Pantun dibaca adat berkurun
Adat bersemi tuan dermawan
Tradisi Melayu turun temurun
Tetamu dijamu teh secawan
Daun sireh bertemu urat
Adat bersemi tuan dermawan
Tradisi Melayu turun temurun
Tetamu dijamu teh secawan
Daun sireh bertemu urat
Daun kecubung buah berduri
Teh dihulur kasih tererat
Penghubung rasa kemas berseri
Sireh berhelai urat bertemu
Daun berlipat berinti pinang
Teh Marrakech buat tetamu
Moga kasih terus dikenang
Sireh junjung bekal Sang Dewa
Sireh dihidang di dalam puan
Teh Marrakech teh istimewa
Istimewa rasa juga perasaan
Jika dulu-dulu membancuh teh bukanlah satu kerja yang enteng. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana arwah nenek menyediakan teh kegemaran untuk arwah atuk. Dengan menggunakan dapur kayu dan cerek aluminium, nenek akan berpeluh-peluh meniup bara untuk menghidupkan api. Panas dari api dapur kayu menyebabkan peluh memercik di dahi tua nenek. Meleleh titik-titik peluh melewati kedut di dahi nenek. Sesekali abu dari dapur kayu beterbangan memasuki hidung dan mata nenek apabila bara ditiup untuk menghidupkan api. Terjuih-juih mulut nenek meniup api. Mata nenek pula terkelip-kelip menempias abu dari memasuki matanya. Terkadang mata nenek berair kerana pedih. Hidung nenek pula kemerahan. Bersin balas berbalas sudah menjadi rutin nenek setiap kali menyediakan teh buat suaminya yang tersayang. Belum lagi diceritakan tentang kehitaman cerek nenek. Terbongkok-bongkok nenek memberus cerek di tepi telaga. Berbekalkan berus besi di tangan kanan, nenek kusyuk sekali menyental hitam legam arang yang melekat di bontot cerek. Kadang-kadang berpuluhan minit nenek habiskan demi mengembalikan kilauan cerek kesayangannya. Selepas seketika barulah kelihatan cerek berkilauan disental kedua belah tangan tua nenek. Terukir senyuman puas di bibir merekah milik nenek. Puas kerana atuk menyukai tehnya. Puas juga kerana cereknya kembali bersih dan berkilau.
Tidak saya nafikan teh nenek memang sedap. Bukan senang nak menandingini kehebatan nenek menyediakan teh. Patutlah atuk tak pernah
minum teh di kedai sepanjang 92 tahun usianya. Hanya teh bancuhan nenek
yang dihadapnya. Segelas demi segelas. Tak pernah atuk terasa muak.
Peneman kepada teh bancuhan nenek ialah kuih tradisi yang nenek uli dan canai dengan dua belah tangannya sendiri. Kadang-kadang hidangan teh nenek
bertemankan karipap. Kadang-kadang kuih keria. Bila nenek terasa sangat
penat, biskut 4 segi pun menjadi peneman yang baik. Berkali-kali atuk
sendawa seusai menikmati teh bancuhan nenek. Nenek kembali puas bila
mendengar angin sendawa keluar dari mulut atuk kerana nenek tahu suaminya kekenyangan menikmati
hasil sentuhan air tangannya. Walaupun penat nenek tak pernah bersungut.
Kasih sayang yang utuh dari dalam hati nenek buat atuk dizahirkan melalui bancuhan tehnya yang istimewa.
Patutlah berminggu atuk menangisi pemergian nenek apabila nenek
pergi tak kembali lagi di lewat usia 75 tahunnya. Berminggu atuk menangis
di beranda rumah. Terkadang atuk menangis di jendela bilik tidur mereka. Apatah lagi bila merenung gerobok lama milik nenek. Gerobok warna coklat yang meyimpan kemas lipatan baju kurung dan kain batik nenek itu terkadang terlalu mengusik jiwa atuk. Terdapat juga dua tiga helai selendang yang atuk hadiahkan buat nenek semasa ulang tahun perkahwinan mereka. Rindu atuk pada arwah nenek tidak terkata dek perkataan. Masakan hati atuk tidak terusik dek kenagannya bersama nenek. Walaupun atuk tak menangis teresak-esak seperti kaum
wanita menangis, tetapi genang air mata di kolam mata, dan diam atuk
sudah cukup melambangkan kegundahan hatinya. Bukan saja atuk merindui belaian dan gelak tawa nenek, tapi atuk juga merindui teh bancuhan nenek.
