Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, September 30, 2011

Afiq's Departure to London...A Very Good Luck to You Dear..

Titipan sepanjang departure anak sedara kesayangan mieza ke London..menyambung pelajaran ke first degree di University of Warrick, UK..dalam bidang Matematik tajan KPM semoga sentiasa berjaya selalu, InsyaAllah...

Hubby..kids..and mom...@ KLIA



My family..not everyone..but most..



D one who is leaving..in white shirt..Gud Luck dear..



Angah..and his favorite aunty..saya la tu heheh



Semoga sentiasa berjaya dan dalam perlindungan Allah SWT selalu



They are cousins



Sabar menunggu...



My big brother's family



Mak..yang tersayang..



Wawa and her lil brother Umar..



While Angah was checking-in at the counter..we all bergambar laaaa..say cheeseeeee

I'm backkkkkkkk....dan saya budak baru belajar..

Assalamualaikummmmmm....salam sayangggg semua...mieza dah kembali...Alhamdulillah akhirnya kerja-kerja penulisan research mieza siap juga..sekarang ni mieza tengah nak touch-up saja...jadi boleh la di kesempatan ini mieza nak update blog..dah rindu bebenor rasanya...lama sungguh mieza tinggalkan blog ni tak berjenguk...

Entry hari ni bukan pasal resepi..tapi mieza nak cerita tentang beberapa tempahan kek dan muffin yang mieza dapat..Alhamdulillah..sebenarnya mieza baru belajar deco cake..tangan pun masih keras lagi..jadi mieza bagi free frosting..mieza cuma caj harga kek saja...tempahan pun dari rakan-rakan pejabat je..insyaAllah kalau ada kelapangan mieza nak masuk kelas deco kek...terima kasih buat kawan-kawan yang menempah...

Selasa..Kek Coklat Pisang, 1.5 kg @ RM59..tempahan Azie..



Rabu..40 biji Muffin Coklat Chip..Sebiji Kek Butter Cream Cheese @RM48 tempahan dari Jabatan Perdagangan Politeknik(lupa nak snap pic) dan Tiramisu 1.1 kg @ RM55 tempahan dari Ain (pic lupa snap huhuhuu)



Khamis..Kek Marble Trio..1.9 kg @ RM57 tempahan Sofea..mieza belum pandai deco jangan kutuk ye!



Oleh sebab ada buttercream lebih, maka mieza bake kan sebiji Moist Butter Cake 1.5 kg yang mieza jual pada RM48..tapi yang ni mieza tak jual, untuk makan-makan anak-anak :)



Dalam busy busy tak sempat nak update masakan pun sempat juga terima tempahan..hihiih kalau dah minat tu kan...insyaAllah next week ada kawan nak tempah RVC..dan next week juga mieza nak hantar sampel untuk food testing bagi tempahan refreshment VIP sempena konvo politeknik tahun ni..moga-moga mieza berjaya..doakan ye!

Tuesday, September 20, 2011

Busy...Busy...Busy...but not busybody hahahaha


Pic from Google


Assalamualaikum buat semua pengunjung blog When A Working Mother Cooks...salam sayang yang sentiasa berpanjangan dari mieza...

Rasanya sunyi sungguh blog ini bulan ini..bukan tak memasak, ada juga mieza masak dan memang ada picture untuk diupload tapi picture itu masih lagi dok bertapa di dalam camera sebab mieza tersangatlah busy sejak akhir-akhir ni...buka lappy hanya untuk menyiapkan research mieza yang due dalam masa lagi 10 hari..tolak hujung minggu bersama anak-anak tinggal la 7 hari je lagi...setakat ini alhamdulillah sudah 50% siap...jadi mieza akan kembali update blog ini selepas mieza siap dan hantarkan research mieza pada 30 September ini...

Kepada rakan-rakan yang tinggalkan komen mieza akan balas nanti dan juga buat BW ke blog kawan-kawan yang sangat mieza rindui...rindu nak tengok masakan rakan-rakan dan gambar-gambar yang mouthwatering itewwwwwww...

Mieza juga ingin mengucapkan selamat datang kepada beberapa orang follower yang baru..insyaAllah lepas research mieza selesai mieza akan membalas kunjungan kalian dan follow blog rakan-rakan juga...

I love being busy???? Sometimes I do..Sumtimes I don...


