Kali ni teasa nak buat pau pandan..mieza blendkan 5 helai daun pandan dan tambahkan sedikit kaler hijau. Anak-anak dan suami panggil Pau PAS..hahah sebab kaler hijau kata depa..abis tu kalau letak kaler biru pau BN lah jadinya..ataupun kalau letak kaler merah terus pau DAP...tak perla pau parti mana pun jani sodappppp!
PAU KELAPA
Untuk doh:
500 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 paket mauripan yis (11 gm)
5 helai daun pandan
350 ml air suam
2 camb planta/mentega
2 cam gula
1 st pewarna hijau
Daun pisang atau tracing paper untuk alas pau
Untuk inti kelapa:
1 biji kelapa parut (pastikan kelapa muda)
2-3 keping gula melaka
Gula pasir jika perlukan lebih manis
1 camt garam
1 mangkuk air
2 helai daun pandan
Cara-caranya:
1. Sediakan intinya. Hancurkan gula melaka dengan memasaknya dgn semangkuk air dan daun pandan di atas api. Tambahkan garam dan gula jika perlukan manis yang lebih. Bila gula melaka dan gula dah hancur, masukkan kelapa parut dan dikacau sebati. Masak hingga air gula menyerap masuk ke dalam kelapa parut dan sedikit kering. Ketepikan.
2. Sediakan doh: Kisar daun pandan dengan air suam dan tapis. Satukan air suam dengan yis. Boleh masukkan sedikit pewarna hijau untuk warna yang lebih terang.
3. Di dalam bekas penguli, satukan butter dan gula, putar hingga hancur dan sebati. Masukkan bancuhan yis dan tepung dan baking powder secara berselang seli dan diuli selalu hingga menjadi doh yang kental. Perlu diingat, sukatan tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.
4. Biarkan doh yang telah siap dicanai supaya ia agak 'naik'. Ketepikan 15 - 20 minit.
5. Ambil sedikit doh, canaikan di atas tapak tangan berbentuk leper, letakkan inti di tengah-tengah doh dan bungkus berbentuk bulat. Letakkan pau di atas daun pisang yang dipotong 1 inci x 1 inci.
6. Masak air didalam steamer hingga mendidih dan kukus pau selama 7 minit. Jangan dikukus terlalu lama kerana pau ni akan turun semula sekiranya oversteamed.
Boleh dihidangkan semasa sarapan dan juga sewaktu minum petang. Simpan yang lebih dalam bekas kedap udara dan boleh juga dikukus semula untuk melembutkan ia sebelum dimakan.
Selamat Mencuba!