Monday, July 28, 2008
Sup Ayam Berempah
Hmmmm 2-3 hari ni masakan aku semuanya berempah. Tapi actually rempah ni bagus untuk kita coz dia boleh memanaskan badan. Kalau masa pantang dulu aku boleh makan nasi dengan sambal lada hitam. Memang pedas, tapi nak panaskan badan punya pasal. Tok bidan kata boleh buang angin, dengan buang lemak sekali. Badan aku memang dah naik, dah ada lebihan hehehe tapi hubby kata tak ape coz itu bukan lebihan, itu sebenarnya menunjukkan "prosperity". Prosperity ke ape kalau dah dua pasang baju kena masuk store ni (dah tak muat huhuhuhu). So hari ni aku buat decision nak berdiet. Selalunya kat ofis tu aku la yang sibuk cari geng nak gi breakfast, tapi hari ni aku diam je. Tanak breakfast, tanak lunch. Nak dinner je. Pagi kat ofis aku cuma makan kuih lopes dengan teh tarik. Lunch tak ambik. Then balik umah masak sup. Tak leh aaaa tak dinner, kang kurus kering lak kang kes naya lak. So for dinner tonite aku masak simple je, sup ayam, bakar ikan kembung dan air asam and sayur peria goreng. Air asam tu resepi dia sama je dengan resepi air asam yang aku guna untuk makan dengan nasi tomato hari tu (boleh rujuk that recipe). Ikan bakar tu sempoi gila, just taruk je garam kunyit then bakar. Tapi sesapa yang ada daun pisang or daun kunyit boleh balut dulu ikan dengan daun tu, lagiiiiii wangiiiiii. Huhuhuhu banyaknya aku makan malam ni coz ada ikan bakar. So tell me mampukah aku nak berdiet. Aku ingat elok aku posa kot. Sempena Rejab yang mulia ni. Mana tau boleh turun sekilo dua....hihihihihi.
SUP AYAM BEREMPAH
Ayam - ambik bahagian yang bertulang - potong dan bersihkan
1 paket sup bunjut
1/2 camt jintan manis - digiling
1/2 camt jintan putih - digiling
1/2 camt ketumbar - digiling
2 cm halia - diketuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 biji bawang besar - dibelah 6
2 biji kentang - belah 4
1 biji tomato - belah 4
Sedikit bunga kubis
Sedikit carrot
2 mangkuk air
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - dihiris kecil
Air limau nipis
4 biji cili api - dipotong kecil
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang yang ditumbuk hingga perang dan wangi. Bila bawang dah garing masukkan pula rempah yang telah digiling dan juga halia. Masak lagi hingga rempah garing.
2. Masukkan ayam, kentang, air, sup bunjut dan bawang besar. Masak hingga ayam dan tomato empuk.
3. Masukkan pula tomato, carrot dan bunga kubis. Biarkan sebentar coz sayur ni tak memerlukan merebus yang lama. Rasakan garam dan gula.
4. Bila menghidangkan taburkan sedikit bawang goreng, daun bawang dan daun sup, cili api dan perahan air limau nipis.
Wawa dan along malam ni banyak makan nasi coz ada sup ayam. Sup ayam ni memang along punya favorite. Wawa pun tak kurang hebatnya. Lepas makan nasi sup ayam, dia meratah lak ikan bakar :)
Sunday, July 27, 2008
Daging Masak Rempah
Dah tak ada ape dah in my freezer nak padankan dengan my tomato rice, ini je yang tinggal, so i finally came up with this recipe. Boleh gak dimakan dengan nasi putih, or nasi minyak or apa-apa jenis nasi sekali pun. Daging masak ni tahan lama. Lagi kering lagi sedap. Tambah lagi time panaskan tu dibiarkan rempahnya sedikit hangit. Memang wangi bau rempahnya! Gambar sebelah : acar mentah.
DAGING MASAK REMPAH
200 gm daging batang pinang
2 camb rempah masak cap bunga ros - rempah ni aku beli kat Terengganu
2 camb rempah kerutuk
2 camb rempah kurma
3 camb air asam jawa
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji ketang - potong 4
sedikit gula melaka
2 camb kerisik
1 mangkuk santan
garam gula to taste
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang dimayang, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi dan garing. Bila dah garing masukkan pula bawang besar yang telah dikisar. Biarkan bawang sedikit kering.
2. Kemudian masukkan rempah cap ros, rempah kerutuk dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga rempah wangi dan garing.
3. Bila dah garing, masukkan air asam jawa, daging, kentang, gula melaka dan santan. Masak hingga pecah minyak dan kuah pekat dan daging dan kentang empuk. Rasakan garam gula.
4. Bila dah cukup pekat bolehlah diangkat dan dihidang. Boleh dimakan dengan nasi tomato YUMMY!
Nasi Tomato Berempah
A friend of mine requested a recipe 0f tomato rice of my version. At first I thot of giving her the usual recipe of tomato rice, but that recipe can easily be searched in the internet. Finally i came up with this type of tomato rice. I cooked this yesterday. As usual I'd leave for Shah Alam every Sat, so I thot this would do for my family to eat for dinner. But I didn't have much things in my freezer except some beef, last sekali after pikir tenth of times, tomato rice was finally and successfully produced. Tapi pasangannya bukan ayam masak merah, coz there was no chicken left in that 'big cold thing' in my kitchen. So I pair kan the rice with Daging masak rempah, a lil acar, but I tak sempat nak buat air asam. Time was running out coz it was almost 12 noon and I had to be in Shah Alam before 2pm. Tak cukup accessory my tomato rice today. But i still write the air asam recipe here, cuma no picture je. Kena imagine la how my air asam looks like.
NASI TOMATO BEREMPAH
5 pot beras basmathi- sometimes aku pakai beras biasa je, especially bila malas nak gi kedai
1/2 tin susu cair
2 camb rempah kurma
2 camb butter/minyak sapi
1/2 tin tomato sup - aku pakai brand kimball cos heinz yang aku selalu pakai tak de kat kedai yang aku visit tu.
3 camb tomato paste
1 camt garam
Air rebusan ayam- sama banyak dengan sukatan beras
Bahan A
3 biji buah keras
5 biji badam biji
1 bawang besar
1/2 camt jintan manis
1/2 camt jintan putih
1/2 camt ketumbar
1/2 camt lada hitam
Bahan B
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - dimayang
Hiasan
Bawang goreng
Kacang pea
Daun bawang dan daun sup - dipotong halus
Cara-cara:
1. Bahan A digiling hingga lumat. Beras dibersihkan dan ditos.
2. Panaskan butter dalam periuk, tumis bahan B hingga wangi dan bawang keperangan. Kemudian masukkan bahan A yang telah digiling dan rempah kurma. Masak hingga wangi dan garing.
