Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label MEAL MENU. Show all posts
Showing posts with label MEAL MENU. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Nasi Halia - and the gang ^__^

Salam hari Isnin semua..apa khabar? Masih diserang monday blues? Kalau rasa tak der mood nak kerja kan elok la ambik cuti macam mieza heehehhe..sebenarnya mieza penat yang amat sebab semalam mieza sampai di Tanjong Malim tepat jam 12 tengah malam dari Alor Setar..balik kampung kalau setakat 2 malam memang fenat sebab badan tak sempat lagi nak ilang lenguh-lenguhnya dah terpaksa travel balik semula..mieza balik juga sebab nak jengah ibu mertua yang akan berangkat ke tanah suci lusa (Rabu 19 Oktober)..semoga perjalanan beliau pergi dan balik selamat selalu dan semoga beliau mendapat haji mabrur,,insyaAllah..

Merujuk kepada entry mieza pada hari ini..errrr ini bukan masakan hari ni..walaupun hari ni bercuti tapi mieza tak sempat nak ke pasar sebab suami walau pun dia juga bercuti tapi tetap dia kena hadir meeting jam 9.00 pagi tadi..jadi hari ni dah sah tak masak sebab tak leh nak masak kalau si kecil Umar ini tak ada orang yang mengasuh..alamatnya noon nanti makan lauk bungkus je la hehehe..



Nasi halia ini mieza masak dah lama..tapi tak sempat nak post ke blog..sibuk betul mieza kat opis sejak akhir-akhir ni maklum lah final exam students tu lagi 2 minggu..banyak assessment student yang belum bertanda..kerja kat umah memang tak pernah abis..apa-apa pun jum tengok resepinya..nasi halia and the gang ni mieza post dulu..jadi ini post menu ulangan..jangan jemu tau..



NASI HALIA
Recipe & source: Mieza@WAWMC

Bahan-bahan:


3 pot beras basmathi - basuh dan toskan
2 camb minyak sapi
1 kiub pati ayam knorr
Sedikit serbuk kunyit
4 pot air
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar:
1 1/2 inci halia
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
6 biji lada hitam

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Halia dihiris halus kemudian digoreng garing
Gajus panggang


Cara-cara:


1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.

2. Masukkan air, kiub ayam,serbuk kunyit, daun pandan. Biar hingga mendidih.

3. Masukkan beras dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.

4. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan.


Nasi Halia tu mieza makan dengan Siakap Hitam Goreng Rangup dan Sambal Nyonya..sambalnya mieza songlap dari dapur izah..dulu-dulu pun mieza dah post resepinya tapi dulu mieza makan dengan ikan kukus..boleh tengok resepinya kat sini..tapi kali ini makan dengan siakap goreng lak..sedapnya tetap unggul chewahhhh


SIAKAP HITAM GORENG RANGUP DAN SAMBAT NYONYA
Recipe: Buku Aneka Masakan Ikan Alaf21.
Source: Izah @ Izah Muffin Lover
Improvised by: Mieza @ WAWMC


1 ekor ikan siakap hitam - cuci dan kelar belakangnya

Bahan tumbuk perap:

3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 camt lada hitam
Sedikit kunyit
Garam
Tepung jagung secukupnya - untuk lumur pada ikan

Bahan dikisar:

10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering - aku letak sikit je sebab hubby gastrik tak leh makan pedas sangat
2 batang serai
1/2 batang bunga kantan - tak letak sebab masih berpantang
1 cm belacan bakar
1 biji cili merah - aku tambah

Bahan perasa:
4 sb sos tiram
2 sb cili kisar
2 sb sos tomyam
3 sb air asam jawa
Garam
Gula
Segenggam daun kesum - aku tambah
4 tangkai daun limau purut - aku tambah

Cara masak:

1. Ikan siakap diperap dengan bahan perap selama 10 minit. Lumurkan dengan tepung jagung dan digoreng dalam minyak penuh hingga masak dan garing.

2. Sementara itu, sediakan sambal nyonya. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.

3. Masukkan sos tiram, cili kisar dan sos tomyam.

4. Apabila garing masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kesum. Masak hingga daun kesum layu.

5. Apabila siap, tuangkan kuah sambal ke atas ikan yang digoreng tadi. Hidangkan dengan nasi pilihan :)



Kalau makan nasi halia dengan siakap goreng je mana boleh kan..nanti lekat dan tercekik hehehe..kebetulan hari tu terung dan kacang panjang semua ada..maka taraaaaaa terhasil lahhh Dalca Ayam..

DALCA AYAM
Recipe: Family
Source; Mum


Bahan-bahan:

1 mangkuk ayam bahagian yang bertulang seperti kepak, rib, leher etc
1 liter santan
1 paket rempah kari - jadikan pes, mieza pakai brand 'O'
1 biji terung - potong memanjang
10 batang kacang panjang - potong 2 inci panjang
1 batang carrot - hiris panjang
3 biji kentang - belah 4
8 biji putik jagung - hiris panjang
3 biji cili merah - belah tak putus
1 sb air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis:

4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sk lada hitam
2 tangkai daun kari


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga perang dan wangi. Kemudian masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak dan dimasukkan air asam jawa. Kacau rata.

