Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts
Showing posts with label BREAKFAST. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Hashbrown and Chicken Sausage Quiche

"Sedap tak?" mieza bertanya kepada Sang Puteri sulung yang sedang asyik mengunyah quiche yang mieza hidangkan.

Tanpa bersuara Sang Puteri sulung menggangukkan kepalanya. Memandang pun tidak ke arah mamanya ini. Ini sedap sangat ke? Ke protest tak nak tengok muka mama? Maklum la, hari-hari mama listkan tugasan yang Puteri Sulung kena buat. Dari babysit adik, cuci pinggan, jemur kain, vacuum rumah dan banyak lagi kalau nak disenaraikan. Sesekali bila diberikan tugasan yang berjela, panjang juga muncung Sang Puteri Sulung. Terkadang merungut juga dia dilahirkan sebagai yang sulung.

"Kenapa Kakak tak jadi anak bongsu?" rungut si puteri seakan menyesali dilahirkan sebagai yang pertama.

Sesekali dia 'warning' juga mama supaya jangan bersalin lagi lantaran kepenatan menjaga adik-adik bila mama tak menang tangan di rumah. Selalu mama terfikir, tempangnya hidup mama seharian jika Sang Puteri Sulung bersekolah asrama. Syukur juga kekadang mama kepada Allah SWT kerana Puteri Sulung menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh. Selfish ye mama ni? Bukan! Bukan selfish, cuma mama tak sanggup nak berpisah dengan Puteri Sulung lama-lama.

"Kalau dah masuk universiti nanti berpisah juga." Itulah yang papanya selalu ingatkan mama. Tak per, masuk universiti lambat lagi! kan? Lagi 5 tahun. Maksudnya 60 bulan hehehe

"Sedap tak?" mama ulang tanya. Tak puas hati betul mama kalau tak dengar jawapan secara verbal. Jawapan secara body language ni mama tak terima hokey. Maklum lah mama kan cikgu! Pantang soalan cikgu tak dijawab tau hahaha

"Sedappppppp!!!!" jawab puteri Sulung dengan mulut yang penuh.

Haaaa barulah mama puas hati!


Tak caya ke sedap? Kalau tak caya kena lah cuba sendiri ^__^

 HASHBROWN AND CHICKEN SAUSAGE QUICHE

  • 3 cups frozen loose-pack shredded hash browns, thawed
  • 2-3 chicken sausage
  • 1/3 cup butter, melted
  • 1 cup (4 ounces) shredded cheddar cheese
  • 1/4 cup diced green and red pepper
  • 1/4 cup chopped parsely
  • 2 eggs
  • 1/2 cup milk
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon pepper

Directions

  • Press hash browns between paper towel to remove excess moisture. Press onto the bottom and up the sides of an ungreased 9-in. pie plate. Drizzle with butter. Bake at 425° for 25 minutes or until golden.
  • Combine the cheese, red and green pepper; spoon over crust. 
  • In a small bowl, beat eggs, milk, salt and pepper. Pour over all. Reduce heat to 350°; bake for 25-30 minutes or until a knife inserted near the center comes out clean. Let stand for 10 minutes before cutting. 


Senang kan? Boleh juga dihidangkan sewaktu minum petang.

Selamat mencuba ^__^

Saturday, February 2, 2013

Croissant Tuna Mayonaise

Sesekali ke Tesco memang setengah ribu habis shopping kan? Tak tahu lah bagi orang lain, bagi mieza memang mencecah angka itu..especially bila banyak stok barang dapur yang dah abis. Susu dan pampers anak pun dah makan berapa ratus kan. Tetiba je rasa macam duit ni semakin kecil nilainya..kalau dulu dengan jumlah gaji bulanan yang mieza dapat mungkin mieza ni orang kaya kampung..tapi pada hari ini alahaiiiii tak seberapa..walau apa pun bersyukur dengan rezeki kurniaan Ilahi..Alhamdulillah


Semasa di Tesco mieza ternampak freshly baked croissant yang dijual..hmmm harum semerbak baunya. Anak-anak mieza memang sukakan croissant. Terpanggil untuk membeli. Dijual pada harga RM1 sebiji. Mieza beli 4. Bila balik umah makan..hmmmm alahaiiii lembutnyaaaa dan anak-anak semua menyukainya..menyesal pula beli cuma 4 biji..sepatutnya beli 1/2 dozen atau lebih..


Bila time malas nak masak untuk breakfast atau dah tatau menu apa nak dimasak, inilah yang jadi penyelamat mieza...dihidang dengan hot milo..insyaAllah kenyang sampai ke tengahari..


CROISSANT TUNA MAYONAISE
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Croissant
1 tin tuna mayonaise
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris
Beberapa helai daun salad
Beberapa keping sliced cheese
Lidi pencucuk
Butter

Cara-cara:

1. Potong croissant kepada 2 keping dan sapukan butter.
2. Letak dan ratakan tuna ke atas salah satu kepingan croissant.
3. Lapiskan dengan salad, hirisan bawang, tomato dan cheese.
4. Letakkan kepingan croissant yang satu lagi dan cucukkan dengan lidi pencucuk agar ia tidak bergerak.
5. Sedia untuk dihidang.

