Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Ikan Pari Bakar Portugis Berpetai

Alhamdulilla...dah hantarhantar draf Chapter 1 kepada supervisor...memandangkan SV belum reply maka mieza pun merehatkan diri kejap dari menjadi full time student dan mengendong bakul ke pasar...lama juga mieza tak ke pasar..apatah lagi nak masak kan...

Hari ni di pasar banyak sungguh ikan segar...rasa nak beli kesemua sekali...tengok siput lala hmmm terliur..tengok ketam dan sotong meleleh lak air liur...tengok udang tak berapa sangat terliur sebab harga udang masih lagi mahal melambung kat sini...tapi jika terasa nak makan juga udang beli jugalah sedikit...

Dalam banyak-banyak ikan yang ditayang kat pasar tu mieza pilih ikan pari sebab ia adalah ikan kegemaran suami...dan dicapau juga seikat petai paa harga RM3 = 4 keping...dan terhasillah menu ini sebab ternampak di dalam majalah SAJI resepi dari blog kawan blogger mieza Zila...


IKAN PARI BAKAR PORTUGIS BERPETAI



Bahan-bahan:
1 ekor ikan ikan pari
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
Sedikit lengkuas
5 helai daun limau purut
3 helai daun limau purut | hiris halus2
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
2-3 keping petai - dihiris halus atau dibelah 2
Beberapa keping daun pisang - disalai
Aluminium foil



Cara:
1. Minyak bawang putih: Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit dan ditumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan pari. Jika guna ikan siakap atau ikan kembung, kelar-kelarkan sedikit ikan tersebut.
3. Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kisar.
4. Gaulkan bahan kisar dengan garam dan gula.
5. Letakkan ikan atas foil dan sapukan dengan bahan bertanda kisar tadi.Sapu rata.
6.Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Letak ikan atas daun pisang dan balut kemas. Balut sekali lagi dengan aluminium foil.
8.Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).


Sedap sangat ikan ni...suami cukup suka...lagi pun cara masakan ini adalah sangat sihat....ye la kan umur dah masuk 4 series ni kenalah jaga makan hehehe
SELAMAT MENCUBA

Saturday, March 29, 2014

Pari Bakar Sambal Kantan

Alhamdulillah...hari ni hujan lebat di Tanjong Malim...sepanjang hari ni mendung je...jemuran pun tak kering...tapi tak per..kemarau dah lama sangat..kami bersyukur atas nikmat hujanMu wahai Yang Esa...sejuklah sikit tido malam ni...tentu esok liat nak bangun pagi..

Dua malam kebelakangan ini mieza tak lena tido..mungkin akibat makan ubat sebab tak sihat dan mungkin tak rasa dengan salah satu ubat menyebatkan jantung mieza berdegup kencang sampai susah nak tido..kebaikan darinya ialah bangun awal lah hari ni...terus bancuh oat bersama buah dan kejutkan enik suami untuk teman ke pasar...

Seronoknya sampai di pasar sebab ada ikan pari yang segar-segar..suami mieza memang suka makan ikan pari..sama ada bakar atau masak asam pedas...terus mieza capai sekor berharga RM11...sekali sekali gembirakan hati suami tercinta..semoga cintanya pada mieza akan sentiasa berkekalan...



Resepi pilihan mieza untuk hidangan buat suami tercinta hari ni ialah Pari Bakar Sambal Kantan





Bahan-bahan:
1 ekor ikan pari – dicuci bersih
1/2 kuntum bunga kantan – dihiris halus
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1/3 cawan pati santan
Daun pisang secukupnya
4- 5 helai daun kunyit

Bahan kisar halus:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 biji buah keras
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup
1 batang serai,




Cara-cara:

1.  Ikan pari dicuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian dicuci kembali dan dilumurkan garam kunyit. Ketepikan.
2.  Penyediaan sambal kantan: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan santan dan terus memasak hingga pekat. Tambah sos ikan secukup rasa, daun limau purut dan sedikit gula, kacau rata dan tuang jus limau kasturi. Masak sekejap dan rasa. Mesti ada rasa masin, manis, masam, lemak dan sedikit pedas. Matikan api dan ketepikan.
3.  Untuk membakar ikan pari: Ambil sehelai daun pisang dan bentangkan di atas kuali pemanggang. Sendukkan 1-2 sudu besar besar sambal dan ratakan atas daun pisang. Letakkan ikan pari di atas sambal tadi dan letak lagi 2 sudu besar sambal di atas ikan. Tabur dengan 1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Bungkus kemas dan bungkus dengan sehelai lagi daun pisang.  Bakar ikan di atas kuali pemanggang hingga masak.
4.  Bila ikan dah masak, boleh dituangkan baki sambal kantan dan dihidangkan dengan belahan limau kasturi, dan hirisan cili padi. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Komen encik suami
"Ya Allah sedapnya ikan pari you masak..sambalnya pun sedap..dah 2 pinggan I tambah. Ikannya pun segar dan rasa manisnya..pandai you masak"
Wah wahhhhh kembang idung mieza dipuji suami! Tak percaya ke sedap? Cuba la :)

