Salam hujung minggu mieza ucapkan buat semua pengunjung blog WAWMC..sebenarnya mieza masih kefenatan..baru sampai dari Bukit Merah jam 5 petang tadi..tak lama pun perginya..sehari semalam je..tapi fenatnya bukan main lagi..bukan la fenat sebab bermain banyak di Family Day,,tapi fenat sebab demam masih belum kebah 100% pastu terpaksa melayan si kecil Umar yang memang tak leh dok diam dalam kereta...nak tengok bila Umar diam ialah bila dia tido je..tu pun belum tentu tido diam hahahaha...apa-apa pun anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai..kata orang budak-budak yang hyperactive masa kecil bila besar dia akan jadi seorang yang sangat rajin..mudah-mudahan Umar bila besar rajin bantu mama :)

Sebagaimana yang mieza janji semalam..hari ni mieza postkan resepi ayam sos siam yang mieza masak sebelum mieza ke Bukit Merah semalam...resepi yang sangat sedap dan senang saja nak buatnya..dan mieza rasa mieza akan masak ayam ni dan lagi dan lagi pada masa-masa akan datang..jom kita intai resepinya..
AYAM SOS SIAMRecipe: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Source: Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen & Mieza @ WAWMCBahan-anggaran (anggaran )1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian -
mieza masak 1/2 ekor ayam je15 tangkai cili padi thai * -
ini mieza skip sebab tak der dalam stok..belum sempat ke market huhuhuu4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus -
Mieza letak daun limau purut2-3 sb sos plum -
mieza tambah3 sb sos sweet Thai -
Mieza tambahSedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak 1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos plum dan sos sweet thai dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek..mieza pun tak letak dah garam juga )
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit/daun limau purut dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!
Di bawah ni pula gambar yang sempat mieza snap sewaktu di Bukit merah..tak banyak gambar yang sempat ditangkat sebab hari hujan..mieza cuma sempat snap semasa anak-anak mandi kolam je..malam tu semasa aktiviti dinner memang tak tangkap gambar langsung sebab tak dan...sibuk makan dan jaga anak hahaha
lapar ke kakak? sambil mandi pun sempat lagi makan..
wawa yang memang tak tahan kalau nampak kolam mesti nak berendam!
Umar pun tanak ketinggalan..errrr speedos merah baru beli tu hehehe
Haiiii saya lah Umar..errrr pardon my belly button ye..
Mamaaaaaa kami tamau naik lagi...kami nak berendam lagiiiiii!!!!!!
Sudut Sembur
Errrr itu lah mama Umar..jangan tenung lelama tau..malu ai..heheh