Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label MUFFIN. Show all posts
Showing posts with label MUFFIN. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Moist Banana Muffin

Assalamualaikum..
Menu pisang lagi kita hari ni...apa nak buat mieza sayangkan pisang yang banyak mieza dok simpan dalam fridge tu...hari tu ke pasar mieza beli pisang sesikat...skg dah masak ranum jadi mieza kupas kulitnya dan simpan dalam tupperware dalam fridge..bila disimpan begini ia akan tahan lama..bebila perlu boleh lah guna macam nak buat cekodok ke...kalau dah malas sangat..cekodok la pilihan mieza, cepat dan senang..anak-anak pun suka..


Hari ni tak mau cakap banyak sebab hari Rabu..apa kena mengena dengan hari rabu dan cakap banyak tatau la..tapi ramai orang dok guna wordless wednesday...jom layan gambor ye..


Mieza buat ni semalam...kebetulan semalam mieza malas gi kerja...ambik MC dan dok umah...bila dah burnout macam tu..bangun tido semalam terus cakap kat suami...saya malas nak gi kerja hari ni leh? heheheh suami kata "ikut u la..nak EL ke MC?" lantas mieza jawab "MC!" heheh


Bila tak kerja di pejabat, kena juga kerja kat umah...teus mieza masuk dapur dan bake this muffin..sekurang-kurang bila anak kecil mieza bangun tido ada benda nak dingapnya...lepas makan muffin, tetap juga depa heret mieza ke KFC..nak bekpes kat KFC katanya...huhhhh!!!!


Pukul 1230 noon tu lak ada lak student mieza datang umah sebab nak pick up things dari mieza..terus mieza kasi depa skit...suka lah depa dapat muffin free...ye la kan macam kita masa dok univ dulu..kalau lecturer kasi food..perghhhhh happy giler!


Jom tengok resepi...masih lagi menyelongkar dari Kak Siti Delima

MOIST BANANA MUFFIN
Source: Siti Delima & Mieza @ WAWMC

Bahan basah :
1 biji telur gred A - suhu bilik
75 gram gula kastor
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila / pisang
90 ml minyak jagung / minyak masak
3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus

Bahan kering :
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit - mieza guna slice almonds

30 gram coklat masakan - dadu besar (mieza ganti dengan chocolate chips)


Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan.
2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata.
3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja.
4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.


Tuesday, September 25, 2012

Lemon Yogurt Muffin

Assalamualaikummmm...
Kita kat hotel ni...Hotel Pearl International kat Jalan Klang Lama...hmmmm hotel ni in term of room ok laaaa..room dia besar..boleh main kejor-kejor luas..hotel pun besau..tapi food alahaiiiiii ala-ala kantin Politeknik tempat mieza kerja je hahaha..tapi tak per lah kan kita positive thinking...food tak berapa nak mewah sebab nak suruh mieza diet ahakkkssss..yang ok sikit ialah hotel ni dalam mall...jadi petang bila ada free time tu leh la jalan-jalan kat mall..lagi pun hari ni kan gaji hehehehe...tapi mall kecik je la..Pearl Point Mall..tak der la pulak TGV ker GSC ker..kalau tak leh la layan movieeeee




Semalam sebelum datang ke hotel ni dengan diantor oleh drebar...sempat la juga mieza bake kan mapin ni untuk ditinggalkan kat anak dara mieza yang sorang tu (yang lagi 2 dah selamat diantor ke umah auntie dia di Putrajaya)..boleh la Adnin makan bila rindukan mama...rindu ke? tak der nya Adnin nak rindu mama...dia dok leka dengar K-Pop langsung tak hengat mama...dia lagi suka mama tak der umah sebab astro itu 100% dia yang punya..mama je yang rindu kan dia huwaaaaa...