Monday, September 2, 2013

Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol

Salam hari Isnin...mestimalas nak kerja kan..Isnin la katakan..tapi kalau Jumaat pun malas gak sebab mood bercuti dah datang..pendek kata memang setiap hari malas nak kerja..kalau lah mieza boleh jadi full time house wife fullamaaakkkkk best nyer...teringin sangat nak jadi full time house wife, bangun pagi-pagi sediakan breakfast untuk suami dan anak-anak, lambai depa gi school/office, then kemas umah, shopping barang dapur then masak lunch, lepas tu prepare lak for tea, sambut depa balik, tolong anak-anak buat homework then prepare dinner and then siapkan baju sekolah depa dan begitulah everyday..tak yah nak fikir tentang kerja dan masalah kat pejabat dan due date yang berderet owhhh heavennya...(mood: tengah berangan ahaksss)

Melalut lak kan..back to the main story....hmmm dah lama teringin nak makan nasi dagang..kecur air liur..errr tapi tak mengandung tau..mengandungi je hahahah..oleh sebab tak der beras perang, maka mieza masak menggunakan beras putih je..ini masaknya semalam..ada lebihan sikit pagi ni jadi mieza kukus balik dan anak mieza yang tengah Wawa bawa sedikit ke sekolahnya...mencubitlah para cikgunya barang sikit seorang..kesian pula mieza..terus depa pelawa mieza buat kelas memasak nasi dagang di Tadika..cikgu-cikgu tadika nak belajar..insyaAllah, mieza cuba luangkan masa dan buat kelas nasi dagang khas untuk cikgu-cikgu yang banyak membantu anak mieza ni..


NASI DAGANG

2 pot beras pulut (pot rice cooker)
6 pot beras wangi
200 gm pati santan
2 cawan air
6 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris batang mancis
1- 2 sk halba
garam dan gula secukupnya
2 cawan santan cair

Cara penyediaan:

1. Beras pulut dan beras wangi dicuci dan direndam dalam air penuh selama semalaman.
2. Didihkan air dalam pengukus dan kukus beras yang telah direndam semalaman sehingga separuh masak. (Lebih kurang 1/2 jam)
3. Sementara menunggu beras masak sehingga separuh masak, bolehlah disediakan santan. Campurkan 200 gm santan pekat, 2 cawan air, bawang merah, bawang putih, halba, halia, garam dan gula ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Ketepikan.
4. Bila beras sudah 1/2 masak ,tuangkan beras ke dalam besen yang besar. Gaulkan bersama santan cair sehingga rata dan semua santan cair telah meresap masuk ke dalam beras.
5. Masukkan semula beras tadi ke dalam pengukus dan kukus semula sehingga masak sepenuhnya.
6. Angkat nasi yang telah masak dan tuangkan semula ke dalam besen. Gaulkan lagi sekali dengan kuah santan yang telah di masak tadi. Masukkan santan sesenduk demi sesenduk sambil digaul rata. Berhenti masukkan santan apabila nasi sudah cukup lemaknya. Santan tadi tidak semestinya dihabiskan semua sekali bergantung kepada tahap lemak yang diingini.
7. Rasakan garam gula nasi. Hidangkan nasi bersama gulai ikan tongkol, acar mentah dan telur rebus.


GULAI IKAN TONGKOL
Boleh ganti dengan ikan tenggiri

2 ekor ikan tongkol - cuci dan potong menjadi kepingan ikan
300 gm pati santan
3 cawan air
2 sb rempah kari ikan - jadikan pes
2 keping asam keping
1 st gula melaka
1 sb kerisik

Bahan A
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan B (dikisar halus)
4-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 takang cili kering - kalau suka pedas boleh tambah lagi
1 st biji ketumbar
1 st jintan manis
1/2 st jintan putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit kunyit

Cara Penyediaan:

1. Ikan tongkol yang telah dibersih dan dipotong direbus dengan sedikit air, hirisan lengkuas, asam keping dan sedikit garam sehingga ikan empuk. Bila dah masak, buangkan airnya dan toskan isinya.Jika menggunakan ikan tenggiri, boleh lah diabaikan langkah ini kerana ikan tenggiri adalah ikan yang cepat lembut isinya.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan A hingga wangi dan diikuti dengan bahan B yang telah dikisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan pes kari ikan dan tumis lagi hingga pecah minyak lalu dimasukkan kerisik. Tumis lagi seketika.
4. Masukkan santan, air, dan asam keping. Masak hingga mendidih.
5. Bila mendidih, masukkan ikan dan renehkan seketika hingga kuah meresap masuk ke dalam isi ikan. Rasakan garam gula.