3. Masukkan tomato sup, tomato paste, dan susu. Kacau sebati. Masukkan beras dan kacau hingga beras sebati dengan rempah.
4. Masukkan air secukupnya, sedikit garam dan jangan lupa tekan button pada rice cooker. Biar sampai masak.
5. Bila dah masak, terbalik terbalikkan nasi dalam periuk supaya ia lerai (relai?) . Bila menghidang taburkan bahan hiasan. Nasi tomato memang sedap dimakan dengan ayam masak merah dan air asam.
AIR ASAM
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - dipotong
5 biji cili api - dipotong
Belacan - sebesar ibu jari
2 camb kerisik
2 biji buah tomato - dihiris
3 camb air asam jawa
garam gula
2 camb air limau nipis
Semua ini digaul bersama hingga sebati. Proportion setiap satu ingredients actually depends on taste orang yang membuat. Sukatan di sini cuma cadangan. :) (Pic will pe posted next time)

Friday, July 25, 2008
Sotong Goreng Tomyam
Orang selalu kata isteri dan ibu kerjanya enteng, kerjanya kemas dan masak. Tapi sebenarnya susah gak nak masak ni. Kalau masak yang sama everyday, nanti family naik boring asyik makan benda yang sama. Nak kena tukar-tukar menu. Lepas tu nak kena padan kan pula the choice of menu with ingredients in the fridge. Sometimes dah dapat dah idea tapi bahan tak cukup pulak, nak pergi kedai malas, so terpaksa ubah menu. Sometimes kalau rajin boleh belasah resepi try and error macam hari ni. Resepi sotong goreng tomyam ni aku belasah je sebenarnya. Hubby and along suka tomyam sotong, tapi dah selalu sangat aku masak tomyam kat depa. So hari ni aku ubah suai sikit, masih ada tomyam, bukan kuah tomyam tapi goreng tomyam.
SOTONG GORENG TOMYAM
8 ekor sotong (ini je yang aku ada dalam freezer, stock 'finale' hehe) - dihiris
1 bawang besar - slice
2 biji bawang putih - diketuk
2 batang serai - dihiris
6-8 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 6
4 batang kacang panjang- dihiris sepanjang 1 1/2 inci (Ini pun stock 'finale' aku, maklum hari hari Jumaat)
4 biji cendawan butang - dibelah 4
1 kiub tomyam - aku guna kiub 'knorr'
Sedikit bunga kubis
4 helai daun limau purut
Daun bawang dan daun ketumbar
Sedikit air limau nipis
1 camt serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
Garam dan gula to taste
Cara-cara:
1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi. Bila dah wangi masukkan kiub tomyam dan tomato sambil dikacau biar kiub tu dissolve.
3. Kemudian masukkan sotong dan masak hingga sotong masak.
4. Bila sotong dah masak, masukkan cili api, bunga kubis, kacang panjang, cendawan, daun limau purut dan juga air limau nipis. Rasakan garam dan gula.
5. Semasa menghidang taburkan dengan daun bawang dan daun ketumbar yang dihiris kecil.
Gulai Udang Dengan Cendawan Sisir
Cendawan sisir ni actually given by my husband's sister-in-law (she's my biras lah). Her hometown is in Baling, Kedah. Kat sana banyak cendawan sisir, dan family dia memang suka kutip cendawan ni kat batang pokok getah. Aku lak memang suka dengan cendawan ni. Buat cucur pun sedap gak. Sometimes aku goreng kunyit je, but today i felt like masak gulai udang taruk cendawan ni. Cendawan ni actually dried, yang fresh pun ada, tapi kalau dried boleh simpan lama. Bila nak masak, rendam dia dalam air panas sampai dia kembang, then basuh bersih-bersih. Time basuh, kena ramas-ramas dan perah dia, macam perah santan. Tujuannya supaya hilang bau dia. Tapi kalau masa fresh dia dibasuh bersih, memang tak ada bau. Dah basuh bersih, baru jemur kering. Yang kering tu disimpan dan direndam bila nak masak je.
GULAI UDANG DENGAN CENDAWAN SISIR
1 paket rempah kari udang - aku pakai adabi
200 gm udang sederhana besar - dibersihkan
100gm cendawan sisir - direndam, basuh, dan perah.
2 tangkai daun kari
1 mangkuk santan
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 biji cili hidup - dibelah
Sedikit air asam jawa
2 camb minyak untuk menumis
Garam dan gula to taste
Cara-cara:
1. Rempah kari dan daun kari dimasak dengan 1/2 cawan air hingga masak dan garing.
2. Bila rempah garing, masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan santan, cendawan dan udang. Masak hingga santan mendidih.
3. Jangan biarkan santan mendidih lama sangat, nanti pecah minyak. Rasakan garam gula dan boleh dimatikan apinya.
4. Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang yang telah dimayang hingga garing. Kemudian tuangkan bawang goreng tadi, bersama minyaknya sekali ke dalam gulai udang dan cendawan. Kacaukan biar bawang goreng meresap ke dalam kuah. Hidangkan.
Gulai udang memang sedap jika dibuat gulai secara gulai darat. Aroma bawang goreng akan menyebabkan gulai udang berbau wangiiiiii sangat, dan sangat membangkit selara...YummMMY!
Wednesday, July 23, 2008
Siakap Sweet Sour
This is our dinner tonite. Tetiba je tadi nak makan siakap. Took my key and drove to the market at 4.00 pm, nasib baik ada lagi siakap. I chose the smallest among all, yet it still costs me RM10.60 sekor. I used to buy RM7 sekor for siakap. Mahal nyerrrr, no wonder lah kedai charge us RM29 for a cooked siakap. Tapi apa nak buat, teringin punya pasal, I just follow my hubby's principle, spend any amount, for food, any amount. Coz when we are sick semua tu tak de selera dah heheh. Tapi tak leh la everyday. Kalau everyday makan besar itu nama nya hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup. I had two choices, Siakap sweet sour or Siakap 3 rasa? I don't feel like eating Siakap kukus today. I peeked into the fridge and found nenas madu lebihan masak Gulai Ikan Talang that day, mmmm sedap ni buat sweet sour letak nenas nih......
