putih telur
Sayur campur yang digemari seperti -baby corn/kacang peas/brokoli - mieza letak kacang peas, carrot dan baby corn

Mieza tambah:
Bell pepper merah dan hijau - dadu
Sedikit chicken popcorn
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong sepanjang 1/2 inci


Cara-caranya

1.  Celur sayur-sayuran yang digunakan. Mieza skip this part.
2. Potong egg tofu dengan plastik pembungkusnya kepada 2 bahagian kemudian digoreng hingga nampak sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak ke dalam bekas yang sesuai tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan cili api hingga berbau harum.
4. Masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan sedikit air, kiub ayam dan bancuhan tepung jagung dan suaikan kepekatan yang anda kehendaki. Masukkan sedikit lagi air bancuhan tepung jagung jika perlukan kepekatan lebih. Juga masukkan lada hitam dan dikacau rata.
6. Kemudian masukkan putih telur, tak perlu dikacau. Buat seperti 2-3 lorekkan menggunakan garfu. Kemudian masukkan sayuran, dan bell pepper dan biarkan hingga sayuran agak empuk. 
7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
8. Tuangkan ke atas tofu yang telah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. taburkan chicken popcorn.


Untuk resepi chicken popcorn mieza akan kongsikan di dalam entry yang akan datang...insyaAllah..

SELAMAT BERBUKA ^__^

Monday, August 6, 2012

Kuih Ketayap

Masa adik ipar mieza balik kampung hari tu mak mentua ada kirimkan 2 biji kelapa pandan..hubby tolong mieza shred kan dan dok tersimpan dalam freezer..bila masuk bulan posa ni encik suami mula la mengidam nak makan kuih ketayap..memang kuih feveret dia..kalau miezabuat kuih ni untuk minum petang mesti dia makan banyak...dan ulang-ulang sampai habis..satu adunan yang mieza buat ni dapat 14 biji..5 bijinya dingappp oleh encik suami..alhamdulillah...ini semalam punya dessert untuk iftar..masa mieza kecik-kecik dulu mak suka letak gula je sebagai inti..mak kata namanya kuih batang buruk...walau apa pun namanya..walau apa pun intinya...jika dibuat dengan enuh kasih sayang memang sedap...


KUIH KETAYAP
Source: Mieza @ WAWMC

Untuk bater ketayap:


2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan air perahan daun pandan - untuk warna hijau
1 biji telur
Secubit garam
2 helai daun pandan untuk leser minyak pada pan


Cara menyediakan kulit ketayap:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan dikisar sebati.

2. Gunakan pan leper. Panaskan pan di atas dapur. Leserkan minyak pada pan dengan menggunakan daun pandan. Tuangkan sesenduk bater ke dalam pan dan ratakan hingga membentuk kepingan nipis. Bakar di atas api yang kecil.

3. Angkat dan ketepikan.

4. Ulang hingga habis.


Bahan untuk inti kelapa:

1 biji kelapa muda parut
3 keping gula melaka (boleh guna gula hangus atau gula perang. Kalau suka manis boleh tambah gula lagi)
2 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit garam


Cara menyediakan inti:

1. Panaskan air dalam kuali dan masukkan gula melaka dan daun pandan. Masak hingga gula melaka hancur. Kemudian masukkan garam.

2. Kemudian masukkan kelapa parut dan dikacau hingga agak kering. Jangan kering sangat nanti tak syedappp!

3. Angkat dan ketepikan.



Cara menyediakan kuih ketayap:


1. Ambil sekeping kulit ketayap. Letakkan sesudu makan inti.

2. Lipat kedua-dua tepi kulit ketayap ke dalam dan digulung hingga berbentuk seperti 'stick' (refer gambar kat atas tu).

3. Hidang bersama teh atau kopi untuk sarapan ataupun minum petang atau sebagai pemanis mulut di bulan puasa..

Sunday, August 5, 2012

Kerabu Jantung Pisang

Alhamdulillahhhhh...burp burp burpppp sendawa kekenyangan...seronok sungguh makan malam ni..semua masakan ala-ala kampung....permintaan dari encik suami..semalam suami beli mesin rumput baru..Alhamdulillah..licin laman belakang umah suami potong rumput dan buang daun kering..rumputnya dah tinggi betul..sampai mieza nak keluar ambil serai pun takut...kesian juga kat dia dalam bulan posa mieza minta dia potong rumput..tapi dia yang teruja lebih sebab baru beli new toy..terima kasih sayang sebab tolong potong rumput dan kasi yard belakang umah kita nampak kemas...kalau bukan bulan posa dah lama i buatkan u sirap lemon dan cucur jagung..sambil potong rumput leh makan-makan...



Masa suami kemas backyard umah kami terus dia potongkan jantung pisang ni untuk mieza..dia memand tahu sangat yang mieza suka makan kerabu jantung..paling tidak pun mieza akan celur jantung pisang tu dan cicah dengan budu..waaaaa sedapnya...bila siap je kerabu ni tak sabar-sabar mieza nak tunggu waktu iftar...berselera sungguh!


KERABU JANTUNG PISANG
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 jantung pisang - ambil mudanya, celur dan racik kecil-kecil
1-2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sb air asam jawa
Garam gula
3 sb santan pekat
1 biji bawang besar - hiris
1 sb kerisik
1 biji cili merah - hiris

Bahan tumbuk:
1/2 cawan udang kering - rendam dengan air panas hingga kembang
1/2 cawan kelapa parut muda
1 sk lada hitam
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 ulas bawang merah - dibakar dulu
5-6 biji cili api
Belacan - sebesar ibu jari, dibakar dulu




Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaulkan rata. Rasakan garam gula. Hidang mengikut kreativiti.

Senangkan...

Cheesy Prawns

Salam nuzul Quran..cepatnyer masa berlalu ye..dah 17 hari Ramadhan ziarah kit...lagi 13 hari ia akan berakhir..jika panjang umur tahun depan kita jumpa lagi..yang paling seronok ialah anak-anak..tetiap hari dok belek baju raya..tetiap hari Wawa tanya bila hari raya...kata mieza bila kita balik umah atok baru lah raya...alhamdulillah sehingga kini wawa telah berpuasa selama 12 hari...5 hari yang pertama je Wawa tak berpuasa...bila ke sekolah dan ramai kawan-kawannya yang berpuasa dan cikgunya juga bagi input yang baik tentang Ramadhan dan puasa, wawa terus berpuasa hingga kini..alhamdulillah...rasa frust sangat bila mieza ke KFC pada jam 1.30 noon di awal puasa dulu, wawa masa tu belum berpuasa, dia minta dibelikan burger..mieza nampak ramai sangat jejaka muda membeli KFC di drive-thru...nak kata beli kat anak muda sangat mukanya macam tak kawin lagi..waalahua'lam


Jom lah kita tengok resepi udang ni...resepi udang yang menjadi kegemaran keluarga mieza...sedap sanga bagi yang sukakan cheese kena cuba...mieza first time makan kat restoran di pekan Tg Malim...kemudian terus mieza mencuba sendiri di rumah..pantang dibeli udang besar...ini resepi pilihan hhehehe


CHEESY PRAWNS
Source: Mieza @ WAWMC

10 udang galah
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
2-3 biji cili api - potong kecil
1 tangkai daun kari
2 sb butter untuk menumis
Sedikit carrot - potong panjang 1 inci
Sedikit brocolli
1/2 tin susu cair
3- 4 camb parmesan cheese
1 tangkai daun pudina
garam dan gula to taste

Cara-cara:

1. Udang dicuci dan diperap dengan lada hitam, bawang putih dan sedikit garam. Goreng hingga masak dan ketepikan.

2. Panaskan butter dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang besar, daun kari dan cili api hingga garing.

3. Tambahkan susu cair, carrot dan brocolli. Kacau dan masak hingga sayur 1/2 masak.

4. Masukkan pula cheese dan dikacau rata. Masukkan udang yang telah digoreng dan daun pudina ke dalam kuah cheese dan digaul rata.

