Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 31, 2011

Blessing Ramadhan Everyone!


Card from google


Assalamualaikum semua..di kesempatan ini mieza nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung WAWMC yang beragama Islam..semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas..semoga kita semua tabah menjalani ibadah puasa yang penuh barakah..semuga kita semua bergembira menyambut kemenangan pada setiap kali azan maghrib berkemundang yang menandakan kita telah menang melawan nafsu syaitan yang sentiasa menggoda untuk hari berkenaan dan juga hari-hari yang berikutnya..insyaAllah


Di sini mieza postkan lafaz niat puasa bagi sesiapa yang dah terlupa ehehehhe..selamat berpuasa semua :)


Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Nasi Lemak Halba dan Udang Masak Hitam



Assalamualaikum dan selamat hari minggu..tak lupa juga diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung WAWMC..semoga bulan yang mulia yang bakal mengunjung kita esok akan membawa seribu keberkatan dalam hidup kita..amin..



Jadi hari ni sebagai bekpes terakhir sebelum berpuasa tahun ni, dan juga memenuhi permintaan mak yang nak makan nasi lemak (padahal dah selalu dah masak nasi lemak, tapi mak nak makan nasi lemak gak hari ni) jadi mieza masak la juga nasi lemak ni..tapi tak ler masak banyak sangat kan..cecukup je untuk bekpes..alih-alih tak cukup pula..depa kata sedapnya nasi lemak mama hari ni..may be sebab mieza makan dengan udang masak hitam tu..ada juga sambal bilis macam biasa...kacang goreng, dan telur mata kerbau..cuma timun je tak der sebab belum ke market lagi..cuma hari ni dimasak lauk tambahan sebab nak menghabiskan stok udang dalam peti ais lebih buat seafood pizza semalam..


NASI LEMAK HALBA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan

4 pot beras - cuci dan toskan, mieza guna pot rice cooker
6 pot santan - ikut jenis beras, mieza mengamalkan 1 pot beras = 1 1/2 pot air/santan
1 inci halia - hiris nipis
2 sk halba
Garam secukup ras
2 helai daun pandan

Cara-cara:


Masukkan semua bahan dalam periuk (mieza guna rice cooker je) dan ditanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan..



UDANG MASAK HITAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
10-15 ekor udang - cuci
1/2 paket rempah masak hitam - jadikan pes. mieza guna brand 'Mak Siti'
2-3 sb kicap pekat
2 sb kicap manis
1 sb kicap masin - atau mengikut citarasa sendiri
Minyak untuk menumis
Daun bawang untuk hiasan
Sedikit air asam jawa

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.

2. Masukkan rempah masak hitam dan tumis hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, kicap dan udang dan kacau selalu hingga udang masak dan kuah agak pekat.

3. Angkat dan hidangkan. Taburkan dengan hirisan daun bawang

Saturday, July 30, 2011

Seafood Pizza



Assalamualaikum semua...dah shopping baju raya? kalau belum cepat-cepat tau nanti tak der saiz..hari ni mieza tak masak lunch dan bekpes sebab pagi-pagi lagi dah kuar ke Shah Alam hantar tempahan buku yang ditempah oleh kawan di PSA..untuk pengetahuan para pengunjung mieza menulis lecture notes and tutorial untuk course P5127 Business Finance untuk kegunaan pelajar politeknik khususnya..lepas pegi hantar tempahan buku tu mieza jejalan ke Jusco Bukit Raja..beli baju raya bebudak..jadi sekarang persiapan raya dah 80% siap hheehehhe posa belum start lagi kan tp baju raya dah siap..

Bercakap pasal baju raya, sebenarnya hari ni mieza hangin satu badan dengan tailor sorang ni..malay tailor..mieza hantar sepasang kain untuk dijahit..mieza tempah baju kedah..saje la rasa nak pakai baju kedah raya nanti..aleh-aleh noon tadi dia call katanya kain yang mieza hantar untuk tempahan baju kedah tu cukup untuk dibuat baju kurung pesak jadi dia dah siap jahitkan baju kurung pesak..walllaaaaweiiiiii aku tempah baju kedah bukan sebab aku ingat kain tu tak cukup untuk sepasang baju kurung pesak...aku tempah baju kedah sebab aku memang nak pakai baju kedai..Ya Allah sakit hati mieza tak terkata..yang mieza heran, dia kan ukur kain tu untuk baju kedah, sah sah la baju kurung kedah tu pendek kan. Jadi macam mana dia ukur labuh baju kurung pesak tu tanpa mengukur badan mieza? Tak paham..ini mesti main agak je ni..entah-entah baju pesak tu dah singkat atas lutut..eiiiiiii tatau nak cakap macam mana rasa gerammmmm sangat...ini la kan orang melayu buat bisnes..sebab tu mieza suka tempah baju kat cina walaupun mahal tapi puas hati..cuma mieza ingat nak try servis malay di samping nak bantu perniagaan malay...geram sangat mieza..habis tu kan kalau kain yang mieza hantar tu sepanjang 10 meter, agak-agak dia mesti ubah gi jahit telekong semayang kan? Grrrr

Oleh sebab mieza geram maka mieza buat pizza malam ni..hihihih ada ke relationship geram kat tailor dengan mempizzakan diri ek? ahhhh tak kisah lah..bedal aja...jom kita tengok picturenya

...letak banyak-banyak topping..tuna, udang, sotong, capsicum, onion, button mushroom..