SIAKAP SWEET SOUR
Bahan A:
1 ekor ikan siakap - boleh ganti kerapu, bawal, kembung, senangin....jangan ganti ikan kering sudahhhhhh
1 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
2 cm halia
sedikit garam
Bahan B:
1 biji bawang besar - chop
2 ulas bawang putih - cincang
1 cm halia - cincang
5 biji cili api - potong bulat
4 camb sos sweet sour - aku pakai brand 'life'
2 camb sos tiram
2 camb sos tomato
2 camb sos cili
1 camb sos ikan
1/2 biji timun - potong panjang
1/2 biji bell pepper merah - potong panjang
1/2 biji bell pepper hijau - potong panjang
1/2 batang carrot - potong panjang
2 potong nenas - potong kiub
1 biji tomato - potong kiub
Daun bawang dan daun sup - hiris
Sedikit tepung jagung
3/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Kunyit, bawang putih, halia dan garam ditumbuk bersama hingga lumat. Ikan siakap digaul dengan sedikit tepung jagung dan dilumurkan bahan tumbuk tadi. Perap sekejap dan digoreng dalam minyak penuh sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili api hingga garing.
3. Masukkan kesemua sos dan air dan direnehkan sekejap. Kemudian dimasukkan semua sayur-sayuran yang telah dipotong.
4. Masak sehingga pekat. Boleh ditambah sedikit tepung jagung yang telah dibancuh untuk menambahkan kepekatan. Aku suka perah sedikit jus limau kasturi ke dalam sos sweet sour. Rasa masamnya lagi terbangkit maaa!
5. Rasakan garam gula. Angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng dan ditabur daun sup dan daun bawang.
Malam tadi masa dinner, orang datang ketuk pintu pun boleh tak sedar coz tengah sedap membelasah kepala siakap :)
Beef Stew
Akhirnya berjaya juga puasa sehari lagi. Alhamdulillah. Maklumla dah nak masuk bulan puasa balik, hutang masih ada yang belum bayar.
Bila berpuasa nampak makanan semua sedap aje. Tengahari tadi kat ofis dokkkk teringat nak masak apa la untuk berbuka. Last-last dapat idea buat beef stew. Husband yang cadangkan. Beef stew ni sedap kalau ditabur dengan parmesan cheese and dimakan dengan garlic bread. Tapi garlic spread dah habis, malas la pulak nak buat spread sendiri. Finally, we all makan je stew ni dengan nasi. Biasalah, mat saleh makan dengan bread, aku orang Malaya makan stew dengan nasi.
BEEF STEW
200gm daging - potong kiub
2 camt tepung
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
4 camb tomato paste
1/2 cawan tomato sup - pakai heinz
5 cendawan butang - dihiris
1/2 batang carrot - dipotong bulat
5 kacang pea/buncis -dipotong sepanjang 1 1/2 inci
1/2 biji bell pepper merah - potong panjang
1/2 biji bell pepper hijau - potong panjang
1 biji tomato - potong wedges
sedikit bunga kobis
1 biji kentang - dihiris bulat setebal 1/2 cm dan digrill hingga perang
1 mangkuk air rebusan daging (boleh ganti dengan kiub daging kalau terdesak)
Daun parsley - dihiris
2 camb olive oil
Cara-cara:
1. Daging digaul dengan tepung.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daging dan masak hingga daging perang.
3. Kemudian masukkan bawang dan dikacau-kacau hingga bawang keperangan. Then masukkan tomato paste dan tomato sup. Renehkan sekejap hingga kuah tomato meresap ke dalam daging.
4. Masukkan pula sayur-sayuran, kentang yang telah digrill dan air rebusan daging (beef broth) dan direneh lagi. Resepi asal kata sup ni direneh selama 30 minit. Tapi aku tak suka sayur tu benyek. So aku reneh kejap je dalam 5-8 minit. (Resepi asal beef stew mat saleh memang sayur jadi benyek, tapi sedap)
5. Rasakan garam gula. Semasa menghidang boleh taburkan daun parsley, tyme dan bay leaf kalau ada. Kat Malaya ni susah nak cari daun tu fresh, so aku tabur daun parsley je.

Pancake Mangga
Masa kat US dulu, ini la breakfast aku pagi-pagi. Kalau tak makan cereal dengan susu, aku makan pancake, tak pun Dunkin Donut. Dunkin Donut kat sana murah je USD0.50 je sebiji. Aku selalu sebat 2 biji donut dan segelas hot capucino, then jalan kaki dalam snow pergi school. Tapi masa kat US dulu tak la makan pancake dengan mangga, tapi makan pancake dengan fresh strawberry, urghhhh sedapnya. Tapi kat bumi Malaya ni kalau nak fresh strawberry ni kenalah mendaki Cameron Highland. So aku improvise laaaa, pakai mangga hehehe. Ini breakfast yang sangat senang dan disukai oleh kids. Kalau rajin, pancake tu boleh buat sendiri, senang je. Tapi kalau malas, beli je yang ready made dalam kotak tu and just follow the instruction kat kotak. Lagi senang, tak payah nak sukat pun hehehe
PANCAKE MANGGA
100 gm tepung serbaguna (tepung gandum pun boleh)
2 camb gula
1 camt baking powder
1 biji telur
125 ml susu segar
1 camb butter- cairkan
Cara-cara:
1. Campurkan tepung, gula dan baking powder ke dalam bekas.
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil di kacau.
3. Masukkan telur dan butter cair dan dikacau lagi sehingga semuanya sebati. Jangan ada yang berketul-ketul pulak.
4. Panaskan kuali leper. Kalau ada non-stick lagi bagus. Sapukan sedikit butter pada kuali. Sendukkan batter dan bakar di atas pan. Bila dia naik dan sedikit menggelembung, terbalikkan.
5. Biarkan sedikit keperangan baru diangkat. Ulang sehingga adunan habis.
6. Bila nak menghidang, tuangkan maple syrup ke atas pancake dan makan dengan fresh fruit ie strawberry dan mangga, delicious and hearty.

Pulut Pagi
Ini menu breakfast orang Kelantan. I love this very much. Sedap! Kalau kat Kelantan, people sell this kat gerai-gerai nasi lemak. Dulu-dulu masa aku kat high school kat KB aku selalu beli pulut pagi ni kat kantin sekolah. At that time it only cost me RM0.20. Kat Tg Malim ni tak pernah la lagi aku jumpa. Oleh sebab teringin nak makan maka kenalah berusaha tangga kejayaan belajar buat sendiri. Along and Wawa suka this but my husband doesn't. It's because he can't eat much sticky rice, nanti angin. Due to that reason, i seldom cook this. Kalau masak pun very lil, just for me, and the girls, and my mum.
PULUT PAGI
4 pot beras pulut - direndam. Aku selalu kalau nak masak untuk breakfast, malam lagi aku dah rendam. (Pot tu aku guna pot rice cooker)
1/2 biji kelapa muda - diparut
1/2 camt garam
1 keping gula melaka
5 camb gula pasir
3 cawan air
Cara-cara:
1. Gula melaka, gula pasir dan air dimasak hingga gula cair. Ketepikan.
2. Kelapa parut digaul dengan sedikit garam. (macam nak buat buah melaka tu). Ketepikan.
3. Kukus pulut hingga separuh masak. Angkat dan digaul bersama dengan air gula melaka hingga sebati. Manis boleh diadjust mengikut selera.
