Assalamualaikum...
Waaaaa seminggu lebih mieza nak jenguk dapur nih...bersawang ehhh? Sorryyyy...busy sangat for the past week..baru balik dari outstationed ke JB...dah alang-alang ke JB tu kita visit la Legoland sekali...seronok bukan mainlah bebudak tu...nanti entry akan datang mieza postkan beberapa keping gambor kat Legoland dan Melaka...seronok...walaupun fenat..hehehe
Sebelum mieza ke JB last week sempat lah juga mencuba resepi baru...sekarang ni malam hubby tak mau makan nasi...katanya badan makin naik..mieza setuju sesangatlah...tengok lah badan ni...scale tak pernah turun asek naikkkk je hahaha...selalunya kalau malam tu kami cuma minum milo atau hot coklat dan Jacob cream cracker je...kalau nak masak nasi dan lauk bagai masa wiken je lah...
Resepi sotong ni mieza jumpa kat Majalah Rasa...nampak menarik jadi mieza try dan yes...sedap! Mieza tak tahu apa maksud yew hu tapi mieza agak maksudnya sotong dalam bahasa cina sebab Rasa keluaran November 2012 ni ada seksyen tentang masakan Baba Nyonya...
Oleh sebab takut resepi yang mieza zaaz dengan camera tu tak jelas jadi mieza salin balik kat bawah ni...
YEW HU ASAM LEMAK
Recipe: Majalah Rasa November 2012, pg 49
Tested by: Mieza @ WAWMC
600 gm sotong - basuh dan potong cincin
1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
4 biji cili hijau
2 biji tomato - belah 4
1 biji bawang besar - hiris
3 sb minyak masak
2 st gula
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Bahan A: ditumbuk/mesin
3 batang serai
20 gm cili merah
20 gm cili kering
10 gm bawang merah
10 gm bawang putih
Bahan B:
2 sb serbuk kari ikan
1/2 sb serbuk kunyit
1/2 sb serbuk ketumbar
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B dan biarkan sehingga garing dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sedikit air bersama santan, sotong, cili hijau, tomato, bawang, dan biarkan masak seketika.
4. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan mendidih dan angkat.
**** Pastikan bahan B dibiarkan masak sehingga betul-betul garing terlebih dahulu barulah dimasukkan santan dan kesemua bahan lain.
Di kesempatan ini mieza nak ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua rakan pengunjung blog ni...semoga mendapat barakah dengan ibadah korban nanti... ^__^
Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Tuesday, October 23, 2012
Friday, October 12, 2012
Gulai Darat Siput Sedut
Dulu-dulu masa mieza kecik kecik mieza selalu teman arwah nenek ke sungai yang terletak kat bakang umah nenek..Sungai Kelantan....cantik sungai tu..mieza suka....pemandangannya pun cantik..sejak arwah nenek dan atok meninggal, umah tu pun dah dirobohkan mieza tak lagi ke sungai tu...dah hampir 15 tahun mieza tak ke sana..dulu mieza ke sana dengan nenek sambil teman nenek cari siput sedut...siput sedut sungai rupanya lain sikit dari yang ni...bentuknya lebih bulat..yang ini macam lonjong sikit...dan rasanya juga lagi lemak....pada selera mieza...
Banyak siput sedut kat sungai tu...kami cari dan simpan dalam baldi...arwah nenek kata siput sedut yang ditangkap elok direndam dalam air bersih semalam...setia 2-3 jam ditukarkan airnya supaya siput-siput tu muntahkan semua lumpur yang ada dalam badannya...barulah baunya tidak begitu kuat...mieza cuci siput ni dengan menggunakan daun salam, air asam jawa dan limau kasturi...insyaAllah bau lumpurnya tidak teruk sangat...
Bila disimpan dalam baldi atau besen yang berisi air jangan lupa untuk tutup muka baldi/besen tersebut....kalau tidak siput tu akan kuar merayap-rayap hahahah
Terliur pula mieza bila teringatkan siput...terus ajak suami ke market...selalu yang dijual di kedai kedai makan siput sedut ni dimasak cili api...tapi mieza lagi suka digulai darat...resepi arwah nenek...
GULA DARAT SIPUT SEDUT
Recipe & source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
2 paket siput sedut - 1 paket harga RM5 kalau di Tg Malim ni
200 gm santan pekat
Air secukupnya untuk dijadikan kuah
6-7 tangkai daun kesum
2 batang serai - ketuk
3 keping asam keping
1 sb kerisik
Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
4-5 biji cili kering
1/2 inci lengkuas
1 sk biji ketumbar
Cara-cara:
1. Siput dicuci dan dipotong sedikit bahagian hujungnya.
2. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Rasakan garam dan gula.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

Monday, October 8, 2012
Baked Spiral
Assalamualaikum..
Dah petang-petang ni bila balik dari kerja memang blurrrr je kan nak masak apa for dinner..tetiba hubby malam ni nak kena bawa Wawa ke klinik..untuk pujuk anak dara tu makan ubat kena la bawa ke KFC..kalau tidak tamau makan ubat pula...
Spiral ni mieza baked for tea yesterday..hubby cukup suka kalau buat macam ni...suka tengok dia makan...
Kali ni mieza buat dalam individual ramekin..senang sikit nak makan...lagi pun next week ada konvo kat ofis tu...depa mintak mieza sediakan refreshment untuk VVIP..salah satu ordernya ialah baked macaroni individual serving...
Hari ni mieza tak der mood nak tulis balikresepinya...kalau kawan-kawan nak resepinya, boleh klik SINI..dan SINI...dan SINI..sebab ini ialah meu ulangan kegemaran my laling...