Asalnya mieza nak buat mapin pisang..tapi pisang kat umah tu dah sebam sangat...belek-belek resepi kat tenet..mieza came across this recipe..membaca komen dari a few frens yang dah mencuba resepi ni buat mieza tertarik untuk mencuba..mieza jumap resepi ni kat dapur kak Diana SKB...


Muffinnya lembut...dan gebu..sedap...tak manis sangat..sedang elok je manisnya...tapi kalau sesiapa yang suka manis kena tambah kan gula jadi 100 gram...mieza tambah sedikit perisa di dalamnya..iaitu perisa lemon sebab mieza memang suka lemon...kemudian mieza taburkan chocolate rice sebab tak nak kasi dia plain je...alhamdulillah sedap...oleh acuan yang mieza guna tu agak besar, satu adunan muffin ni cuma dapat menghasilkan 8 biji muffin..kalau guna acuan yang kecik skit insyaAllah dapat 10 hingga 12 biji...memang tak nyesal try mapin ni...dah masuk dalam favorite list..


LEMON YOGURT MUFFIN
:: Resipi Oleh ~ pReCiouS MoMentS
:: Sumber  ~ Diana @ SKB , Mieza @WAWMC


Menghasilkan 10 biji muffin



Bahan-bahan
120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence
1 tbs lemon paste - mieza tambah
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon - mieza tambah


Filling pilihan mengikut selera masing-masing
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry - mieza tak letak, mieza cuma taburkan dengan chocolate rice

Caranya
  1. Panaskan oven ke 180°C.
  2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing-masing. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20 - 25 minit bergantung pada oven masing-masing (mieza bakar selama 13 minit untuk oven mieza menggunakan fan assisted mode).



Kepada sesiapa yang belum mencuba mieza sangat rekemen resepi mapin nih! Jom cuba!

Monday, October 3, 2011

Chocolate Chip Muffin



Salam sayang semua..selamat pagi senin..orang kata hari senin ni monday blues..sebab dah 2 hari kita bercuti..mieza lak sambung EL hari ni sebab anak jantan bongsu mieza yang beusia 7 bulan tu demam kuat..rasa tak sampai hati nak hantar ke umah babysitter...sebab dia asek merengek je...nak orang peluk je selalu...kesian sangat tengok dia...tu baru lepas makan ubat dah tido dalam buai..jadi mieza tak d opp untuk update blog...

Muffin ni mieza bake last week ofis mieza tempah sebanyak 40 biji untuk satu jamuan makan tengahari..memula tu nak wat muffin cekelat tapi belek-belek dalam pantry rupa-rupanya koko van houten dah abis..mieza tamau guna koko lain yang beli timbang kat kedai sebab takut kualiti turun..jadi mieza buat la cekelat cip muffin..




CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Source: Joy of Baking
Source: Mieza @ WAWMC


1/2 cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled
2 large eggs
1 cup (240 ml) milk or cream
1 1/2 teaspoons pure vanilla extract
2 cups (260 grams) all-purpose flour
2/3 cups (135 grams) granulated white sugar
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup (170 grams) milk chocolate or semisweet chocolate chips

Topping:

1 tablespoon (15 grams) granulated white sugar
1/2 teaspoon ground cinnamon

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Position rack in center of oven. Butter, or line with paper liners, 12 - 2 3/4 x 1 1/2 inch muffin cups.

2. In a large measuring cup or bowl whisk together the eggs, milk, and vanilla extract.

3. In another large bowl whisk together the flour, sugar, baking powder, and salt.

4. Stir in the chocolate chips. With a rubber spatula fold the wet ingredients, along with the melted butter, into the dry ingredients and stir only until the ingredients are combined. Do not over mix the batter or tough muffins will result.

5. Evenly fill the muffin cups with the batter, using two spoons or an ice cream scoop.

6. In a small bowl combine the topping ingredients and then sprinkle a little topping on each muffin.

7. Place in the oven and bake until a toothpick inserted in the center of a muffin comes out clean, about 18 - 20 minutes. Transfer to a wire rack and let cool for about 5 minutes before removing from pan.