Sunday, September 1, 2013

Nasi Beriani Ikan Chef Ammar

Selamat Hari Merdeka semuaaa...
Mieza terlewat wish ek? Ye la kan sebab hari ni dah 1 September..tapi semalam memang busy sangat, tak buka lappy pun, balas email dan tengok facebook kat phone je. Dari pagi menghadirkan diri Sambutan Hari Kebangsaan dan Majlis Hari Raya di TABIKA KEMAS PSAS tempat anak mieza belajar hingga tengahari. Oleh kerana Sang Arjuna tak ikut maka mieza had to drop by a restaurant and get him some food to eat..sampai umah terus mieza ZZZzzzzzzzz sebab terlalu tired di tadika. Jaga je dah kam 330 petang huhuhu
Jadi tak per la kan mieza wish Merdeka hari ni hehehe

Pernah dengar tak nasi beriani ikan? Masa mieza tengok Chef Ammar masak kat TV Al Hijrah memang mieza pun rasa pelik. Selalunya kita makan beriani daging, kambing atau ayam. Kali ni nasi beriani ikan..fullamak sedap ke ni. Tak salah mencuba kan? Resepi asal Chef Ammar pakai ikan merah. Tapi dalam peti ais cuma ada ikan siakap, maka zaaaaazzzzzz..taraaaaaa...

Komen mieza, hmmmmm memang sedap youuuuu...kalau you all tak caya you all kena try sendiri hokeyyyy

NASI BERIANI IKAN

4 pot beras basmathi (pot rice cooker)
4 pot air
1 pot  sus cair
2 pohon daun ketumbar
1 biji tomato - dadu
3 ulas bawang putih - belah 2
1 biji bawang besar - hiris 
1 sb tomato paste
Minyak sapi
Garam


Bahan A:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 buji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Bahan B: (Gaul rata)
1 sk serbuk jintan manis
1 sb serbuk buah pelaga
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1 sb serbuk kulit kayu manis
1 sk serbuk halia
1/2 sk serbuk lemon hitam (mieza tak der, jadi mieza ganti dengan hirisan lemon)
1 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sb serbuk beriani (mieza tambah)

Bahan hiasan:
Hirisan daun sup
Jagung panggang

Cara penyediaan:

1. Basuh beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam sebelum memasak.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan A, bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan 2 sudu besar rempah campuran bahan B dan tomato paste dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan pula buah tomato yang didadu. Kacau seketika.
4. Masukkan beras, air, susu cair, hirisan lemon, daunketumbar yang disimpul dan juga garam. Kaca rata.
5. Tanak seperti memasak nasi biasa hingga masak.



IKAN BERIANI

1 ekor ikan siakap
Sedikit garam dan kunyit
1 sb campuran rempah B (rujuk atas)
1 biji lemon
Sedikit minyak zaitun

Cara penyediaan:

1. Ikan dibersih dan dikelas badannya.
2. Lumurkan ikan dengan garam kunyit dan serbuk campuran rempah B. Perahkan air lemon ke atasnya. Perapkan selama 30 minit hingga sejam.
3. Panaskan pemanggang tidak melekat (non-stick grill). Leserkan sedikit minyak zaitun dan panggang ikan sehingga masak.

Hidangkan nasi beriani bersama ikan beriani, acar dan dalca pilihan. Mieza makan bersama dalca sayuran jadi mieza tak sediakan acar mentah lagi. Dan of coz mesti ada sambal, kasi pedas-pedas skit barulah kawwwww.

Tuesday, January 29, 2013

Ikan Bawal Goreng Portugis

Setelah 5 hari bercuti..masuk ke opis hari ni dengan penuh kemalasan melanda..post holiday sindrome...petang pula ada meeting...alahaiiiii...

Badan pula seram sejuk...hidung  belah kiri dah tersumbat..tekak pula sakit bila menelan air liur...bersin jangan cakaplah tak henti-henti...sebungkus tisu dah habis...tandanya mieza dah diserang selsema...teringin nak bercuti sakit tapi kerja yang bertimbun di pejabat menyebabkan mieza terpaksa cancel niat di hati selagi larat drive keta...huhuhuhu


Ikan bawal ni mieza masak dah last week...selalunya orang buat ikan bakar portugis...hari tu mieza cukup malas nak idupkan bara api..malas yang amat sangat..selalunya kerja-kerja menghidupkan api ni kerja encik hasben...dia pun malas..akhirnya kami goreng dan buatkan sambal portugis...sedapppppp!!!!