Sedap sangat bila mozarela cheesenya garing macam ni...i likeeeee...
Ketuk dengan sudu..'crack' bunyinyer...then i know it's gonna be very very delicious!
And this one goes into hubby's mouth...
To be shared with all...bon appetit!
Friday, October 5, 2012
Orange Yogurt Cake
Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat..yahooo beshnyer...who doesnt like wiken eh? Hehehe..seronoknya..dapat cuti 2 hari..boleh la main masak-masak kat dapur...cuma yang kurang seronok sikit sebab anak sulung mieza tak der umah..kena gi camping selama 2 malam....kurang lah seorang ahli keluarga...
Ngapa mieza baked this cake?
Pertama: sebab oren banyak..ada tetamu datang umah dibawakan oren sebagai buah tangan..
Kedua: sebab mieza ada stok yogurt yang nak kena dihabiskan sebelum expired heheh
Ketiga: coz this recipe is very easy...tak yah guna mixer
Keempat: coz i'm simply an orange and lemon lover!
Komen mieza...kek sedap..lembut..moist...kurang manis...definitely akan bake lagi dan lagi..

ORANGE YOGURT CAKE
Recipe : Food Network
Source : Ummi@Home Sweet Home
Source: izah
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung serbaguna
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon garam
1 cawan plain yogurt
1 cwn gula
3 biji telur A
2 teaspoons parutan oren
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cwn minyak sayur
1 sudu besar orange sunquick
1/3 cwn jus lemon diperah * saya guna perahan oren
1/3 cwn gula
For the glaze: * saya tak buat
1 cwn gula
2 sudu besar lemon perah
Cara:
1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk yangg lain satukan yogurt, 1 cwn gula, telur, parutan orange dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
4.
Perlahan-lahan masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. * yang ni
saya tukar cara. Saya masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau
sehingga bahan-bahan sebati.
5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan-lahan minyak ke dalam adunan tadi. Pastikan semuanya sebati.
6. Bakar adunan selama 50 minit. Mieza bakar 25 minit je untuk oven mieza
7. Sementara itu, masak 1/3 jus orange bersama 1/3 cwn gula sehingga gula hancur. Ketepikan.
8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian perlahan-lahan letakkan kek di atas baking rak.
9.
Sementara kek suam, tuang adunan orange dan gula tadi ke atas kek dan
biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.
Care to have a slice?
Selamat Mencuba!
Labels:
CAKE
Tuesday, October 2, 2012
Moi Sup
Semasa dok kat hotel seminggu last week, mieza punya lah tak puas hati dengan bubur nasi yang sediakan..hotelnya besar...bersambung dengan mall...biliknya selesa tapi foodnya tak berapa best hahaha...pekerja hotel tu tak top up pun apa yang dah habis..may be depa sibuk lah kot tak sempat nak tengok apa yang dah licin...bila mieza nak ambik bubur tu condiment yang tinggal cuma bawang goreng. Ikan bilis, telur masin, kacang goreng dan sawi asin semua dah tak der...frust je sebab memang teringin nak makan moi (bagi yang tak pernah dengar perkataan 'moi'..ia bermaksud bubur...panggilan orang utara)..tak puas ati punya pasal terpaksa lah dimasak sendiri....
Anak-anak lah yang paling syok bila dimasakkan bubur nasi...banyak Wawa makan...dia memang suka moi sup...
Masa kecik-kecik dulu bila demam mesti mak buatkan bubur nasi dan makan dengan ikan kering bakar...sedappppppppp
MOI SUP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Nasi yang ditanak bersama hirisan halia hingga menjadi bubur
Bahan sup:
300 gm daging - dihiris nipis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas - ketuk
2 sb rempah sup
1 sk serbuk ketumbar
1 bungkus sup bunjut
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah sup
Garam dan gula
Bahan tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan hiasan:
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cili api yang dipotong
Sambal kicap
Telur rebus
Limau nipis - hiris
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga wangi dan perang.
2. Masukkan rempah sup dan serbuk ketumbah. Kacau seketika hingga wangi.
3. Masukkan daging dah kacau hingga sebati dengan rempah. Tambahkan air, sup bunjut, serai, lengkuas. Renehkan hingga daging empuk.
4. Rasakan garam dan gula.
5. Sendukkan bubur nasi ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan sepotong telur rebus. Sendukkan kuah sup dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi bubur. Perahkan jus limau nipis.
6. Sambal kicap disediakan dengan menumbukkan bawang putih dan cili padi hingga lumat dan dimasukkan kicap masin dan kicap manis. Gaul rata.
Dan mesti lah diminum dengan secawan kopi panas....sedapnya breakfast macam ni kan...hmmmm
Subscribe to:
Posts (Atom)