Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, May 31, 2011

Cakoi - Bukan Pak Cik AF Punya!



Ini la kuih peveret encik suami..dedulu kami selalu beli kat pak cik AF kat Slim River..kenapa namanya pak cik AF? Sebab dia ada semua CD konsert AF...dan setiap kali aku gi beli cakoi dia, dia akan bercerita tentang sapa pelajar AF yang tersingkir dan siap dengan komen-komennya mengalahkan pengkritik tetap AF...dan cakoinya memang sedap..

Lepas tu baru-baru ni nampak izah buat..terus terliur nak cuba, tapi tak berapa yakin sebenarnya sebab adunannya lembik...izah oiiiiii napa akak punya cakoi tak comey macam cakoi kamu? Comel ke tak dah abis selamat dibedal oleh encik suami dan anak-anak..selalunya kami makan cakoi dengan kuah kacang, tapi malam ni malas nak wat kuah kacang, kuah kacang instant pun tak dak kat dalam pantry..kali ni kita cuba sos manis lakkkk...



First time buat sendiri...tak comey kan..tak per tak per jangan putus asa..kita cuba lagiiii (ayat typical sorang cikgu/pensyarah/pendidik..kakakakakak)



Resepinya aku copy paste dari dapur izah..



CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: izah @ izah muffin lover

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng



Kaedah :


1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

*izah uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM. aku lak uli guna mixer biasa guna jejari hook untuk doh***



SOS MANIS


Bahan-bahan:
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3-4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste

Kaedah:

1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.

2. Masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat-pekat manja.

3. Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.




Selamat Mencuba

Bubur Jagung - Sweet Corn From Cameron Highland



Last week my ol fren from Merlimau Melaka visit my place on her way back from Cameron..she bought me some sweet corn..jagung cameron ni memang best..manis gitu..aku suka rebus gitu ajer or just smoke it, glis with sum melted butter..pergghhhh sedap! Tapi my gals nak makan bubur...emmmm kenalah mamanya masak bubur instead of smoking the corn...bubur pun bubur la...



Jadi kat sini jika my fren tu membaca blog aku ni aku nak ucap terima kasih (walaupun dah ucap dah hari tu) sekali lagi kepada Kak Siti Najdah for dropping by...mintak maaf tak dapat nak masak untuk akak sebab tengah kerja..lain kali akak datang lagi ye...kita masak gempak-gempak ye kak...miss u kak ajid!


BUBUR JAGUNG
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
4 ketul jagung manis - racikkan isinya
1 mangkuk santan
2 helai daun pandan
2 keping gula melaka
Gula secukup rasa
1 camt garam


Cara-caranya:

1. Rebus jagung yang telah diracik dengan air secukupnya hingga empuk dan kering airnya.

3. Bila jagung dah empuk, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan masak hingga gula melaka hancur. Rasakan lemak manisnya. Jangan didihkan terlalu lama kerana dikhuatiri santan akan pecah minyak.


My gals just love this bubur!

Monday, May 30, 2011

Sweet Bun



First time buat roti..tak pakai BM pun..pakai mixer biasa tapi guna jejari hook..Alhamdulillah menjadi dan sedap sekali makan cicah gulai kawah semalam..

Layan gambar dulu ye...tuan dapur nak mandiiiiii...baru balik kerja..busyukkkk gitu...

Resumed at 6.20pm 31 May 2011
Mintak maaf banyak-banyak kepada visitors blog WAWMC for taking one day long to resume..semalam lepas buka posa, solat maghrib terus terlelap..fenat sangat..solat Isyak pun lewat tengah malam...hari ni lak kursus sepanjang hari tak sempat nak curi masa type recipe langsung!

Ok, tak yah rambling panjang-panjang meh kita tengok gambar dan resepinya..

Texture dalam bun..aku letak warna kuning telur bagi lawo skit




Lagi texture dalamnya




Ready nak masuk mulut




Resepinya aku lupa aku ambik dari blog sapa..coz masa salin tu main tulis atas kertas tanpa salin url nya...mintak ampun tuan punya resepi sebab tak letak backlink...bukan kacang lupakan kulit tapi betul-betul lupa sapa tuan punya resepinya..ya ampunnnnnnnn!