5. Rasakan garam dan gula.

6. Hidangkan dengan nasi putih....Beshhhhh

Saturday, August 4, 2012

Puding Milo dan Oreo

Ramai sungguh yang telah mencuba puding ni..setiaphari bila buka blog mesti nampak sana sini mencuba puding ni...memula nampak Rima Singapore..lepas Hana..lepas tu Kak Nor Ganu..pastu ada lagi yang mieza tak sempat nak sebut nama...membuatkan mieza tak senang duduk...harus juga kucuba...nan hasilnya memang mabeles..jangan tak percaya kalau mieza cakap mieza buat puding ni 2 hari berturut-turut..turn out semua ahli keluarga suka...hubby yang memang suka coklat tu pantang disua terus dingap...anak-anak minta dibuat lagi sebab pudingnya memang heaven!


Mieza bekukan puding ni dalam silicone mould bentuk rose...malas pula mieza nak buat dalam acuan kecil-kecil macam orang lain...bila penyakit M ku datang...hahhaha..alhamdulilah puding ni akan mieza buat lagi dan lagi..tak jemu makannya..tambah pula dimasukkan biskut oreo...memang nyamannnn...


Mieza kopipes kan resepi dari Along Roz...tuan punya resepi asal...sedap dan mabelessss!


PUDING MILO DAN OREO
By: Along Roz @ Home Kreation
Source: Mieza @ WAWMC
 
 Bahan-bahan

  • 1 bungkus agar-agar serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patah-patahkan dua lapisan sandwich
Cara-cara

  • Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.



Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Friday, August 3, 2012

Daging Goji Berries

Masuk hari ni dah 2 hari mieza tak kerj..alkisahnya sakit batu karang mieza ni attack lagi..lebih-lebih lagi di bulan posa sebab kurang minum air...dah ke klinik dan doktor bagi ubat pecah batu karang, ubat tahan sakit, antibiotik, ubat lawas kencing etc...bila dah makan ubat tu semua, rerupanya antibiotik yang doktor kasi tu tak kena lak dengan badan mieza..terus muntah-muntah kerana diserang gastrik..semalam terpaksa la ke spital lagi...tukar ubat lak...huhuhu cobaaan di bulan posa..untuk menguji kesabaran umat...insyaAllah sakit tu penghapus dosa-dosa kecil...huhuhuh

Semalam digagahkan diri untuk masak simple-simple aje untuk family...sian pula kat suami..pagi-pagi dia hantarkan anak umah babysitter sebab nak bagi mieza rest kat umah..dah cukup rest tu mieza masak la juga..ini lauk kegemaran suami...selalu dia makan di restauran kat TM ni....suka betul dia..jadi bila suami bawa mieza makan kat restoran tu mula la mieza study ingredient dia..daging ni sedap sebab menggunakan chinese herbs


DAGING GOJI BERRIES
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
300 gm daging - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - mayang
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris batang mancis
Sedikit minyak untuk menumis
1 sb goji berries
2 biji  kurma cina
5-6 keping getah herba cina
2 keping kulit kayu herba cina - mieza tak tahu nama betul dia..selalunya rempah cina dijual secara paket yang mengandungi serba sedikit item yang mieza sebutkan itu
2 sb tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 biji capsicum hijau - mieza tak der stok, mieza ganti dengan cili merah dan hijau
1 biji capsicum merah
Sayur-sayuran yang digemari - carrot, kacang pea, bunga kubis - dipotong kecil
Air secukupnya untuk dijadikan kuah



Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daging, air, rempah herba cina dan renehkan hingga daging empuk.
3. Bila daging dah mepuk, rasakan garam gula dan masukkan bancuhan tepung jagung hingga kuah agak pekat.
4. Masukkan capsicum dan sayur yang digemari. Renehkan sekejap je hingga sayur empuk.
5. Siap untuk dihidang.


Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...