4. Masukkan kembali pulut yang telah digaul dengan air gula ke dalam loyang pengukus dan dikukus lagi sehingga masak.
5. Bila pulut dah masak, angkat dan digaul dengan kelapa parut tadi. Boleh dimakan waktu pagi dengan air kopi. Kalau orang Kelantan, tentu suka makan ni....:)

Tuesday, July 22, 2008
Gulai Ikan Talang Masin Dengan Nenas
Gulai Ikan Talang Masin ni memang sedap kalau dimasak dengan nenas madu. Aku memang suka nenas madu ni, tapi selalunya kat Pasar Behrang Stesen ni jarang ada orang jual nenas madu. Selalunya depa jual nenas yang jenis lain, aku pun tak tau jenis apa, tapi yang aku tau, jenis tu memang tak sedap. Selalunya aku jumpa orang jual nenas madu ni kat pasar minggu, sama ada pagi Ahad kat Slim River, ataupun pagi Jumaat kat jambatan Behrang Stesen. Tapi yesterday aku pergi TF, ternampak ada nenas madu ni, RM2.50 sebiji. Aku cium baunya, hullamakkkk manisnya, kecur air liur. Hari tu ada kawan kasi ikan kering. Perfect. Boleh la buat gulai ikan kering dengan nenas. Some people suka buat masak lemak cili api ikan kering letak nenas. Tapi ini resepi gulai ikan kering orang utara. My husband siap cecah dengan roti lagi :)
GULAI IKAN TALANG MASIN DENGAN NENAS
200 gm ikan talang masin - aku akan ambil part tulang dan sedikit part yang ada isi. Yang tulang tu lagi sedap.
1/2 paket kecil rempah kari ikan kering - aku guna 'Adabi'
1/2 biji nenas madu - kupas kulit, buang matanya, dan dihiris nipis
2 ulas bawang merah - tumbuk lumat
5 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 camb minyak masak
Semangkuk santan pekat
Cara-Cara:
1. Ikan kering dipotong kecil, basuh dan ditoskan
2. Rempah kari dimasak dengan 1/2 cawan air hingga masak dan garing.
3. Bila rempah dah garing, masukkan santan, bawang tumbuk, ikan kering dan nenas. Kacau selalu, kalau tak nanti santan berketul.
4. Bila dah mendidih, rasakan masin manisnya. Selalunya gulai ini tak memerlukan garam kerana ikan masin memang dah masin, dan manis nenas madu tak memerlukan gula lagi. Jangan biarkan santan mendidih lama takut pecah minyak. Sekali mendidih je dah cukup. Boleh tutup api.
5. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang yang dimayang hingga garing dan baunya emmmmm harummmmm sangat. Bila dah garing masukkan bawang goreng ni, sekali dengan minyaknya ke dalam gulai ikan kering tadi. Ini dinamakan tumis darat. Wangi dan sedap sangat gulai ikan kering kalau tumis darat macam ni.
(Gambar sebelah : sayur campur)
Daging Masak Lada Hitam
Actually I seldom cook meals associated with meat. Not that I don't like meat, I do, very much. It's just that it's not easy to get fresh meat in Tg Malim. Fresh mutton banyak laa. But I'm lucky as one of my colleagues lives in Bukit Beruntung, and fresh meat can easily be bought in night market over there. Last week I asked her to buy me 1 kg of fresh meat, dunno..... i just feel like eating some meat heheh, it's quite expensive now. It costs me RM20 per kg of daging batang pinang. I used to buy the same kind of meat for RM12 in Machang, my hometown, but well, what do you expect, with the petrol price increased, any economic theory will definitely suggest an increase in price of any normal good eh? This meat bought by a friend of mine is really good meat, it is so tender, juicy, and most importantly, it tasted like BEEF! Let's share this recipe, very fast to prepare, yet very tasty.....
DAGING MASAK LADA HITAM
Bahan A:
300 gm daging batang pinang - hiris nipis (aku suka potong kiub)
1 camb jintan manis- giling halus
1/2 camt ketumbar - giling halus
1/2 inci halia - giling halus
3 ulas bawang putih - giling halus
3 camb sos lada hitam - aku pakai brand "Yamie"
sedikit garam
Bahan B:
1 biji bawang besar - potong bulat
1/2 camt lada hitam - tumbuk, jangan lumat sangat.
1/2 cawan sos lada hitam
2 camb minyak
2 camb air
2 camb sos tiram
1 biji bell pepper merah - potong panjang
1 biji bell pepper hijau - potong panjang
Daun bawang - potong panjang (ie 2cm)
1 biji tomato - potong dadu
Cara-cara:
1. Daging diperap dengan semua bahan A selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap hingga masak dan empuk dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar hingga kekuningan. Kemudian masukkan sos lada hitam, lada hitam yang ditumbuk, sos tiram dan air. Masak hingga sedikit pekat.
4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi, bell pepper, tomato dan daun bawang. Gaul-gaulkan biar sos meresap masuk dalam daging....sooooo delicious! Rasakan garam gula.
5. Sedia untuk di makan.....
Malam ni we all satu family makan sampai buntal. Antara menu lain untuk dinner malam ni ialah Gulai Ikan Talang Masin Dengan Nenas dan Sayur Campur.
Friday, July 18, 2008
Sambal Udang Petai
Mmmmmm this is our favorite! My husband, if he knew I cooked this for dinner, he would be running home from work. We all memang makan banyak kalau masak this menu. So kalau nak jaga badan, mine and his, I seldom cook this sambal. Takut makan banyak sangat nanti tak leh control our weight. Memang meleleh lahhh. The girls memang tak makan coz this is very hot. Tapi lagi pedas lagi terangkat beb! A few days ago my in-laws balik kampung they brought me petai, banyak sangat, so aku buat jeruk. Simpan dalam fridge, my mum suka petai jeruk. The rest of the petai aku masak sambal, memang berselera! Siap tambah tambah lagi, so tell me, how I should control my weight? And my husband's as well? Memang tak mampu.......helppppppppp.......
Sambal Udang Petai
300 gm udang sederhana besar - cuci dan buang urat hitam dibelakangnya
8-10 biji cili kering - dimesin
2 biji bawang besar - dimesin
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Sedikit air asam jawa
Gula melaka - sebesar ibu jari
5 keping petai - dihiris bersama kulitnya
Minyak untuk menumis
Garam gula to taste
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Masukkan cili mesin dan ditambah dengan sedikit air. Cili hendaklah dimasak sehingga masak dan pecah minyak untuk mengelakkan sakit perut. (Cili yang tak cukup masak boleh menyebabkan sakit perut).