Makes 12 regular sized muffins.

Friday, September 30, 2011

I'm backkkkkkkk....dan saya budak baru belajar..

Assalamualaikummmmmm....salam sayangggg semua...mieza dah kembali...Alhamdulillah akhirnya kerja-kerja penulisan research mieza siap juga..sekarang ni mieza tengah nak touch-up saja...jadi boleh la di kesempatan ini mieza nak update blog..dah rindu bebenor rasanya...lama sungguh mieza tinggalkan blog ni tak berjenguk...

Entry hari ni bukan pasal resepi..tapi mieza nak cerita tentang beberapa tempahan kek dan muffin yang mieza dapat..Alhamdulillah..sebenarnya mieza baru belajar deco cake..tangan pun masih keras lagi..jadi mieza bagi free frosting..mieza cuma caj harga kek saja...tempahan pun dari rakan-rakan pejabat je..insyaAllah kalau ada kelapangan mieza nak masuk kelas deco kek...terima kasih buat kawan-kawan yang menempah...

Selasa..Kek Coklat Pisang, 1.5 kg @ RM59..tempahan Azie..



Rabu..40 biji Muffin Coklat Chip..Sebiji Kek Butter Cream Cheese @RM48 tempahan dari Jabatan Perdagangan Politeknik(lupa nak snap pic) dan Tiramisu 1.1 kg @ RM55 tempahan dari Ain (pic lupa snap huhuhuu)



Khamis..Kek Marble Trio..1.9 kg @ RM57 tempahan Sofea..mieza belum pandai deco jangan kutuk ye!



Oleh sebab ada buttercream lebih, maka mieza bake kan sebiji Moist Butter Cake 1.5 kg yang mieza jual pada RM48..tapi yang ni mieza tak jual, untuk makan-makan anak-anak :)



Dalam busy busy tak sempat nak update masakan pun sempat juga terima tempahan..hihiih kalau dah minat tu kan...insyaAllah next week ada kawan nak tempah RVC..dan next week juga mieza nak hantar sampel untuk food testing bagi tempahan refreshment VIP sempena konvo politeknik tahun ni..moga-moga mieza berjaya..doakan ye!

Thursday, July 21, 2011

Apple Cinnamon Yogurt Muffins



Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya semua..chewahhhhhhh macam la visitor blog WAWMC ni orang peghok je..bukan aper teman ni baru hari ni teman tau yang di peghok ni ada salamnya sendiri..cehhh ketinggalan sungguh..nama je menetap di peghok dah 9 tahun tapi salam negeri peghok pun baru diketahui..ampunnnn tuanku!



Dah beberapa hari mieza tak aktif mencuba resepi baru sebab mieza dok menumpukan perhatian pada tempahan muffin dan nasi lemak yang mieza terima..sebenarnya bukan la niat nak berniaga sangat, sebenarnya macam ni..mieza bangun bersahur pukul 4.50 pagi..bila dah selesai bersahur mieza tak tidor dah..jadi kekadang tu mieza lepak depan laptop sampai subuh..then only baru bergegas nak bersiap pergi kerja...jadi mieza fikir dari mieza dok saja-saja lepas sahur baik mieza bungkus nasi lemak dan jual kat pejabat..memula tu buat 10 bungkus je..balance anak-anak dan suami bekpes..pastu depa mintak lagi..jadi esoknya buat pula 20 bungkus..Adnin bawa gi test market kat kelas dia 5 bungkus..tetiba ramai pula kawan-kawan Adnin yang tempah nasi lemak..jadi naik kepada 30 bungkus..keesokan hari nya..cikgunya pula beli dan sekarang cikgu-cikgu sekolah Adnin pula yang dok menempah...Alhamdulillah depa suka nasi lemak mieza...fenat la sikit tapi seronokkkkk heheheh IKS gitu...