...dan banyak-banyak mozza cheese..jangan kedekut sebab nak masuk tekak sendiri...



..after 15 minutes in the hot oven...perggghhhhh tak tahannnnnn!!!!



...half is gone oredi!



...come and have a slice with me....



SEAFOOD PIZZA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan doh:
250 pizza mix - mieza beli kat Bagus Shah Alam..nak pakai tepung gandum@tepung high protien pun boleh gakkk
5 gm yis
125 gm air

Bahan topping:
1 tin tuna flake in sunflower oil - mieza pakai Ayam Brand
1-2 ekor sotong - potong bulat
Udang - ikut suka nak banyak mana, buang kulit
2 batang isi ketam - racikkan
1/2 biji capsicum hijau - dice
1/2 biji capsicum merah - dice, mieza tak letak sebab tak der stock
1/2 tin nenas cube - mieza tak letak sebab tak der stok
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang besar - porong bulat
5-6 biji cendawan butang - mieza guna dalam tin, hiris
Sos thousand island secukupnya
Mayonis secukupnya
Mozzarella Cheese secukupnya


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan untuk doh di dalam mangkuk penguli. Uli hingga menjadi adunan yang tidak melekat selama 10 minit. Mieza guna mesin. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga cuma mieza tak larat hehehe

2. Tutup doh dengan tuala lembap dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Sementara menunggu doh naik, celur udang dan sotong hingga masak dan toskan airnya.

3. Keluarkan doh, canai nipis. Letakkan doh di atas pizza pan dan bina edge (tebing) di sekeliling doh supaya sos tidak melimpah keluar nanti.

4. Sapukan doh yang telah dicanai dengan mayonis. Ratakan.

5. Tuangkan pula sos thousand island dan ratakan. Mieza suka letak banyak-banyak.

6. Taburkan sotong, udang, isi ketam, nenas, bawang, capsicum,tuna, cendawan, tomato, dan paling atas taburkan mozza cheese.

7. Bakar dalam oven, 3rd rack dari bawah, 220'C selama 10 minit dan 5 minit lagi dibakar dengan menggunakan api atas sahaja supaya cheesenya terbakar.

8. Hidang dengan parmesan cheese..jom kita menggemukkan badan kita dan makan pizza!

..this one for you..jemput la..jangan malu..

Friday, July 29, 2011

Kuih Bom



Alahai udah lama benor tak makan kuih ni..dulu selalu ada jual kat kantin tempat kerja..tapi sekarang ni dah jarang depa mengebom..then hari tu nampak kuih ni kat umah kak inahar..aisehhh tak tahan den..tapi mieza tak ikut resepi kak ina sebab tak der keledek/kentang jadi mieza ikut resepi kat MyR ni..sebelum buat tu ada la gak mieza baca komen-komen orang yang dah penah buat..dan seboleh mungkin mieza cuba follow nasihat orang terdahulu ie macam mana tanak bagi kuih ni meletup..sekali bila masuk dalam minyak panas..memula ok lagi..dah lama skit dia mula meletup pop pop pop..agaknya dari situ lah datangnya nama kuih ni..yang mieza tayang sini pun yang dah ditapis hihihi..meletup haaaa kuih bom aku kakakaa..nanti len kali mieza nak cuba resepi kak inahar lak..dan letak potato..kot kot la tak meletup lagi ahakkkss




KUIH BOM
Source : Noreen @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

50-60gm bijan
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan doh:
200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam

Bahan-bahan inti kelapa:
60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut

2. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering

3. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh

4. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula

5. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat

6. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan. Dan siap untuk dimakan

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.

2. Minyak jgn terlalu panas.

3. Jgn menggoreng terlalu lama.

4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.


Thursday, July 28, 2011

Kerabu Sotong



Salam semua...aiseh mieza tak sempat nak menupdate blog la lately..2 hari demam kes makan durian dengan banyak on Monday..kesannya badan mieza sakit-sakit, kepala denyut-denyut dan tekak sakit sampai nak telan air pun sakit wehhh..tu la makan buah durian sampai tak hengat dunia ahakkksss...hubby tanya kalau masih ada buah duyan nak makan lagi tak..mieza jawab 'ehhhh mesti, mana leh tolak rezeki ahakkkks'...eden ni jenis yang tak reti nak makan duyan begitu aja..jadi eden kalau makan duyan mesti dengan pulut..emmmm sedapnyarrrr....tak terkata youuuuuuuuuuuu hihihi

Oleh sebab mieza demam, jadi mieza tak masak..tapi belek-belek album jumpa gambor kerabu sotong yang mieza belum post...jom layan gambar...resepinya beginiii...dulu dah post dah entry sebegeni..boleh tengok kat sini :)