SWEET BUN

Source: Mieza@WAWMC

Bahan-bahan:
300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 camb susu segar
3 1/2 camb gula
1/2 camt garam
1 biji telur (tinggal sikit untuk glis)
2 camb butter
180 ml susu suam
2 camb yis
1 camt bread improver
1 camt bread softener
Sedikit pewarna kuning
Sedikit sesame untuk hiasan


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan putar dengan menggunakan mixer. Putar doh selama 10 minit dengan kelajuan maxima

2. Perap dan tutup mangkuk dengan tuala lembap hingga naik 2 1/2 kali ganda.

3. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbukkan ia untuk mengeluarkan angin. Biarkan rehat selama 10 minit lagi.

4.Keluarkan doh dan bentuk bulat-bulat dan rehat hingga naik 2 1/2 kali ganda.

5. Glis kan dengan telur. Taburkan dengan sesame atau almond flake.

6. Bakar selama 18-20 minit (bergantung pada jenis oven) pada suhu 180'C.

Sunday, May 29, 2011

Sago Gula Melaka



Lama sungguh tak masak kuih ni..adalah bertahun..rasanya dalam 2 tahun adalah..tetiba rasa rindu nak makan..masak kuih ni untuk berbuka posa ganti last wednesday...syedappppnya and very traditional gitu...hubby tak makan sangat sebab dia kata sagu sejuk..sian dia, banyak benda yang dia dah tak leh nak makan dengan beriya-iya..



Aku sejukkan sagu dalam bekas kecil-kecil..Friday morning tu ada lagi balance 8 biji..bawa la gi opis..tinggal atas meja kat ruang bakang opis...zup zap zup tengok tengok tupperware dah kosong hahaha..Alhamdulillah tiadalah pembaziran...kawan-kawan semua suka...i'm glad they liked it!



Memula makan kuih ni ada la mak cik kantin kat opis aku masak sebagai dessert masa kami tempah untuk majlis buka posa lama dulu..aku kan suka bertanya macam mana nak buat, jadi mak cik tu citer la step nak buatnya..emmmm senang sungguh!

Walaupun kuih moden sedap-sedap belaka tapi yang traditional tetap takkan dilupakan!


SAGO GULA MELAKA
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan sagu:

1 cawan biji sagu
1 camt pewarna hijau
1 camt perisa pandan
1 mangkuk air
Secubit garam

Bahan-bahan kuah santan:
1 mangkuk santan pekat
Secubit garam
2 camb tepung beras - bancuh dengan sedikit santan sehingga jadi pes

Bahan-bahan gula melaka:
3 keping gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan


Cara-caranya:

1. Untuk sagu: Basuh sagu dan rendamkan dalam air selama sejam. Toskan air. Masukkan pewarna hijau dan pes pandan. Masukkan ke dalam periuk dan isikan air sehingga air berada 1 inci di atas permukaan sagu. Jangan lupa masukkan garam juga.Masak hingga sagu masak dan tiada lagi bintik putih mata sagu. Boleh tambahkan air jika sagu terlalu keras. Sendukkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.

2. Untuk kuah santan: Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak di atas api sederhana hingga kuah pekat. Ketepikan

3. Untuk kuah gula melaka: Masukkan semua bahan ke dalam periuk/kuali. Masak hingga gula melaka hancur dan sedikit pekat. Ketepikan.

4. Cara menghidang: Keluarkan sagu yang telah sejuk dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk individual serving. Ambil 2 camb kuah santan dan tuangkan ke atas sagu. Ambilkan juga gula melaka dan tuang ke atas sagu. Enak dimakan sebagai dessert.


Selamat mencuba!

Sayur Campur



Kat umah ni semua orang tak gemar sayur..encik hasben tak leh makan sebarangan sayur nanti dia kembung, yang berkacang, yang pokok menjalar tu semua kena elakkan untuk dia...antara sayur hubby leh makan cuma sawi dan kailan..jadi sayur campur ni definitely aku and my mom je la yang makan..



Sayur yang senang dan pantas dala penyediaannya..aku tak letak sebarang udang atau ikan bilis etc..purely sayur saja..bukan la apa, aku tak letak udang sebab aku allergic dengan udang..walau pun goreng sayur kosong tapi rasanya tetap mualllllah!