Hari ni mieza nak tayang muffin baru yang mieza baru tested hari ni..alhamdulillah, sedap muffin ni...hubby suka! Siap habis 3 biji masa muffin tu mula-mula masak panas-panas..buat muffin ni pun kebetulan apple filling masih banyak kat dalam fridge dan yogurt ada lg 2-3 cup...mieza ni kan kalau dengan cinnamon memang ngammmm je...tatau la naper heheheh




APPLE CINNAMON YOGURT MUFFIN
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan A:

220 g tepung gandum - ayak
1 sk baking powder - ayak
1 sk soda bicarbonate - ayak
1/4 camt garam - ayak
1/2 cawan gula castor

Bahan B:
1/2 cawan butter yang dicairkan
1/2 cawan yogurt perisa apple
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul manja
1 sk vanilla essence
1 cawan apple filling


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A dan digaul rata.

2. Di dalam mangkuk yang berlainan satukan Bahan B dan dipukul sebati. Tak payah pukul sampai kembang.

3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kaup terbalik dengan menggunakan senduk kayu hingga bersatu sahaja.

4. Bakar dalam oven, 180'C selama 15-20 minit.


..jemput ambik sorang satu..

Monday, July 18, 2011

Chocolate Cinnamon Muffins



Assalamualaikummmmm..buat apa tu? Eh tanya lak, mesti la tengah surf blog ni kan..takkan tengah tido pulak kan? hheheeh apa la tanya soalan tak pandai ni... dah dinner ke? Hari ni mieza posa..tapi tadi mieza tak masak pun, beli je kat kedai sebab malam ni mieza nak masak lauk sikit, esok pagi students mieza ada hari keusahawanan..depa nak berniaga, jadi depa tempah makanan dengan mieza untuk depa jual untuk breakfast..jadi mieza masak nai minyak dan ayam kashmir..buat bungkus kecil je untuk breakfast..tolong students belajar nak berniaga, di samping mieza pun leh berniaga juga..



Hari ni mieza seronok sangat sebenarnya, sebab tadi kat ofis mieza berjaya menjual 80 biji muffin dengan bantuan students mieza..untuksetiap muffin yang dijual mieza upah depa 20 sen..suka sangat..antara muffin yang mieza jual ialah muffin Chocolate Cinnamon ni laaaa...mieza ni kan kalau dengan cinnamon ni memang ngam sungguh...bekenan sungguh..sedap dan wangi je bau dia pada hidung mieza ni..sebab itu lah mieza modified recipe joy of baking ni jadi chocolate cinnamon..ampun ye JOB..kita ubah suai ikut tekak kita ye..bagi sesiapa yang tak suka cinnamon tu tak yah la letak..pun dah sedap!



JOB..mintak izin nak post recipenya kat sini...


CHOCOLATE CINNAMON MUFFIN

Original recipe: Chocolate muffin @ Joy of Baking
Modified recipe: Mieza @ WAWMC



Ingredients:
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled
2 large eggs
1 cup (240 ml) buttermilk
2 teaspoons pure vanilla extract
1 3/4 cups (230 grams) all-purpose flour
2/3 cup (60 grams) unsweetened cocoa powder
1 1/4 cups (265 grams) light brown sugar - mieza guna 1 cup je
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 cup (170 grams) milk or semisweet chocolate chips

Add by mieza:
1 tsp cinnamon powder
1 tbs instant coffee


Chocolate Fudge Frosting: (optional)
- mieza didn't make this
4 ounces (120 grams) unsweetened chocolate, coarsely chopped
2/3 cup (150 grams) unsalted butter, room temperature
1 1/3 cups (160 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted
1 1/2 teaspoons pure vanilla extract


Method

1. Chocolate Muffins: Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Position rack in center of oven. Butter, or line with paper liners, 12 - 2 3/4 x 1 1/2 inch muffin cups.