Untuk kawan-kawan yang tinggalkan komen..insyaAllah petang sikit mieza balas komen..dan buat BW ke blog teman-teman juga...tunggu ya..mieza berkunjung nanti :)


KERABU SOTONG
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

300 gm sotong - cuci, potong dan dicelur 2 minit dan ditos.
5 batang kacang panjang/asparagus - dihiris pendek dan dicelur 2 minit, dan ditos.
1 bawang besar - dihiris
5 tangkai daun kesum - dihiris
5 batang daun ketumbar - dihiris
1 batang bunga kantan - dihiris
2 batang serai - dihiris
4 helai daun limau purut - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong dadu
6-7 biji cili api - dihiris halus
sedikit kerisik
sedikit belacan
1/2 cawan santan
garam gula to taste
1/2 cawan kacang - digoreng dan ditumbuh pecah-pecah
limau nipis - diambil airnya

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan yang dihiris, sotong, dan kacang panjang ke dalam mangkuk.

2. Tumbuk belacan hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kerisik dan santan.

3. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi semua bahan-bahan tadi dan gaulkan rata-rata.

4. Masukkan garam, gula dan air limau nipis dan rasakan secukupnya. Taburkan kacang goreng tumbuk dan kerabu kini sedia untuk dimakan.



Tuesday, July 26, 2011

Maggi Kari - haishhhhh sibuk wehhhh tak dan nak merempit kat dapur!!!!!




Huwaaaaa mieza dah tak dan nak merempit kat dapur as usual dah 2-3 hari ni..makan je la apa yang senang ekkkk..ni kan instant noodle feveret masa dok belajar dok hostel dulu...apa nak wat kat hostel tak der dapur, takkan nak masak nasi beriani kan hihihi

Meh teman mieza makan maggi meh...

Nasi Kari Berempah



Fuhhhhhh mieza tak menang tangan lately..tak sempat! Sibuk dengan proposal phd dan sibuk cari supervisor..itu adalah requirement nak mohon biasiswa..proposal kita kena dah disemak oleh bakal supervisor..kekadang mieza pun tak faham dengan requirement MOHE ni..(kang mohe baca entry mati aku) bukan apa, mieza tak fahamkan macam ni..kita baru nak mohon biasiswa, jadi biasiswa belum tentu dapat ke idak, kalau kita dah ada SV then tak dapat biasiswa bukan ke kita tak jadi belajar..tak ke penat SV tu betulkan proposal kita tapi end up kita tak jadi pun berSV dengan dia..pastu kalau mieza nak mohon ke obersea, mana lah kita kenal bakal SV kita omputih tu..haishhhhhh nak bagi scholarship ke tanak ni encik MOHE??? Tapi tak per lah..apa-ape pun kitalah cuba yang terbaik ya...

Jadi hari ni mieza cuti sebab nak siapkan proposal..ada 20% lagi tak siap...especially bahagian LR tu...malas betul nak menulisnya..walaupun cuti pukul 11 pagi baru ada can nak menulis..pastu ambik feel dengan update blog dulu hihihihih

Hari ni mieza nak share resepi nasi kari berempah yang mieza masak hari Sabtu yang lepas..nasi ni mieza makan dengan sotong masak 4 rempah dan ikan merah masak hijau yang dipostkan sebelum ni..nasi ni sedap sangat bagi tekak mieza sebab rasa rempahnya..senang untuk disediakan, main campak-campak je...sedap dimakan dengan lauk-lauk lain seperti ayam masak merah, ikan sweet sour dan dalca macam makan nasi tumis yang biasa...cubalah baru kita tahu :)


NASI KARI BEREMPAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - cukup untuk 2 adults and 2 kids
Air sama banyak dengan nasi
Minyak sapi untuk menumis
1 tin susu cair - mieza guna ideal, jadikan tairu dengan mencampurkannya dengan perah sebiji lemon


Bahan tumis:
3 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sk lada hitam
5 kuntum bunga cengkih

Jadikan pes:
2 sb rempah kari
2 sb rempah kurma
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbik jintan manis
1 sb serbuk jintan putih

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang
Gajus dan almond

Cara-cara:

1. Beras dibersihkan dan ditoskan.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.

3. Masukkan pula bahan pes dan tumis hingga pecah minyak.

4. Ambil beras yang telah ditoskan, masukkan ke dalam periuk yang mengandungi bahan tumisan dan kacau dengan senduk. Kemudian masukkan air dan susu cair. Jangan lupa masukkan garam juga.

5. Tanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gemburkan ia dengan menggunakan senduk. Hias dengan bahan hiasan semasa menghidang.