3. Bila cili pecah minyak, masukkan air asam jawa dan dimasak lagi hingga kering.
4. Masukkan bawang besar yang telah dimesin, seketul gula melaka (This is the secret. Guna gula pasir pun ok gak, tapi kalau guna gula melaka lagi sodap). Masak hingga sambal sedikit kering dan gula melaka dissolve.
5. Masukkan udang dan petai dan masak hingga udang masak dan petai sedikit empuk. Rasakan garam gula dan sambal dimasak sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
Sometimes masak sambal ni boleh terpedas sangat especially kalau kita guna cili kering yang baru, atau yang tak biasa kita guna. Untuk mengatasi kepedasan yang melampau ni boleh la diletakkan sedikit gula becos the sweetness gula tu boleh reduce kepedasan cili. Jangan tambah air, nanti kurang kesedapannya coz air akan buat sambal cair. Dan petainya, hendaklah dimasukkan dengan kulitnya sekali, baru aroma dari kulit petai tu akan membuat sambal lagi mmmmmYUMMY tak terkata!

Kari Kepala Tenggiri
A friend from my office asked me what the differences between Fish Curry and Chicken/Beef Curry are. I told her that there are many differences between both, so she asked me to publish both recipes so that she can improve in her cooking. For the time being, I just have the fish curry picture in my archive, dulu-dulu time masak beef or chicken curry I forgot to snap pictures. To fulfill her request, tak pe lah i publish recipe fish curry first. I like Tenggiri head very much, but my husband enjoys Kari ikan kembung. Sometimes I campur kepala tenggiri and kembung, that will do too, so I'll eat the tenggiri part and hubby will finish the kembungs. Well, that will depend on what u have in your freezer of course. However to cook fish curry, I'd prefer fresh fish, meaning I'd cook curry immediately after returning from the market. Kalau dah simpan in the freezer a few days then baru nak masak curyy, ummmphhhhh dia lose! But well, we don't go to the market everyday, do we?
KARI KEPALA TENGGIRI
2 kepala tenggiri - selalunya1 kepala aku potong 4
3 camb penuh rempah kari ikan - aku guna 'Baba's'
1 camt halba campur
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih- dimayang
2 tangkai daun kari
Sedikit air asam jawa
1 biji tomato
5 biji cili api/cili hidup
6-7 biji bendi
Semangkuk santan
minyak untuk menumis
garam gula to taste
Cara-cara:
1. Setiap kepala ikan dicuci bersih dan dipotong 4.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari hingga garing.
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air, dan masak hingga rempah garing dan pecah minyak. Ini akan buat gulai kita ummmphhhh!
4. Bila dah garing masukkan air asam jawa.
5. Then masukkan santan dan ikan. Masak hingga ikan masak dan santan mendidih. Time ni kena jaga tau, takut nanti santan berketul.
6. Kemudian masukkan cili api. Cili ni tak payah tumbuk, just humban je sebiji sebiji je. This will make the curry smells and tastes even better, Tapi kalau suka pedas, boleh la diketuk sikit biar cili pecah sikit. Kalau guna cili hidup, satu cili tu belah je tengah dia.
7. Biarkan santan pecah minyak dan dimasukkan bendi dan tomato. Bendi ni cepat empuk, so jangan lelama sangat. Bendi boleh diganti dengan timun atau terung.
8. Rasakan garam gula. Kari kepala tenggiri ni makan dengan roti pun sedap tau!

Wednesday, July 16, 2008
Spaghetti Bolognese
This morning I received a phone call from my sis-in-law telling that they would be dropping by my house on their way from Alor Setar to Putrajaya. First ingat nak beli satay je for them, but then rasa nak makan spagthetti la pulak. Selak-selak dalam almari semua ingredients cukup, except that mintak hubby drop by TF beli ground beef. There, siap. Tapi hubby banyak tolong kat dapur, sekejap je, less than 1 hour dah siap boleh makan. Some suka buat sauce sendiri, actually that's much much better. If only i have the luxury of having lots of time, I'd rather making my own style of spag sauce. But i reached home at 5.30pm everyday, I have two girls to look after, my weekends are fully booked, plus, I have an exam this week, and those had forced me to go for Prego heheheh (what an excuse eh?) (Picture: wawa time makan spaghetti bolognese, suka dia, makan banyak!)
SPAGHETTI BOLOGNESE
1 paket spaghetti (I chose San Remo)
2 camb butter
3 ulas bawang putih - cincang
2 biji bawang besar - cincang
1 paket ground beef - aku pakai Ramly (those who have a food processor at home leh buat sendiri je ni)
3 tin sos spaghetti Prego (1 tin = 300gm)
3 biji buah tomato - potong dadu
1 batang carrot - potong dadu
1 tin cendawan butang - slice
2 batang celery - hiris kecil
1/2 camt oregano
1/2 camt italian herbs
Parmesan cheese
chilly flakes
Minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara:
1. Didihkan 2 liter air dan rebus spaghetti dengan dicampur dengan 2 camt garam, 1/2 camt oregano leaves dan 2 camb mentega. Sentiasa kacau-kacau supaya spag tak melekat antara satu dengan yang lain. Rebus sampai empuk, angkat dan toskan dan di gaul sedikit butter.
2. Dalam periuk yang besar (sebab nak masak kuah) panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan besar hingga wangi dan kekuningan.
3.Masukkan ground beef, biarkan daging masak dan kekuningan sambil diketuk-ketuk supaya daging tak berketul dan seragam bentuknya.
4. Masukkan pula carrot, celery dan cendawan dan masak hingga sayur lembut.
5. Masukkan sos dan tomato dan ditambah sedikit air mengikut kepekatan yang disukai. Selalunya aku taruk 2 1/2 tin air (tin sos spag), yang ini boleh adjust ikut selera masing-masing. Aku suka kalau tomato buah tu tak hancur, biar nampak bentuk dadunya. Bila makan terasa kesegaran buah tomato, mmmm Yummmy!
6. Masukkan herba, garam dan gula to taste. Yang ni pun ikut selera.
7. Semasa menghidangkan taburkan parmesan cheese.
Makan spaghetti bolognese ni aku suka pedas, tapi aku tak boleh letak cili api dalam sos time masak sebab nanti the girls tak makan, so aku sediakan chilly flakes sekali. Walaupun resepi ni resepi orang Itali, tak letak cili api, tapi kalau melayu tu melayu jugak, tak lari dari cili api. Baru la terangkat Beb!
