Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, September 30, 2012

Sotong Bakar Bersumbat

Assalamualaikum..salam malam Isnin...


Pejam celik pejam celik dah malam Isnin...alahai Monday blues pun dah melanda hahahha....malasnya nak gi kerja esok...tapi banyak nyer kerja yang kena siap kat opis tu...huhuhu...sekarang ni mieza dah tak sempat nak menulis...kalau dulu mieza selalu menulis dan alhamdulillah banyak artikel mieza diterbitkan di magazine ilmiah seperti Millenia Muslim...kena lah curi masa juga untuk menulis kan..sebab kalau tidak terasa otak ni tak berfungsi dengan baik je sebab banyak sangat rest...insyaAllah...


Selepas seminggu dok hotel makan makanan hotel ish mana nak sama dengan masakan sendiri walaupun cukup simple...selepas seminggu berperang di Pearl International menyipakan soalan final exam student, mieza spend 2 hari lagi di Putrajaya umah adik...bila balik hari ni tak sempat pula nak ke wet market...jadi kita full use je la apa yang ada dalam fridge...


Dah lama ternampak resepi ni kat dapur Hazila My Small Kitchen...mieza memang suka visit dapur dia...may be masakan dia satu selera dengan tekak mieza...terpanggil mieza untuk mencuba resepi sotong ni...kebetulan cuma ada 5 ekor je sotongnya..cukup la kan...terima kasih kepada encik suami yang sudi tolong hidupkan api dan dan jadi tukang bakar...

SOTONG BAKAR BERSUMBAT
Recipe: Hazila @ MY Small Kitchen
Tested by: Mieza @ WAWMC

1 ekor sotong bersaiz besar - mieza guna 5 ekor sotong bersaiz sederhana
1 batang serai
1 biji bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1 sb isi udang - mieza guna 2 sb udang kering
1 sb kelapa parut
2 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Secubit jintan manis
1/2 sk garam

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan kecuali sotong hingga halus.
2. Bersihkan sotong dan lumurkan dengan sedikit garam kunyit.
3. Sumbat bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut sotong hingga hampir penuh. Tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
4. Bakar hingga sotong masak.
5. Hidangkan dengan air asam jika suka.


Air asam yang sentiasa menjadi kegemaran suami...kalau ada lauk yang berbakar mesti nak cicah dengan air asam...

Teman sekapal...ikan pari bakar...juga kegemaran suami...

Dan Udang Harimau Masak Lemak Cili Api...murah pula udang ni masa beli kat Carefour Alamanda semalam...

Mieza dah nak tido...esok kena kerja...banyak benda yang nak kena setel....Selamat Malam Semua...Muah Muah MMMMuahhhhhs..

Thursday, September 27, 2012

Nasi Minyak

Assalamualaikum.... Alhamdulillah...dah hari Khamis...esok dah boleh balik umah selepas 5 hari di KL...selepas 5 hari tak tengok muka suami dan anak-anak...rindunya tatau nak cakap especially kat Umar yang masih kecil..mestidia merajuk sebab tinggalkan dia lama sangat dengan mak lang...huhuu

Sementara menunggu panel penilai luar menilai soalan final exam yang disediakan meh la kita update blog...resepi yang tertinggal hahaha...dah lama masak nasi minyak ni tapi lupa nak postkan ke blog...rindunya nak balik masak esok...semalam beli buku baking baru kat popular..tak sabar nak mencuba resepi dalam buku tu hehehe


Suami mieza ni suka sangat makan nasi tumis...selang 3-4 hari mesti diminta masakkan nasi tumis...kekadang tu hari kerja pun dia nak makan nasi tumie..kalau nasi putih kan senang darling...leh suruh Adnin yang umur 12 tahun tu yang masak...seronok juga ada anak dara yang dah besar..boleh la disuruh yang simple-simple seperti masak nasi, masak air, basung pinggan, jemur kain dan lipat serta jaga adik...alhamdulillah...