Sunday, July 24, 2011

Sotong Masak 4 Rempah



Selamat hari minggu semua..sedang buat apa tu? Apa plan hari ni? Pergi shopping baju raya ke? Maklum le lebih kurang seminggu lagi kita akan berpuasa..jangan tunggu last minute baru nak shopping nanti barang banyak dah habis..ewahhhh..heheeh mieza sendiri pun belum shopping lagi..hari ni tak dapat mieza nak bersiaran awal sebab lagi tadi office mieza menganjurkan community service gotong royong cuci surau sempena menyambut Ramadhan..terus depa bagi lunch..jadi tak masak la lunch hari ni..petang ni pula kawan-kawan nak datang bakar sate kat umah..ada la 3-4 family..jadi hari ni mieza tak masak..tapi nak tunjuk resepi yang mieza masak semalam..sotong 4 rempah..jom tengok resepi..tak leh celoteh panjang sebab umah tak kemas, kang kawan-kawan datang segan umah bersepah macam tongkang pecah heheeh

SOTONG MASAK 4 REMPAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
7-8 ekor sotong - cuci, hiris bulat dan toskan
1 cawan santan pekat
1/2 batang carrot - potong sepanjang 1 inci
4-5 batang jagung muda - potong panjang
1/2 tin tomato sup - mieza pakai brand heinz
3 biji cili merah - hiris memanjang
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
Garam gula secukupnya

Bahan rempah: jadikan pes
2 sb rempah kari
2 sb rempah kurma
2 sb rempah beriani
2 sb rempah kerutuk

Bahan Kisar:

3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
3-4 tangkai cili kering

Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis daun kari dan bahan kisar hingga wangi. Bila dah wangi masukkan pes 4 rempah dan tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan santan dan tomato sup dan renehkan hingga pekat. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sayur empuk dan kuah agak pekat.

3. Akhir sekali masukkan sotong. Renehkan seketika. Jangan tambah air sebab sotong akan mengeluarkan air bila dimasak. Rasakan garam gula.

4. Masukkan cili merah yang dihiris. Gaul rata. Angkat dan hidang...

Saturday, July 23, 2011

Ikan Merah Masak Hijau - Tapi color merah...ngehhhhhh



Bila mieza nampak Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen masak ikan pari masak hijau, hati mieza terus tertawan..kebetulan ada sekeping isi ikan merah yang baru beli seberat 300 gm (RM9)..ikan ni memang mahal kan..tapi rasanya sangat sedap..kekadang goreng kunyit biasa pun dah cukup berselera makan...masa mieza BW ke SBK ni time tu tengah kerja..bila nampak je resepi tu terus berazam nak balik umah dan masak untuk berbuka semalam..tapi semalam mieza flat lak..kepenatan sebab terlalu banyak kerja kat opis..jadi resepi ni tertunda hingga hari ni...



Tapi kenapa resepi mieza kaler merah? Hehehee sebab tak ada cili hijau kat umah ni hari ni..yang ada cuma cili merah..tu yang jadi merah tu..tapi rasanya sedap sangat..tatau mieza nak cakap macam mana..u all kena try sendiri baru leh tahu..memang mieza tak nyesal mencuba..siap mieza jilat-jilat jari lagi..sib bek tak jilat pinggan je..insyaAllah esok nak beli cili hijau dan cuba pula masak ikan pari macam kak diana..


IKAN MERAH MASAK HIJAU

Source: Kak Diana @ SBK, Kak Nor @ Secubit Garam
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:

2 - 3 ekor anak ikan pari _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam. (mieza guna sekeping ikan merah seberat 300 gm)
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3 - 4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )(mieza tak letak sebab tak ada)
1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam - mieza tak letak, mieza ganti dengan 1 sb cili kering kisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga (mieza tak letak)
1 biji bawang besar - hiris bulat - ini mieza tambah


Cara-cara:



1. Campurkan bawang putih, cili kering kisar, sambal belacan dan ketepikan.

2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau.

4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata .

5. Masukkan bawang besar dan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata.

6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.



Pisang Tanduk Goreng Rangup dan Sambal Kicap - Kenangan makan kat gerai depan Wellward. Parit Raja



Sumpah! Sebelum umur mencecah 24 tahun mieza tak pernah berjumpa dengan pisang tanduk..sehingga lah bila berumur 24 tahun mieza menyambung pelajaran peringkat master di ITTHO (kini UTHM), UTM...kawan-kawan ajak pegi beli barang kat pasaraya Wellward kat Parit Raja..ye la itu la yang paling dekat dengan institut masa tu...nak ke Batu Pahat jauh gak laaa..kalau tak silap mieza tambang bas dari institut ke Parit Raja dalam 80 sen kot..lupa dah..masa tu mana mieza ada keta lagi...jadi naik bas atau teksi je la..lepas beli barang tu kawan-kawan ajak makan cucur kat gerai depan pasaraya tu..itu lah pertama kali mieza makan pisang tanduk goreng dan sukun goreng..punyalah jakun...lagi jakun bila tengok depa cicah dengan sambal kicap..isyyyy awat la pelik benor orang Johor ni ahakkksss..kawan-kawan kata rasa la..jadi mieza pun dengan penuh kejakunan mencicah la..sekali cicah..hmmmm..dua kali cicah...hmmm hmmmm...tiga kali cicah...weeeeehhh sedap wehhhhhh kakakakaka...



sejak hari tu asal hujung minggu ajak kekawan gi Parit Raja sebab nak makan goreng pisang sambal kicap ahakkkssss



Sambal kicap ni bukan pun payah nak buat nyer..senang giler..kebetulan cousin mieza kawin dengan orang Johor maka dia la yang ajar mieza buat..memula tengok memang pelik..tapi di sebalik kepelikan tu, rupa-rupa terselit kesedapan hihiihi



....dan jangan lupa secawan lemon tea...gulp gulp lalu ikut anak tekak ...