Senangkan? Anak yang darjah 1 pun boleh buat..kuranglah sikit kerja kita :)

Tuesday, January 22, 2013

Apam Pisang Bakar (Resepi Kelantan)

Masa mieza kecil-kecil dulu..inilah antara kuih kegemaran mieza..masakan mieza tak gemar, emak selalu memasaknya pagi-pagi sebagai sarapan...kekadang mieza bawa bekal ke sekolah..kekadang jika emak masak lebih, mieza hantarkan ke kedai kopi dekat umah...usahawan muda gitu hahaha

Punyalah mieza teringin nak makan apam ni..bila tanya mak, mak kata dia dah tak ingat resepinya..paling sedih, bukan je dia tak ingat resepinya, dia langsung tak ingat yang dia pernah buat...sedih je hati mieza sebab banyak benda yang dah lupa..sib bek dia belum lupa mieza...esok-esok bila dah tua agaknya mieza pun lupa banyak juga kan..sebab itulah mieza wujudkan blog ini..agar resepi-resepi dalam ni boleh digunapakai oleh putera puteri mieza..


Bila dapat makan apam ni rasa seronok sangat...resepi asal di Kelantan ada dimasukkan tapai beras..tapi oleh kerana suami mieza tak leh makan tapai maka mieza omit that part...

APAM PISANG BAKAR
Source: Mieza @ WAWMC

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 -2 keping gula melaka dicairkan
1/2 st garam
1/2 peket yis mauripan
4 ulas bawang merah - dikisar
1 sudu lada hitam - dikisar
2 inci halia - kisar
2 inci lengkuas - dikisar dengan sedikit air dan ditapis, ambil jusnya.
6 biji pisang emas/pisang kapas masak - dikisar
Sedikit air untuk membancuh




Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mangkuk.
2. Perlahan-lahan masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Kepekatan adunan adalah sama dengan bancuhan adunan penkek. Perapkan 1-2 jam.
3. Panaskan kuali non stick berukuran 4 inci di atas api kecil. Olehkan dengan sedikit mentega.
4. Sendukkan adunan apam sebanyak satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali. Bakar hingga perang dan berlubang. Terbalikkan ke bahagian satu lagi dan bakar lagi hingga perang.
5. Hidangkan bersama kelapa parut yang digauk bersama sedikit garam.


Jika tak ada stok pisang di rumah boleh diganti dengan 1 cawan nasi dan 1 cawan tapai ubi/tapai beras. Memang sedap sangat. Suami dan anak-anak pun suka sangat walaupun pertama kali makan. Terubat kempunan mieza nak makan...dappppp!

Tuesday, September 18, 2012

Lempeng Ghee dan Rendang Ayam

Buat apa tu? Dah tido ke? Ke baru lepas tengok cerita Bukan Bidadari episod akhir kat TV3? hhhehehe mieza pun dah melekat kat citer tu..sib bek dah abis malam ni...gerun pula mieza bila tengok suaminya yang psycho tu...terasa bersyukur dapat suami yang baik walaupun tak berapa nak romantik hahahaha...sekurang-kurangnya encik suami tidaklah cemburu membabi buta..dan tak der lah main pukul-pukul macam u..alhamdulillah di atas jodoh yang ditentukan Allah ini..semoga kasih sayang antara kami berkekalan... ^__^



Minggu lepas nama je long wiken..tapi mieza tak der pun masak beriya..hehhe..hari Sabtunya suami ke Seremban..lewat petang baru balik dan kami makan je di jemputan umah terbuka...hari Ahad pun ada jemputan juga jadi breakfastnya mieza cuma buat lempeng ghee ni jerr..hari Isninnya ada la masak-masak sebab ada kawan dari Shah Alam datang umah tapi tak sempat nak snap gambor....huhuhuu


Lempeng ghee ni sama je macam lempeng biasa...adunannya menggunakan tepung gandum, susu cair, telur, dan sedikit garam serta sedikit kunyit untuk warna kuning...sukatannya tak lah pula mieza sukat..main bancuh dan agak-agak sesuai untuk dibuat lempeng...instead of guna minyak atau butter untuk leserkan pan, mieza menggunakan ghee...dan memang wangi! Lebih wangi bila dibakar garing....hmmmmm


Teman lempeng ghee pada pagi Ahad yang lepas ialah rendang ayam..tapi ini bukan mieza yang buat..jiran mieza buat open house dan mieza adalah antara guest dia yang paling akhir..banyak lauk yang tak habis tu di'tapau' kan untuk mieza...balik terus mieza simpan dalam peti ais dan esok paginya mieza panaskan..sedap rendang jiran mieza ni buat..nanti boleh minta resepi dari dia...selamat la menu mieza pagi tu hehehe...rezeki tak baik ditolak kan kan kan hehehe


Dan peneman setia breakfast setiap pagi mestilah secawan kopi pekat...baru lah cergas sikit biji mata ni hehehe..