SAYUR CAMPUR
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan: (aku tak letak la kuantiti ye..ikut suka la nak banyak mana bergantung pada jumlah ahli keluarga yang menunggu untuk ngappp heheheh)

Kacang pea - dibuang urat tepinya
Kacang buncis - dibuang urat tepi dan dipotong pendek
Carrot - dihiris ikut kreativiti
Jagung muda - dihiris serong
Capsicum merah - dihiris sepanjang 1 inci
Capsicum hijau - dihiris sepanjang 1 inci
Brocoli - dipotong kecil
Bunga kubis - dipotong kecil
Sedikit kunyit
Garam gula
Sedikit lada sulah
1/2 kiub pati ayam Knorr
Segenggam udang kecil
Bawang merah - dihiris
Bawang putih dihiris
1 tomato - belah 8
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan masukkan udang. Tumis hingga udang masak.

2. Masukkan semua sayuran kecuali capsicum dan dikacau. Masukkan garam gula, kunyit dan kiub pati ayam. Kacau sebati. Masak seketika hingga sayuran empuk. Jangan terlalu lama.

3. Kemudian masukkan capsicum, tomato dan lada sulah. Kacau rata.

4. Angkat dan makan dengan nasi panas.

Apam Polka Dot - a.k.a Apam Corak



Selamat Hari Minggu semua...dan selamat bercuti sekolah buat semua adik-adik yang bersekolah dan buat semua cikgu-cikgu sekolah...pensyarah macam aku ni tiada word cuti sekolah dalam dictionary nya..students cuti pun kami kerja huhuhuhuu



Haaaa mari mari tengok apam polka dot yang comel dan kiut miut ni...maklum la anak-anak masih kecil (ages between 3 months to 11 year-old) depa tu suka mendecorate..katanya "mama tak yah la buat dot dot semua, kita buat smiley, love, star, flower etc" mmmmmm mama kata " suka hati u all la" gambar apa pun tak per coz itu decoration je, tak menjejaskan rasanya yang enak itu..sonok la depa dapat piping bag sorang satu :))



Bila dah jadi macam-macam rupa kat atas apam tu encik suami kata tak leh la dipanggil apam polka dot lagi sebab dah lari tema hahahaha..hubby kata ni dah jadi apam corak..emmm betul juga katanya ek?



Memula tengok apam ni blogger kat blog yang buat, masa tu rasa macam alahai susahnya nak buat dot dot tu, rasa macam remehnya mak eh, tapi rasa tercabar sebab ada sorang ofis mate (ekau la nurul! hehehe) buat dan dibawa ke opis untuk aku rasa, katanya dia baru belajar masak, jadi dia bagi aku je rasa supaya aku leh komen..haishhh macam mana eden nak komen kalau eden sendiri belum pernah buat????



Jadi semalam cuba la buat apam ni, suka betul anak-anak bila gambar smiley tu menjadi dan gebu gitu apam nya..aku pakai paper cup kecil saiz dasar 2 cm, senang untuk anak-anak makan..one bite punya saiz..sonang gitu!



Ni la paper cup yang aku guna...



Ehhhh dah 8.45 am..resepinya kejap lagi ye...nak gi market jap..freezer dah kosong untuk masak lunch...

Jangan lupa come back for the recipe ye!


Resumed..at 1.20 pm
Haaaa meh kita tengok resepinya...before that i'd like to thank you for coming back :)
Resepinya i copy dari dapur hana, tapi methodnya aku ubahsuai sikit ye..aku beat telur bagi kembang dulu, hana lak pukul semua bahan serentak...


APAM POLKA DOT
Source: Hana @ Hana's Family
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan


3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - aku letak 200 gm je
150 gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry/strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna kesukaan masing-masing
1 camt esen vanilla


Cara-cara:

1. Pukul telur, ovellete dan gula hingga betul-betul kembang dan putih. Masukkan esen vanila.

2. Kemudian masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan basah (Kecuali filling) dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Aku guna mangkuk kertas ukuran dasar 2 cm.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 5 minit (untuk saiz mangkuk kertas yang aku gunakan, kalau guna mangkuk saiz besar, waktu mengukusnya juga perlu ditambah)dengan menggunakan api sederhana. Jangan gunakan api besar kerana apan akan merekah jadi apam mekar!