...sorry i can't stop dipping again and again!!!


Resepi pisang goreng rangup ni mieza songlap kat dapur nuridah..TQ ya kongsi resepi..


PISANG TANDUK GORENG RANGUP
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber: Nuridah Salleh @ My Little Kitchen
Sumber : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:

Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan batter: (mieza cuma buat 1/2 adunan)
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam


Cara-cara menyediakan:

1. Masukkan bahan-bahan batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.

2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati-hati dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).

3. Goreng pisang ke dua-dua belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


SAMBAL KICAP


Bahan-bahan:

8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara-cara menyediakan:

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.

Friday, July 22, 2011

Honey Gingery Black Pepper Wings



Pada seekor ayam, part mana yang u all like the most? Bagi mieza definitely the wings..suka sebab dia sedap..banyak tulang, dan kalau ke kfc tu suka pilih wings..atau rib..kalau ke pizza hut tu memang takkan miss order sweet and spicy chicken wings..ehhmmmm dapnyer..hubby lak suka dada..wawa chose the feet, mum pilih liver..kakak Adnin lak tak kisah part mana pun for as long as sedap...memula mieza ingat wings ni murah je..Rupanya mahal dari whole chicken..wings is selling at RM10/kg..whole chicken lak RM8.50/kg..hmmmm



Menu ni mieza masak semalam untuk berbuka...godek-godek dalam peti ais nampak ada lagi sos lada hitam yang mieza kat Sarawak dulu..selain daripada cinnamon, black pepper is my fav spice as well..agaknya tekak mieza ni tekak spicy kot..suka yag berempah-rempah!

Let us check the recipe :)


HONEY GINGERY BLACK PEPPER WINGS
Recipe and Source : Mieza @ WAWMC

Bahan perap ayam:

8 kepak ayam
3 bawang putih - tumbuk
1/2 sk lada hitam - tumbuk
garam
2 sb madu

Bahan lain

3 biji bawang putih - cincang
1 inci halia - kisar
4-5 sb sos lada hitam
2 sb sos tiram
Sedikit kicap cair
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili merah - potong serong
1/2 camt lada hitam - coarse

Cara-cara:

1. Ayam diperap dengan bahan perap selama 1/2 jam dan digoreng hingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali non stick yang berasingan dan tumiskan bawang putih dan halia hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan sos lada hitam, sos tiram, lada hitam, lada hitam coarse dan kicap cair. Kacau sebati.

3. Masukkan kepak yang telah digoreng. Gaul rata di dalam sos. Masukkan bawang besar, tomato, dan cili merah. Gaul rata. Rasakan garam gula. Angkat dan hidang bersama nasi putih.


Thursday, July 21, 2011

Apple Cinnamon Yogurt Muffins



Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya semua..chewahhhhhhh macam la visitor blog WAWMC ni orang peghok je..bukan aper teman ni baru hari ni teman tau yang di peghok ni ada salamnya sendiri..cehhh ketinggalan sungguh..nama je menetap di peghok dah 9 tahun tapi salam negeri peghok pun baru diketahui..ampunnnn tuanku!



Dah beberapa hari mieza tak aktif mencuba resepi baru sebab mieza dok menumpukan perhatian pada tempahan muffin dan nasi lemak yang mieza terima..sebenarnya bukan la niat nak berniaga sangat, sebenarnya macam ni..mieza bangun bersahur pukul 4.50 pagi..bila dah selesai bersahur mieza tak tidor dah..jadi kekadang tu mieza lepak depan laptop sampai subuh..then only baru bergegas nak bersiap pergi kerja...jadi mieza fikir dari mieza dok saja-saja lepas sahur baik mieza bungkus nasi lemak dan jual kat pejabat..memula tu buat 10 bungkus je..balance anak-anak dan suami bekpes..pastu depa mintak lagi..jadi esoknya buat pula 20 bungkus..Adnin bawa gi test market kat kelas dia 5 bungkus..tetiba ramai pula kawan-kawan Adnin yang tempah nasi lemak..jadi naik kepada 30 bungkus..keesokan hari nya..cikgunya pula beli dan sekarang cikgu-cikgu sekolah Adnin pula yang dok menempah...Alhamdulillah depa suka nasi lemak mieza...fenat la sikit tapi seronokkkkk heheheh IKS gitu...