Kini tiada lagi teh bancuhan nenek buat atuk. Biar diberi restoran mewah bertaraf 5 bintang, bagi atuk mana mungkin teh bancuhannya setanding bancuhan teh nenek.
Penyediaan teh dewasa ini tidak lagi serumit penyediaan teh nenek. Apatah lagi dengan hasil inovasi Nescafe Dolce Gusto, penyediaan teh hari ini berlaku dengan hanya sekelip mata! Dengan kehadiran Nescafe Dolce Gusto penyediaan teh menjadi kian cepat, mudah dan bersih. Tak perlu lagi meniup arang untuk menghidupkan api. Tak perlu lagi melalui saat-saat cemas pedihnya mata dan hidung dek dimasuki abu yang beterbangan. Tak perlu lagi dikhuatiri bau masam pada badan kerana bahang panas dapur kayu semasa menyediakan teh buat yang tersayang. Dan tak perlu lagi menyental hitamnya bontot cerek di tepi telaga seperti nenek. Nescafe Dolce Gusto dengan inovasi penghasilan mesin pembancuh minuman telah mengubah gaya hidup kita menjadi semakin positif dan berkeyakinan. Dengan Nescafe Dolce Gusto penyediaan teh kini berada hanya di hujung jari. Dengan hanya tak sampai seminit, ya, tak sampai seminit, minuman teh kini sedia terhidang di dalam cawan kesayangan!
Nescafe Dolce Gusto dengan teknologinya yang berinovasi tinggi telah menghasilkan teh yang diinspirasikan dari rasa eksotik Maghribi dan diberi nama Marrakech Tea. Didatangkan dalam bentuk kapsul bijak, adunan teh hijau diadun bersama rasa pudina dan kemanisan yang sempurna yang mampu memberikan kesempurnaan rasa kepada semua penghirup teh dunia. Menghirup Marrakech Tea mampu membuatkan kita seolah menjelajah ke seluruh Maghribi! Kehadiran Nescafe Dolce Gusto - Marrakech Tea kini melenyapkan semua kesulitan penyediaan teh gaya tradisional. Kesempurnaan yang tidak terjejas pada masa yang sangat singkat!
Marrakech Tea sangat sesuai dinikmati pada pelbagai masa lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan al Kareem dan perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelma. Bagi saya, secara peribadi, Marrakech Tea sesuai pada semua masa! Ayuh saya kongsikan saat-saat manis saya dan keluarga bersama Marrakech Tea.
a) Sarapan Pagi/SahurPenyediaan teh secara tradisional (Gambar dari Google) |
Kini tiada lagi teh bancuhan nenek buat atuk. Biar diberi restoran mewah bertaraf 5 bintang, bagi atuk mana mungkin teh bancuhannya setanding bancuhan teh nenek.
Penyediaan teh dewasa ini tidak lagi serumit penyediaan teh nenek. Apatah lagi dengan hasil inovasi Nescafe Dolce Gusto, penyediaan teh hari ini berlaku dengan hanya sekelip mata! Dengan kehadiran Nescafe Dolce Gusto penyediaan teh menjadi kian cepat, mudah dan bersih. Tak perlu lagi meniup arang untuk menghidupkan api. Tak perlu lagi melalui saat-saat cemas pedihnya mata dan hidung dek dimasuki abu yang beterbangan. Tak perlu lagi dikhuatiri bau masam pada badan kerana bahang panas dapur kayu semasa menyediakan teh buat yang tersayang. Dan tak perlu lagi menyental hitamnya bontot cerek di tepi telaga seperti nenek. Nescafe Dolce Gusto dengan inovasi penghasilan mesin pembancuh minuman telah mengubah gaya hidup kita menjadi semakin positif dan berkeyakinan. Dengan Nescafe Dolce Gusto penyediaan teh kini berada hanya di hujung jari. Dengan hanya tak sampai seminit, ya, tak sampai seminit, minuman teh kini sedia terhidang di dalam cawan kesayangan!