IKAN BAWAL GORENG PORTUGIS
Recipe: Chef Wan

 Bahan-Bahan
1/4 cawan minyak masak
Air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
Garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan

 Dikisar Halus
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut






Cara-Cara:

1. Ikan bawal dilumurkan garam yang ditumbuk bersama kunyit dan bawang putih. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
 2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula. Masak hingga sedikit pecah minyak.
3. Tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng. Hidang bersama nasi putih

Kalau rajin nak membakor memang sedap dibakar hehehe...tapi nak jimat masa, kita goreng sajaaaaa....

Selamat mencuba ^__^

Friday, December 21, 2012

Asam Pedas Ikan Pari Bersama MAGGI

Assalamualaikum...
Salam rindu dari miezaaaaa...waaa rindunya kat dapur ni..tapi apa nak buat busy sangat memang tak sempat nak update blog everyday...mieza nak ucapkan terima kasih buat beberapa orang reader yang sudi menyertai MAGGI Good to Great Campaign yang blog WAWMC anjurkan...buat yang belum menyertai boleh cepat-cepat hantar penyertaan sebab campaign ni akan ditutup tak lama je lagi...


Resepi seterusnya yang mieza ingin share ialah Asam Pedas Ikan Pari...hmmmm ini ialah lauk kegemaran encik suami...dia kalau dapat asam pedas ikan pari memang akan bertambah-tambah makan nasi dan slrupppp slrupppp dia hirup kuah asam pedas yang masam-masam dan pedas-pedas tu nyummmmm...kini kerja menyediakan asam pedas untuk suami tersayang menjadi lebih senang dengan adanya Pes Tumisan Asam Pedas dari MAGGI Hari-hari Favorite...dengan sekelip mata mieza mampu membuat suami mata terbeliak...waaaaa pengikat kasih sayang gitu...bukan ke pesanan orang tua-tua kalau kita nak pikat suami pikatlah dulu seleranya...


Dengan menggunakan pes Tumisan Asam Pedas MAGGI ini kerja memasak menjadi sungguh senang senang...dan perencah MAGGI ini tidak ditambah MSG...legaaaa lah skit kan...kesihatan pun terjamin...bagi yang belum lagi mencuba pes ini mieza amat menyarankan anda semua untuk mencubanya....senang, cepat dan memuaskan...wahhhh tag line gitu hahaha

Minta maaflah ye gambor mieza kurang memuaskan...main snap ikut dan je haghahaha sebab tak sempat! Jom kita zaaaaazzzzz resepinya!

ASAM PEDAS IKAN PARI BERSAMA MAGGI
Resepi: MAGGI & Mieza @ WAWMC

1 ekor ikan pari - cuci dan potong kepada beberapa keping kecil
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 paket pes TumisanAsam Pedas MAGGI
2 sb minyak
3-4 biji cili api jika perlu
2-3 sb air asam jawa - jika mahukan lebih masam
1 kuntum bunga kantan
4-5 tangkai daun kesum
1 biji buah tomato - belah 4
5-6 biji kacang bendi
Air secukupnya untuk kuah

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan pes Tumisan Asam Pedas MAGGI dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan air, bunga kantan dan ikan. Renehkan hingga mendidih.
3. Tambahkan cili api dan air asam jawa jika sukakan lebih pedas dan masam. Masukkan juga buah tomato dan bendi. Reneh seketika.
4. Rasakan garam gula. Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba!

Friday, September 14, 2012

Garoupa with Black Sauce - Kerapu Sos Hitam

Assalamualaikum...
Hari ni mieza happy sebab esok hari sabtu dan cuti 3 hari...waaaa beshnyer..alangkah beshnyer kalau wiken tu 3 hari instead of 2 kan..besh besh dan beshhhh

Jadi hari ni balik kerja terus rasa lapar..maklumlah dah 2 hari tak  makan nasi...memang dasar perut melayu ndak diisi nasi juga dia! hahahah

Bila sampai je umah terus mieza masuk dapur...masak simple simple je la ye...jumpa resepi ni kat umah Kak Ummi Kuantan..siap masak dah pukul 630 petang..sambil masak ikan sambil tanak nasi....nak ambik gambor pun rasa tak bersemangat sebab dah nak malam...tapi rugi pula tak ambik gambor sebab ni first time cuba resepi ikan ni...dan sedapppppp! Hubby pun cakap sedap! Nanti len kali  boleh la cuba dengan ikan lain pula ^__^


IKAN KERAPU BERSOS HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor kerapu sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan




Cara Memasak:-

  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan kerapu tadi rata-rata. 
  8. Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...