Saturday, May 28, 2011

Kari Kepala Ikan Merah - Perghhhhhh melelehhhhh



Setelah beberapa hari kepala ikan merah ni bermastautin dalam freezer aku, akhirnya last Wed menjadi juga kari kepala ikan..tapi sebab dah penghujung minggu dan last weekend aku tak ke pasar coz pergi bercuti di PD maka peti ais aku tu lengang la sikit...jadi kepala ikan merah ni tak berteman..tiada bendi atau terung sebagai peneman berenang dalam kuah kari tu..apa-apa pun kari ni tetap mabeles!!!

Selalunya kepala ikan merah ni aku suka buat sup..tapi encik hasben kata tamau makan sup ikan..kalau masak kari dia memang tak tolak..maklum la keturunan mamak hahahaha..kat mana bahagian kepala tu yang u all paling suka? aku suka tang mata dia! Lemak manis gitu hehehe, aneh ke aku ni suka makan mata? Suka makan mata tak ape, jangan suka main mata ahakkksss



KARI KEPALA IKAN MERAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

2 kepala ikan merah - selalunya1 kepala aku potong 4
3 camb penuh rempah kari ikan - aku guna rempah kari cap 'O'
1 camt halba campur
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih- dimayang
2 tangkai daun kari
Sedikit air asam jawa
1 biji tomato - belah 4
5 biji cili api/cili hidup
6-7 biji bendi
Semangkuk santan
minyak untuk menumis
garam gula to taste


Cara-cara:

1. Setiap kepala ikan dicuci bersih dan dipotong 4.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari hingga garing.

3. Masukkan rempah kari dan sedikit air, dan masak hingga rempah garing dan pecah minyak. Ini akan buat gulai kita ummmphhhh!

4. Bila dah garing masukkan air asam jawa.

5. Then masukkan santan dan ikan. Masak hingga ikan masak dan santan mendidih. Time ni kena jaga tau, takut nanti santan berketul.

6. Kemudian masukkan cili api. Cili ni tak payah tumbuk, just humban je sebiji sebiji je. This will make the curry smells and tastes even better, Tapi kalau suka pedas, boleh la diketuk sikit biar cili pecah sikit. Kalau guna cili hidup, satu cili tu belah je tengah dia.

7. Biarkan santan pecah minyak dan dimasukkan bendi dan tomato. Bendi ni cepat empuk, so jangan lelama sangat. Bendi boleh diganti dengan timun atau terung.

8. Rasakan garam gula. Kari kepala ikan ni makan dengan roti pun sedap tau!

Fillet Ayam Goreng Nestum - cicah sos cili!



Mari-mari makan fillet ayam goreng nestum cicah dengan cili sos...sesuai dijadikan snack untuk minum petang ataupun untuk breakfast di pagi hari menggantikan nugget..selalu anak-anak makan nugget kita tatau macam mana depa proses nugget tu...sekarang kita prepare sendiri, kompom peyediaan yang sihat...anak-anak suka sebab rasa nestum yang rangup dan isi ayam yang lembut..



Penyediaan ayam goreng nestum ni senang sangat, make sure goreng dengan api yang sederhana supaya nestum tak hangus, or over garing, pastu gunakan isi ayam bahagian dada tanpa tulang yang dihiris nipis..dikhuatiri kalau guna yang bertulang atau yang tebal isi ayam tak sempat masak tapi nestum dah hangit..makan masa panas-panas dan dicicah dengan sos kegemaran..kalau nak makan dengan nasi putih pun sedap!


FILLET AYAM GORENG NESTUM

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

2 dada ayam - bersih dan slice kecil-kecil nipis-nipis
1 inci halia - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1 camt lada sulah - serbuk
Sedikit garam
3 camb tepung ubi
3 camb tepung jagung
2 biji telur - pukul sedikit dengan garfu
1 mangkuk nestum - aku guna nestum madu
minyak penuh untuk menggoreng
Sos cili atau apa-apa jenis sos pilihan


Cara-caranya:


1. Ayam dibersihkan dan diperap dengan halia, bawang putih, lada sulah dan sedikit garam. Perap selama 30 minit.

2. Sediakan 3 mangkuk. Mangkuk pertama diletakkan tepung ubi dan tepung jagung. Mangkuk kedua ialah telur. Dan mangkuk ketiga ialah nestum.