Pic from Google


SALAM SAYANG DARI MIEZA

Thursday, September 15, 2011

Black Pepper Stir Fried Deer Meat



Assalamualaikummmmm..waaaaa rindunya mieza nak berblogging...tapi tak sempat wehhhh..sekarang ni mieza kat Lumut, Perak, untuk mensyuarat finalise soalan final exam student Politeknik MOHE..dari monday mieza di sini...bekerja sampai 12.30 mid nite..badan pun dah sakit-sakit sebab otak kerja tak henti-henti...tak sabar rasanya nak tunggu noon ini untuk balik...mieza punya part dah siap tapi tak dapat juga mieza nak balik awal sebab kawan yang tumpang kereta mieza belum siap jadi terpaksa juga tunggu dia...sambil tunggu-tunggu ni sempat la mieza berblogging di cafe hotel yang baru ni...hotel ni hotel baru..biliknya sangat luas dan selesa..bilik air pun masih berkilauan...heheheh

Kepada pengunjung yang tinggalkan komen insyaAllah malam nanti bila mieza dah sampai ke umah mieza akan balas komen dan mieza akan berkunjung ke blog rakan-rakan sekali..rindu nak tengok rakan-rakan masak apa ye...pasti nya best belaka...ada ke kawan-kawan yang buat open house..jangan lupa jemput mieza sekali :)

Jadi oleh kerana mieza ni kat lumut makan semestinya daging rusa ni tidak lah mieza masak hari ni heheheh...ini masakan dah lama...cuma tak sempat nak upload dek bebanan kerja yang banyak..alhamdulillah data research mieza yang sebanyak 400 survey tu dah siap mieza key in semalam...hari ni mood untuk update blog sudah datang hihihihi



Dulu mieza dah masak resepi ni di sini..tapi mieza tak guna deer meat..cuma guna beef..tapi resepi yang sama..

BLACK PEPPER STIR FRIED DEER MEAT

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
300 gm daging rusa - hiris nipis dan cuci
1 inci halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 1/2 lada hitam - tumbuk
1 biji bawang besar - belah 8
2 camb minyak masak untuk menggoreng
2 camb sos lada hitam
1 camb sos tiram
1 biji capsicum - hiris panjang
Segenggam kacang pea - buang urat belakang
Sedikit carrot - potong sepajang 1 inci
1 biji tomato - belah 8


Cara-caranya:


1. Daging yang telah dihiris dan dicuci diperap dengan sedikit garam dan kesemua bahan tumbuk selama 30 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap dengan sedikit air hingga empuk. Kalau tak empuk boleh tambah air lagi.

3. Bila daging dah empuk, biarkan air kering. Kemudian tambahkan sos tiram dan sos lada hitam. Kacau rata.

4. Masukkan sayuran dan bawang besar, kacau sebati hingga sayuran empuk tetapi jangan sampai benyek. Rasakan garam gula. Akhir sekali baru masukkan capsicum dan tomato. Kacau rata.

5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


Sunday, September 11, 2011

Carrot Cake



Salam hujung minggu buat semua pengunjung WAWMC..tuan umah busy lah sekarang ni..tu yang jarang update blog...tapi dalam busy busy pun sempat gak baking a carrot cake today..dah lama teringin nak makan..akhirnya menjadi juga...pepagi kuar gi pasar beli carrot...tepat jam 12.00 noon dah siap dah carrot cake gua...heheheh

Tak leh celoteh pepanjang...jom tengok resepi..


CARROT CAKE
Recipe & Source: Joy of Baking
Source: Mieza @ WAWMC


1 cup (100 grams) pecans or walnuts
3/4 pound (340 grams) raw carrots (about 2 1/2 cups finely grated)
2 cups (260 grams) all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons ground cinnamon
4 large eggs
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
1 cup (240 ml) safflower, vegetable or canola oil (or other flavorless oil)
2 teaspoons pure vanilla extract

Cream Cheese Frosting:
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, room temperature
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature
2 cups (230 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted
1 teaspoon (4 grams) pure vanilla extract
1 teaspoon finely grated lemon zest (outer yellow skin) (optional)


Methods:

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in center of oven. Butter or spray two - 9 x 2 inch (23 x 5 cm) cake pans and line the bottoms of the pans with a circle of parchment paper.

2. Toast the pecans or walnuts for about 8 minutes or until lightly browned and fragrant. Let cool and then chop coarsely.