Sunday, April 29, 2012

Pek Nga and Condensed Milk

Assalamualaikum...
Salam sayang salam hujung minggu..tapi esok  dah kena kerja....waaa menci! Rasa macam 2 hari seminggu cuti tak cukup laaaa...tapi rasa sonok juga sebab selasa cuti lagi...kita orang pompuan ni kepala asek pikir nak masak je kan..kekononnya mieza hari minggu nak kemas umah dan vacuum kereta sebab keta mieza tu fullamak dah macam tongkang pecah, sampah sarap penuh..lebih-lebih si kecil Umar suka sangat ramas biskut dalam keta...tapi akhirnya mieza dok masak je kat dapur...entah bila la nak cuti masak...kalau ada bibik sekalipun mieza tetap gak masak rasanya..cuma bibik jadi tukang cuci...tapi hubby tak suka bibik..katanya tak der privacy...jadi mieza la yang kena jadi bibik...cum semua sekali...huhuhu




Bangun tido pagi-pagi ni hubby kata..isy beshnyer kalau dapat makan pek nga...haaaa jangan tergelak tau dengar nama nya...ini kuih orang utara..cukup sedap..mak mentua mieza la yang kenalkan kat mieza..nama penuhnya 'tempek dalam belanga'..diringkaskan jadi pek nga...ekceli ia adalah lempeng kelapa...ramai yang suka makan cicah dengan kari ayam atau sambal bilis...tapi family mieza suka makan cicah dengan susu pekat manis..pek nga ni sangat sedap kalau menggunakan kelapa pandan..tapi kalau kelapa pandan tak der..bedal je la kelapa tak pandan pun heheheh...dan lagi satu...masa membancuh adunan pastikan kelapanya banyak..barulah terangkat!


Selalu kat kampung mak mentua mieza bakar menggunakan pan yang bersaiz besar..hari ni mieza bakar guna non-stick pan saiz 4 inci...



PEK NGA

Recipe:  Beloved Mother-In-Law
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan A
2 cawan kelapa pandan di parut halus
1 1/4 cawan tepung
1/2 st garam
2 cawan air - atau secukupnya

Bahan B
2 helai daun daun pandan - disimpul
Sedikit minyak masak untuk melenser

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Kacau dengan menggunakan whisk hingga semua sebati. Sukatan air adalah subjektif bergantung kepada jenis tepung. Adunan pek nga tidak terlalu pekat. Lebih kurang macam nak buat lempeng gandum biasa.

2. Panaskan non-stick pan. Lenserkan minyak dengan menggunakan daun pandan.

3. Sendukkan adunan sebanyak 1 senduk dan dituangkan ke dalam pan..bakar dengan menggunakan api kecil hingga pek nga keperangan dan sedikit garing.

4. Ulang hingga adunan habis. Enak dimakan dengan sambal bilis atau kari ayam/daging atau hanya dicicah dengan susu pekat.

Makanan tradisi memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Sunday, December 11, 2011

Pulut Kelapa Ikan Kurau dan Gelama Masam - Simple breakfast on a lazy Sunday...



Selamat pagi..dan apa khabar..mieza pagi ni terasa malas la pulak sebab dari semalam hujan turun tak berenti..dah rasa macam kat obersea lak hahaha...bila hujan mula la terasa malas nak masak..ingat nak ajak hubby gi makan capati kat kedai mamak je..tapi dia kata sejuk dia malas nak bangun awal..katanya nak peram tido sampai lewat sikit..hmmm anak-anak lak nak makan chicken pot pie tapi susu lak abis..nak goreng bihun hmmm tauge pun tak der..nak goreng nasi, nasi semalam semua dah abis..heheh last last ternampak beras pulut, kebetulan kelapa parut pun ada lagi, dan juga ikan kurau dan ikan gelama masam...hmmmm sedap juga kan menu breakfast orang dulu-dulu time musim tengkujuh..



Arwah nenek memang suka masak pulut gaul kelapa ni kalau tiba musim hujan dan dia tak menoreh getah..orang dulu-dulu makan pulut tapi lepas tu kerja kuat di kebun getah atau pun di sawah...orang zaman sekarang breakfast dengan pulut pas tu lepak tengok TV..tu yang badan dapat macam-macam penyakit hahahaha...errr orang zaman sekarang tu termasuk la tuan punya blog ni..makan pulut dan mengantuk dan ZZzzzzzzz ahakkksssss...

ini pula ikan gelama masam..mieza beli kat pekan lumut..sedap ikan ni...