Buttered Prawn
Aku suka sangat makan ni kalau pergi Garden Seafood, Along suka Buttered sotong, so sometimes aku tukar-tukar between squids and prawns. Paling aku suka nestumnya, siap tabur atas nasik lagi, jadi nasik bernestum. Kalau kat Garden seafood tu satu hidang RM15, udangnya adalah dalam 5 ekor. Masa tu aku tatau nak masak benda alah ni, so one day, aku "tangkap" restaurant's waiter tu aku tanya macam mana nak masak buttered prawn ni. Sekali dia cakap, "senang je kak, taruk je nestum madu". So that's the secret, pakai nestum madu. Tapi sekarang ni kalau nak senang, and cepat, maklum la time is limited, beli je rempah untuk buttered prawn dalam packet, ada jual kat Cosway hehehe RM4.90 sebungkus. Lagi senang you! And sedap as well. But let's share the recipe yang tak pakai paket punya!
BUTTERED PRAWNS
15 ekor udang sederhana besar
120 gm nestum madu
90 gm mentega
2 tangkai daun kari
5 biji bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 camb susu tepung (ada orang pakai susu cair, tapi aku suka susu tepung)
4 biji cili api - hiris kecil kecil
lada hitam - untuk perap udang.
garam gula to taste
Cara-cara:
1. Udang disiang, belah belakang, buang urat hitam.
2. Perap udang dengan sedikit garam, lada hitam, dan gula selama 15 minit.
3. Cairkan mentega dalam kuali, goreng semua udang sampai masak, angkat dan toskan. Ketepikan.
4. Dalam mentega yang sama, tumiskan bawang putih, halia, cili api, dan daun kari sampai garing.
5. Bila dah garing masukkan nestum dan susu tepung dan kacau cepat-cepat sebab takut nanti nestum hangit. Gunakan api kecil saja.
6. Masukkan udang dan digaul rata. Angkat dan hidang. MMMMmm DeliCIOUS!
Kalau nak buat buttered sotong pulak, tukar je prawns tu dengan sotong. Tapi sotong tu aku goreng celup tepung goreng ayam KFC tu dulu, then baru aku humban masuk dalam rempah nestum tu. Kalau tengok Along makan, mesti dia jilat nestum tu sampai licin, suka sangat tengok dia makan !
Tuesday, July 15, 2008
Masak Lemak Cili Api Peria Sumbat Tenggiri
Peria ni kegemaran aku n hubby, tapi Along tak suka, dia kata pahit. Sebenarnya yang pahit tu yang sedap hehehe. Mak kata, kalau nak buang pahit peria rendamkan dalam air garam. Mungkin ada benar kot petua tu. Aku dengan hubby suka peria katak, yang tu lagi sedap, tapi peria tu kecil sangat untuk disumbat dengan isi tenggiri. Peria sumbat tenggiri ni dimasak kari pun sedap. Aku pernah buat peria sumbat tenggiri masak tiga rasa. Itu pun sodappppppp.
MASAK LEMAK CILI API PERIA SUMBAT ISI TENGGIRI
Untuk isi ikan:
3 keping ikan tenggiri - dicuci dan ambil isi nya sahaja
4 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
5 tangkai daun ketumbar
sedikit air limau nipis
Bahan-bahan lain:
1 biji buah peria
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6-7 biji cili api
1 cm kunyit hidup
2 batang serai - dititek
2 keping asam keping
1 biji tomato - potong 4
Santan
garam gula to taste
Cara-caranya:
1. Buah peria di buang tengahnya dan dipotong bulat setebal 1 cm, direndam di dalam air garam selama setengah jam. Kemudian di tos.
2. Kesemua bahan untuk isi ikan dimasukkan ke dalam food processor dan dikisar. Kalau tak ada food processor kat rumah boleh lah dibuat traditionally iaitu ditumbuk lumat. Sumbatkan isi ikan tenggiri ke dalam buah peria yang telah ditoskan.
3. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan di masak hingga mendidih. Jangan lama sangat takut santan pecah minyak, nanti tak sedap.
5. Rasakan garam gula.

Kerabu Sotong
Dah banyak hari tak masak since the new semester begins. A lot of things have to be done, demanding much of my time especially the assignments and at end of this week an exam is coming up. Paper eco lak tu, urghhhhhh, nak baca table pun tak reti. Tapi apa-apa pun perut kena isi dulu, and my weight, my god.....is scaring me, it has reached 50 kg now. I was 44 kg after 2 months wawa was born, it increased by 8 kg in 15 months! tapi makan tetap kena makan gak, so today for dinner aku masak kerabu sotong and also masak lemak cili api peria sumbat tenggiri. Last couple of weeks hubby bought me a food processor, senang and cepat for me to cook. No more tumbuk-tumbuk pakai lesung batu, just humban masuk food processor, and there, dah siap. But when it comes to sambal belacan, lesung batu is a MUST!
KERABU SOTONG
300 gm sotong - cuci, potong dan dicelur 2 minit dan ditos.
5 batang kacang panjang/asparagus - dihiris pendek dan dicelur 2 minit, dan ditos.
1 bawang besar - dihiris
5 tangkai daun kesum - dihiris
5 batang daun ketumbar - dihiris
1 batang bunga kantan - dihiris
2 batang serai - dihiris
4 helai daun limau purut - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong dadu
6-7 biji cili api - dihiris halus
sedikit kerisik
sedikit belacan
1/2 cawan santan
garam gula to taste
1/2 cawan kacang - digoreng dan ditumbuh pecah-pecah
limau nipis - diambil airnya
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan yang dihiris, sotong, dan kacang panjang ke dalam mangkuk.
2. Tumbuk belacan hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kerisik dan santan.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi semua bahan-bahan tadi dan gaulkan rata-rata.
4. Masukkan garam, gula dan air limau nipis dan rasakan secukupnya. Taburkan kacang goreng tumbuk dan kerabu kini sedia untuk dimakan.
Aku sometimes letak mangga muda yang diparut. Lagi terangkat, jadi kerabu sotong bermangga. Kalau letak mangga, maka air limau nipisnya dikurangkan, nanti tersangattttt lah masam.

Friday, July 4, 2008
Black Dots Strawberry Cake
Sebenarnya niat sebenar di hati masa nak bake this cake ialah nak buat Black Dots Strawberry Cup Cake for the girls since I'm leaving for my classes in Shah Alam tomorrow. Siang tadi aku pergi la round pekan TM nak cari acuan nak buat cup cake tapi tak ada. Hari tu ada ternampak container tu kat Parkson Alamanda tapi tak la pulak terbeli. Since tak jumpa the container so aku pun buat la kek biasa, tak jadi cup cake. Kalau buat cup cake senang la skit the girls nak makan. Tapi tak per depa enjoy je this cake. Hubby tadi sampai kikis the container, dia memang suka part yang terhangit yang melekat kat container tu. Licin dia kikis. Actually cake ni aku belasah try and error resepi sendiri.