3. Peel and finely grate the carrots.

4. In a separate bowl whisk together the flour, baking soda, baking powder, salt, and ground cinnamon.

5. In bowl of electric mixer (or with a hand mixer), beat the eggs until frothy (about 1 minute). Gradually add the sugar and beat until the batter is thick and light colored (about 3 - 4 minutes).

6. Add the oil in a steady stream and then beat in the vanilla extract.

7. Add the flour mixture and beat just until incorporated.

8. With a large rubber spatula fold in the grated carrots and chopped nuts.

9. Evenly divide the batter between the two prepared pans and bake 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean.

10. Remove from oven and let cool on a wire rack. After about 5 -10 minutes invert the cakes onto the wire rack, remove the pans and parchment paper, and then cool completely before frosting.

To assemble:
place one cake layer onto your serving plate. Spread with about half the frosting. Gently place the other cake onto the frosting and spread the rest of the frosting over the top of the cake. If desired, garnish with toasted nuts on the top of the cake (mieza letak choc rice je sebab walnut or other nut was unavailable at the moment). Cover and refrigerate any leftovers.



Cream Cheese Frosting:


In bowl of electric mixer (or with a hand mixer), beat the cream cheese and butter, on low speed, just until blended with no lumps. Gradually add the sifted powdered sugar and beat, on low speed, until fully incorporated and smooth. Beat in the vanilla extract, and lemon zest.

Saturday, September 10, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin



Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri buat semua pengunjung WAWMC..malam ni tiada post resepi sebab mieza dalam mood raya..hari ni pun mieza masak simple simple aje..cuma masak sup tulang dan yang lain-lain beli aje kat bazar sebab esok dah nak balik kampung..

Di kesempatan ini mieza nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri buat semua..semoga berbahagia di hari mulia..mieza juga nak mohon ampun dan maaf andai dalam menulis blog ini, mahupun semasa meninggalkan komen di blog rakan-rakan, atau semasa membalas komen di blog sendiri, terdapat word yang mieza tulis yang menyentuh hati rakan-rakan..ampun kan mieza..bermaaf-maafan lah kita semua di hari raya..

Mieza juga nak ucapkan selamat perjalanan pulang ke kampung dan perjalanan balik semua ke kediaman masing-masing..di musim perayaan ini, sentiasa ada ramai reckless drivers..moga-moga Allah selamatkan perjalanan kita semua, InsyaAllah..

Jemput semua ambik kad raya dan gantung kat umah masing-masing ya...


Kad raya dari nani..TQ nani dear!



Kad raya dari ucu..TQ ucu cayang!



Kad raya dari Mas..TQ Mas!


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MINAL AIDIL WAL FA'IZIN..

Tempahan Kek Gula Hangus dan Selamat Pengantin Baru Rahimah



Alhamdulillah dapat order lagi..sikit-sikit lama-lama jadi bukit hehee..padahal time ni busy giler dengan paper mieza yang tak siap lagi...400 helai data research untuk di key-in wish sangat ada assistant yang nak tolong key in data..huwaaaaaaa sempat ke nak siapkan paper by 30th September ni? Next week Isnin sampai Khamis bermesyuarat di Lumut pun mieza terpaksa angkat kotak survey research mieza..alamatnya malam tido kul 2-3 pagi la..tapi kan bila sifat berbisnes tu ada(diwarisi dari belah arwah ayah) dalam sibuk-sibuk pun mesti gak nak menerima tempahan hihihi...

Pertama sekali mieza nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat seofis mieza iaitu Rahimah..tempat duduknya bersebelahan je dengan meja mieza yang melangsungkan perkahwinannya hari ni (10 Sept 2011) 4 biji kek gula hangus ni ditempah untuk minum pagi tetamunya selepas majlis akad nikah jam 10 pagi nanti..mieza mendoakan semoga pasangan pengantin ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..



Kek Gula Hangus 900gm = RM17.90...10% diskaun untuk unit kedua..



Semoga rezeki ini berkekalan...insyaAllah..

Thursday, September 8, 2011

Kek Marble Trio



Assalamualaikum semua...sedang buat apa tu? Dah bersiap-siap nak tido dah ker? Nampak gayanya malam ni mieza tak leh nak tido awal sebab sekarang ni mieza tengah tunggu kek gula hangus masak..ada kawan kat ofis tu nak kawin..jadi dia tempah 4 biji kek gula hangus untuk breakfast pagi sebelum majlis akad nikahnya..alhamdulillah rezeki dari Allah...tak banyak tapi memadai..semoga lepas ni dapat tempahan lagi..