2. Masukkan ayam dan kentang serta sedikit santan cair dan renehkan hingga kentang empuk dan ayam masak.

3. Masukkan santan dan sayur-sayuran kecuali cili merah dan kacang panjang. Renehkan sehingga sayuran empuk. Kemudian dimasukkan cili merah dan kacang panjang. Masak seketika sahaja (dalam 2 minit).

4. Rasakan garam gula. Tutup api.


Jemput makan semua ^___^

Monday, October 3, 2011

Have You Had Your Lunch?

Oleh sebab hari ni mieza EL anak demam jadi sempat lah juga masuk dapur time baby tido untuk siapkan juadah ringkas sempena lunch hari ni...walaupun ringkas tapi happy sebab hubby balik lunch kat umah...dan anak-anak berselera sungguh makan air tangan mama...semoga air tangan mama ni menjadi pengikat kasih sayang kita sekeluarga..insyaAllah...

Jom tengok apa mieza masak hari ni..

Main course is Asam Pedas Ikan Gerut-Gerut....resepinya boleh klik sini



...bersama teman sepukatnya..Ikan Kekek Goreng Bawang Putih



...dan Kailan Goreng Belacan



Buah hati pengarang jantung mama yang demam hari ni..merengek je sedari pagi tadi...plisss get well soon my lil prince!




Kak Wawa yang sangat notty...



...dan kakak yang kelaparan baru balik dari school..kita makan blueberry cheese tart dulu!!!



Petang ni kita wat cheese tart lagi ye anak-anak...^___^

Tuesday, August 16, 2011

Siakap Sambal Daun Kari - Iftar hari ke 15

Dah ready untuk berbuka semua? Banyak ke hidangan atas meja tu? Mesti meriah je kan..kawan-kawan kat Malaysia Timur tu mesti dah kekenyangan kan..kami di semenanjung ni baru nak mencedok nasi ke dalam pinggan...apa-apa pun mieza ucapkan selamat berbuka kepada semua pengunjung blog WAWMC..

Petang ni sementara menunggu azan kedengaran..dan anak dara mieza yang darjah 5 tu punya turn untuk menghidang jadi mieza ambik peluang untuk update blog jap..tapi mieza tayang gambar lah dulu ye..kang lepas isyak mieza postkan resepinya...jom tengok apa mieza masak semalam..


Siakan Sambal Daun Kari..resepi skodeng umah Kak Diana...



..view from another angle...



Resumed @ 9.10 pm

Bertemu lagi kita..dah kekenyangan ke semua tu? Alhamdulillah apa yang kita makan hari ni adalah rezeki dari yang Maha kuasa Allh SWT..

Resepi asal mieza dapat dari umah kak diana..tapi kak diana masak ikan tenggiri..mieza tak der ikan tenggiri..yang ada cuma ikan siakap..dua keping..jadi la kan..TQ kak diana sudi kongsi resepi


SIAKAP SAMBAL DAUN KARI

Source: Kak Diana @ SBK
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri - mieza guna ikan siakap
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah _ d hiris
2 ulas bawang putih _ d hiris
1 biji bawang besar _ d hiris bulat
6 tbsp cili sos maggi - mieza guna sos cili thai brand Life
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 tsp kicap manis Adabi - mieza guna cap kipas udang
Garam
Gula


Bahan-bahan Perap

Garam secukup rasa ( i bubuh 2 tsp )
1 tsp serbuk pati ayam
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk cili
1 sb rempah tandoori - mieza tambah


Bahan-bahan Kisar
1/2 tsp serbuk kunyit
11 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam udang kering _ d rendam dan toskan
8 tangkai cili kering
2 tsp belacan ( kalau tak suka boleh kurangkan )
3 batang serai
1 biji bawang besar ( kalau tak suka boleh bubuh 1/2 biji pun boleh yer )


Cara-cara:

1. Perapkan ikan dengan bhn perap selama 10 minit. Goreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing yer.. angkat dan toskan.. ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak.. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga bangkit aromanya. Masukkan daun kari dan tumis seketika lagi.

3. Masukkan pula bhn kisar dan gula secukup rasa. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Bubuh sos cili, kicap manis dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air.

5. Kemudian.. masukkan bawang besar dan gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah d goreng tadi. Gaul sebati dan biarkan seketika.

7. Angkat dan hidang.

Pasangan lain petang semalam ialah....

..Udang Masak Lemak Cili Api bersama Belimbing Buluh...



..dan dessertnya kuih control ayu ni..Kuih Cik Mek Molek..