Nescafe Dolce Gusto dengan teknologinya yang berinovasi tinggi telah menghasilkan teh yang diinspirasikan dari rasa eksotik Maghribi dan diberi nama Marrakech Tea. Didatangkan dalam bentuk kapsul bijak, adunan teh hijau diadun bersama rasa pudina dan kemanisan yang sempurna yang mampu memberikan kesempurnaan rasa kepada semua penghirup teh dunia. Menghirup Marrakech Tea mampu membuatkan kita seolah menjelajah ke seluruh Maghribi! Kehadiran Nescafe Dolce Gusto - Marrakech Tea kini melenyapkan semua kesulitan penyediaan teh gaya tradisional. Kesempurnaan yang tidak terjejas pada masa yang sangat singkat!
Istimewa Marrakech Tea dari Nescafe Dolce Gusto |
Marrakech Tea sangat sesuai dinikmati pada pelbagai masa lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan al Kareem dan perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelma. Bagi saya, secara peribadi, Marrakech Tea sesuai pada semua masa! Ayuh saya kongsikan saat-saat manis saya dan keluarga bersama Marrakech Tea.
Marrakech tea - teman setia, hidup ceria |
"Wawa!!! Cepat makan!! Nanti tak sempat sahur"
Mengejutkan anak makan sahur dibulan puasa bukanlah satu kerja yang mudah. Dah bangun, sampai di meja makan pun tidur lagi. Memang mencabar sungguh tugas ibu di bulan puasa. Mujurlah ada Marrakech Tea. Saya bancuhkan setiap seorang ahli keluarga saya secawan Marrakech Tea panas. Saya paksa mereka bangun lebih awal untuk menikmati teh istimewa ini sebelum bersahur dengan makanan yang lebih berat. Selepas habis secawan Alhamdulillah anak-anak yang tadinya mengantuk tak mampu untuk buka mata sekarang telah kelihatan segar, ceria dan bersemangat untuk berpuasa. Kedinginan rasa pudina Marrakech Tea dan baunya yang menyegarkan serta rasanya yang cukup-cukup saja manisnya mampu membuatkan mata yang mengantuk terbuka luas. Seperti dijirus sebaldi air sejuk, kesegarannya dan rasa pudina Marrakech Tea berjaya menyuntik selera untuk menjamah juadah bersahur. Bukankah telah saya katakan Marrakech Tea telah berjaya menyuntik sifat positif di dalam diri kita? Ia telah terbukti kepada keluarga saya!
Bangun cepat Wawa!!!! Bersahur bersama Marrakech Tea! |
b) Minum Petang
Buat yang tidak berpuasa, Marrakech Tea juga boleh dihidangkan sewaktu minum petang. Dengan ditemani dengan pelbagai jenis kuih muih kegemaran seperti Kuih Tepung Pelita dan Durian Crepe, hidangan minum petang kini menjadi bertambah lengkap dan sempurna dengan kehadiran Marrakech Tea. Hidangan minum petang ini saya sediakan khas buat Si Bongsu yang berusia 3 tahun yang belum cukup kuat untuk berpuasa. Marrakech Tea untuk Si Manja saya bancuhkan nipis sahaja dengan melaraskan paras air paling atas pada mesin Mini Me saya. Kadar manisnya juga saya kurangkan agar Si Manja mampu membesar dengan sihat dan cergas. Kemudian saya biarkan ia sedikit suam sebelum membenarkan anak minum agar tekak Si Manja kesayangan saya tidak melecur. Penyediaan Marrakech Tea adalah sangat fleksibel. Tak perlu terlalu terikat pada cadangan menyediaan pada kapsul. Kreativiti adalah satu elemen penting dalam mengubahsuai minuman Marrakech Tea ini mengikut kesesuaian penghirup. Marrakech Tea bukan saja sesuai untuk golongan dewasa, malah kanak-kanak juga boleh menikmatinya. Yang penting kita mesti bijak dalam menyediakannya.
Marrakech Tea sesuai digandingkan dengan apa saja! |
c) Berbuka Puasa
"Papa! Dah azan! Cepat-cepat kita berbuka"
"Mama! Mana Marrakech Iced-Tea Ais saya?"