3. Ambil ayam yang telah diperap. Golekkan di dalam mangkuk tepung. Kemudian dicelup ke dalam mangkuk telur. Selepas itu digolekkan di dalam mangkuk nestum sehingga bersalut dan terus digoreng di dalam minyak panas yang penuh.

4. Goreng sehingga nestum keperangan. Angkat dan toskan minyak. Makan dengan sos pilihan.


****lepas ni tak payah la beli nugget kat kedai, kita buat fillet nestum sendiri!

Friday, May 27, 2011

Black Pepper Stir Fried Beef



Tanjong Malim oh Tanjong Malim, awat susah benor nak dapek kan bekalan daging tempatan yang fresh..susah benor eden nak makan daging goreng...ini pun dapat my BIL yang dok kat Putrajaya nun belikan...last weekend otw balik from PD aku singgah ambik...kempunan daging la aku dok TM ni huhuu



Bila dapat je daging ni from my BIL, terus plan nak masak black pepper..perghhhh sedapnya! Berselera sungguh makan masa buka posa hari Isnin lepas..terus hangus diet ku!



Alhamdulillah, semua ahli rumah dan tangga ni suka dengan resepi ni, though they didn't eat the vegie tapi tang beef tu zup zap zup..licin...tinggal la aku tukang perabis sayur...


BLACK PEPPER STIR FRIED BEEF

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

300 gm daging batang pinang - hiris nipis dan cuci
1 inci halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 1/2 lada hitam - tumbuk
1 biji bawang besar - belah 8
2 camb minyak masak untuk menggoreng
2 camb sos lada hitam
1 camb sos tiram
1 biji capsicum - hiris panjang
Segenggam kacang pea - buang urat belakang
Sedikit carrot - potong sepajang 1 inci
1 biji tomato - belah 8


Cara-caranya:

1. Daging yang telah dihiris dan dicuci diperap dengan sedikit garam dan kesemua bahan tumbuk selama 30 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap dengan sedikit air hingga empuk. Kalau tak empuk boleh tambah air lagi.

3. Bila daging dah empuk, biarkan air kering. Kemudian tambahkan sos tiram dan sos lada hitam. Kacau rata.

4. Masukkan sayuran dan bawang besar, kacau sebati hingga sayuran empuk tetapi jangan sampai benyek. Rasakan garam gula. Akhir sekali baru masukkan capsicum dan tomato. Kacau rata.

5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Thursday, May 26, 2011

Puding Mangga

Fuhhhh fenatnya hari ni baru balik from Ipoh present paper kat colloquium..alhamdulillah rezeki, dapat best paper..berbaloi all the hard work..jadi hari ni dah decide tanak masak, nak rehat and makan McD je la for dinner tonite..fenat otak a few days ni siapkan paper and slides for the presentation..tapi nak juga update blog dengan resepi puding mangga ni..masak a few days ago for iftar posa ganti..



Last weekend masa pergi PD and met my MIL dia bagi sebiji mangga, besar la juga..selalu anak-anak suka makan mangga begitu aja, tapi mangga ni tak manis sangat dan kurang syedap jadi aku buat le puding, at least ada rasa susunya, dan sejukkkkk dimakan pada hari panas..



Sebenarnya puding mangga ni bergantung kepada kesedapan lemak manis mangga, jika mangga yang digunakan itu manis dan lemak maka sedap la puding mangga kita, kalau mangganya tak besh, maka kureng la sedap puding..jadi bila beli mangga make sure get the very best one!



Eden ni kalo makan puding mesti ada susu cair..tak sah kalo puding tak dak kuah susu..kalo u all tak suka susu tu, tak yah la letak ye!


PUDING MANGGA
Recipe & source: CMG @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku" - aku pakai agar-agar serbuk 11 gm
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning - aku tak letak sebab tak de :)
Hirisan mangga untuk hiasan - aku tak letak sebab mangga cuma ada sebiji untuk puree je
Daun pudina untuk hiasan - ni pun tak letak
Susu cair sejuk untuk kuah - aku tambah



CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.

2. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.

3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...tuangkan susu cair sebagai kuah jika suka.


Selamat mencuba!