Oleh sebab balik kerja pun dah 6.00 petang...badan pun dah terasa letih..maka terhasillah nasi minyak pun yang tak seberapa ni...mieza makan bersama kari udang dan kerapu sos hitam..kali ni mieza decide nak makan nasi minyak berlaukkan makanan laut...excuse sebenarnya sebab masa on the way balik kerja tu terlupa nak singgah pasaraya beli ayam heheheh

NASI MINYAK 
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
(untuk 3-4 orang)


4 pot beras basmathi - pot rice cooker
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 sb minyak sapi
2 biji buah keras - kisar
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4-5 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/2 cawan tairu - 1/2 cawan susu cair diperap dengan 2-3 sb air limau nipis
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit pewarna kuning - mieza guna 1/2 sk serbuk kunyit
Air sama banyak dengan beras
1 sk garam


Bahan untuk hiasan
Bawang goreng
Gajus panggang
Hirisan daun bawang



Cara-cara:

1. Beras dibasuh dan direndam selama 15 minit. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak sapi didalam periuk dan tumiskan rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga) hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga perang dan wangi.
4. Masukkan beras, air, tairu, pewarna kuning dan daun pandan serta garam. Tanak seperti memasak nasi biasa hingga nasi masak. (mieza masak menggunakan rice cooker)
5. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan nasi. Jangan mengacau terlalu kuat nanti nasi patah dan tak cantik.
6. Taburkan bawang goreng dan lain-lain bahan hiasan semasa menghidang. Boleh dimakan dengan dalca dan ayam masak merah jika suka atau apa-apa sahaja lauk kegemaran.

Tuesday, September 25, 2012

Lemon Yogurt Muffin

Assalamualaikummmm...
Kita kat hotel ni...Hotel Pearl International kat Jalan Klang Lama...hmmmm hotel ni in term of room ok laaaa..room dia besar..boleh main kejor-kejor luas..hotel pun besau..tapi food alahaiiiiii ala-ala kantin Politeknik tempat mieza kerja je hahaha..tapi tak per lah kan kita positive thinking...food tak berapa nak mewah sebab nak suruh mieza diet ahakkkssss..yang ok sikit ialah hotel ni dalam mall...jadi petang bila ada free time tu leh la jalan-jalan kat mall..lagi pun hari ni kan gaji hehehehe...tapi mall kecik je la..Pearl Point Mall..tak der la pulak TGV ker GSC ker..kalau tak leh la layan movieeeee




Semalam sebelum datang ke hotel ni dengan diantor oleh drebar...sempat la juga mieza bake kan mapin ni untuk ditinggalkan kat anak dara mieza yang sorang tu (yang lagi 2 dah selamat diantor ke umah auntie dia di Putrajaya)..boleh la Adnin makan bila rindukan mama...rindu ke? tak der nya Adnin nak rindu mama...dia dok leka dengar K-Pop langsung tak hengat mama...dia lagi suka mama tak der umah sebab astro itu 100% dia yang punya..mama je yang rindu kan dia huwaaaaa...


Asalnya mieza nak buat mapin pisang..tapi pisang kat umah tu dah sebam sangat...belek-belek resepi kat tenet..mieza came across this recipe..membaca komen dari a few frens yang dah mencuba resepi ni buat mieza tertarik untuk mencuba..mieza jumap resepi ni kat dapur kak Diana SKB...


Muffinnya lembut...dan gebu..sedap...tak manis sangat..sedang elok je manisnya...tapi kalau sesiapa yang suka manis kena tambah kan gula jadi 100 gram...mieza tambah sedikit perisa di dalamnya..iaitu perisa lemon sebab mieza memang suka lemon...kemudian mieza taburkan chocolate rice sebab tak nak kasi dia plain je...alhamdulillah sedap...oleh acuan yang mieza guna tu agak besar, satu adunan muffin ni cuma dapat menghasilkan 8 biji muffin..kalau guna acuan yang kecik skit insyaAllah dapat 10 hingga 12 biji...memang tak nyesal try mapin ni...dah masuk dalam favorite list..


LEMON YOGURT MUFFIN
:: Resipi Oleh ~ pReCiouS MoMentS
:: Sumber  ~ Diana @ SKB , Mieza @WAWMC


Menghasilkan 10 biji muffin



Bahan-bahan
120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence
1 tbs lemon paste - mieza tambah
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon - mieza tambah


Filling pilihan mengikut selera masing-masing
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry - mieza tak letak, mieza cuma taburkan dengan chocolate rice

Caranya
  1. Panaskan oven ke 180°C.
  2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing-masing. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20 - 25 minit bergantung pada oven masing-masing (mieza bakar selama 13 minit untuk oven mieza menggunakan fan assisted mode).