Wah! Anak-anak semua menggemari Marrakech Tea ais untuk berbuka. Masakan tidak, rasa berangin dari daun pudina yang terdapat di dalam
Marrakech Tea di tambah pula dengan kesejukan ketulan ais mampu
menghilangkan rasa haus setelah seharian berpuasa. Tatkala Marrakech Tea ais menyentuh anak tekak yang kehausan, MasyaAllah nikmatnya tak terungkap dek kata-kata. Kena minum sendiri baru boleh cerita. Rasanya yang sejuk dan berangin itu seakan membawa saya terbang ke udara!
Selamat berbuka bersama Marrakech Tea |
Untuk menyediakan Marrakech Tea ais bagi jag air bersaiz 1 liter saya
bancuhkan 3 kapsul Marrakech Tea. Oleh kerana setiap kapsul Marrakech
Tea ini manisnya cukup-cukup sahaja, ala-ala manis buah gitu, jadi saya
tambahkan sedikit lagi gula kerana apabila ketulan ais dimasukkan, kemanisan
bancuhan teh akan semakin berkurangan. Untuk jag 1 liter ini saya
tambahkan lagi 3 sudu besar gula menjadikan rasanya sangat sempurna. Anda KENA CUBA!
Meriahnya berbuka bersama Marrakech Tea |
d) Hari Raya
Sudah temui minuman penyegar sempena rumah terbuka Aidil Fitri tahun ni? Jika belum, apa kata ramai-ramai cuba Marrakech Tea dari Nescafe Dolce Gusto ini?
Marrakech Tea sangat sesuai dihidangkan kepada semua para tetamu sama ada secara panas mahupun sejuk. Kesegaran teh hijau yang menjadi bahan utama Marrakech Tea akan membuat tetamu minum BUKAN segelas! Malah bergelas-gelas.
Teh ini akan mampu memukau mata dan rasa setiap tetamu yang hadir pada setiap saat mereka menghirupnya. Lebih menangkap perhatian apabila kapsul-kapsul Marrakech Tea disusun dengan kemas di dalam Metal Capsule Holder yang akan menayangkan keunikan kapsul-kapsul Marrakech Tea dan seterusnya mempersonakan setiap anak mata yang memandangnya. Metal Capsule Holder ini didatangkan dalam 2 bentuk iaitu Swing dan Parco. Kedua-dua Metal Capsule Holder ini berharga RM130 seunit. Kapsul-kapsul Marrakech Tea juga boleh dipamerkan di dalam Bubble Capsule Holder yang dijual pada harga RM60 setiap unit. Boleh layari DI SINI untuk melihat dan membeli Capsule Holder Nescafe Dolce Gusto.
Selamat Hari Raya Abang, Maafkan segala salah dan silap Sayang.... |
'Segar'kan Hari Raya dengan Marrakech Tea |
Serlahkan Hari Raya bersama tradisional Ketupat Palas dan teh istimewa Marrakech |
Raya tahun ni kita 'kosong-kosong' ye! |
Yang paling menyenangkan apabila menyediakan Marrakech Tea buat tetamu di Hari Raya ialah apabila kita sebagai tuan rumah tak perlu bersusah payah dan penat membancuh teh. Apa yang boleh dilakukan ialah meletakkan mesin Mini Me di meja hidangan bersama kapsul bijak Marrakech Tea beserta dengan koleksi cawan kesayangan. Saya pasti sudut hidangan yang istimewa ini akan memukau mata tetamu sepantas kilat mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Dengan instruksi yang ringkas dan mudah tetamu boleh membancuh teh mereka sendiri mengikut citarasa masing-masing sama ada panas atau sejuk. Nahhh, bukankah itu memudahkan kita sebagai tuan rumah? Masa yang selalu kita gunakan untuk membancuh teh boleh digunakan untuk melayan dan beramah mesra dengan tetamu undangan. Maklumlah, dah lama tak jumpa tentu banyak cerita yang ingin disembangkan. Dengan inovasi ciptaan Nescafe Dolce Gusto, silaturrahin di Hari Raya tahun ini menjadi semakin erat dan akrab.
Dengan Mesin Mini Me dan kapsul bijak Marrakech Tea, semua orang boleh membancuhnya sendiri! |
"Wawa, sayang jom makan. Mama suapkan"
Geleng.
"Wawa nak minum apa? Mama bancuhkan"
Geleng juga.