2. In a large measuring cup or bowl whisk together the melted butter, eggs, buttermilk, and vanilla extract.

3. In another large bowl whisk together the flour, cocoa powder, sugar, baking powder, baking soda, cinnamon and instant coffee and salt. Stir in the chocolate chips. With a rubber spatula fold the wet ingredients into the dry ingredients and stir only until the ingredients are combined. Do not over mix the batter or tough muffins will result.

4. Evenly fill the muffin cups with the batter (the muffin cups will be full), using two spoons or an ice cream scoop. Place in the oven and bake until a toothpick inserted in the center of a muffin comes out clean, about 20 minutes. Transfer to a wire rack and let cool for about 5 minutes before removing from pan.

5. Chocolate Frosting: Melt the chocolate in a heatproof bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and let cool to room temperature.

6. In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until smooth and creamy (about 1 minute). Add the sugar and beat until it is light and fluffy (about 2 minutes). Beat in the vanilla extract. Add the chocolate and beat on low speed until incorporated. Increase the speed to medium-high and beat until frosting is smooth and glossy (about 2 -3 minutes). Spread a little frosting on each muffin with a knife or offset spatula.

Makes 12 - 14 regular sized muffins.

Friday, July 15, 2011

Mocha Cinnamon Choco Chips Banana Muffin - Fuhhhhh panjangnya nama!



Kawan-kawan yang mieza sayangi..hari ni mieza nak tunjuk muffin yang sangat sedap ini..tatau la mieza nak bagitau macam mana tapi rasanya sangat sedap...resepi ni mieza olah dari resepi Choco Chips Banana Muffin yang mieza dapat dari All recipes...hari tu mieza nampak izah buat, the original recipe..then last week nampak Kak Inahar lak buat..mieza jadi teruja gitu..



Kebetulan pisang awak yang suami tanam kat yard belakang umah kami dah berbuah dan masak..banyak sikat juga dapat..lepas dah agih-agih kat jiran tetangga pun masih lagi ada balance..jadi mieza godek-godek la resepi..suami tak suka sangat muffin pisang, jadi untuk menarik minat dia mieza letak la coffee dan cinnamon...dan hasilnya MasyaAllah sedap sangat! Masa baking tu kan bau cinnamon tu semerbak sebuah rumah..anak-anak yang tengah buat homework kat tingkat atas pun turun dan bertanya sebab bau yang sangat harum...bila masak tu cuak juga mieza takut rasanya tak seperti baunya..bila dimakan..sedap sangat you..u all kena try tau..insyaAllah tak nyesal...hubby pun suka siap bagi gred 10/10! Syukurrrrrr semua ahli rumah suka resepi mieza..



Oleh sebab sangat sedap maka mieza bake another batch lepas solat maghrib...pagi ni Adnin bawa ke school sedikit katanya nak jual kat kawan-kawan...selebihnya mieza bawa jual kat opis..mieza jual pada harga RM0.80 sebiji...belum pukul 8 pagi dah abis jual..yaAllah first time mieza berniaga..suka sangat sebab semua habis...insyaAllah lepas ni nak berniaga lagi..seronok sangat hehehehe jadi usahawan gitu ahakkksss



Ini la rupa muffin tu kat dalam dia...this is definitely my favorite banana muffin!



MOCHA CINNAMON CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFINS
Original recipe: allrecipes
Improvised recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahannya: yield 20 muffins

1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum
3/4 cawan brown sugar
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon garam
1 biji telur* - mieza guna gred B
1/2 cawan minyak * mieza guna minyak jagung
1/2 cawan plain yogurt * @1 cup yogurt(1 bekas yogurt 140ml) tu bersamaan 1/2 cawan
1 teaspoon vanilla extract
1 cawan pisang lecek - mieza pakai pisang awak dalam 3 biji saiz besar gak
3/4 cawan semisweet chocolate chips
1 sb serbuk kayu manis
2 sb instant coffee powder - mieza guna nescafe' white coffee
1 sk mocha flavor


Cara-caranya:


1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda, instant coffee, serbuk kayu manis dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata

2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang, mocha flavor dan essence Vanilla. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.

