Dah beli Majalah AROMA keluaran September 2013? Haaaa kalau belum tu jangan tunggu lama-lama nanti abis pula tau..cepat-cepat gi beli sekarang..dan temui 11 resepi yang mieza kongsikan di dalamnya ^__^
Di kesempatan ini mieza nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Izzat, Photographer majalah Aroma dan Siti Dimiati, Editor kerana sudi memberi peluang kepada mieza dan blog When A Working Mother Cooks untuk berkongsi 11 resepi bersama pembaca majalah Aroma di dalam keluaran bulan September ini. Terima kasih banyak-banyak terutama kepada Izzat yang banyak bersabar dengan jadual kerja mieza yang agak pack..sewaktu mieza menerima email dari Izzat meminang mieza untuk memuatkan resepi WAWMC di Aroma, masa tu mieza tengah berkursus di Bangi. Apabila telefon berdering masa tu mieza dalam bilik kuliah dan reception talian telefon tak berapa jelas, berkali-kali Izzat call..terima kasih ye Dik...Alhamdulillah, sempat juga mieza squeeze masa dan kompilekan gambar dan resepi untuk Aroma..ada resepi asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris jadi mieza mengambil masa yang agak lama untuk terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia...sewaktu CT call untuk sesi interview pula mieza tengah drive dan tak dapat cakap panjang..jadi kami hanya bersoal jawab di email..terima kasih banyak CT kerana sudi meluangkan masa membaca email-email mieza yang panjang lebar itu hahahaha...terima kasih Aroma kerana sudi memperkenalkan blog WAWMC kepada semua pembaca...semoga Aroma sudi meminang mieza lagi pada masa akan datang..
Antara 11 resepi yang mieza kongsikan:
Kaserol Nasi dan Ayam
Goulash daging Austrian
Mee Rebus
Pai Salmon dan Udang
Puding Susu Moroccan
Roll Kayu Manis
Kek Coklat Puding Karamel
Muffin Yogurt Lemon
Pai Epal Crumble
Kek Buahan Lembap
Kek Cawan Rama-Rama Pelangi
Selamat Mencuba!