Kepada sesiapa yang belum mencuba mieza sangat rekemen resepi mapin nih! Jom cuba!

Monday, September 24, 2012

Gedang Mekuah (Green Papaya Soup)

Assalamualaikum...
Sebelum mieza berangkat ke KL untuk outstation seminggu, mieza nak gak update blog ni dengan menu istimewa ni...bagi mieza istimewa la..bagi orang lain agaknya menu simple giler hahahah...

Minggu lepas hubby bawa mieza makan kat restoran yang selalu dah kitaorang visit..hubby ni suka masakan Chinese...kat Tanjong Malim ni restoran feveret dia ialag Garden Seafood, E-Place dan Easy Cafe..semua tu Chinese Restaurant..last week E-Place jadi pilihan dia...memang selalu sangat kami ke sana..sampai auntie restoran tu dah kenal hahaha...semasa makan-makan tu mieza ternampak satu buku resepi yang auntie kedai tu display kat restoran dia...buku masakan Bali...bila belek-belek buku tu mieza jatuh hati pada 70% dari resepi-resepi dalam tu...mula lah teringin nak meminjam..tapi hubby was-was..eh eh mau ke auntie kedai ni kasi mieza pinjam buku kesayangan dia...kata mieza kalau kita tak tanya kita tatau..

Maka mieza tebalkan muka tanya auntie tu..
"Auntie buku ni bagus la...saya suka resepi nya..boleh pinjam tak auntie?"
Auntie tu ambik buku dari mieza dan belek..
"Awak suka masak kah?"
"Suka auntie...tapi wiken je la...kalau hari kerja saya tak sempat nak masak..boleh ker auntie pinjam buku ni?"
Auntie tu termenung lagi...agaknya tak percayakan mieza walaupun dah selalu nampak muka ni menempek kat kedai dia isi perut
"Kalau tak boleh pun tak pe auntie..saya faham"
Dia fikir 2 saat then dia cakap "Boleh la boleh la...nanti jangan lupa pulang balik ye"
Haiiiyaaaaa auntie mesti la pulang balik nanti hehehe
"Terima kasih auntie"

Bila masuk kereta hubby kata..pandai awak ayat auntie tu ye...errr darling..saya tak ayat pun tau..saya terus terang je cakap mau pinjam..kalau dia tak kasi pun tak per saya faham dia mesti sayang buku dia...

Esoknya cepat-cepat mieza fotostat resepi yang mieza suka dari buku sebab nak pulang pada auntie tu cepat...sebagai permulaan mieza decided nak try resepi yang sedap ni...


Sepatutnya digunakan betik yang masih muda iaitu yang kaler ijau tu..tapi bila ke pasar tak ada pula yang kaler ijau..yang mieza angkat la yang paling ijau yang ada kat pasar Tg Malim tu...sebab tu sayur mieza agak merah..sedap! Mieza memang suka masakan indonesia..sedap!


Resepinya mieza translate ke dalam bahasa melayu ye..buku resepi yang mieza pinjam tu ditulis dalam English

GEDANG MEKUAH (GREEN PAPAYA SOUP)
Recipe: Step-by-step Cooking Balinese
Tested by: Mieza @ WAWMC

Sebiji betik muda (Hijau)
1 sb minyak sayuran
1 batang serai - ketuk
2 helai daun salam
1 liter stok ayam/stok sayuran - mieza guna stok ayam
1 cawan santan pekat
Garam
Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit bawang goreng
4-5 helai daun limau purut

Pes menumis:
3 biji cili merah
3-4 biji cili api
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit
2-3 biji buah keras
1 sb belacan
1 sb biji ketumbar
1/2 sb lada hitam


Cara-cara:
1. Bahan-bahan untuk pes menumis diblend hingga halus. Ketepikan.
2. Betik dikupas dan dipotong dadu setebal lebih kurang 1/2 - 1 inci.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan juga serai dan daun salam.
4. Masukkan betik dan sedikit chicken stok dan renehkan sehingga betik berubah warna dan agak lembut.
5. Masukkan stok ayam yang selebihnya dan juga santan. Renehkan hingga mendidih dan betik lembut. Masukkan daun limau purut.
6. Rasakan garam gula dan taburkan bawang goreng.

Seronok sekali tengok suami makan hari tu...Nasi Putih bersama Gedang Mekuah, Ikan Yang digoreng garing dan juga sotong celup tepung...memang berselera dab bertambah-tambah makannya...alhamdulillah....