4. Sendukkan ke dalam paper muffin 2/3 penuh (mieza sendukkan 2 sudu besar) dan bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.

Wednesday, July 13, 2011

Chocolate Chunk and Orange Muffins


...muffin cekelat yang sangat lembut...


Selamat pagi semua...tengah bekpes ke tu? Mieza hari ni skip bekpes sebab masih lagi berpuasa..memang tak berenti posa sebab takut tak sempat habis..sekejap je kan setahun...rasa baru jer menyambut Ramadhan tahun lepas, kini Ramadhan hampir mengunjung lagi...ehhhh baju raya dah tempah ke semua? Mieza kali ni first time nak berhari raya dengan putera mieza yang ditunggu selama 12 tahun..ya Allah tak sabar! Dah siap beli baju melayu untuk dia padahal usianya baru 6 bulan raya ni..hehehehe mamanya teruja! ehhhh enough lah cakap pasal raya...jom cakap pasal muffin ni...


...this one for me...


Muffin ni mieza bake semalam untuk tea lepas balik kerja...jadi tea lewat lah sikit...dah kul 645 pm baru nak mengetea...actually mieza nak test recipe sebab hubby mintak sediakan 40 biji muffin coklat untuk potluck ofisnya pada 26 Julai nanti...jadi mieza kena try dulu...pastu mieza kesian dengan oren 2 biji yang dah lama dok dalam mangkuk kat kaunter tu jadi mieza blend dan masuk dalam muffin ni heheheh, jadi namanya pun mieza tukor la..resepi asalnya ialah chocolate chunk muffin ambik umah Kak Nor Ganu


...the inside look...sedapnya bila choc chunck tu cair...mmmmm


Komen mieza, muffin ni lembut sangat, pastu ada rasa oren skit sebab mieza mandai-mandai letak ahakkksss...anak-anak memang suka, kakak Adnin bawa 5 ketul ke school pagi ni...papanya pula bagi rate 8/10..bila mieza tanya naper 8 je? Katanya sebab atasnya tak garing and crunchy...hahhahaa hubby mieza ni suka yang crunchy dan hangit-hangit gitu...tapi 8/10 still A kan? Kalau A tu kira sedap la tu hehehe


CHOCOLATE CHUNK AND ORANGE MUFFINS
Source : Jun JC & K.Nor@SecubitGaram
Improvised by : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahannya:

6 sudu besar butter
4oz (112gm) bittersweet chocolate-cincang -mieza guna brand van houten
2 cawan tepung gandum *
1/3 cawan serbuk koko *
1 sudu besar baking powder *
1/2 sudu teh baking soda * (*diayak)
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan gula castor
1 1/4 cawan buttermilk/sour cream - mieza pakai yogurt
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
2 biji oren sunkist - ambil isi dan blend - (mieza tambah)
coklat chips dan almond nibs secukupnya ~ utk taburan


Cara-cara:


1. Dlm periuk kecil masukkan butter & 1/2 dr coklat, cairkan & ketepikan.

2. Dlm mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk, oren & vanilla kacau rata.

3. Masukkan coklat cair & lebihan coklat yg dicincang td dan gaul hingga sebati. (jgn overmix)

4. Tak perlu risau kalu ada lump2 sikit. masukkan dlm muffin pan. Bakar dlm oven yg suhunya 180C selama 20-25 min


..and this one for you....

Friday, July 8, 2011

Lemon Yogurt Muffins - What's YOUR verdict?