Hari ni mieza nak tayang muffin baru yang mieza baru tested hari ni..alhamdulillah, sedap muffin ni...hubby suka! Siap habis 3 biji masa muffin tu mula-mula masak panas-panas..buat muffin ni pun kebetulan apple filling masih banyak kat dalam fridge dan yogurt ada lg 2-3 cup...mieza ni kan kalau dengan cinnamon memang ngammmm je...tatau la naper heheheh




APPLE CINNAMON YOGURT MUFFIN
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan A:

220 g tepung gandum - ayak
1 sk baking powder - ayak
1 sk soda bicarbonate - ayak
1/4 camt garam - ayak
1/2 cawan gula castor

Bahan B:
1/2 cawan butter yang dicairkan
1/2 cawan yogurt perisa apple
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul manja
1 sk vanilla essence
1 cawan apple filling


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A dan digaul rata.

2. Di dalam mangkuk yang berlainan satukan Bahan B dan dipukul sebati. Tak payah pukul sampai kembang.

3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kaup terbalik dengan menggunakan senduk kayu hingga bersatu sahaja.

4. Bakar dalam oven, 180'C selama 15-20 minit.


..jemput ambik sorang satu..

Wednesday, July 20, 2011

Squids in Honey and Plum Sauce

Assalamualaikum semua..apa khabar..rasanya lama je mieza tak berblogging dengan aman..malam ni nak gak curi masa untuk update resepi..minggu ni mieza busy sikit..sampai nak siapkan proposal phd pun mieza tak sempat..nampak gayanya weekend ni kena dok bertapa dalam bilik dan siapkan juga lah proposal tu..(sighhhhh)



Malam ni mieza tak leh nak cerita panjang-panjang..huwaaa rindunya nak menulis kat blog ni..malam ni mieza nak tunjuk resepi sotong ni yang dimasak a few day ago..tadi masa buka puasa mieza masak ikan kerapu sos tomyam tapi dah penat sangat nak amik gambar..tak larattttt..anak-anak pun dah kelaparan tapi nak gak depa makan sesama dengan mieza yang berpuasa..jadi terus ngap je ikan tu..tak per lah..lain kali mieza snap picture dan kongsi resepi tu di sini..untuk malam ni kita layan je la resepi squids ni ya...


SQUIDS IN HONEY AND PLUM SAUCE

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
6-7 ekor sotong - dipotong bulat, dan ditoskan airnya
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 inci halia - mayang
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili merah - hiris serong
2 sb madu
2 sb sos tiram
2 sb sos plum
2 sb sos cili
Sedikit sos ikan
Sedikit daun sup
Daun bawang - potong sepanjang 2 cm

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan madu, sos tiram, sos plum, dan sos cili. Kacau rata.

2. Masukkan sotong, jangan tambah air sebab air dari sotong akan mencairkan sos. Kacau rata dan masak hingga sotong masak.

3. Bila sotong dah masak, masukkan sos ikan, tomato dan cili merah. Kacau sebati. Rasakan secukupnya dan taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

Family mieza memang suka sotong dengan sos pekat macam ni..especially anak yang tengah tu cukup suka dengan sotong..kalau sotong celup tepung hmmmm memang dia punya semuanya...

Award From Nani - Thanx a Million Dear, You are the Sweetest!



Alahaiiii ingat kan lambat lg kul 9.00 rupa-rupanya dah kul 9.05pg..mieza kena masuk kelas dulu..jap lg baru mieza cerita pasal award ni ya..pliss keep coming back!

Resumed at 8.53 pm
Bertemu kembali kita..hari ni mieza super busy..tak sempat nak update blog pasal award dari nani ni..apatah lagi nak BW ke dapur kawan-kawan yang lain...fenatnya mieza..kelas bermula dari pukul 9am hingga 1 pm..lepas tu drive jemput anak dara dari school..lepas solat etc drive back to the office coz the big boss was looking for me..3pm terpacak bilik bos..dengar dia pot poet kerja untuk miezadalam sejam...4pm ada kelas balik..530 pm sampai umah terus masak untuk berbuka puasa..then malam ni masak lagi sambal bilis untuk tempahan nasi lemak esok pagi...huwaaaa kalau macam ni hari-hari kurus la mieza..ini pun terima juga tempahan sebab cikgu sekolah anak dara mieza tu nak makan nasi lemak mieza...nak reject order rasa kesian pula..nanti orang tamau tempah dah len kali...maju lak bisnes sejak akhir-akhir ni..bukan la buat bisnes sangat pun actually..mieza suka suki je..alih alih depa suka lakkk..kalau tempahan asek banyak macam ni mieza berenti la jadi lecturer but catering lak ahakkksss..heheheh gurau je tu..teaching and lecturing is always my passion :

Ok, back to this award, mieza nak ucapkan jutaan terima kasih kepada adik nani yang disayangi..walaupun tak pernah mieza bersua muka ataupun mendengar suara tapi rasanya dekat sangat persahabatan ini..walaupun nani berada nun di kinabatangan..semoga satu hari hari nanti kita dapat bersua muka di alam nyata di negeri kelate..balik kampung ke raya ni nani? Terima kasih dear nani, akak amat menghargai award ni..sayang nani..mmmuahhhhhsss hheeheee