Walaupun simple dan menu orang lama tapi yang ini lah yang menambat hati mieza ^__^

Saturday, December 3, 2011

Strawberry Scones

Salam hari minggu semua..dah breakfast..hmmmm makan apa tu for breakfast? Apa pilihan anda pagi ni? Traditional malay? Or Indian? Or Chinese? Or western? Pagi ni mieza bekpes gaya western hehehe..kebetulan strawberry banyak beli masa pergi cameron hari khamis lepas..kenalah masak/buat apa-apa sebab strawberry bukan lah tahan lama..memula ingat nak wat pancake strawberry..hmmm dah biasa buat anak-anak kata tamau pabcake..jadi mieza belek-belek dapur Joy of Baking kita try lah resepi scones ni..resepinya mieza adapt dari resepi Chocolate Chip Scones..scones ni mieza makan dengan fresh strawberry dan juga strawberry jam..sedap! Tak boleh tulis panjang-panjang sebab nak pergi bersiap..jap lagi nak ke Ipoh, kenduri kawin kawan sebelah meja mieza di opis...kata jumpa di Ipohhhhhh hhehehe :)




STRAWBERRY SCONES

Original Recipe: Chocolate Chip Scones by Joy of Baking
Modified recipe: Mieza @ WAWMC


2 cups (260 grams) all purpose flour
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
1 1/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (113 grams) (1 stick) unsalted butter, cold and cut into pieces
1/2 cup (90 grams) milk or semi sweet chocolate chips or chunks - mieza tak letak sebab tema strawberry
1/2 cup (75 grams) dried cherries or cranberries - mieza ganti dengan fresh strawberry didadu
1 teaspoon pure vanilla extract
2/3 - 3/4 cup (160 - 180 ml) buttermilk - mieza ganti yogurt



Cara-cara


1. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C) and place rack in middle of oven. Line a baking sheet with parchment paper.

2. In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt. Cut the butter into small pieces and blend into the flour mixture with a pastry blender or two knives. (The mixture should look like coarse crumbs.)

3. Stir in the chocolate chunks (or chips) and dried cherries.

4. In a small measuring cup whisk together the buttermilk and vanilla extract and then add to the flour mixture. Stir just until the dough comes together (add more buttermilk or flour as necessary). Do not over mix the dough.

5. Transfer to a lightly floured surface and knead dough gently four or five times and then pat the dough into a circle that is about 7 inches (18 cm) round and about 11/2 inches (3.75 cm) thick.

6. Cut this circle in half, then cut each half into 4 pie-shaped wedges (triangles). Place the scones on the baking sheet. Brush the tops of the scones with a little milk.

7. Bake for about 15 to 20 minutes or until golden brown and a toothpick inserted in the middle comes out clean. Remove from oven and place on a wire rack to cool.

Makes 8 scones.

Jem yang mieza beli di MARDI Cameron Highlands, RM5 sebotol..cheaper dari beli kat kedai di luar di cameron..selalunya dijual pada harga RM7



Jemput bekpes sesama..

Sunday, July 31, 2011

Nasi Lemak Halba dan Udang Masak Hitam



Assalamualaikum dan selamat hari minggu..tak lupa juga diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung WAWMC..semoga bulan yang mulia yang bakal mengunjung kita esok akan membawa seribu keberkatan dalam hidup kita..amin..



Jadi hari ni sebagai bekpes terakhir sebelum berpuasa tahun ni, dan juga memenuhi permintaan mak yang nak makan nasi lemak (padahal dah selalu dah masak nasi lemak, tapi mak nak makan nasi lemak gak hari ni) jadi mieza masak la juga nasi lemak ni..tapi tak ler masak banyak sangat kan..cecukup je untuk bekpes..alih-alih tak cukup pula..depa kata sedapnya nasi lemak mama hari ni..may be sebab mieza makan dengan udang masak hitam tu..ada juga sambal bilis macam biasa...kacang goreng, dan telur mata kerbau..cuma timun je tak der sebab belum ke market lagi..cuma hari ni dimasak lauk tambahan sebab nak menghabiskan stok udang dalam peti ais lebih buat seafood pizza semalam..


NASI LEMAK HALBA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan

4 pot beras - cuci dan toskan, mieza guna pot rice cooker
6 pot santan - ikut jenis beras, mieza mengamalkan 1 pot beras = 1 1/2 pot air/santan
1 inci halia - hiris nipis
2 sk halba
Garam secukup ras
2 helai daun pandan

Cara-cara:


Masukkan semua bahan dalam periuk (mieza guna rice cooker je) dan ditanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan..



UDANG MASAK HITAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
10-15 ekor udang - cuci
1/2 paket rempah masak hitam - jadikan pes. mieza guna brand 'Mak Siti'
2-3 sb kicap pekat
2 sb kicap manis
1 sb kicap masin - atau mengikut citarasa sendiri
Minyak untuk menumis
Daun bawang untuk hiasan
Sedikit air asam jawa

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.

2. Masukkan rempah masak hitam dan tumis hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, kicap dan udang dan kacau selalu hingga udang masak dan kuah agak pekat.