BLACK DOTS STRAWBERRY CAKE
2 1/4 cawan tepung gandum - diayak
170gm butter
1 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
3/4 cawan whipping cream
1 camt baking powder - diayak
2 camb strawberry emulco
Sedikit chocolate chip
Bahan untuk homemade strawberry jam:
Fresh strawberry - aku beli kat Cameron Highland 'Pick yer owm strawberry'
Sedikit serbuk kayu manis
Gula
Sedikit air
****jem dimasak dengan cara mencapurkan semua bahan ini dan masak sampai likat***
Cara - cara
1. Pukul butter dan gula sampai kembang. Bila dah kembang masukkan emulco.
2. Masukkan pula whipping cream dan beat lagi sampai sebati.
3. Masukkan telur satu persatu dan beat dengan menggunakan speed paling slow. Bila dah sebati tutup mixer.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan digaul dengan menggunakan senduk kayu. Aku suka gaul pakai scrapper.
5. Sapukan loyang pembakar dengan butter. Taburkan chocolate chip secara rawak. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180'C selama 50 minit ataupun sehingga kek masak.
6. Bila dah masak, telangkupkan kek supaya bahagian black dots berada di atas. Potong kek kepada dua bahagian. Sapukan homemade strawberry (jgn pakai jem yang beli kat supermarket tau, tak de umphhhh) di antara dua lapisan dan juga di atas lapisan atas. Boleh juga dihias dengan menggunakan fresh strawberry kalau ada dan juga whip cream.
MY GIRLS JUST LOVE THIS CAKE!!!!!
Thursday, July 3, 2008
Macaroni Bakar
Yang ini favorite hubby. Dia sanggup masuk dapur tolong chop apa yang patut utk masak yang ni. Tapi dia malas skit, so last week dia belikan aku food processor, katanya biar mesin tu yang do the chop job for him. Tak kisah la kan janji aku dapat processor tu free. "Makaceh"! Masa kat Wisconsin dulu selalu masak mac bakar ni coz kat sana mozarella cheese, cheddar cheese murah. Mac tu sekotak yang 250gm baru USD0.25. Cheese pulak sangat murah coz Wisconsin ni dairy land. Well itu 10 years ago........Ughhhhh rindunyerrrr......
MACARONI BAKAR
1/2 paket macaroni - rebus dengan sedikit garam, toskan
2 biji bawang besar - chop
3 ulas bawang putih - chop
2 bell pepper - 1 hijau, 1 merah - chop
Daun pudina - aku memang suka daun ni - chop
2 biji tomato - dice
1 tangkai daun ketumbar - chop
1 pek daging cincang - aku selalu guna Ramly
6 biji telur
2 tin kecil sos spaghetti - aku guna Prego (yang warna hijau)
oregano leaves
garam gula -to taste
1 paket shredded mozarella - untuk tabur
1 cawan shredded cheddae - untuk tabur
Olive oil
Optional:
5 ketul scallop cheese- slice
3 batang beef frankfurter - slice
parmesan cheese - serbuk
chilly flakes
Cara-cara:
1. Panaskan olive oil dalam periuk. Tumis bawang besar dan putih sampai wangi.
2. Bila dah wangi masukkan daging cincang dan masak sampai daging empuk dan sedikit garing.
3. Kemudian masukkan kuah spaghetti, masak hingga mendidih.
4. Bila kuah dah mendidih, masukkan semua bahan kecuali cheese, telur, dan chilly flakes. Rasakan garam dan gula. Tutup api dan ketepikan.
5. Dalam bekas yang lain, pukul telur sampai sebati dan masukkan macaroni yang telah direbus.
6. Dalam loyang pembakar yang telah di grease kan dengan butter, masukkan adunan macaroni dan telur, ratakan.
7. Lapiskan dengan kuah meat sauce.
8. Kemudian lapiskan pula dengan shredded mozarella dan cheddar. Ulang ketiga-tiga lapisan sampai adunan habis. Make sure atas sekali ialah lapisan cheese. Taburkan sedikit ground black pepper.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180'C sehingga semua telur masak dan lapisan cheese kehangusan (golden) and nampak crispy. Yummy!
10. Potong segi empat semasa menghidang, boleh dihias dengan serbuk parmesan cheese, chilly flakes, dan beberapa helai fresh mint.
Hubby kalau makan mac bakar ni dia suka curahkan sedikit spaghetti sauce. Memang sonok tengok dia makan ni, berkali2 dia tambah. Kalau masak mac bakar ni for tea, kami usually tak dinner lagi.
Zoo Negara
Mana gambar pi zoo? Malam kang akan diupload gambar pi zoo negara hari tu. Alamak.. tak balik makan la hari nie.. nampak cam sedap je.
Masak Cepat-Cepat
Menu untuk hari ni. Ini je yang ada dalam fridge. Menu cepat untuk org sibuk, out of stock, and a lil bit 'pemalas'. Masak ni ada timing tau. Bila rajin and ada mood, wahhhh masak yang hebat2. Boleh siap buat macam2, tapi bila angin kemalasan melanda, hehehhe capai je yang segera yang ada kat dalam pantry. Sup siam seafood tu belasah je pakai rencah sup siam adabi dalam paket tu. Segera. Hehehe just do the tumis je heheh. BBQ chicken wings tu, pun belasah je dalam paket, brand ape ntah dah lupa. Plastik pembungkus dah buang. Just hias dengan bawang goreng and green pepper je. Tapi kubis tu tak de yang segera, so kenalah potong sendiri dan masak sendiri, with a lil bit of prawns, red n green pepper. Dan yang lain2 tentu laaaaaa ulam dan budu huhuhu, mek kelate kannnn mesti tak lepas dari budu punya lah. So sekarang nak feed wawa dulu, then tunggu along balik from school untuk lunch sesama. Oh, by the way, HAPPY BIRTHDAY NYOH!!!!!!!
Lontong
Masa masak menu ni sebenarnya aku baru beli camera 2 minggu. Casio Exilim, warna merah. Gambar yang lama-lama tu sebenarnya ambik pakai camera phone je hehehe. one day tu jejalan kat One-U, ternampak cam ni, RM1100. Tapi alamak duit tak de la pulak bawa banyak tu. Tapi hati dah berkenan hehehe, last-last aku angkat jugak, guna credit card, buat easy payment 12 bulan, dalam RM90++ permonth. Actually ini first time masak menu ni. Tu pun sebab uncle dari penang nak datang. Memula tu cadang nak masak laksa sarawak memandangkan rencah dia banyak dibeli time vacation to kuching last year. Bila intai-intai dalam pantry ternampak la pulak pek nasi impit Nona balance dari yang digunakan time raya haji dulu. Takut beras tu rosak, aku pun masak la menu ni utk pak lang satu family, for tea, coz dia sampai around 5pm macam gitu, ni jer uncle aku yang selalu visit aku kat TM ni.