Dan kat sini mieza nak panjangkan award ni kepada sahabat blogger yang mieza terigin sangat nak jumpa:

1. Mas @ Duniaku
2. Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen
3. Kak Amie @ The Stories of Amie's Little Kitchen
4. Kak Inahar @ Inahar's Cooking Time
5. Ika @ Arah
6. Suzan @ My Heart
7. Nomiey @ It's my Life (yang baru je mieza kenali hari ni :)
8. Along @ Blog Conteng Along Athirah

Dijemput menerima award...:)

Monday, July 18, 2011

Chocolate Cinnamon Muffins



Assalamualaikummmmm..buat apa tu? Eh tanya lak, mesti la tengah surf blog ni kan..takkan tengah tido pulak kan? hheheeh apa la tanya soalan tak pandai ni... dah dinner ke? Hari ni mieza posa..tapi tadi mieza tak masak pun, beli je kat kedai sebab malam ni mieza nak masak lauk sikit, esok pagi students mieza ada hari keusahawanan..depa nak berniaga, jadi depa tempah makanan dengan mieza untuk depa jual untuk breakfast..jadi mieza masak nai minyak dan ayam kashmir..buat bungkus kecil je untuk breakfast..tolong students belajar nak berniaga, di samping mieza pun leh berniaga juga..



Hari ni mieza seronok sangat sebenarnya, sebab tadi kat ofis mieza berjaya menjual 80 biji muffin dengan bantuan students mieza..untuksetiap muffin yang dijual mieza upah depa 20 sen..suka sangat..antara muffin yang mieza jual ialah muffin Chocolate Cinnamon ni laaaa...mieza ni kan kalau dengan cinnamon ni memang ngam sungguh...bekenan sungguh..sedap dan wangi je bau dia pada hidung mieza ni..sebab itu lah mieza modified recipe joy of baking ni jadi chocolate cinnamon..ampun ye JOB..kita ubah suai ikut tekak kita ye..bagi sesiapa yang tak suka cinnamon tu tak yah la letak..pun dah sedap!



JOB..mintak izin nak post recipenya kat sini...


CHOCOLATE CINNAMON MUFFIN

Original recipe: Chocolate muffin @ Joy of Baking
Modified recipe: Mieza @ WAWMC



Ingredients:
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled
2 large eggs
1 cup (240 ml) buttermilk
2 teaspoons pure vanilla extract
1 3/4 cups (230 grams) all-purpose flour
2/3 cup (60 grams) unsweetened cocoa powder
1 1/4 cups (265 grams) light brown sugar - mieza guna 1 cup je
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 cup (170 grams) milk or semisweet chocolate chips

Add by mieza:
1 tsp cinnamon powder
1 tbs instant coffee


Chocolate Fudge Frosting: (optional)
- mieza didn't make this
4 ounces (120 grams) unsweetened chocolate, coarsely chopped
2/3 cup (150 grams) unsalted butter, room temperature
1 1/3 cups (160 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted
1 1/2 teaspoons pure vanilla extract


Method

1. Chocolate Muffins: Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Position rack in center of oven. Butter, or line with paper liners, 12 - 2 3/4 x 1 1/2 inch muffin cups.

2. In a large measuring cup or bowl whisk together the melted butter, eggs, buttermilk, and vanilla extract.

3. In another large bowl whisk together the flour, cocoa powder, sugar, baking powder, baking soda, cinnamon and instant coffee and salt. Stir in the chocolate chips. With a rubber spatula fold the wet ingredients into the dry ingredients and stir only until the ingredients are combined. Do not over mix the batter or tough muffins will result.

4. Evenly fill the muffin cups with the batter (the muffin cups will be full), using two spoons or an ice cream scoop. Place in the oven and bake until a toothpick inserted in the center of a muffin comes out clean, about 20 minutes. Transfer to a wire rack and let cool for about 5 minutes before removing from pan.

5. Chocolate Frosting: Melt the chocolate in a heatproof bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and let cool to room temperature.

6. In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until smooth and creamy (about 1 minute). Add the sugar and beat until it is light and fluffy (about 2 minutes). Beat in the vanilla extract. Add the chocolate and beat on low speed until incorporated. Increase the speed to medium-high and beat until frosting is smooth and glossy (about 2 -3 minutes). Spread a little frosting on each muffin with a knife or offset spatula.

Makes 12 - 14 regular sized muffins.

Sunday, July 17, 2011

Ikan Pelata Kekek Goreng Dalam Kuah Percik

Ikan Pelata Kekek yang mieza masak 2 hari lepas..baru hari ni teringat nak post resepi dan gambar..tengok gambar dulu ya..kang petang sikit mieza post resipinya..