3. Angkat dan hidangkan. Taburkan dengan hirisan daun bawang

Sunday, July 10, 2011

Strawberry Pancake With Chocolate Syrup



Bagi memenuhi permintaan my student yang bertanyakan resepi pancake ini, maka malam ni mieza post kan juga la resepi pancake ini...Hasnimar, kalau u malas nak bancuh sendiri kan adunan pancake ni beli je ready made pancake batter kat kedai brand Nona ke macam I selalu buat masa time belajar dolu-dolu...ye la kan kat umah sewa mana ada banyak bahan..jadi bedal je yang ready made...tapi kalau bancuh sendiri lagi jimat gituuuuu



Batter pancake ni senang sebenarnya nak buat, tak banyak karenah, basic ingredients are flour, eggs, fresh milk, baking powder, salt..itu je..lempeng mat saleh ni, dolu-dolu masa study kat US sedapnyer makan dengan fresh strawberry and marple syrup! Resepi pancake ni mieza songlap resepi seri kaya pancake by CMG, tapi mieza improvised letak strwberry filling, dan makan dengan chocolate syrup Hershey'......


STRAWBERRY PANCAKE WITH CHOCOLATE SYRUP
Adapted from : CMG @ DTS
Adapted by : Mieza @ WAWMC


BAHAN-BAHANNYA :-)

3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya - mieza letak strawberry filling
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake# - mieza makan dengan chocolate syrup Hershey's
30 gram mentega dicairkan #

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.

2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak.

3. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering.

4. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.

5. Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba


Monday, July 4, 2011

Creamy Potato Soup and Garlic Bread

Ini kes terlajak tido di pagi minggu...lepas bangun solat subuh, mintak tolong hubby jaga baby..then mieza sambung balik tido coz malamnya tak leh tido baby asek meragam..kesannya bangun tido kul 9++ am..mula la menggelabah sebab bekpes belum prepare..then nak gi pasar lagi..hari lak hujan lebat...uhhhhh besh sungguh tarik selimut..

Bila dah menggelabah tu mula fikir yang senang-senang je untuk bekpes...ternampak ada 2 biji kentang kat atas kaunter dapur..dan teringat lak tak lama hari tu Izah tayang creamy potato soup kat dapur dia..check d recipe semua ingredients ada...ok lah tu kan..makan dengan garlic bread...

let the mission begin!!

Creamy Potato Soup is done..let's dig it kids!



...and slices of garlic bread...



dip dulu...



...and....ngapppppp!!!!




CREAMY POTATO SOUP
Source: Izah @ Izah Muffin Lover
Source : Mieza @ WAWMC

2 biji kentang sederhana
2 cawan santan - mieza guna fresh milk, mieza lebihkan kepada 3 cawan, may be kentang mieza saiz besar...boleh adjust susu mengikut kepekatan yang digemari
1 sudu besar minyak sapi@mentega - mieza guna butter
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk pati ayam - mieza letak 1/2 kiub
1/2 sk rosemary - mieza tambah
1/2 sk parsley - mieza tambah
1/2 sk serbuk halia - mieza tambah


Cara-caranya:

1. Rebus kentang hingga empuk. Lecek hingga halus. Ketepikan (mieza blend je kentang rebus dengan fresh milk)

2. Masak santan hingga mendidih. Masukkan kentang lecek.

3. Masukkan pula mentega. Perasakan dengn garam, lada hitam, rosemary, parsley, serbuk halia dan serbuk pati ayam.

4. Masak hingga sedikit pekat atau ikut citarasa. Hidangkan bersama roti bakar. (mieza makan dengan garlic bread)



GARLIC BREAD
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
10 keping roti gardenia - atau french loaf atau apa-apa jenis roti yang disukai
4 sb mentega - room temperature
6-7 ulas bawang putih


Cara-cara:


1. Tumbuk bawang putih hingga lumat. Masukkan mentega dan lenyek hingga sebati dengan bawang putih.

2. Sapukan ke atas roti. Bakar 200'C, api atas selama 3-4 minit atau hingga perang.

4. Angkat dan hidangkan bersama soup kentang...

Sunday, July 3, 2011

Pulut Pagi



Selamat pagi minggu...dah bangun tido ke belum tu? mieza hari ni terlajak la pulak tido sampai bangun lewat sebab semalam tak boleh lena..anak yang kecik (4 bulan) tu selsema hidungnya tersumbat, jadi dia marah-marah dalam tidur sebab tak leh nafas..terpaksa la jaga dia sambil letak minyak angin apa yang patut...pagi ni hubby ambik turn jaga jadi mieza sambung tido...itu yang terlajak tu...



Pagi ni mieza nak share resepi pulut pagi...bukan masak pagi ni tapi pagi semalam...pagi ni mieza tak masak...bakar roti dan makan dengan butter dan jem je sebab kefenatan...pulut pagi ni hanya ada kat kelantan...may be certain are kat KL ada kot...pulutnya sangat ringkas dan dimakan dengan kelapa parut..rasanya tidak begitu manis...dan diminum dengan air kopi...sedap sungguhhhhhh!