Hati ibu mana yang tak gundah gulana bila sang anak demam tak kebah-kebah sejak seminggu yang lalu? Makan tidak minum pun tidak. Bila ke klinik, doktor kata tonsilnya membengkak. Suhu badan mencecah hingga 39'C. Itu yang membuatkan sang anak tak berselera untuk minum. Makan jauh sekali. Sakit tonsil apabila menelan minuman dan makanan usah dicerita. Berat badan yang dulu 26 kg kini menurun hingga 22 kg sahaja. Doktor sarankan minum air sejuk dan yang menyejukkan. Teringat saya pesan ibu, jika demam minumlah teh suam. Teh berfungsi untuk menyejukkan dan menyegarkan badan.
Semoga cepat sembuh sayang...Marrakech Tea sentiasa menemanimu |
Terus saya teringatkan kedinginan Marrakech Tea. Maka laju saya dapatkan mesin Mini Me saya dan kapsul bijak Marrakech Tea yang masih berbaki 5. Tanpa berlengah saya bancuhkan Wawa segelas teh istimewa ini. Tak sampai seminit teh siap tersedia.
"Hmmmm Mama, sedapnya teh ni. Rasanya segar, berangin, sejukkkk tekak Wawa"
Ubat tak terasa pahit disulami Marrakech Tea |
Alhamdulillah...Marrakech tea telah menyegarkan tekak anak kesayangan
saya yang demam. Saya biarkan dulu Marrakech tea ini suam sedikit kerana
bimbangkan tonsilnya akan lagi bengkak jika minum teh yang panas. Habis
secawan Wawa minum teh pudina ini. Kita yang melihat anak minum juga
turut terasa kesegerannya. Rasa berangin dari ekstrak daun pudina dan kedinginan teh hijau di dalam setiap kapsul Marrakech Tea berfungsi untuk menyejukkan badan yang panas dan seterusnya membuatkan badan yang lesu bertambah segar. Istimewanya Marrakech Tea dalam keluarga saya
kerana mampu menceriakan anak yang tidak sihat. Sudah pasti saya takkan
biarkan Marrakech Tea kehabisan stok di dalam pantri saya!
Jangan menung lagi sayang, Marrakech Tea kan ada! |
Kerana kedinginanya dan fungsinya dalam menyejukkan badan, secawan Marrakech Tea kini menjadi hidangan wajib setiap kali puteri saya mengambil ubatnya.
"Kedinginan dan kemanisan rasanya menghilangkan rasa pahit ubat Mama!"
Bicara sang anak membuatkan saya sanggup membelinya berkotak untuk dijadikan stok simpanan di rumah sebagai langkah berjaga-jaga andai sang puteri demam lagi. Jika anda juga sayangkan anak seperti saya, tentu anda juga akan berbuat seperti saya kan?
Cepat dapatkan Marrakech Tea ini secara online DI SINI.
f) Hadiah buat kenalan
'Just a perfect gift'
Hanya itu yang mampu saya zahirkan dengan kata-kata. Jadikan Nescafe Dolce Gusto - Marrakech Tea sebagai satu hadiah yang sempurna untuk apa jua majlis. Jadikan ia sebagai hadiah apabila menghadiri majlis hari lahir, rumah terbuka, kelahiran, hantaran perkahwinan, house-warming, kenduri kendara mahupun buah tangan semasa menziarah kawan yang sakit - Marrakech Tea cukup sempurna buat semua. Dengan kotaknya yang senang dibalut, kapsulnya yang comel dan ringan, ia sangat sesuai dijadikan hadiah yang eksklusif buat seseorang yang rapat. Yang pasti, hadiah ini memang sesuatu yang lain dari yang lain. Ia adalah hadiah yang memukau sang penerima. Buah tangan pastinya menjadi kejutan dengan Nescafe Dolce Gusto - Marrakech Tea.
Buat yang teristimewa |
Bila membalut Marrakech Tea sebagai hadiah, pastikan memilih pembalut
dari jenis yang lutsinar (see-through) agar penampilannya boleh menterbeliakkan mata si
penerima mahupun orang disekelilingnya. Usah membalutnya dengan balutan
yang berlebihan kerana sekotak Marrakech Tea tersendiri tanpa sebarang
balutan sudah cukup istimewa. Cukup sekadar membalut nipis seperti dalam
gambar di atas atau meletakkan satu riben kecil di bahagian atas
kotak, ataupun sekadar meletakkannya di dalam beg kertas. Yang pasti,
pemberian ini tentu dihargai. Bukankah 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'?