Saturday, September 22, 2012

Som Tam

Hari ni teringin sesangat nak makan Som Tam..bangun pagi terus ajak encik suami temankan ke wet market..pusing-pusing nak cari betik..akhirnya jumpa la betik muda..belum lagi masak tapi kaler dah agak merah..sebenarnya nak cari yang masih ijau...tapi semua buah betik yang  di pasar tadi dah masak atau hampir masak...


kalau sewaktu tinggal di Kelantan dulu senang sangat nak dapatkan orang jual SomTam tapi kat Tg Malim ni susah sangat..memang tak pernah jumpa Somtam..jadi terpaksa lah mieza menggoogle resepinya sebab dah teringin sangat hahaha...oppsss jangan salah sangka...saja jer teringin bukan mengandung pun hahahaha


SOMTAM
Source: ARAH
Bahan-bahan

  • 1 gengam penuh betik muda yg disagat
  • 1 genggam atau kurang udang kering yangg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang panjang dipatah patahkan
  • 3 ulas bawang putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yang disangai
  • Hirisan Lobak merah
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih
  • 1 biji limau nipis perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto - mieza skip
Bahan sampingan

3 ekor udang di bakar atau lebih.

Cara-cara

Tumbuk bahan rencah dalam lesung atau lesung somtam seperti bawang putih, udang kering, lada dan masukkan bahan cecair perasakan mana yangg nak ditambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul-gaul then baru masukkan bahan-bahan hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!

Wednesday, September 19, 2012

Kek Lumut

Assalamualaikum...
Awat la tenet ni slow bebenor malam ni...berputar-putar macam orang mabuk todi dah ekau nih!
Teringin mieza nak visit blog kawan-kawan yang masak sedap-sedap tu...bila tekan je dia putar yang lebih tapi tak gak dia nak load gambor yang kawan-kawan tayang tuh..haishhh geram tul..makin lama makin teruk tenet kat umah nih..

Buat kawan-kawan yang tinggalkan komen dalam entry sebelum ni mieza akan balas komen dan buat kunjungan balik kat opis esok...laju sikit tenet kat opis tu..insyaAllah...grrrr gerammmmmm...buat beberapa follower baru mieza ucapkan terima kasih...mieza akan follow rakan-rakan juga...tunggu ye...


Nila tenet macam siput ni tak der mood mieza  nak story pepanjang...tapi kita story gak la skit...kek lumut ni mieza buat hari Isnin yang lepas sebab kawan mieza dari Shah Alam datang bertandang...sebelum mengukus tu lupa nak check gas hahaha..punyalah mieza risau takut gas habis heheh...sin bek selamat juga la kek mieza ni...cuma tak puas hati sebab kaler nyer kureng menarik dan sedikit dull...next time mieza nak lebihkan kaler bior ijouuuuuuu heheheh


Oleh sebab steamer mieza kecik tak dapek la den nak guna acuan yang comel-comel...acuan ring tu yang muat..tu pun hampir melimpah ahakkkssss...ni kalau cik abang baca entry ni...ni nak sampaikan hint ni...errrr darling, steamer tu kecik la laling...boleh tak you tolong belikan yang besor skit...senang la skit acuan silicone ai tu nak masuk...heheh


KEK LUMUT
By : Dayang
Tested by: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla






Cara-cara:
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

Pucat jer ijaonyer...next time aku tuang sebotol baru ko tau hahahah

Tuesday, September 18, 2012

Lempeng Ghee dan Rendang Ayam

Buat apa tu? Dah tido ke? Ke baru lepas tengok cerita Bukan Bidadari episod akhir kat TV3? hhhehehe mieza pun dah melekat kat citer tu..sib bek dah abis malam ni...gerun pula mieza bila tengok suaminya yang psycho tu...terasa bersyukur dapat suami yang baik walaupun tak berapa nak romantik hahahaha...sekurang-kurangnya encik suami tidaklah cemburu membabi buta..dan tak der lah main pukul-pukul macam u..alhamdulillah di atas jodoh yang ditentukan Allah ini..semoga kasih sayang antara kami berkekalan... ^__^