PULUT PAGI
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
1/2 sk pewarna coklat
1 cawan santan cair
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam

Bahan untuk sirap gula melaka:

1 keping gula melaka - keping besar size 5 inci (diameter)
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Cuci beras pulut dan rendam beras pulut dengan pewarna coklat semalaman.

2. Panaskan pengukus. Sementara itu sediakan sirap gula melaka. Panaskan semua bahan sirap di dalam periuk dan masak hingga sirap pekat. Bila dah masak sejukkan dan keluarkan daun pandan. Ketepikan.

3. Masukkan beras pulut yang telah direndam, sirap gula melaka dan santan cair ke dalam loyang. Kukus hingga pulut masak.

4. Bila pulut dah masak, kepalkan pulut menjadi bebola dan penyet leper. Gaulkan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Makan di waktu pagi bersama air kopi panas..

Saturday, July 2, 2011

Lempeng dan Kari Daging Kerisik



Selamat pagi semuaaaaa...pagi ni bersiaran awal sikit sebab dah dapat cukup rest last nite..semalam penat sangat sampai tak larat nak update blog..balik kerja terus masuk dapur masak untuk berbuka, lepas berbuka dan solat maghrib terus baring kat bilik dan terus zzzzzzzzzzzz sampai kul 12 malam baru jaga...baru la bangun solat Isyak...hubby lak baik semalam volunteer jaga baby..thank you dear...really appreciate what u did last nite..and here i am this morning...fresh and energetic as alwiz heheheheh



Jadi pagi ni lepas je solat subuh terus masuk dapur sebab anak yang sulung tu ada program 1 murid 1 sukan, oleh sebab risau dia nak lari-lari dengan perut kosong jadi mamanya pun masak la lempeng makan dengan kari daging kerisik yang dimasak semalam..



Memula tu encik hasben mintak dibuatkan roti jala...tapi kalau nak menjala pagi-pagi dan anak kena berada di sekolah seawal 645 am takut tak sempat lak anak nak makan..jadi mieza tukar menu kepada lempeng, rasanya sama je dengan roti jala cuma tidak berjala je heheheeh...si anak yang sulung ni susah skit nak makan pagi, jadi dia cuma makan sekeping je..mama dan papanya yang melantak sampai berkeping-keping...ke laut lagi dietku!



Jom kita share resepi


LEMPENG DAN KARI DAGING KERISIK
Recipe: mieza @ WAWMC

Bahan Lempeng:

3 cawan tepung
3 cawan air
1 sk garam
1 biji telur
1/2 sk kunyit serbuk (untuk warna kuning)
Minyak untuk meleser pada pan

Cara-caranya:


1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam blender dan diblend sebati.

2. Panaskan kuali leper atas api, leserkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Sendukkan adunan lempeng dan tuangkan ke dalam pan. Jangan tuang adunan banyk sangat nanti lempeng tebal sangat tak syedap. Lenggokkan kuali supaya adunan lempeng rata.

3. Bila lempeng dah masak, angkat dan gulung mengikut citarasa masing-masing. boleh juga digung seperti kuih ketayap.

4. Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging atau kuah sardin



GULAI DAGING KERISIK
Recipe: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
300 gm daging batang pinang - cuci dan hiris
1 paket rempah kari daging - jadikan pes, mieza guna brand "cap o"
2 camb air asam jawa
2 camb kerisik
1 mangkuk santan
2-3 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
Garam gula

Bahan tumis:
3 biji bawang putih - hiris
6 biji bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2-3 tangkai daun kari

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi dan perang. Masukkan pes rempah kari dan masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa dan kerisik dan dikacau rata. Masukkan pula daging, kentang dan sedikit santan cair. Masak hingga daging dan kentang empuk.

3. Setelah daginh dan kentang empuk, masukkan santan dan masak hingga mendidih. Reneh seketika hingga pecah minyak. Rasakan garam gula.

4. Tutup api dan boleh dihidang bersama lempeng tadi. Juga enak dimakan dengan nasi putih atau nasi tumis. Cicah roti pun mabelesssss...

Jom Makan!

Wednesday, June 29, 2011

Bihun Goreng Telur Gulung



Selamat pagi semuaaaaa...dah bekfast? Pagi ni mieza nak tayang bihun goreng telur gulung..hehehe sebenarnya tak der lah special mana pun bihun ni..bihun goreng biasa je cuma mieza suka tabur telur gulung kat atasnya jadi nak suh bunyi komersial skit letak la nama sedemikian...bihun ni idak la digoreng pagi ni..pagi ni masih lagi outstesen di Bangi...