Enjoy your blogwalking here ^__^

Sunday, August 14, 2011

Menu 1 Malaysia - Iftar hari ke 14

Kalau semalam menu berbuka mieza ialah ala kampung, malam ni menu ala 1 Malaysia gitu..sebab mieza dah kehabisan idea nak masak apa..jadi mieza bedal je masak campur-campur...mau pening perut mieza semua jenis masakan ada..dari melayu, cina, omputih, arab, siam semua ada malam ni..jom tengok apa mieza masak..

main dish is Nasi Yogurt..resepi jom tengok kat sini...




..berlaukkan Grilled Chicken Fillet with Balck Pepper Sauce...resepi omputih..




...berkuahkan Sup Petola dan Fucuk...resepi chinese...




..lauk tambahan..Grilled Beef Salad..from Thailand with love..




..dessertnya kuih melayu asli...Kuih Cara Manis...





Muhibbah sungguh menu berbuka kami malam ni...anda semua makan apa? Cerita la...


Resepinya akan mieza postkan ASAP..please keep coming back tau...

Saturday, August 13, 2011

Menu Ala Kampung Yang Menambat Hati - Iftar hari ke 13

Tetiba hari ni tekak ni rasa nak berbuka makan gaya kampung pula..dah memang mieza ni orang kampung..jadi tekak ni memang alter lah macam mana pun dia tetap nak yang kampung gak...berselera sungguh mieza dan keluarga makan malam ni..siap bertambah nasi..kalau tak makannya sikit aje..jom tengok apa yang mieza masak untuk berbuka malam ni..

Main dish ialah Kari Kepala Siakap Manis...resepi kari kepala ikan boleh jenguk-jenguk kat sini...




..teman sekapalnya..Ikan Kembung Bakar..oleh sebab mieza malas nak hidupkan api..maka mieza bakar atas grill pan je...




..yang sangat membuka selera...Celur Jantung Pisang...beli kat pasar tani..lupa dah berapa hengget sebiji jantung...(betul ke penjodoh bilangan mieza 'sebiji jantung'?)...




...dan teman baik segala ulam apa lagi kalau bukan BUUUUUUDUUUUUUU...cap ketereh tau..




...last but not least...dessertnya juga ala-ala kampung gitu..Bubur Sagu Keledek...resepinya jenguk kat sini..









Tuesday, April 19, 2011

Lunch Hari Keputeraan Sultan Perak

Hari ni Perak cuti yahooooo! Walaupun Sultan makan sedap2 sebab hari ni besday dia..aku tetap makan biasa je walaupun hari ni dia bagi cuti kat semua rakyat dia untuk masak sedap-sedap macam dia makan..sebab aku malas yang amat sangat..ntah angin kus kus mana yang menyerang tatau laaaa...oleh sebab aku malas nak fikir nak masak apa...let alone nak memasak..jadi aku savor kemalasan aku to the fullest kakakaka..maka aku cuma masak menu simple simple aje for lunch...tapi En Hasben makan never less! Tu yang aku suka tu..masak ape pun dia bedal je..


Ni ikan bawal masak kicap...dulu dah ada entry pasal ikan ni..klik di sini untuk resepi



dan Ikan Sardin Rebus Goreng...untuk resepi sila klik di sini...



bersama Pak Choy Masak Tiram...nak tau resepi visit sini...



dan tidak ketinggalan Terung Masak Lemak Putih...resepi rujuk sini...



Jemput makan semua!

Wednesday, June 9, 2010

Simple Yet Mouthwatering Lunch
















There was not much left in the fridge since we are leaving for our kampung in a few days. A few ikan kembung, one siakap head, a packet of artificial crab meat, a packet of fish balls, and 2 packet of coconut milk in the freezer. Looking down the fridge, i found 2 bunches of pak choy, 1 packet of ikan pekasam, a few eggs, and 2 cans of sardines. Hmmm enough supplies for 3 more days i believe. And i dont want to shop for the new stock of groceries until we return, after spending a week or so, from Alor Setar. So i make use of whatever left for us in the fridge and pantry. This will do i guess. Not so rich but sufficient. Simple, but if one knows how to perfectly improvise, the dish could be very very mouthwatering! I alwiz loved to eat fish head curry, so does my husband. What to expect, he's from the north side of the country! But looking at my weight rite now, i guess i should be a lil bit easy on fat-rich food. But i cant, it's like the food is waving for me and i dont have a heart not to taste them...ngeeeeeee, an excuse again...The curry is Siakap head. Cost me RM5.40 per head. The seller tried to cheat me though. She said the head is RM12 per kg and she tried to charge me RM6 for 450gm. Thank God my mum sent me to good school that i know to calculate fast. Pity the seller huh. Though it was only RM0.60 difference but it's still money. To be accurate it was MY money that the seller tried to 'steal'. What make me sad thou, the seller is Muslim Malay. Didn't she know that cheating is sinful! (sigh). Well, after about an hour cooking, taraaa here's the lunch menu for today. A must-have dish, omelet with onion can be missed, especially by my two gals. Omelet? The name sounds very astonishing, but in Malay, it's just a simple telur dadar. And my favorite veggie, pak choy that is! Yummy! I'm wishing my loyal visitors to enjoy their lunch as well. Bon appetit everyone!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...