Minggu lepas nama je long wiken..tapi mieza tak der pun masak beriya..hehhe..hari Sabtunya suami ke Seremban..lewat petang baru balik dan kami makan je di jemputan umah terbuka...hari Ahad pun ada jemputan juga jadi breakfastnya mieza cuma buat lempeng ghee ni jerr..hari Isninnya ada la masak-masak sebab ada kawan dari Shah Alam datang umah tapi tak sempat nak snap gambor....huhuhuu


Lempeng ghee ni sama je macam lempeng biasa...adunannya menggunakan tepung gandum, susu cair, telur, dan sedikit garam serta sedikit kunyit untuk warna kuning...sukatannya tak lah pula mieza sukat..main bancuh dan agak-agak sesuai untuk dibuat lempeng...instead of guna minyak atau butter untuk leserkan pan, mieza menggunakan ghee...dan memang wangi! Lebih wangi bila dibakar garing....hmmmmm


Teman lempeng ghee pada pagi Ahad yang lepas ialah rendang ayam..tapi ini bukan mieza yang buat..jiran mieza buat open house dan mieza adalah antara guest dia yang paling akhir..banyak lauk yang tak habis tu di'tapau' kan untuk mieza...balik terus mieza simpan dalam peti ais dan esok paginya mieza panaskan..sedap rendang jiran mieza ni buat..nanti boleh minta resepi dari dia...selamat la menu mieza pagi tu hehehe...rezeki tak baik ditolak kan kan kan hehehe


Dan peneman setia breakfast setiap pagi mestilah secawan kopi pekat...baru lah cergas sikit biji mata ni hehehe..

Saturday, September 15, 2012

Mee Goreng Basah

Salam sayang di hujung minggu...
long wiken minggu ni...ada plan nak gi mana-mana open house...dah hujung-hujung ni banyak pula open house nye..syiokkkkk...dapat makan free je...hari ni aja mieza ada 3 jemputan open house...tapi nampak gayanya kena pergi lewat petang sikit lah sebab kena tunggu encik suami balik...pagi-pagi lagi dia dah keluar temankan kawannya ada kerja di Seremban...


Mieza ni jarang masak mee...sebab suami tak leh makan mee..rasa bersalah pula kalau masak mee dan suami hanya memandang dan makan roti dengan jem...oleh sebab suami tak der, maka mieza ambil kesempatan ni untuk masak mee buat anak-anak...


MEE GORENG BASAH
Recipe : Mieza @ WAWMC

1 bungkus mee kuning...cuci dan toskan air
5 ulas bawang merah - kisah
3 ulas bawang putih - kisar
3-4 sb cili kering kisar
3 sb sos tiram
2 sb kicap masin
2 sk kicap manis
1 sb sos tomato
3 sb sos cili
1/3 cawan air - atau secukupnya
1 pokok sayur sawi - asingkan batang dan daun
2 ketul tauhu - goreng dan potong nipis
Sedikit daging - dihiris,
1 keping fish cake- boleh ganti dengan fish ball
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris bulat
Daun bawang
Sedikit bawang goreng
1 biji limau nipis
2-3 biji telur mata kerbau




Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga empuk. Masukkan bawang dan cili kisar dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan semua sos dan kicap dan kacau rata. Masukkan juga air.
3. Seterusnya masukkan fish cake dan bahagian batang sayur sawi. Masak seketika hingga batang sawi lembut.
4. Masukkan mee dan digaul rata ke dalam sos. Jika kuah sangat pekat boleh tambahkan sedikit air agar mee nanti sedikit basah.
5. Akhir sekali masukkan bahagian daun sawi . Matikan api dan biarkan daun sawi layu bersama wap panas mee.
6. Hidangkan mee bersama hirisan daun bawang, hirisan cili hijau dan merah, bawang goreng, hirisan tauhu, hirisan limau nipis dan telur goreng mata kerbau.


Friday, September 14, 2012

Garoupa with Black Sauce - Kerapu Sos Hitam

Assalamualaikum...
Hari ni mieza happy sebab esok hari sabtu dan cuti 3 hari...waaaa beshnyer..alangkah beshnyer kalau wiken tu 3 hari instead of 2 kan..besh besh dan beshhhh

Jadi hari ni balik kerja terus rasa lapar..maklumlah dah 2 hari tak  makan nasi...memang dasar perut melayu ndak diisi nasi juga dia! hahahah

Bila sampai je umah terus mieza masuk dapur...masak simple simple je la ye...jumpa resepi ni kat umah Kak Ummi Kuantan..siap masak dah pukul 630 petang..sambil masak ikan sambil tanak nasi....nak ambik gambor pun rasa tak bersemangat sebab dah nak malam...tapi rugi pula tak ambik gambor sebab ni first time cuba resepi ikan ni...dan sedapppppp! Hubby pun cakap sedap! Nanti len kali  boleh la cuba dengan ikan lain pula ^__^


IKAN KERAPU BERSOS HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor kerapu sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan




Cara Memasak:-

  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan kerapu tadi rata-rata. 
  8. Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!