Kat umah ni memang ramai penggemar noodle, tak kiralah bihun ke, mee ke, spaghetti ke, janji noodle..Wawa lah yang paling minat..dia tu memang minat makan, different sungguh dari kakaknya yang makan memilih...tapi bila goreng bihun mesti selalu gaduh-gaduh dengan encik suami sebab dia suka bihun goreng basah, mieza pula suka bihun goreng kering kering...huhuhu kena lah buat 2 batch..tukang masak gak yang fenat!

Pagi ni layan gambar dulu ye..dah kul 715am..nak kena turun breakfast coz sat lagi kursus start at 830am...fasi kata sapa lambat kena buat belly dance..kang mieza belly dance kang semua orang ngigau seminggu lak ahakkksssss

Plis come back for the recipe ya! TQ!

Resumed @ 1.15pm
Alahaiiii baru boleh blogging balik..dah lunch ke semua tu? Nak cakap kan, ok juga makanan kat Residence Hotel Uniten ni..kenyangnya..burpppp! Banyak choice betul sampai mieza tak makan nasi..ehhhh nasi kat umah pun leh makan kan..kita makan yang susah nak makan kat umah..kekonon nak diet la kan tak makan nasi, tapi makan lauk dan benda benda lain tu kuantitinya laaaaagiiii banyak dari makan nasi..huhhhhh kelautttttttt dietku!

Ok, enough the talking, jom tengok resepi..


BIHUN GORENG TELUR GULUNG
Recipe: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - direndam
1 ikat sawi - potong dan asingkan batang dan daun
Kicap manis dan masin secukup rasa
3 camb Sos tiram
3 camb sos cili
1 sk lada sulah

Bahan lauk:
1 cawan isi ayam - hiris nipis
10 ekor udang basah
1 paket fish ball - potong bulat

Bahan kisar:
3-4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5-6 tangkai cili kering

Bahan telur gulung:
3-4 biji telur
1/2 camt garam
Minyak untuk meleser pada kuali

Bahan hiasan:

Bawang goreng
6 biji limau kasturi - belah 2
2-3 biji tomato - hiris
Minyak untuk menumis
Hirisan cili api
Daun bawang dan daun sup
Cili merah dan cili hijau - hiris


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Masukkan bahan lauk. Masukkan ayam dulu sebab ayam lambat empuk.

2. Bila ayam dah empuk masukkan udang, fish ball, dan batang sayur sawi. kacau seketika hingga bahan lauk masak dan batang sawi empuk.

4. Masukkan sos tiram, sos cili, dan kicap. Kacau rata. Kemudian masukkan bihun yang sudah direndam. Gaul hingga sebati. Rasakan masin dan manisnya.

5. Akhir sekali, masukkan sayur bahagian daun dan dikaup terbalik. Masak biar daun layu saja. Tutup api dan sedia untuk masak telur gulung.

6. Ambil pan tahan lekat (non-stick pan). Leserkan dengan sedikit minyak. Telur dipecahkan dan dipukul sedikit bersama garam. Sendukkan sesenduk adunan telur dan dadar nipis di dalam pan. Bila telur dah masak, angkat dan gulung, kemudian hiris nipis seperti dalam gambar.

7. Semasa menghidang bihun goreng, taburkan bahan hiasan dan juga telur gulung hiris.


Thursday, May 12, 2011

Egg Paratha Roll

Hari ni masak semua simple simple aja sebab lepas lunch nak terus kuar ke klinik cucuk Umar 3 bulan..lepas cucuk malam kang mesti demam..selalunya begitulah..kalau demam nampak gayanya tak boleh la nak masak kencang-kencang..jadi pagi ni belek-belek dalam freezer ternampak paratha bawang ada lagi berbaki lagi 2 keping...ok la ni untuk aku, wawa dan mak bekpes pagi ni..

Resepi ni aku nampak kat dapur CMG lama dah..tak terfikir pun nak wat macam ni..selalu paratha kawan ni aku buat puff..tetiba pagi ni terasa nak mencuba..wawa suka..dia tu asal ada telur semua dia suka! CMG panggil Paratha Telur Gulung...aku inggeriskan nama tu jadi la Egg Paratha Roll..hehehehe bagi nampak mat saleh skit ahakkksss

Gulung kemas-kemas then potong...



Lepas potong..susun dalam piring and tayang!






EGG PARATHA ROLL
Recipe: CMG
Source: mieza@WAWMC

Bahan-bahan:

2 keping instant prata jenama "KAWAN"
2 biji telur
1 biji bawang besar, didadu
1/2 biji cili merah
1 camca besar susu mayonnaise
1 camt serbuk lada hitam (aku tambah)
1 camb parmesan cheese (aku tambah)
Sos kegemaran untuk dicicah



Cara-caranya:

1. Bancuh telur tadi bersama bawang, cili merah, lada hitam, cheese dan mayonnaise dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan non-stick pan dan sapu dengan sedikit minyak, masak roti prata tadi dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan masak satu lagi. Kemudian, sapu sedikit minyak dan tuang 12 bancuhan telur. Biar sedikit kental. Kemudian letakkan roti prata tadi atasnya dan tekan sedikit biar melekat. Masak dengan api kecil.