Haiiii semua...memuffinkan diri lagi hari ni...sebab nak pergi family day opis esok kat Nur Laman Bistari, Ulu Yam..tempat program Imam Muda dijalankan...jadi bake muffin ni 1 adunan untuk bekal anak-anak makan dalam kereta..in case tak sempat nak bekpes tomorrow sebab kena bertolak awal pagi, 800 am dah kena ada kat sana...

Muffin ni juga another recipe yang dah lama dok bertapa dalam fail waiting list...tapi asek tertunda je nak mencubanya...tapi hari ni gagahkan gak diri yang keletihan ni buat...risau takut anak-anak kelaparan nak main kat family day...recipe ni mieza ambik dari All Recipe...mudah dan tak banyak bahan..telur pun sebiji je...verdict mieza, muffin ni sangat sedap...dan mieza memang rekemen kat semua visitors untuk mencubanya...memang tak nyesal cuba...sedap sesangat tak tahu nak citer macam mana...kena try sendiri baru leh rasa..rasa masam manis lemon...dengan yogurtnya sekali, MasyaAllah nikmatnya hanya yang makan je yang tahu...ditambah dengan glaze lemon kat atas muffin tu...anak-anak mieza semua suka...mieza bagi 5/5 stars! Dan mieza akan masukkan resepi ni dalam feveret list mieza...




Resepi ni 1 adunan dapat 12 biji...mieza cuma letak 1/2 full cup je sebab tanak dia naik membukit...mieza suka yang membusut je hahahaha...bila dah dibogelkan..ini lah rupanya...



....dan texture dalamnya yang sangat moist! Sedap sangat!!





LEMON YOGURT MUFFINS
Recipe: Nicole Horne@ All Recipes
Source : Mieza @ WAWMC

Ingredients - Original Recipe Yield 12 servings

1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup sugar
1 tablespoon grated lemon peel
1 tablespoon baking powder
3/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 egg - mieza guna gred B sebab itu je yang ada kat umah :)
1 cup lemon or plain yogurt
6 tablespoons butter or margarine, melted - mieza guna butter
1 tablespoon lemon juice


TOPPING:
1/3 cup lemon juice
1/4 cup sugar
1 teaspoon grated lemon peel


Directions:

1. In a large bowl, combine the first six ingredients.

2. In another bowl, beat the egg, yogurt, butter and lemon juice.

3. Stir into dry ingredients just until moistened.

4. Fill greased muffin cups two-thirds full (mieza filled 1/2 full je).

5. Bake at 400 degrees F (mieza tak reti nak convert jadi mieza bake at 180'C for 20 minutes) for 20-24 minutes or until a toothpick comes out clean.

6. Cool for 5 minutes; leave muffins in pan.

7. Using a toothpick, poke 6-8 holes in each muffin.

8. In a saucepan, combine the topping ingredients. Cook and stir over low heat until sugar is dissolved. Spoon over warm muffins.

A MUST-TRY RECIPE!!!

Thursday, July 7, 2011

Cheddar Cheese Muffin



Dah lama nak makan muffin...bila nampak orang tayang muffin mula la meleleh air liur...siang tadi ada 2 pilihan nak buat muffin, sama ada nak wat muffin ni atau muffin lemon yogurt...finally chose this one..sebab teringin nak makan cheese...nak menggemukkan badan la tu...kuang kuang kuangggggg



Muffin ni dah lama mieza simpan resepi yang dicopy dari My Resepi...muffin sapa lagi kalau bukan muffin CMG yang glamer tu...dah lama nak mencuba...tapi asek tergendala sebab selalu terlupa nak beli cheddar cheese parut...