Tuesday, September 11, 2012

Homemade Potato Chip

Lama rasanya dua ketul potato tu dok bertapa kat atas kaunter kat dapur tu...lebihan dari buat masak kari daging rasanya...dah hampir nak cambah lak dia hahahha...kekonon nak buat Shepperd's pie..tapi malas la pulak...bila penyakit M ku datang..apa pun tak jadi hahahah..




Masa mieza lepak-lepak dengan suami sambil tengok program masak-masak kat Food Network Asia tu ternampak la Giada yang kiut miut memasak...sekali dia tengah buat chip ni..simple jer....terus semangat berkobar-kobar nak try...hehheehhe


Simple je resepinya...sebab simple la orang yang tengah M macam mieza ni boleh masak...hehheh lame excuse huh ngehhhh ngehhhh

HOMEMADE POTATO CHIP
Recipe & Source: Giada At Home @ Astro Food Network Asia
Tested by : Mieza @ WAWMC

2 biji ubi kentang - ini je yang mieza ada ahakkksss
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
2-3 sb olive oil

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180'C
2. Potato dikupas kulit (Giada tak kupas pun hehehe) dan dihiris nipis. Betul-betul nipis that u can see things through it.
3. Gaulkan ubi kentang dengan minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam.
4. Bkar dalam oven selama 12 minit atau hingga perang dan rangup. Masa membakar adalah bergantung kepada oven masing-masing



Senangkan? Kalau rajin buatla dipping nya.  nak buat dipping senang je. Gaulkan mayonis bersama parutan kulit lemon dan 1 sb lemon jus. Gaul rata. Hidangkn bersama chip. Sedap! Kruppp krapppp je...sekejap je abis makan sambil tengok TV...

Monday, September 10, 2012

Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum...
Manu yang masih lagi berasaskan ubi kayu...hambik ko...banyak sangat la tu ubi kayu tu hehehhe...alhamdulillah walaupun ditanam secara 3T heheh..boleh la dijadikan hidangan minum petang, petang semalam...


Suka pula mieza bila menggunakan silicone mould yang dibeli oleh anak sedara mieza yang sedang belajar kat UK tu...kiut betul mould ni..mieza memang sukakan mould kuih/kek..kalau nampak tu mesti mieza nak beli...sekarang ni berminat pula dengan bundt mould...jenuh la anak sedara mieza kena membeli kat auntie dia ni..tak pe la kan Abang Ngah kan..sebab mould kat UK nun murah-murah..geram mieza bila nengok kat online...rasa nak terbang je sana dan sopping..macam la Malaysia dgn UK tu dekat ekkk..tapi kat atas peta dekat je kan hehehehe


Nasib baik le juga ada kuih ni sebab petang semalam ada la 2-3 orang my BFF datang beraya kat umah tak nak call dulu...haishhhh depa ni suka betul buat surprise tau..punyalah mieza malu sebab umah sepah-sepah tak sempat nak kemas...notty betul depa ni..telefon dah terpacak depan pagar umah...jadi depa kata dah call la tu kan...memang depa nak kena kutil nih...sib baik la ada bingka ni..boleh juga mieza hidangkan...kalau calling calling dulu leh la mieza masak-masak....padan muka korang hahahaha


BINGKA UBI KAYU
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 kg ubi kayu
500 ml santan pekat
2/3 cawan gula pasir
2- 3 cawan air
1 keping gula melaka (kepingan besar, kalau kepingan kecil gunakan 2 keping)
1 sk garam
2 helai daun pandan
3 sb butter


Cara-cara:

1. Ubi kayu diparut dan dimasukkan ke dalam uncang kain. Perah airnya hingga kering. Simpan sagunya.
2. Panaskan air bersama daun pandan dan garam. Larutkan gula melaka dan gula pasir.
3. Bila gula dah larut masukkan santan dan panaskan hingga santan mendidih. Bancuhan jangan terlalu pekat. Jika terlalu pekat. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi santan.
4. Tuangkan kuah santan ke dalam bekas sagu ubi kayu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan dibakar pada 180'C selama 15 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya.
6. Sejukkan sebelum dipotong. Mieza guna acuan kecil-kecil jadi tak perlu dipotong lagi.