Wednesday, May 25, 2011

Ayam Masak Minang



Akhirnya dapat juga nak post resepi ni..dah lama benor dok simpan gambornya..masak lauk ni last week lagi untuk berbuka..makan dengan nasi ketumbar..tapi bz yang amat sampai tak sempat nak update blog hari ni..ni pun curi masa upload kat opis sebab gambor dah ada kat dalam thumbdrive..

Ini bz bukan apa, esok nak kena present paper kat Colloquium anjuran Politeknik Ungku Omar..habis tu hari ni pulun la buat PPT slides..belum siap lagi tapi nak gak update blog jap..mata dah silau tengok slides..



Resepi ni dapat hasil skodeng dapur blogger masakan yang terkenal CMG tu..hari tu tak sempat nak dengar suara CMG kat radio ERA..apa-apa pun nak ucap tahniah kat CMg sebab dapat masuk radio..congrats!!!

Mari bercerita sikit tentang resepi ni..rasanya sedap sangat sebab ada rasa lengkuas, halia, kunyit dan serai..memang my taste la resepi minang ni..aku makan dengan nasi ketumbar..memang tak rugi la mencubanya..tak sama macam masak padang tapi lebih kurang..


AYAM MASAK MINANG
Source: CMG @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 12
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan
1 kiub ayam
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.

2. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau sebati.

3. Masak hingga kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman...aku siap makan dengan nasi tumis...improvised gitu

Tuesday, May 24, 2011

Marble Cheese Brownie



Setelah kesekian kali ingredients untuk buat brownie ni kuar masuk peti ais akhirnya last Sunday jadi juga brownie yang menjadi idaman hatiku ini..bake this brownie sempena masjlis potluck kat opis yesterday..sebenarnya tak larat nak baking sunday tu sebab baru balik dari PD tapi nak hadir ke majlis potluck dengan tangan kosong (nama pun potluck, where everyone brings their food)rasa segan juga..maka digagahkan diri yang kepenatan tu buat brownie ni...lagipun senang je buat dia, kacau pakai whisk tangan je..except tang cheese tu kena la putar pakai mixer juga..



Masa majlis potluck semalam ramai juga kekawan yang bertanya apa beza brownie dan cake..emmm eden ni bukan kelulusan culinary tapi (risau gak nak jawab soalan tu takut orang culinary baca depa gelak kat jawapan aku)..tapi setahu aku perbezaannya adalah dari segi kuantiti ingredients..cake menggunakan lebih banyak tepung berbanding brownie, and sum brownies tak pakai baking powder compared to cake yang memang kena pakai baking powder..alkisah asal orang yang memula bake brownie ni dia terlupa nak letak baking powder...texture nya juga berbeza, kek lebih spongy berbanding brownie..itu yang aku tahu..yang aku tak tahu memang banyakkkkkk huhuhuhu



Masa potluck semalam ramai yang suka dengan brownie ni..majlis start at 830 am, 900 am brownie ni dah sold out! I'm glad they like it!



Hajat di hati memang nak buat 2 adunan, yelah 1 adunan mana cukup nak cater 40 orang staf kat opis tu, tapi apa kan daya cream cheese cuma ada 1 bar je..bukan kedekut kawan-kawan oiiiiii...len kali kita buat lagi ye!



Jadi ramai la pulak yang mintak resepi, masing-masing nak balik mencubanya..wahhh seronoknya dengar kawan-kawan berkobar-kobar nak bake this brownie..janji dengan kawan-kawan nak post recipe pagi tadi tapi tak dan la hari ni bz skit..kebetulan ada kawan dari Melaka datang...occupied la sikit..ngehhhh



Resepi ni aku ambik dari dapur Kak Nor, yang juga songlap dari umah Rinnchan..tak kisah la dari mana recipe asalnya yang penting rasanya memang mebelessssssss gilerrrrrr ho ho ho


MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: Rinnchan@Fotopages
Sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.

2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.

4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175'C. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.

6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.

7. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.



Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu.

2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

***Aku potong dan letak dalam paper cup for individual serving :)

Selamat Mencuba!

Monday, May 23, 2011

Blended Orange Cake



Mak aihhhh lama betul tak bake orange cake..dah setahun rasanya..kalau bake a cake selalunya kek cekelat sebab ahli rumahtangga aku ni semuanya gemar cekelat..jadi kalau buat kek yang lain dari kek cekelat slow la skit tahap kunyahan mulut depa tuh..dah selalu sangat dengan kek cekelat jadi hari Jumaat lepas aku bake kek oren blended ni..resepinya yang sangat senang, dan rasa yang mabeles!!