NASI IMPIT KUAH LONTONG
Sayuran:
1/2 biji kobis - potong kecik-kecik
5 batang kacang panjang - potong sepanjang 2 inci,
2 biji terung - potong kecik-kecik
1 biji carrot - pun potong kecik dan pendek gak
2 keping tauhu - goreng garing - then potong dadu
3 keping tempe - potong kecik then goreng, aku pakai tempe dalam daun pisang.
cili merah - hiris serong
2 biji bawang besar - dimayang
suhun
2 keping fucuk - rendam dan potong kecik
Bahan untuk menumis:
Semua bahan ni dikisar
5 biji cili merah - boleh tambah cili api kalau suka pedas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
udang kering - aku suka taruk ni banyak sikit, baru ada ummmmphhhhh!!!!
Bahan lain:
1 biji kelapa - ambil santannya. Kuah lontong biar banyak coz sayuran kat atas tu dia menyerap kuah.
250 gm udang basah
minyak untuk menumis
garam dan gula - to taste
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan udang, santan, dan sayuran yang lambat empuk dahulu. Masak sampai sayuran tersebut hampir empuk.
3. Masukkan pula sayuran yang senang empuk, garam dan gula to taste. Jangan lama sangat di atas api takut nanti sayuran tu jadi benyek.
4. Kuah lontong dimakan bersama dengan nasi impit dan sambal tumis ikan bilis.
Yummy!!!! MMMMMmmmm lapar la pulak. Nak masuk dapur lah jap. Dalam freezer ada sotong, udang, fishball, mmmm buat sup siam untuk wawa ok kot. Ada BBQ chicken wing, grill je dalam oven, then goreng sayur kubis. Mmmmm jadilah tu lunch menu untuk aku, wawa and mek this afternoon. Get set, ready, GO!!!!!!

Wednesday, July 2, 2008
Spaghetti Prawn Olio with Mints
Last week tetiba je rasa teringatkan Prawn Olio Pizza Hut. Tapi nak ke PH mana ada PH kat Tanjong Malim ni. Pau Yik Mun ada la. PH paling dekatpun kat Rawang. Haiii apa lah nasib dok tak TM ni. Tapi nak buat camna dah laki bini punca rezeki kat sini huhuhuh. Aku memang suka Prawn Olio ni kalau ke PH. So aku cuba la prawn olio style aku hehehe. Biasalah tu, bak kata hubby aku ni suka improvised. Tapi husband puji, sedappppppp. Along kata pedas sikit, wawa pulak sambil makan sambil minum air, mmmmm anak aku yang kedua ni memang kuat makan, tu yang aku suka masak. Muallllllahhhhh......
SPAGHETTI PRAWN OLIO WITH MINTS
Sepaket spaghetti - aku suka san remo ( free advertisement nih)
2 biji bawang besar - chop
2 tangkai cili kering - rendam air panas and potong serong
5 cendawan shitake - rendam air panas and potong 4
Udang - dibuang kulit, kalau suka banyak boleh letak banyak.
3 camb olive oil
2 biji tomato - potong dadu
3 camb fried garlic -boleh beli kat pasaraya, ari tu aku beli kat Cold Storage.
4 tangkai daun pudina dan parsly - chop
Garam dan gula - to taste
Cara-Cara
1. Spaghetti direbus dan di toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar hingga golden. Then masukkan udang, cili kering dan cendawan shitake. Masak hingga udang masak. Selalunya 2 minit dah cukup dah.
3. Kecilkan api. Aku guna api paling minimum. Masukkan spaghetti dan semua bahan lain ke dalam kuali dan gaulkan rata-rata. Make sure garam dan gula secukup rasa.
4. Dah siap. Boleh la dihidangkan
Ini resepi aku and family time aku busy sesangat. Ataupun resepi bila hubby kata dia tak nak makan heavy for dinner. Biasalah life aku 8 - 5 everyday kat Poli. Balik umah kalau boleh nak prepare yang paling simple tapi sedap untuk family. Bila family burp selepas makan, wahhhhh time tu lah rasa satisfaction masak buat yang tersayang.....
Kek Coklat Lembap Beralmond
Dah lama tak bake this cake. Rasanya sejak pregnant kan wawa and sampai dia sekarang dah 1 1/2 years old, aku tak penah masak lagi. Along pulak dah banyak kali mintak dibuatkan kek coklat ni especially time birthday dia yang ke 8 last month, tapi aku busy sangat. Masa birthday dia tu my students tgh final exam, busy dengan paper yang banyak. so skg politekknik tgh cuti, and uitm pun tgh cuti, next week my weekend class will begin again, tak sempat pulak nak bake kan along this cake. so jenguk2 dalam peti ais semua bahan ada, eeeemmmm aku pun masuk dapur time wawa tgh tidur siang tadi and bermulalah pengembaraan ku. Senang je sebenarnyer buat kek ni. Resepi asal kek ni pemberian kawan husband, tapi aku dah imrpovised ikut my taste laaaaa. Husband and the girls semua suka kek ni, termasuk laaaaa akuu heheheh
KEK COKLAT LEMBAP BERALMOND
170g butter - selalunya aku guna butter SCS @ fern @ farmcows
330 g castor sugar
220g tepung - ayak dulu tau
1 camt baking powder
60g serbuk koko - ayak jugak
4 biji telur gred A
Secubit garam
Almond chunk - goreng tanpa minyak sampai golden
1 cawan air panas
1 camb penuh nescafe'
Bahan untuk coklat ganache
1 bar cooking choc
176 ml whipping cream
Cara-Cara
1. Campurkan serbuk koko dan nescafe' ke dalam air panas. Kacau sampai sebati. Make sure tak berketul tau. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan garam.
3. Bila dah kembang, masukkan telur satu persatu. Pukul sampai sebati je. Guna speed paling rendah.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan air bancuhan koko yang telah disiapkan awal-awal tadi. Guna senduk kayu. Jangan pakai mixer.
5. Bila dah sebati, masukkan almond, dan kacau2 sikit. Masukkan ke dalam loyang yang telah digrease.
6. Bake pada suhu 180'C selama 50 minit atau hingga masak.
7. Bila dah masak sejukkan dulu dan baru lah dituang coklat ganache ke atas kek. Ganache boleh disediakan dengan cara mencampurkan whipping cream and cooking choc dan dimasak secara double boiling sehingga larut dan pekat.
*****emmmm along and wawa kalau makan kek ni memang sampai comot2 mulut.