Yang ini kegemaran anak mieza sebab bentuk love...romantik anak mieza ni hehehe

Saturday, September 8, 2012

Caramel Ubi Kayu

Fuhhhh...berjaya juga menuai ubi kayu yang mieza tanam secara sistem 3T (Tanam, Tinggal, Tuai) ahakkksss...ye la kan..mieza cucuk je batan ubi kayu tu kat bakang umah...pastu mieza biarrrrr kan je...tengok-tengok dah besar..terus mieza suruh suami gali...dapat juga dijadikan hidangan minum petang ni...caramel ubi kayu...waaaa sedap! sebab dah lama tak makan! Dulu-dulu masa kecik kecik arwah nenk selalu masak macam gini especially time hujan musim tengkujuh...


Hari ni rezeki pula melimpah ruah..ada 4jemputan open house..jadi mieza off masak berat-berat...jadi mieza masak je la ubi kayu ni..boleh gak sambil tengok tv hehehe


CARAMEL UBI KAYU

Recipe: Mieza @ WAWMC
Resepi ni tiada sukatan tertentu..mieza main agak-agak je..

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu
1/2 cawan Gula pasir
1 keping gula melaka
2 helai daun pandan
secubit garam



Cara-cara:

1. Ubi kayu direbus hingga empuk. Ketepikan.
2. Di dalam periuk yang lain, masak gula pasir dan gula melaka bersama 2 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan ubi kayu yang telah direbus. Renehkan sehingga kuah caramel pekat.
4. Sedia dihidang.


Mudah kan? Traditional tapi sedap!

Thursday, September 6, 2012

Puding Mangga dan Peach

Assalamualaikum..
Apa khabar semuaaaaa...mieza doakan semuanya sihat-sihat belaka...mieza sangat busy sekarang ni..tak sempat pun nak masak..apatah lagi nak update blog..nak visit blog kawan-kawan pun tak sempat...terima kasih buat kawan-kawan yang bertandang dan meninggalkan komen...bila reda sikit kebusian ni mieza akan visit kawan-kawan balik...minggu ni mieza sibuk dengan Bengkel Akreditasi MQA...at the same time sibuk dok prepare paper dan slide presentation untuk konferen next week..next week juga anak sulung mieza nak peksa UPSR..sama tarikh dengan konferen mieza...kesiannya anak mama...kalau boleh mieza nak ambik cuti selama 3 hari Adnin peksa UPSR..supaya senang nak uruskan biar makan dia cukup dan rehatnya cukup...tapi apa boleh buat...tarikh sama dengan la pulak..Mama doakan Kakak Adnin berjaya nanti..insyaAllah...


Minggu lepas beberapa kawan Adnin datang beraya kat umah..memang tak sempat mieza nak masak beriya-iya sebenarnya..jadi mieza masak laksa nyonya dan puding ni..insyaAllah nanti bila mieza free skit mieza akan postkan resepi laksa nyonya...kesian pula kalau anak-anak yang comel itu datang beraya dan tak ada dessert untuk depa...oleh sebab masa yang suntuk mieza guna je puding segera nona heheheh


Jadi cara masaknya senang je la..mieza guna 2 paket serbuk puding mangga Nona (1 paket dalam 80gm) dan ikut je arahan kat paket tu..cuma mieza ubahsuai skit supaya rasanya lagi lemak...arahan kat kotak tu cakap 1 paket serbuk puding tu dicampurkan dengan 400 ml air..tapi mieza gantikan dengan fresh milk...dan mieza juga letakkan buah peach yang dipotong kiub..alhamdulillah sedap puding ni walaupun pakai premix...senang dan cepat dan sedap...semua kawan-kawan Adnin memuji-memuji..depa tatau mieza pakai segera punya hahahha


InsyaAllah mieza akan ubahsuai puding ni menjadi puding stroberi untuk hidangan makan beradap perkahwinan anak sedara mieza dalam bulan Disember nanti...

Selamat Mencuba!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...