Memula tengok resepi ni Hana yang post, pastu CMG pun post gak, pastu Izah lak post tapi versi blended lemon..aku pun terliur je tengok tayangan depa..tak tahan weiiiiiii



Buat kek ni sebab nak ke PD weekend lepas..kesian juga takut bebudak ni tak der food nak makan malam-malam kat hotel..kalau ada kek leh la gak ngunyah sambil tengok TV..kebetulan nak singgah umah abang kat setiawangsa sama..jadi boleh la dijadikan buah tangan untuk ke rumah abang..



Bawa ke PD satu tupperware ni sekejap je licin..tak muak sebab tak der letak ganache apa-apa just plain orange cake..hari ni ada kawan kat opis mintak resepi ni..jadi aku post la di sini..untuk my office mate Pn Razimah diucapkan Selamat Mencuba!


BLENDED ORANGE CAKE
Source: Kak Fida @ MyR
Source ; Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( loyang 9 inci )

1 bji buah limau - aku guna oren sunkist
1 cawan minyak - aku guna sunflower oil
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Parutan kulit oren dari sebiji buah oren tadi - aku tambah
1 camt perisa oren - aku tambah
1/2 camt pewarna oren - aku tambah


Cara-caranya:


1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah (aku buang juga kulitnya yang putih sebab takut pahit).

2. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan ke dalam blender bersama, minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.

3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.

4. Masukkan parutan kulit limau, perisa oren dan pewarna oren. Kaup terbalik sebati.

5. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Nasi Ketumbar



Mari-mari semua kita makan nasi..heheh perut orang melayu, dah makan bun ke, roti ke, piza ke, burger ke tapi nasi tetap menjadi pujaan hati ku..sehari dua makan roti or piza or dough base food boleh la..tapi kalau kerap sangat mana nak kenyang..perut tradisional sungguh perut aku nih!



Let us talk about nasi ketumbar..ternampak resepi ni masa jalan-jalan cari idea kat MyR..pastu teringin nak mencuba sebab tak pernah makan..tapi aku alter sikit resepinya..resepi asal tak letak rempah tumis...aku rasa tak besh lak tak letak jadi aku pun letak laaa..memang dasar aku ni suka dengan kulit kayu manis kot heehehe



NASI KETUMBAR
Source :Q'ien @ MyR

Bahan-bahan:

3 pot beras basmathi - aku guna pot rice cooker
3 s/b mentega - aku guna minyak sapi
1 biji bawang merah - dimayang halus (aku letak 4 biji)
1 inci halia - mayang (aku tambah)
3 biji bawang putih - mayang (aku tambah)
3 batang daun ketumbar -diblender halus dan tapis
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Bahan tumis (aku tambah)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camt lada hitam
5 biji buah pelaga

Bahan hiasan (aku tambah)
Bawang goreng
Hirisan daun ketumbar
Badan panggang

Cara-caranya:

1. Basuh beras dan toskan.

2. Cairkan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah tumis hingga wangi.

3. Masukkan bawang merah, bawnag putih dan halia dan goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.

4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam

5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.


Sedap dimakan dengan gulai ayam..aku makan dengan ayam masak minang dan sotong masak hitam manis.

Sotong Hitam Manis



Asek-asek entry lauk ayammmm je jadi sesekali kita tukor jadi lauk sotong..cooked this last week on Thursday for iftar..sampai sahur pagi Jummat pun ada lagi balance sikit, jadi aku buat makan sahur..terasa la kelainan dari masak kicap biasa coz yang ini letak kerisik..



Menu iftar Thursday lepas ialah sotong hitam manis, ayam masak minang (ayam lagi, nasi ketumbar and special thanx to Mr Hasben coz sudi gorengkan sayur kailan..walaupun simple tapi berselera time berbuka..


SOTONG HITAM MANIS

Recipe: Mieza@WAWMC

6-7 ekor sotong - cuci dan dipotong ring dan ditoskan airnya
1 camb sos tiram
1 camb kicap pekat
1/2 camb kicap manis
1 camb sos lada hitam
1 camb cili kering kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 camb kerisik
1 camt lada sulah
1 tangkai daun bawang - potong sepanjang 1/2 inci
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili merah - hiris panjang-panjang dan nipis


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan semua sos, kerisik dan juga lada sulah. Seterusnya tambah kan sotong dan gaul rata. Biarkan sotong kering airnya dan pekat kuahnya. Rasakan garam gula.

3. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau sebati. Angkat dan hidang. Hiaskan dengan cili merah



**Selamat Mencuba***

Sunday, May 22, 2011

Instant Doughnut



Ni kes kemalasan tahap gaban..tapi teringin nak makan, mak pulak asek sebut nak makan donut..aku kalau orang tua-tua mention nak makan sumthing ni aku mesti cuba buat cepat-cepat..seboleh mungkin cuba la untuk fulfill, lebih-lebih lagi mum's request kan..depa dah tua dan entah bila depa akan meninggalkan kita..khuatir takut tak sempat kita fulfill hajat depa yang tak seberapa..bila mak asek mintak buatkan donut dan last 2 weeks aku ada singgah kat kedai bahan kek kat Rawang ternampak donut mix, jadi aku pun menggodekla resepi donut ni..alahhhhh tak payah pun ikut je instruction yang tertulis kat paket dia tu...insyaAllah semua selamat..setaip instant donut mix lain caranya jadi aku tamau la tulis resepinya kat sini ye



Donut mix yang aku guna ni sebanyak 500 gm..banyak juga donut yang dapat sebab guna acuan saiz yang kecil..aku kurang gemar saiz yang besar, yang cantik besar ni rumah dan kereta je, yang lain-lain elok yang kecik..hehehe



Aku goreng donut ni untuk minum petang..seronok tengok my mum makan sekali hadap sampai 8 biji (saiz kecil tau)..lepas tu hantar kat umah jiran sebelah 8 biji..ada balen lagi beberapa bij esok paginya Adnin bawa bekal gi school..makan dengan kawan-kawan katanya..the rest mak la yang habiskan since dia yang dok sesorang kat umah while I was at the office..

Untuk sesapa yang malas or tak cukup masa or tamau menyusahkan diri, boleh la buat donut guna donut mix..the one yang aku cuba ni sedap sangat, lembut sampai ke esok paginya..dan aku suka dust donut tu gula icing insted of castor sugar..sedap!

Friday, May 20, 2011

Puding Karamel Lapis Buih - a.k.a Puding Karamel Lapis Special



Mempersembahkan Puding Karamel Lapis Special yang dibuat sempena iftar posa ganti hari yang ke 3 dan sambutan yang begitu menggalakkan dari anak-anakku yang memang suka makan puding tu especially kakak Adnin...siap cakap "hmmmm syedapnya puding ni mama" heheheh mamannya pun kembang la idung..tp suami macam biasa puding yang bertelur dia kurang gemar sebab bau telur katanya walaupun aku dah letak sesudu besar vanilla essence..

Meh kita tengok keratan rentasnya...

Pandangan atas...




Pandangan tepi...




Pandangan sisi...




Pertama kali diperkenalkan oleh kak nor ganu aku terus terpikat dan bernekad nak buat juga..akhirnya semalam tertunailah hasrat..padahal ingredients dah lama beli..asek kuar masuk fridge je hahahaha

Meh kita tengok resepinya...


PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL

resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : mieza@WAWMC



Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco

Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar-agar (12gm)
2 biji telur
500ml air
5 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya


Utk membuat gula hangus:
1. Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.

2. Kacau perlahan-lahan dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.

3. Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.

Utk membuat puding karamel:
1. Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.

2. Satukan susu, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk. Kacau perlahan2 hingga sebati (jangan kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan. Bahagi dua adunan. Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco. Kacau sebati dan tapis.

3. Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole. Kukus lebih kurang 10 minit.

4. Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan-lahan.

5. Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.

6. Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.

7. Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul-betul sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.


Utk membuat puding buih:

1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar-agar menjadi suam.

2. Bila adunan agar-agar dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu.

3. Tuangkan adunan agar-agar kedalam adunan telur dan kacau/pukul dengan mixer hingga sebati.

4.Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk-cucuk/gores-gores sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)

3. Tuangkan adunan puding buih ke atasnya. Sejukkan kembali dalam peti ais. Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..


SELAMAT MENCUBA

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...