Komen mieza...emmmmm muffin sedap, lemak, tapi kurang manis..masa mieza tengok resepinya macam tak caya gulanya 2 sudu teh..jadi mieza guna sampai 20gm...pun belum manis..jadi kalau sesiapa yang suka manis, lebihkan la tang gula tu...ataupun sprinkle kan lebih gula icing...macam my gals depa tuang chocolate syrup Hershey's..memang mabelessssss! lemakkkk sangat muffin CMG ni..agak-agaknya lemak macam tuan punya resepi la kot...dan satu lagi, muffin ni naik membukit...walaupun letak 3/4 cup tinggi naiknya...jadi next time mieza ingat nak letak 1/2 full je sebab tanak dia membukit sesangat...pastu tadi mieza lupa...pi setkan fan assisted kat oven tu..jadi muffin mieza naik senget! wakakakaka...sepatutnya masak muffin tak leh letak fan assisted...haiiiiyyyyyaaaa macam mana la leh lupaaaa kan dah tak lawo...huhuhuhu...




CHEDDAR CHEESE MUFFIN
Recipe: CMG @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 12 biji )

Bahan A:-)

175 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
50 g parutan keju cheddar

Bahan B:-
50 g mentega, dicairkan
2 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
120 ml susu segar
2 camca teh gula halus - tadi mieza guna 20 gm
1 ulas bawang putih, dicincang halus (tak suka, tak payah letak) - mieza ganti dengan 1/2 st serbuk halia

Bahan C:-)

Sedikit parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula aising


Cara-cara:


1. Panaskan oven pada suhu 180C. Siapkan 12 biji bekas muffin atau alas muffin pan dengan paper cup yang sesuai. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan2 A dalam satu bekas, gaul rata. Ketepikan.

3. Satukan semua bahan2 B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati. Tuang ke dalam adunan A tadi dan gaul hingga rata dan mesra.

4. Sudukan ke dalam muffin cup atau bekas yang telah dialas dengan paper cup tadi sebanyak 3/4 penuh. Tabur sedikit keju parut atas adunan muffin. Bakar 20 - 25 minit.

5. Sejukkan atas jaringan. Bila betul2 sejuk, ayakkan gula aising....Hidangkan untuk minum petang


Oleh sebab muffin ni lemak dan kurang manis jadi mieza makan dengan chocolate syrup Hershey's

Thursday, June 16, 2011

Steamed Chocolate Muffin With White Chocolate Chips



Nora Elena dah pun tamat..muffin ni pun dah tamat juga...kukus muffin ni untuk tea petang tadi..terus makan-makan sambil tengok episod last Nora Elena...haiiiii hensemnya la hai si Seth ni...secocok je dengan Nora tu kan..heheheh teringat lak zaman bercinta dedulu..ahakkksss



Resepi muffin ni aku ambik dari umah Kak Ummi..sedap muffin ni..moist sangat..tapi aku tambah white chocolate chips coz tanak bagi color dia itammmmmm je...biar ada bits putih..dan sedap sangat bila ada white choc chips tu..tak sesia menderhaka kat resepi orang hehehee..ampun tuan punya resepi...



Petang tadi cuma buat 1/2 the batter je..banyak biji juga dapat coz guna acuan mini..the one-bite size..senang nak makan..sekali ngap je..anak-anak suka muffin ni..tambah pula buat mini size..memang leceh coz acuan kecil..tapi convenient! :)



Jom tengok resepinya! Kalau ada function yang melibatkan kids, ie birthday ke or family gathering ke, muffin kukus ni memang sesuai..


STEAMED CHOCOLATE MUFFIN WITH WHITE CHOCOLATE CHIPS
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Modified by: Mieza @ WAWMC


Bahan A:-

2 cawan susu cair (aku guna susu segar)
1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (aku guna sunflower oil)
1 3/4 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu besar coklat emulco
1 sk vanilla extract/essence

Bahan B:-

250 gram tepung superfine/tepung gandum (aku guna tepung gandum)
50 gram serbuk koko (aku guna Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan lain :-

White chocolate chips secukupnya - (aku tambah)
cawan kertas secukupnya

Cara-Cara:-

1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.

2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.

3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups. Taburkan white chocolate chips dan kukus selama 10 - 15 minit. Balut penutup kukusan dgn towel.


Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...