Hulurkan kasih sayang bersama Marrakech Tea |
Lahirkan rasa cinta dan kasih sayang buat suami dengan segelas Marrakech Tea ais! Semoga suami faham akan rasa cinta yang mendalam ini terhadapnya. Selalunya di hujung minggu suami akan menghabiskan masanya dengan berkebun. Daun-daun kering dibuang dan dibakar. Rumput yang panjang dimesin. Semak samun ditebas. Pokok-pokok yang terlalu tinggi dicantas. Buah-buahan yang masak dan sayuran yang matang dipetik. Enaknya menikmati hidangan dari hasil peluh sendiri. Namun bekerja seharian di bawah terik mentari boleh membuatkan tekak kekeringan dan perit. Maka hidangkan dengan penuh rasa cinta buat yang tersayang dengan segelas Marrakech Tea ais.
Abang haus? Segarkan dengan Marrakech Tea sejuk! |
Gup gup gup..kedengaran suami menelan
bancuhan teh istimewa dari Nescafe Dolce Gusto yang saya hidangkan
buatnya. Kelihatan hirupan air teh ais menuruni tekak suami, bergerak
beralun melewati halkum yang terbonjol di tekaknya. Terpancar
rasa puas di raut wajahnya. Tidak mampu lagi saya sangkalkan kedinginan
Marrakech Tea seolah-seolah membuang jauh rasa haus dan dahaga.
Menikmatinya di tengah hari yang membahang seumpama menikmatinya di
padang pasir Maghribi! Menyegarkan dan memuaskan!
Semoga lebih bertenaga selepas menghirup segelas Marrakech Tea Ais |
"Tentulah Abang! Itukan Marrakech Tea ais!"
"Mana cukup segelas!"
"At your service Your Majesty!'
h) Peneman anak-anak menyiapkan kerja sekolah
Memastikan anak-anak mendapat pelajaran yang cukup sudah semestinya menjadi salah satu tanggungjawan setiap ibu dan bapa. Namun begitu, memastikan mereka melakukan kerja sekolah adalah antara tanggungjawab yang terkadang kita terlepas pandang. Ada ketikanya anak-anak bersungut penatnya menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun. Kerja sekolah belum siap, mereka sudah pun terlena dengan pensil di tangan. Maklum sajalah, membuat kerja sekolah bukanlah seseronok bermain Play Station. Jika tidak ditemani kadang-kadang kerja sekolah tak siap-siap. Silap-silap haribulan, cikgu menelefon ke rumah bertanyakan jika anak kita bermasalah. Jadi sebagai ibubapa yang prihatin kenalah kita lakukan sesuatu. Selain dari menemani anak-anak menyiapkan tugasan secara fizikal, saya juga temankan mereka dengan secawan Marrakech Tea dan biskut kegemaran mereka seperi Oreo, Tiger mahupun Chipsmore.
Bacalah anakku sayang |
Kesegaran Marrakech Tea yang sangat menyegarkan mampu menaikkan semangat
anak-anak untuk menyiapkan tugasan mereka. Kapsul-kapsulnya yang comel
dan unik pula mampu menarik minat anak-anak untuk meghirup hidangan teh
sambil belajar. Dinikmati bersama biskut kegemaran membuatkan masa
menyiapkan tugasan sekolah berlalu dengan pantas.
****************************************************
Dengan Nescafe Dolce Gusto- Marrakech Tea, semua pecinta teh dunia tidak perlu lagi bersusah payah untuk menikmati teh gaya cafe di luar rumah. Dengan gabungan rasa yang terperinci, kini penyediaannya sangat senang dan bersih, apatah lagi jika dihidangkan di dalam cawan kaca jernih. Ia akan menangkap pandangan dan perhatian orang di sekeliling sekali gus menambat deria rasa yang akan melahirkan rasa cinta pada teh ini. Sangat sesuai sebagai minuman utama sempena sambutan Aidil Fitri yang bakal menjelma, Marrakech Tea pastinya akan memukau semua tetamu yang bertandang.
Jadi tunggu apa lagi. Ayuh ramai-ramai kita beli Marrakech Tea di SINI