3. Keluarkan dan gulung semasa prata masih suam. Buat kaedah sama untuk selebihnya. Potong dan hidangkan bersama cili sos atau dalca...aku cicah dengan thousand island, wawa pilih sos cili..

Wednesday, May 11, 2011

Spiral Scramble Egg - Italian breakfast in Tanjong Malim..

Hari ni terjaga lambat..lepas Adnin ke school aku layan selimut balik..dok dalam econ syok tarik selimut pagi-pagi nih...semalam pulak at 4++ am Umar menangis bagai nak rak coz papanya mengigau pukul burung terpukul Umar yang tido sebelahnya...tataulah papanya terpukul tang mana..risau eden takut Umar lebam or sakit dalaman...maklum lah Umar baru nak masuk 3 bulan usianya..tulang pun kecik lagi..papanya lagi lah risau..panic dia semalam..harap-harap hero mama ni ok..mata ni apa lagi mengantuk yang amat la..terlajak sampai pukul 8.45 baru bangun..tu pun sebab Umar nangis..hari ni lak si Umar ni nak diriba dan dipeluk je pagi ni..




Jadi hari ni tak leh masak yang remeh-remeh untuk bekpes..kena buat yang paling senang dan cepat...decided nak masak pasta je lah..buka pantry cuma ada macaroni, spageti dan spiral..ingat nak buat penne..emmm ganti je lah penne dengan spiral...



Resepi ni dapat semasa membaca majalah Sedap Bilangan 19..dia masak penne..tapi aku tak der penne..boleh aje diganti dengan mana-mana jenis pasta..no harm..nak masuk tekak kita juga kan...pastu ada la aku ganti dengan bahan-bahan lain mengikut apa yang ada dalam peti ais aku..resepi asal pakai daging burger..aku tukar kepada sosej ayam...dan aku tambah daun pudina...bagi rasa mint gitu..wawa makan banyak sangat!




SPIRAL SCRAMBLE EGG

Resepi : Majalah Sedap (19)
Sumber : Mieza@WAWMC


Bahan-bahan:
3 biji telur
1 camt garam
1/2 camt serbuk buah pala
1/4 camt serbuk lada sulah
100 ml susu segar
4 camt Parmesan cheese
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/4 biji capsicum - dadu
2 batang sosej ayam - hiris serong, aku pakai smoke chicken frankfurter brand tesco
100 gm spiral - rebus hingga empuk
2 camb mentega untuk menumis
3 tangkai daun pudina


Cara-caranya:

1. Pukul ringan telur, garam, serbuk lada sulah, dan serbuk buah pala. Masukkan susu dan dikacau rata. Masukkan parmesan cheese dan dikacau rata.

2. Panaskan kuali non stick. Cairkan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih dan capsicum hingga garing. Masukkan sosej dan dimasak hingga sosej masak. Masukkan spiral. Kacau rata.

3. Tuangkan campuran telur. Kacau sesekali sehingga telur berbutir kasar seperti scramble egg. Jangan mengacau terlalu kerap supaya telur tetap berbutir dan tidak terlalu hancur.

4. Rasakan garam gula dan masukkan daun pudina. Kacau rata.

5. Angkat dan hidangkan bersama minuman kegemaran.


Sesekali bekpes gaya Italy apa salahnya kan..tukar selera..tak ler makan roti telur je heheheh

Tuesday, May 10, 2011

Karipap Ayam

Taraaaaa...karipap lagi..untuk bekpes di pagi Selasa..bukannya dah abis idea nak masak apa for bekpes this morning tapi kesian kat chicken filling lebih buat chicken puff petang semalam..kalau di simpan lama-lama dalam fridge tu lama kelamaan cik tong sam la yang menelannya..kan membazir tu tak baik...maka jadila karipap lagi..kalau ikut plan pagi ni nak masak pasta..tapi tunda for bekpes tomorrow lah gamaknya hehehe..

Walaupun karipap eden tak lawo sebab banyak jerawat tapi den nak tayang gak kat sini..dah banyak kali buat tak licin gak kulit..cuma kali ni tak der jerawat baru..kalau tak jerawat batu jerawat kontrit semua ada..tapi tak per sebab semua licin hehehe..yang paling banyak makan ialah mak aku..tekak tradisional..kalau aku masak muffin ke, pasta ke tak ndak dia makan banyak..kalo masak tradisional dialah juara! tekak orang tua yang memang tak leh ubah...:)

Hari ni idak la aku nak menulis resepinya ye..sebab dulu dah post dah resepi karipap ni..untuk resepi doh boleh tengok kat sini...dan inti ayamnya boleh klik kat sini...

Meh layan gambar karipap ayam..

3 biji karipap ayam dan secawan kopi pekat pilihan mak..



dah kena ngap half of the first karipap..



meh tengok inti ayamnya..






sedapppppppp!!!!!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...