Malam ni mieza nak share resepi kek marble trio CMG yang mieza cuba lagi untuk kali keduanya semalam..kali pertama dulu mieza dah post kat sini..tapi dulu pakai 3 kaler dan buat 3 layer jer sebab masa buat dulu tu angin M menyerang...semalam mood membaking datang jadi mieza buat 4 warna dan mieza perbanyakkan layernyer...bila dah 4 warna mana boleh panggil 'trio' lagi kan..ahhhh bedal je la hahahaha



Mieza postkan resepinya sekali lagi ye..


KEK MARBLE TRIO


Source : CMG @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus *
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco - mieza letak sedikit pewarna merah
1 camca teh coklat emulco - mieza tak letak, mieza ganti dengan warna kuning dan lemon paste, juga warna biru dan hijau


Cara-cara:

1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.

3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.

4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).

6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.

7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.

8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.


SELAMAT MENCUBA

Tuesday, September 6, 2011

White Choc and Nuts Cookie



Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin..wahhhh seronok yer berhari raya semua...pasti meriah je kan...dah buat rumah terbuka ke? Jangan lupa jemput mieza ye..kalau dekat-dekat boleh la mieza bertandang..mieza tak tahu lagi nak buat open house ke tak tahun ni..tak sempat masa...seminggu berhari raya di Kelantan..minggu ni dah start kerja dan mieza busy sangat prepare paper untuk dibentang dalam International Conference di PWTC nanti..next week seminggu mieza bermesyuarat di Lumut, Perak...rasa macam 24 jam sehari tu tak cukup jer...sejak balik dari beraya memang tak sempat nak masak pun..actually mieza tak masak pun lagi..asek makan kat luar je..hari ni baru cecadang nak masak..dah wat keluar bahan masakan dari dalam freezer sekali air paip pulak tak der..ntah apa hal la pulak...terus hubby kata tak payah masak, he's treating us dining out la malam ni..yeyyyyy

Oleh sebab lama tak jenguk blog ni rasa rindu pula..nak balas komen yang terdahulu pun tak sempat..apa lagi nak update entry huhuhu..nak BW ke blog rakan-rakan pun tak dan huwaaaa cuma ternampak gambar masakan rakan-rakan kat bloglist je la..tunggu ya nanti bila schedule mieza dah reda sikit mieza datang nak tengok kekawan masak apa...

Entry malam ni berkenaan dengan cookie yang mieza bake sebelum raya hari tu..sebab terliur nampak kak diana SKB buat..jom tengok gambar dan resepi..



WHITE CHOC AND NUTS COOKIE
Recipe ~ I Can Bake.. Agnes Chang
Source ~ Kak Diana @ SKB
Source ~ Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:




A
250 gm mentega / margarine _ ( Diana guna mentega, mieza pun )
120 gm soft brown sugar

B
2 biji telur
1 tsp esen vanilla

C ( Di Ayak Bersama )
350 gm tepung gandum
1 tsp bicarbonate of soda
1/4 tsp garam

D
180 gm white choc _ d potong kecil²
100 gm almond nibs _ ( Diana bubuh 50 gm almond nibs + 50 gm gajus panggang cincang, mieza letak almond nibs dan hazelnut cincang )

Cara-cara:


1. Pukul A sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu.. ( d pukul sehingga creamy yer baru ler d bubuh sebiji telur lagi dan pukul lagi )



3. Kemudian masukkan esen vanilla dan pukul sebati.

4. Masukkan C dan gaul sebati ( gaul sekejap jer yer ).. Boleh juga gaul guna spatula jer.



5. Masukkan pula D dan gaul mengguna spatula sahaja sehingga sebati.



6. Bentuk adunan menggunakan 2 batang sudu dan bakar d dalam oven yang telah d panaskan pada suhu 170°C selama 20 - 25 minit sehingga biskut masak. (Mieza letak dalam loyang muffin hehehe)



7. Diana bakar pada suhu 150°C selama 25 minit.. Setiap 5 minit Diana akan pusingkan dulang yang berisi biskut tu.. Dengan cara nie biskut tu akan cantik jer masaknya.. Terpulang ler pada masing² kan..(Mieza pun follow cara kak diana)

8. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk sebelum d simpan d dalam balang.


Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...