Resumed, Monday 18 July 2011 @ 9am
Assalamualaikum..mintak maaf mintak ampun mieza tak sempat nak berblogging langsung semalam..sibuk gitu siapkan tempahan muffin untuk hari ni..jadi pagi ni mieza baru mieza boleh post resepinya kat opis sekejap sebelum ke kelas jam 11 am nanti..sebenarnya mieza dah lama nak makan ikan percik..tapi asek tertunggak sebab mieza malas nak idupkan api..(psssttt mieza tak suka bakar ikan dalam oven..suka bakar atas arang gitu..tradisional!)..oleh sebab mieza malas bakar jadi ikan ni mieza goreng ahakkkssss

Kita stop celoteh panjang-panjang ya..jom kita tengok resepinya...

Ikan yang sedap digoreng begitu saja ataupun dibuat asam pedas..



IKAN PELATA KEKEK GORENG DALAM KUAH PERCIK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan perapan ikan:
5-6 ekor ikan pelata kekek -atau ikan apa-apa saja yang disukai
4 ulas bawang putih
2 cm halia
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng ikan

Bahan kuah:

1 mangkuk santan pekat
4 -5 biji bawang merah
2 inci halia
1/2 camt lada hitam
1 sb tepung beras - dibancuh dengan santan hingga larut
1 keping asam keping
Garam gula secukupnya

Cara-cara;

1. Tumbuk semua bahan perapan hingga lumat. Lumurkan pada ikan dan perap selama 1/2 jam. Kemudian goreng hingga masak atau hingga garing mengikut citarasa masing-masing. Angkat dan toskan minyak. Ikan juga boleh dibakar jika tak suka goreng.

2. Sediakan kuah percik. Tumbuk lada hitam, halia, dan bawang hingga lumat. Satukan bahan tumbuk, santan, asam keping, dan tepung beras. Renehkan atas api sederhana hingga mendidih. Hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul. Rasakan garam gula.

3. Tuangkan kuah percik ke atas ikan yang telah digoreng. Jika ikan dibakar, percikkan kuah ke atas ikan sewaktu membakar dan dibalik-balikkan ikan di atas pemanggang.

Selamat mencuba...mieza makan ikan ni dengan nasi putih berkuahkan sup sayur di bawah ni..simple je menunya yet so very mouthwatering!

2 ekor sorang memang tak cukup!!!



...dan kuahnya sup kubis dan cendawan...sedap dihirup slruppppp!

Puteri Mandi a.k.a Kepek Hidung - What a unique name!




Selamat hari minggu semuaaaaaa! Dah pergi pasar? Mieza nak kuar gi pasar kejap ni..tapi sebelum tu nak tayang kuih Puteri Mandi ni..atau sesetengah tempat (my place is one of 'em) call it Kuih Kepek Hidung...unik kan nama tu...bila mieza cakap kat kawan-kawan nama kuih ni depa gelak dan macam tak percaya..kuih ni selalu dibuat dalam bulan puasa untuk berbuka sebab kuihnya manis..

Pagi ni mieza tayang gambar dulu...lepas balik dari pasar nanti mieza post resepinya..



Resumed at 2.44 pm
Haiii semua..dah lunch? Baru la mieza berkesempatan nak post resepi kepek hidung ni...buat yang bagi komen tu..ha ah kan namanya kelakor gitu tapi unik you..lain dari yang lain..pagi tadi lepas balik dari market mieza pulun siapkan muffin cekelat yang ditempah esok..petang kang muffin banana pula..fenat tapi seronok sebab baru nak belajar berniaga heheheh suka suki jer..



Jom tengok resepi kepek hidung..kalau malas nak wat warna warni tu wat kaler ijau jer pun ok..letak esen pandan dan kaler ijo heheh

PUTERI MANDI
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung pulut - bahagikan kepada 3 bahagian
1/2 cawan air - untuk ketiga-tiga bahagian pulut
Pewarna hijau, merah dan kuning
Esen pandan

Bahan kelapa manis:
1 cawan kelapa parut putih
1 keping gula melaka - mieza guna keping diameter saiz 4 inci
2-3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Sediakan kelapa manis. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam dalam kuali non-stick. Panaskan hingga gula melaka cair. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Jangan kering sangat tau. Rasakan manisnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.

2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam 3 mangkuk yang berlainan. Untuk setiap mangkuk masukkan warna berlainan setiap satu beserta esen pandan. Dengan menggunakan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit, bancuh tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat.

3. Dalam periuk, masukkan air dan masak hingga air mendidih. Biarkan air terus mendidih.

4. Ambil doh tepung pulut. Bulatkan sebesar ibu jari kemudian tekan sedikit tengahnya dengan menggunakan jari. Masukkan bebola yang telah dikemekkan tengah ke dalam air yang sedang mendidih. Renehkan hingga bebola kemek timbul dipermukaan air. Ambil penapis teh dan angkat bebola kemek keluar dan toskan airnya.Ulang hingga semua doh habis.

5. Kemudian masukkan bebola pulut kemek yang telah ditos tadi ke dalam kuali yang mengandungi kelapa parut manis. Gaul rata.

***jangan toskan kesemua bebola kemek serentak nanti ia akan melekat antara satu sama lain. Bila angkat je dari air mendidih, toskan dan terus masuk dalam kelapa parut manis dan gaul.

6. Sesuai untuk majlis berbuka puasa..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...